Khamis, 3 Disember 2009
Adik PM Perlu Disiasat
Lapor malaysiakini;
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.
Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.-malaysiakini
Rabu, 2 Disember 2009
Pita Rakaman P.Bala Ke SPRM
Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.
Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.
Shaariibuugiin Altantuyaa mati dibunuh dua pengiring Najib pada Oktober 2006 di Shah Alam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati keatas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, namun membebaskan pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.
P. Bala mengundang kontroversi dengan akuan bersumpah yang mengaitkan Najib kepada pembunuhan Altantuya.
Bekas anggota Cawangan Khas yang diupah Abdul Razak Baginda untuk memantau gerak-geri Altantuya mendakwa pihak polis telah membuang maklumat perselingkuhan Najib dan wanita Mongol itu.
P. Bala menghilangkan diri bersama keluarga, sebelum muncul kembali tahun dan mendedahkan bahawa beliau telah dibawa lari ke India oleh kerajaan Malaysia.
Rakaman perbualan P Bala bersama 3 orang peguam membutirkan perencanaan menutup hubungan Najib-Altantuya dari terbongkar.
P Bala mendakwa beliau disogok RM5 juta ringgit untuk menarik balik akuan bersumpah itu oleh Deepak Jaikshnan, yang dikatakan rapat dengan isteri PM, Rosmah Mansor.
Tambah Shamsul lagi,“Terdapat keyakinan dan ulangan beberapa kali Balasubramaniam yang mengatakan beliau konsisten dengan pendirian affidavit yang pertama yang ditandatnagani pada 1julai 2008 itu,ia satu affidavit yang sah,yang mengzahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hubungan rapat Dato Najib dengan perempuan Mongolia yang dibunuh itu iaitu Altantuya”.
Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan melipat-ganda tekanan terhadap Najib sehingga Perdana Menteri itu sendiri tampil membuat penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia.
Shamsul berkata jentera sayap pemuda PKR, Pas dan DAP akan mengadakan kempen melalui laman sosial Facebook, meraih sebanyak mana tandatangan rakyat menggesa inkuiri bebas diadakan bagi menyiasat skandal memalukan ini.
“Saya ingin mendesak perdana menteri dan saya ulangi petang tadi di hadapan pejabat SPRM supaya beliau tampil dan berikan pendirian beliau dan ulasan beliau memberi penjelasan dimana kita lihat ini ada kaitan dengan soal kepimpinan,ini memalukan Negara dan kerajaan”,katanya lagi.
Tv selangor.com
Nah jangan alpa dengan isu Altantuya, royalti minyak untuk Kelantan hatta kebusukkan Umno sendiri seperti yang diperkatakan Tun Mahathir. Isu doa Tok guru dan Umno Kelantan desak Tok guru letak jawatan hanya sekadar isu untuk tutup isu-isu besar negara tentang kezaliman Umno terhadap rakyat.
Ketakutan Umno terhadap senjata doa dibesar-besarkan untuk kambus lubang yang berongga-rongga yang menjahanamkam wang rakyat oleh Umno seperti pembelian Tren tua atau besi buruk yang bernilai RM30 juta membahayakan nyawa pengguna yang menggunakan kenderaan tersebut.
MB N9, Isteri Menteri Kanan Terbabit Seludup Wang Keluar Negara
Skandal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan menyeludup keluar RM10 juta ringgit wang negara adalah sekelumit dari ratusan kes sedemikian rupa.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata Bank Negara mengesahkan 114 kes penyaluran wang secara haram berjaya dikesan bank pusat itu sejak 2006.
Walaubagaimanapun butiran penyeludupan wang ini dirahsiakan dari pengetahuan awam.
Menurut Tian, beliau menerima maklumat ada dua kes membabitkan isteri seorang menteri kanan dan seorang bekas menteri.
“ Sebenarnya dalam rekod yang didapati oleh saya, di antara 2006 sehingga 2009, seperti dalam jadual yang ditunjukkan, sebanyak 114 pengiriman tidak mematuhi syarat telah berlaku. 114 kes tetapi sehingga ke hari ini, hanya 1 kes sahaja yang diambil tindakan manakala yang lain seolah-olah tidak siasatan lanjutan dilakukan”.
Tian bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat dalam tangannya sehingga Bank Negara selesai menyiasat skandal ini.
