Rabu, 18 Jun 2014

Kalau tak rugi bukan MAS namanya

Tiada yang rugi melainkan rugi belaka..itulah MAS..Lama2 ada la taikon besaq beli MAS. Masa tu saham MAS yang sekarang ni sekitar 0.10-0.19 sen akan naik balik.
INFO ANGKA
KERUGIAN MAS :

1997 - RUGI RM 259.9 juta
2001 - RUGI RM 835.9 juta
2005 - RUGI RM 1.25 bilion
2006 - RUGI RM 133 juta
2011 - RUGI RM 2.52 bilion
2012 - RUGI RM 431 juta
2013 - RUGI RM 1.174 bilion
2014 - (1/4 2014)
RUGI RM 443j

Sumber : Jawapan Menteri di Parlimen. 18 Jun 2014.

Khamis, 12 Jun 2014

Kapitalis Bangsat!

Yang tukang arah suruh pereban rumah tu Melayu..yang nak sapu tanah Melayu tu sapa?Cukung kroni BN.Yang nak tadah mintak komisen tu sapa..?Melayu kapitalis!Macam mana pon yang penting duit ..biaq Melayu miskin, merempat tak kisah.Tang sodok tetap sodok.Masalahnya Melayu tak nak bersatu... bersatu pertahankan hak..yang kebulur duit sanggup jadi macai pemaju,barua kapitalis.

Mana ayahanda,mana abang long takkan tunjuk taiko tempat kenuri ja bangsa kamu darah kamu rumah kena roboh takkkan dok gelak kot kedai kopi ja?Jangan cakap pejuang Melayu kalau bangsa kamu diinjak2 kamu jadi lembu kenyang!
Selamatkan Kampung Warisan Peneroka Bandar KL!

Bangkit Rakyat.


Baca juga;
Pemuda Pas:Henti roboh Kg Chubadak Tambahan.

Rabu, 11 Jun 2014

Panda Dengan Melayu Miskin Panda Lebih Istimewa

NGO Melayu (bukan semua) hanya mahu jadi macai parti politik kerana dapat habuan.Tapi bila orang Melayu miskin kena tindas,rumah kena roboh mereka berdiam diri sebab tak dapat laba.Mereka lebih suka melalak pasai coklat cadbury,berebut kalimah Allah dan mainkan isu seks lucah kerana yang ni pon orang Melayu rasa sensitif.

Sapa ambik berat nasib orang Melayu Kampung Chubadak Tambahan, Sentul yang rumah mereka kena roboh walaupun dah diteroka sejak 1980-an lagi dan dapat pengiktirafan milikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998?

Ni contoh nasib Melayu kaya makan Melayu miskin sesuka hati kerana lebih utamakan nilai duit bila projek baru dimulakan atas kampung tersebut yang rata-ratanya orang Melayu.Panda dengan Melayu..nilai Panda lebih istimewa dengan rumah panda saja berharga RM25 juta.Hidup Melayu! sokonglah Umno-BN sampai mati walaupon Melayu Umno hisap darah kamu sampai kering kontang!
Baca di sini.