Selasa, 23 April 2013

Zul Noordin kaki penipu,almarhum Fadzil Nor pun tak percaya cakap dia kata Khalid Samad

Hanya Zulkifli Noordin yang mengeluarkan kata-kata perkauman ,kata Khalid-M'insider

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad membuka tirai kempen dengan menyerang lawannya Datuk Zulkifli Noordin kerana mendakwa mempelajari sifat perkauman daripada Pakatan Rakyat (PR) dengan mengatakan dalam satu ceramah malam tadi tiada seorang pemimpin parti pernah didengar atau mengeluarkan perkataan sedemikian.
Dengan suaranya yang telah serak dua hari selepas Hari Penamaan Calon, Khalid menyelar dakwaan calon Barisan Nasional (BN) itu yang mendakwa membuat kenyataan perkauman semasa bersama PAS.
“Zul Noordin kata semasa dalam PAS, itu (perkauman) tarbiah PAS, kalaulah betul itu sikap PAS, tapi kenapa dia seorang saja yang cakap perkara perkauman macam itu?
“Beribu ahli dan kepimpinan PAS, tapi tiada satu pun yang bercakap macam dia cakap... dia seorang saja yang cakap. Betul?” soal Khalid Samad kepada orang ramai yang disambut dengan jawapan “ya”.
Majoriti masyarakat Melayu Shah Alam yang hadir memenuhi separuh dataran dengan beralaskan surat khabar dan tikar, disamping beberapa kumpulan kecil masyarakat India turut dilihat.
Khalid menambah individu seperti Zulkifli yang suka menipu sanggup mengampu pemimpin demi kepentingan politiknya, perkara sama pernah dilakukannya semasa menjadi peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Liwat II lalu.
“Orang macam Zulkifli ini seorang penipu, sanggup membodek semata-mata kepentingan politiknya,” tambah ahli parlimen Shah Alam itu.
Khalid kemudiaan berkata sepanjang bersama PAS semua orang tahu tentang sikap Zulkifli yang suka menipu, malahan mengingatkan tentang nasihat bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor supaya tidak mempercayai naib presiden Perkasa itu.
“Saya teringat pesanan arwah Fadzil Mohd Noor ke atas individu bernama Zulkifli.
“Beliau berkata 10 daripada perkara yang Zulkifli cakap, 12 tidak boleh dipercayai,” katanya lagi dengan nada menyindir Zukifli Noordin.
Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor dan memiliki majoriti penduduk Melayu dilihat menjadi kunci kepada pertarungan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 5 Mei depan, walau bagaimanapun Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN Selangor memilih untuk meletak Zulkifli sebagai calon BN di kerusi tersebut.
Khalid membidas kepimpinan Umno di Selangor sebagai sudah lumpuh sehinggakan Najib terpaksa mencampuri urusan negeri bukan tempat kelahirannya, malahan meletak calon bukan anak jati Selangor.
“Kenapa dia sangat yakin kata boleh menang 101 peratus? Kerana di hantar oleh Najib, tapi dia terlupa Najib bukan pengundi di Selangor.
“Meletak beliau di sini adalah penghinaan kepada Umno Selangor dan tidak menghormati rakyat di Shah Alam,” kata Khalid yang merujuk kepada masyarakat India Shah Alam.
Zulkifli merupakan penyandang ahli parlimen PKR di Kulim-Bandar Baharu tetapi kemudiaannya dipecat pada 2010.
“PKR dah tendang dia pada 2010, malahan Umno pun takut nak terima dia.
“Oleh itu, saya gesa rakyat pula kali ini menendang dia keluar,” kata Khalid lagi yang disambut dengan sorakan “boleh” orang ramai.
Turut hadir dalam program ceramah semalam adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan  Naib Presiden Salahuddin Ayub.
Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan “Keling”, yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.
Zulkifli mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf serta mendakwa mengeluarkan kata-kata tersebut semasa bersama PAS.-M'insider


Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong boleh jadi YB

7 ulasan:

  1. Betol tu sebab Mantan Bos Dia BAPAK KAKI Penipu suruh Sumpah pun Takot kira tipu lah tu.

    BalasPadam
  2. engkau kaki apa?kaki angkat tahi BN kot?malulah bro....jadi pencacai tukang angkut tahi BN

    BalasPadam
  3. engkau pulak kaki apa ah lee?kaki pencacai tukang angkat tahi BN?kaki fitnah?malulah sikit bro.....ASALKAN BUKAN UMNO.

    BalasPadam
  4. PERGI SEKOLAH DULU....PEGI MAIN JAUH JAUH....MENYIBUK

    BalasPadam
  5. Saya teruja dengan kata-kata Hadi Awang waktu mudanya melabel orang Kafir. Kemudian kami sembahyang lain-lain imam, kami sepak mak ayah yang Hadi kata kafir.

    Kami sedang menunggu Tuan Guru Hadi beri fatwa selanjutnya, untuk kami islamkan semula rakyat Malaysia. Kami menunggu tuan Guru.

    BalasPadam
  6. Tidak ada taat kapada makhlok dalam pekara maksiat kapada Khaliq - ini suloh jelas bang, yang awak pi sepak terajang mak bapak awak buat apa? Ada ka tok guru suroh hang buat macam tu?. Patot hang pujok la baik baik mak pak hang slo slo, bagi dia chekelat ka apa, lepaeh tu anjur sikit sikit ajak mai hijrah ke arah kebaikan baru ada hikmah, ni hang pi buat kasag kecik ati orang tua tu, lepaeh tu hang sindir tok guru suroh bagi PETUA BARU, mana ada jalan bang. Diri sendiri bengap buat apa nak buboh ataeh belakang orang laen, mengaku ajelah, lepaeh tu masok sekolah semula baca ABC stat dari mula kan elok.

    BalasPadam
  7. Zul KUlom tu orang Kulimpun dah tendang dan tak terima dia. Memang memalukan orang Shah Alam. Wakil UMNO yang berkaliber masih banyak, tetiba si KATAK yang tak boleh dipercayai di lantik jadi calun. Apa jasanya pada UMNO jika dibandingkan mereka2 yang dah lama berkhidmat dalam UMNO? Memang memalukan orang UMNO sebab orang luar dpd UMNo dilantik jadi calun.

    BalasPadam