“ Di sini saya ingin mendesak Bank Negara mengambil siasatan yang adil dan tegas dalam kes-kes yang berkenaan”.Tv Selangor.Com
Bukti Umno Memang Busuk
Perkara ini didedahkan di Dewan Rakyat oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dalam soalan tambahannya kepada Kementerian Kewangan berhubung projek-projek untuk kontraktor kelas A sehingga F.
"Saya dapat tahu ada perjumpaan seorang menteri kabinet yang mengarahkan supaya projek-projek tidak disalurkan kepada penyokong Pakatan Rakyat.
"Malah ada surat pekeliling mengarahkan kontraktor mendapatkan cop Ketua Umno Bahagian untukmendapatkan projek," katanya yang mengundang rasa tidak senang beberapa ahli parlimen BN.
Beberapa ahli parlimen cuba mengganggu Mahfuz seraya menjawab dan melaungkan :"Biasalah kroni."
Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Awang Adek cuba memperlekehkan soalan Mahfuz dengan mengatakan ianya tidak berlandaskan fakta dan bukti.
"Ini masalahnya, tidak mahu sebut siapa dan surat yang dikatakan pun tidak ada," katanya.
Lantas, Mahfuz bingkas bangun dan berjanji akan menunjukkan surat tersebut pada sidang Parlimen esok.
"Esok saya bawa surat dan bukti ada arahan itu!" katanya menyebabkan dewan sekali lagi kecoh.
Sebelum itu Awang Adek menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F dan apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.
Awang memberitahu bahawa pemilihan kontraktor A, B, C dan D bagi melaksanakan projek kerajaan adalah melalui proses tender terbuka atau tender terhad bagi mendapat persaingan yang kompetetif.
"Inilah adalah sejajar dengan matamat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara kontrator berdaftar," katanya.
Sebelum itu beliau memberitahu projek berjumlah lebih RM10 juta diberikan kepada kontraktor kelas A, diikuti susunan gred manakala kelas F sekitar kurang RM20,000 sehingga RM200,000 mengikut keupayaan.
harakahdaily
TGNA Tak Akan LetaK Jawatan Dan Tarik Balik Doa
Kata Tok Guru dalam laporan Bernama , beliau tidak akan letak jawatan hanya semata-mata didesak Umno.Tun Mahathir dulu pun masa berkuasa pernah ada penyokong reformasi suruh beliau berundur daripada jawatan PM. Tun langsung tak hiraukan teriakan rakyat yang suruh beliau berhenti jadi PM.
"Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada demontrasi oleh satu kumpulan yang mahu beliau berundur kerana gagal memajukan Kelantan.
Tok Guru juga kata beliau tak akan tarik balik doa supaya Umno dan sekutunya lingkup hanya semata-mata didesak beberapa ratus orang.
"Mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno (Najib) selaku orang nombor satu pun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik," katanya.-Bernama klik
Doa ubah sikit
"Oleh kerana perdana menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kota Bharu hari ini.
"Jika tak beri barulah kita doakan kepada kemusnahan. Saya nak minta dia bayar royalti. Takkan orang buat kita, kita nak dok diam," katanya. Baca di sini
Umno Memang Busuk
Mereka mengulas tulisan Mahathir dalam blognya yang mendakwa ada bekas pemimpin kanan Umno yang mendakwa "Umno kini busuk sehingga ke ususnya" (Umno is rotten to the core) ekoran amalan rasuah dalam parti itu.
Mahathir juga berkata, akibat dari pendapat sebegin,i hanya mereka yang kurang cerdik sahaja menyertai Umno manakala yang cerdik dan profesional menyertai PAS.
"Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli Umno. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen," tulis Mahathir.
(Hanipa - peguam)
Mohamed Hanipa Maidin, salah seorang peguam yang menyertai PAS berkata, dia menyertai PAS kerana dari dahulu lagi tahu Umno ini busuk dengan rasuahnya.
"Saya dah tahu Umno ini busuk sebelum Mahathir cakap. Zaman Mahathir Umno pun busuk," kata Hanipa yang kini adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS.
Hanipa menyokong PAS sejak belajar undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa lagi. Beliau kemudiannya aktif dalam Pemuda PAS dan pernah menjadi Ketua Penerangan sayap PAS itu.
Turut bersama Hanipa kini adalah para peguam muda yang turut aktif dalam PAS.
Khalid Samad, seorang jurutera yang belajar di luar negara dan menyertai PAS sejak lewat 1980an dahulu juga bersetuju dengan pandangan Mahathir.
Beliau menyifatkan, tulisan Dr Mahathir itu sememangnya sudah boleh dijangka.
