Isnin, 8 April 2013

Semua dah bagi tapi masih takut kalah

Kata Timbalan Presiden Umno ,“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” tegas Muhyiddin memberi peringatan kepada ahli BN ketika merasmikan Command Centre BN Parlimen Batu di sini.
Menurut Muhyiddin, pekerja parti seharusnya berusaha keras bagi menarik sokongan pengundi selagi kemenangan belum berada di pihak BN.
“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.-M'insider
Bukan takat duit kupang BN bagi tapi helmet (topi keledar) pun BN bagi supaya anak muda sokong BN.Tali yang mahu menjerat dilepaskan hingga ke laut dalam untuk menjerat rakyat undi BN.
Ya..tidak akan ada menang percuma walaupun pemimpin Umno kata pru 13 ibu segala pilihanraya!Ibu segala rasuah bermaharajalela.Bak kata orang tanpa duit bolehkah BN bernyawa lagi,bolehkah Umno bernyawa lagi?Pikirlah baik-baik kita nak beriman dengan duit dan kebendaan atau kita nak beriman kepada Allah SWT?
Duit boleh cari ,harta boleh cari tapi jika kita tidak gunakan peluang keemasan dalam pru 13 untuk tumbangkan BN peluang ini tidak akan datang lagi untuk abad ini.
Jangan terkejut jangan melompat tak ketawan hala jika selama ini orang yang bijak berkata-kata ,pandai bermain bahasa kritik Umno-BN,pernah ditahan ISA samaada dia ada label,DR,Prof dan sebagainya tiba-tiba jadi hamba dan pencacai Umno kerana mereka telah dibeli dengan wang ringgit untuk jatuhkan pemimpin yang mereka puja selama ini.Mereka digunakan hanya untuk pru 13 dan dijanjikan macam-macam jika BN menang lagi.Mereka lebih hina daripada anjing kurap tepi jalan.

2 ulasan:

  1. insyaallah PR akn tawan Putrajaya....hidup ameno mampus melayuuuuu

    BalasPadam
  2. beri duit...ambil
    beri helmet.... pakai
    buat apa saja.... tapi untuk undi hanya PANGKAH PAKATAN RAKYAT (PAS / PKR / DAP) sbb kita semua ada 'akai'....

    BalasPadam