Isnin, 10 Disember 2012

Suruh musang jaga ayam boleh percaya ka?

Pegawai SPR punyai hak demokrasi untuk sertai parti politik,kata Pengerusi-The Malaysian insider

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak demokrasi untuk menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh memihak semasa menjalankan tugas, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Kenyataan pengerusi SPR itu bertujuan menjawab tuduhan PAS terdapat pegawai kanan SPR cawangan negeri Sabah mempunyai jawatan penting di peringkat pemuda Umno bahagian Kinabatangan.
Sikap memihak SPR terus dipersoalkan oleh pembangkang dan aktivis Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Tidak salah untuk mana-mana pegawai SPR menyertai parti politik. Tidak kisahlah sama ada menyertai PAS, PKR ataupun Umno.
“Itu hak demokrasi,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi berkenaan isu tersebut.
Walaubagaimanapun, Abdul Aziz menegaskan pegawai SPR tersebut haruslah tidak bersikap memihak atau menyalahgunakan kuasa semasa menjalankan tugas.
Beliau juga menegaskan SPR mengalu-alukan jika terdapat kebenaran ke atas tuduhan oleh PR jika pegawai itu menyalahguna kuasa dan menggesa mereka membuat aduan serta memberi bukti untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.
“Jika ada bukti yang mengatakan pegawai itu bersalah, sila kemukakan bukti. Kalau boleh berikan nama, jawatan dan gambar kalau ada.
“Kami akan siasat tanpa memilih siapapun pegawai tersebut,” kata Abdul Aziz.
Bekas pegawai tinggi kerajaan itu juga bersetuju seseorang pegawai SPR yang menyertai parti politik perlulah tidak mencampur-aduk antara tugasannya dengan ideologi politik dan berpendapat ia adalah menyalahi etika kod kerja seorang penjawat awam.
Pengerusi SPR juga memberitahu tidak terdapat peraturan ataupun undang-undang yang menghalang mana-mana penjawat awam untuk menyertai mana-mana parti politik cuma jika seseorang itu aktif dalam parti mereka perlu menghantar permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mahu SPR menerangkan bagaimana terdapat pegawai mereka memegang jawatan dalam parti politik sambil menambah sikap berdiam diri menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.
“Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak dewan pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini,” kata beliau.
Isu pegawai SPR mempunyai jawatan dalam Umno bukan sesuatu baru, malahan Abdul Aziz sendiri dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pernah dituduh oleh pembangkang masih lagi menjadi ahli Umno.
Ekoran pendedahan itu pada Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil membuat penjelasan menafikan pengerusi SPR itu masih ahli Umno seperti yang didakwa setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail .
Beliau bagaimanapun berkata, Abdul Aziz pernah didaftarkan sebagai ahli Umno kira-kira 30 tahun yang lalu di bahagian Ampang.
“Pengerusi SPR sudah mengesahkan bahawa beliau bukan lagi ahli Umno. Beliau sendiri sudah pastikan mengenai perkara berkenaan,” kata Nazri.

1 ulasan:

  1. Inilah komen paling gampang dari Pengerusi SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat). Kalau dah pegang jawatan tu maknanya aktif. Dan adakah dia ini telah dapat kebenaran dari ketua jabatan atau JPA untuk aktif Politik? Orang macam pengerusi ni kalau PR perintah nanti perlu di siasat dan jika terbukti dan sabit kesalahan perlu didakwa di Mahkamah!

    BalasPadam