"Ia sememangnya sesuatu yang boleh dijangka kerana dasar perjuangan Umno hanya mampu menarik minat golongan yang sebegitu," kata Khalid kepada Harakahdaily.
Khalid menyertai PAS selepas PAS mengambil pendekatan kepimpinan ulamak lebih 20 tahun lalu. Bersama-sama dengan beliau, ramai sekali profesional yang menyertai PAS.
(Khalid Samad - jurutera)
Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja adalah bekas pensyarah perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia juga menyertai PAS kerana keyakinan beliau PAS adalah pilihan yang terbaik.
Bagi beliau, orang-orang yang cerdik kini mahukan satu perjuangan yang berlandaskan Islam dan PAS adalah pilihan terbaik dalam hal ini.
Mariah mula aktif dalam PAS sejak tahun 1990an lagi. Turut serta bersama beliau ketika menyertai PAS dahulu adalah ramai rakan-rakan doktornya.
Sebagaimana hujjah Dr Mahathir, Mariah memberikan lima sebab kenapa beliau memilih PAS dan tidak menyertai Umno yang sudah busuk sampai ke usus itu.
Pertama, bagi beliau, orang-orang yang cerdik akan memilih parti yang memperjuangkan Islam. PAS jelas dalam perlembagaannya memperjuangkan Islam.
Hujah kedua beliau adalah, perjuangan PAS yang dipimpin oleh ulama akan menyebabkan semua ahlinya sentiasa diperingatkan tentang matlamat akhir kehidupan.
Yang ketiga, hujjah beliau kenapa menyertai PAS adalah parti itu lebih terbuka dan demokratik di samping berprinsip.
(Mariah Mahmud - doktor)
"Bagi saya juga, berjuang di dalam PAS ini lebih memberikan kepuasan walaupun tiada ganjaran di dunia ini," katanya.Hujjah Dr Mariah yang terakhir adalah, pemimpin PAS sentiasa terbuka dengan teguran dan sentiasa berlapang dada dengan ahlinya.
Di samping doktor, peguam dan jurutera yang disebutkan oleh Mahathir, PAS juga disertai oleh pelbagai pihak dari pelbagai profesyen kehidupan. Yang paling ketara adalah golongan ulama atau mereka yang belajar Islam secara rasmi.
harakahdaily
Umno bukan busuk sesama sendiri malah busuk hati sesama orang melayu dan Islam yang berbeza ideologi dengan mereka. Cakap saja perjuangkan bangsa dan agama tetapi dianaktirikan dalam segala aspek seperti yang berlaku di Kelantan. Sudah 19 tahun rakyat Kelantan dianaktirikan , bantuan ekonomi disekat, royalti minyak tidak dibayar walau satu sen pun dan sekarang baru terhegeh-hegeh nak nak bagi wang ehsan untuk kroni mereka kaya di Kelantan. Wang ehsan itu untuk kayakan kroni Umno bukan untuk orang Melayu dan rakyat Kelantan .
Selasa, 1 Disember 2009
Kita Berhak Bertindak- Khalid Samad
Khalid Samad mempertahankan doa Tok Guru agar Umno ditimpa bala kerana tak mau bagi royalti. Kata Khalid bala bergantung kepada ketidakadilan Umno itu sendiri terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.-"Kita berhak bertindak ."kata Khalid Samad dalam isu Tok guru akan berdoa bagi Umno lingkup kalau tak bayar royalti.
Kata Khalid lagi Royalti dan Wang Ehsan berbeza.Royalti itu adalah hak yang termaktub dalam perjanjian.Wang ehsan pula boleh bagi dan tak boleh bagi bergantung kepada keadaan.
"Tahun ni mungkin boleh bagi dan tahun depan pula belum tentu. Telaga minyak itu memang dalam perairan Kelantan dan alasan lebih 3 batu nautika bila air surut itu adalah merupakan satu penipuan." kata Khalid
Dr Agus bertanya kenapa Pas akan bawa ke Mahkamah Antarabangsa dalam isu minyak. Jelas Khalid pintu rundingan dah banyak dibuka, dah dibawa ke Parlimen namun Umno-bn tetap nafikan hak rakyat Kelantan untuk bayar royalti. Jelas Khalid lagi sewaktu Umno perintah Trengganu dulu (sebelum jatuh ketangan Pas dalam tahun 1999) Pusat bayar royalti tapi bila Bn kalah dibayar wang ehsan.
