Selasa, 19 Jun 2012

Najib kata ambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj

Kata PM Najib sempena Israk dan Mikraj dalam blog beliau , "Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini."Baca semua di sini.

PM Najib jangan hanya pandai bercakap.Ni bukan boleh meruntuhkan akhlak ka?
Berapa juta dibelanjakan untuk program yang menjahanamkan anak muda kita?
Adakah ini yang dikatakan iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj?Polis berpesta kendurikan rakyat yang tuntut pilihanraya Bersih pada 28 April lalu.
Letak kepala babi dalam kawasan masjid bukan ikut Israk dan Mikraj
Mangsa samseng gerombolan
Ini bukan iktibar daripada Israk dan Mikraj!


Cuba baca pulak apa yang dilakukan pihak regim kepada mangsa tahanan Isa di Kamunting
Nota Mengharukan dari Kamunting-Malaysiakini
 “Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting.

Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
  • Dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan "digantung terbalik"  daripada satu "mesin" yang bergerak mengelilingi satu "bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman".
  • "Tiba-tiba mesin pun berhenti. Lantas, bertubi-tubi seluruh tubuhnya dipukul dengan objek tumpul (mungkin cota)".
  • "Apabila pukulan dihentikan, mesin itu pun kembali bergerak. Tidak berapa lama mesin itu dihentikan semula dan dia kembali dipukul teruk".
  • Minyak panas dilumurkan ke kemaluan.
  • Mencabut bulu di badan, termasuk bulu kemaluan.
  • Melumur "cili boh" ke badan, terutama ke kemaluan, dan "dipaksa membiarkan cili itu mengering pada badannya" untuk tempoh dua hingga tiga hari.
  • Mencucuh kemaluan dengan api rokok.
  • Dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari.
Difahamkan, pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika melawat kem berkenaan untuk memeriksa tahanan berkenaan, yang menjalankan mogok lapar, turut menerima set nota yang sama.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya.

4 ulasan:

  1. ''...bg menghadapi segala serangan sosial masa kini..''
    pundekkk!
    dibawaknya maksiat, pastu ckp bab agama??
    mabuk ke haper oi...

    BalasPadam
  2. cakap tahap gilababi yg di hemburkan manusia jenis haramjadah!

    BalasPadam
  3. kuat kencing lah ko najib munafik iam haramjadah.Setakat nak jadi bapak ketam,elok ko diam jela.

    BalasPadam
  4. syaitan bertopengkan manusia.....

    BalasPadam