Sabtu, 25 Ogos 2012

Firaun mengaku Tuhan , takkan Tun Madey kata Umno parti Syaitan?

Tentu dah ramai yang baca apa yang ditulis oleh mantan PM Malaysia Tun Mahathir Muhammad dalam blog beliau yang bertajuk Change.Tun  satu ketika dulu amat dibenci oleh orang Melayu dan kebencian orang Melayu itu telah diterjemahkan dalam pru 1999 di mana pada ketika itu orang Melayu bangkit tolak Umno tetapi orang Cina dan India kekal sokong Umno-BN.

Dalam posting Tun tu Tun bantai Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, serang Anwar Ibrahim yang jadi musuh dan seteru politik beliau hingga kini juga Tun tuduh pihak pembangkang meniru gaya Obama yang bercakap kosong untuk tutup Kem tahanan di Guantanamao dan berjanji mahu keluar daripada Afghanistan tapi tidak ditunaikan.Apa yang Tun sebut pasal Obama tu adalah betul bukan bohong.Boleh baca sendiri kalau tak faham boleh GoogleTranslate apa nak susah.

Tapi bila Tun kata 'Better the devil you know than the angel you don’t'.(Lebih baik syaitan yang anda tahu daripada malaikat anda tidak kenal) ini menunjukkan bahawa Tun Madey terpaksa cakap apa saja demi menyelamatkan Umno daripada terjun ke lubang kubur.Tun amat takut jika orang Melayu tolak Umno sekali lagi yang akan menyebabkan Umno-Bn hilang kuasa di Putrajaya.

Siapa syaitan yang Tun Madey maksudkan amat dikenali ramai itu?Ramai orang kata syaitan tu ialah parti Umno yang Tun sendiri pernah kata Umno parti rasuah yang dah busuk hingga ke ususnya.Sapa mau benda busuk dan berulat?Hanya yang suka benda busuk dan berulat ialah syaitan dan iblis.Ini peribahasa Tun Madey yang tak kira boleh rosak akidah atau tidak yang penting matlamat halalkan cara supaya orang Melayu terus menyokong Umno supaya tidak hilang kuasa.

Syaitan dan bapa Iblis minta nyawa mereka dipanjangkan hingga dunia kiamat untuk goda manusia supaya rosak macam mereka yang dilaknat Allah SWT.Syaitan hanya mampu goda kita ketika kita masih hidup tapi bila nyawa dah dicabut malaikat Izrail ,syaitan dan iblis akan tinggalkan kita.Di alam barzakh yang kita yakin dan Tun sendiri yakin akan disoal jawab oleh malaikat bukan syaitan yang Tun kata boleh dikenali.Kenal atau tidak kita kepada malaikat, malaikat tetap akan jalankan perintah Allah swt terhadap kita.

Di alam kubur tidak ada siapa yang dapat tolong kita tambah-tambah jika kita dianggap cerdik dan bijak di dunia tapi tidak jadi orang yang bertaqwa kita akan dapat nasib malang walaupun di dunia kita ada cincin,RM24 juta, beg berjenama Birkin puluhan ribu ringgit semua tidak mampu merasuah malaikat yang ada di hadapan kita.Masa tu kita akan kenal siapa malaikat.

Menjadi pemimpin yang hebat di dunia, para alim ulama yang bijak dengan ilmunya tapi menikus tidak menyeru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran kerana bersekongkol dengan regim yang zalim daripada menyatakan kebenaran dan tegakkan keadilan maka mereka lebih dulu daripada kita dapat azab Allah swt.PM dan Menteri yang bertanggungjawab arahkan supaya pihak polis menggganas terhadap orang awam yang berkumpul suarakan hak mereka juga tidak akan terlepas daripada disoal malaikat.Alim ulama yang pandai beceramah hal -hal agama tapi dalam masa yang sama turut berperangai macam syaitan dan berjaya menipu orangramai tidak mampu melepaskan diri daripada azab siksa Allah swt.

Firaun mengaku kata dialah Tuhan yang maha hebat tapi takkan Tun kata Umno yang memang dah dikenali ramai tu sebagai parti syaitan?Syaitan tu memang banyak duit ada segalanya untuk beli undi dalam pilihanraya, menipu sistem pilihanraya tidak mahu dengar tuntutan rakyat supaya sistem pilihanraya dibersihkan sebaliknya mereka merancang mainkan isu Hudud seolah-olah merekalah pembela hukum Allah SWT tapi dalam masa yang sama mereka merendah-rendahkan hukum Allah SWT.

Teringat Tun kata ,"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya,"Baca di sini.Takkan nak ambik ciri-ciri syaitan kot jadi calon Umno?

Edit 10:16PM 
Berkaitan;
Mahathir:'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN-M'kini
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.
Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

3 ulasan:

  1. salam,

    klu umno tumbang ramai org umno termasuk beliau sendiri akan masuk penjara kerana korupsi.

    klik bangla myanmar town di KL

    BalasPadam
  2. Salam Bro,UMNO takkan tumbang malah menang lebih besar lagi,takcaya tunggu dan lihat !

    BalasPadam
  3. Udah-udah ler Tun. Usia pun semakin senja. Tumpukan persedian kembali ke sana.

    BalasPadam