Pemimpin Umno juga jelas Khalid yang menentang bayaran royalti untuk Kelantan bagi negeri-negeri yang ada minyak selain Kelantan secara tak langsung turut menafikan royalti untuk negeri mereka yang ada minyak.
Dalam isu kepimpinan dalam Pas seperti asakan Umno suruh Tok guru letak jawatan bagi Khalid itu perkara biasa.Benda lama yang dimainkan Umno untuk tutup isu tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri.Tentang desakan Nik Amar suruh Tok guru namakan pengganti beliau kata Khalid;
'Tindakan Nik Amar suruh Tok guru namakan pengganti beliau itu tak kena caranya.Soal kepimpinan ini ditentukan oleh Majlis Syura." Dr Agus bertanya jika Tok guru dah tak berkuasa adakah Kelantan akan terus dikuasai Pas? Jawab Khalid tempoh hampir 20 tahun Tok guru tadbir Kelantan ada kesannya kepada rakyat Kelantan tidak mungkin rakyat Kelantan akan begitu mudah untuk biarkan Kelantan dikuasai Umno.Kalau Tok guru letak jawatan sekalipun InsyaAllah Pas akan berusaha untuk pertahankan Kelantan.
Dalam isu menantu Tok guru letak jawatan beliau berkata itu menunjukkan satu kesungguhan untuk elak fitnah .Letak jawatan sebab timbul fitnah kronisme sedangkan lantikan menantu Tok guru itu berdasarkan merit atau kelayakkan .
Dalam isu pembangunan Pas telah berusaha untuk majukan negeri Kelantan tapi digagalkan oleh Kerajaan Pusat dengan menyekat bantuan ekonomi untuk rakyat Kelantan.Contoh hasil minyak telah diturunkan di Songkhla, Siam tidak di Kelantan.Bantuan pembangunan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan bukan kepada Kerajaan Negeri namun Kelantan telah berjaya kurangkan kadar kemiskinan berbanding Trengganu.
Wallah hu a'lam
Siapa Yang Paling Berkuasa Beli Tren Buruk Rm 30Juta?
Ahli Parlimen Sri Gading itu menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) dan SPRM menyiasat sesiapa saja yang terlibat dengan pembelian empat unit Diesel Multiple Unit (DMU) pada harga RM30 juta .
"Pembelian DMU dari Sepanyol berharga RM30 juta tidak masuk akal kerana Argentina dan Costa Rica turut membelinya dengan kos RM10 juta.
"Jadi, PAC dan SPRM perlu menyiasat kes ini dan jika perlu pergi ke Sepanyol, Argentina dan Costa Rica untuk mendapatkan maklumat lanjut, kita galakkan.
"Ini penting kerana kita tidak mahu penyelewengan dilakukan orang tertentu...saya tidak tuduh sesiapa, tetapi siasatan perlu demi kepentingan negara dan jika ada yang menyeleweng, kita ada undang-undang (untuk diambil tindakan)," katanya (Sri Gading) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.-Berita harian Online klik di sini
Bung Mokhtar pula berkata;
"Pembelian DMU itu menunjukkan seolah-olah nyawa rakyat Malaysia tidak berharga. Rakyat ingin tahu kenapa beli besi buruk dan apa jaminan tidak berlaku kejadian tidak diingini apabila keretapi itu digunakan kelak.
"Jadi, saya minta PAC menyiasat segera perkara ini kerana jika kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) boleh siasat, kenapa ini tidak boleh," katanya. Bung Moktar berkata, laporan hasil siasatan perlu dibentang kerana ia membabitkan kepentingan awam, malah pembelian DMU itu juga tidak dipersetujui Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Saya ingin tahu siapakah manusia yang paling berkuasa membuat keputusan pembelian itu...adakah menteri atau pegawai dan jika terbabit, mereka perlu diadili di mahkamah dengan segera kerana ia membabitkan kepentingan awam," katanya.
Sementara itu, ketidakhadiran Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, di Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan membabitkan kementeriannya, dikritik ramai Ahli Parlimen.
Mohamad ketika menyentuh perkara itu berkata, Ong sepatutnya mendengar sendiri isu dibangkitkan dan kegagalannya hadir menunjukkan beliau tidak bertanggungjawab.
"Kita faham, menteri dilantik Perdana Menteri tetapi jika menteri tak datang, tak buat kerja, tak tunjuk prestasi, tak jalankan tugas sebagai menteri, kenapa nak jadi menteri.
"Siapa dia sebenarnya...menteri ialah orang kanan yang bekerja dalam kerajaan bantu Perdana Menteri tetapi jika menteri tak datang Parlimen, hanya harapkan Timbalan Menteri saja, susahlah.
"Ini tak ada kaitan dengan MCA tetapi kes ini membabitkan menteri dengan Ahli Parlimen yang membangkitkan perkara berkaitan kepentingan negara dan kita mahu menteri menjawab dengan jujur," katanya.
Bung Moktar pula berkata, Ong tidak menghormati Dewan Rakyat dan menyarankan beliau meletak jawatan jika tidak berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.
"Isu DMU ini besar kerana babitkan nyawa tetapi dia (Ong) tidak datang, tak hormat Dewan...Timbalan Perdana Menteri panggil (untuk membincangkan isu MCA) pun, dia tak datang dengan alasan sakit perut tetapi boleh berada di Ipoh.
"Jika tak berminat bersama kerajaan, lebih baik undur diri sebab kita mahu menteri yang telus menjalankan tanggungjawab supaya tidak dipersoalkan rakyat.
"Saya juga nak tahu, adakah Kementerian Pengangkutan menipu rakyat, kerana pembelian DMU tidak menepati slogan rakyat didahulukan kerana mereka terdedah kepada keselamatan yang tidak terjamin," katanya.-Berita Harian Online
P.Bala Dan Seludup Wang Akan Dibawa Ke JSJK
Laporan tersebut berhubung pengakuan Penyiasat Persendirian P. Balasubramaniam yang mendakwa menerima sejumlah sogokan wang daripada seseorang proksi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka turut akan melaporkan kes rasuah yang melibatkan Setiausaha Politik bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Shafie Abdullah dan kes penyeludupan wang negara yang didakwa melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin petang tadi melahirkan rasa yakin bahawa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan akan mengambil tindakan positif dalam kes-kes yang tidak melibatkan ahli politik dalam kerajaan.
"Yang tidak ada kaitan dengan Umno BN, KPN sendiri menunjukkan minat komen kes tersebut dalam media,ini kami sambut dengan baik," jelas Badrul.
Beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) PKR secara peribadi menganggap laporan terbabit sebagai medan menguji integriti PDRM sendiri.
"Apa yang lebih penting lagi, kita letak PDRM dan KPN sendiri di medan ujian kerana bagi kita tidak kira pemimpin Pakatan (Rakyat) atau sesiapa saja yang bersalah perlu disoal siasat dan didakwa," jelasnya.
"Kita akan hadir, bukan saja untuk membuat laporan, tapi ada beberapa bukti yang kita yakin cukup untuk Polis memulakan siasatan."
Beliau turut menjelaskan bahawa segala laporan itu tidak akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita telah bakar logo SPRM dan gambar Pesuruhjayanya Januari lalu, sijil kematian SPRM pun masih ada dengan saya...kerana kita anggap suruhanjaya itu sudah hilang peranan kepada masyarakat."
Beliau berkata, suatu penjelasan akan dibuat kepada media dan peserta sekitar jam 9 pagi, sebelum delegasi mereka masuk membuat laporan rasmi.
Tambahnya lagi, pihak Polis turut mengalu-alukan delegasi mereka demi kepentingan rakyat dan negara.
harakahdaily
Kalau Pas Desak Barulah Saya Berhenti- Tok Guru
Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut.
"Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula.
"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.
"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.
Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.
"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..
Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.
Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.
Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.
"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.
Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi. Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.
Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.
Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.
Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.
Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.
"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit.
"Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.
“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu.
harakahdaily
Ingatkan Demo Tuntut Royalti
Di Pulau Pinang Pemuda Bn bukan setakat demo saja malah gambar Lim Guan Eng turut dibakar. Inilah kerja bodoh orang yang hilang kuasa.
Sepatutnya Umno Kelantan buat demo tuntut hak mereka yang ditipu Kerajaan Pusat kerana tidak mahu bayar wang royalti bukan buat kerja gila orang yang hilang akal suruh MB yang bertungkus lumus tuntut royalti disuruh berhenti. MB Tok Guru sanggup berdoa untuk rakyat Kelantan dapat royalti diminta berhenti oleh mereka yang kemaruk nak tunjuk kuat di Kelantan.
Berkaitan
1- Penyokong Umno demo bantah Nik Aziz klik-Malaysiakini
2- Jemaah Prihatin Protes Nik Aziz, Polis Kawal Kota Darul Naim klik-Malaysian Insider