Rabu, 20 Jun 2012

Kalau hilang Putrajaya kepala babi pun depa heret

Semalam saya tengok debat antara Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayob yang disiarkan secara langsung di TV Astro Awani jam 9 malam.Debat dianjurkan Sinar Harian.Tajuk debat ialah Demontrasi jalanan:Meruntuh atau mengukuh demokrasi.Semua yang tengok debat tu dah tau apa yang disampaikan ke dua belah pihak.

Datuk Saifuddin walaupun Umno yang dikatakan agak berlembut tapi masih pertahankan bahawa demontrasi jalanan bawa kepada kekacauan dan ganggu ketenteraman awam!Betoika?Dalam dunia ni mana satu negara yang tak ada demontrasi?Cuba bagi tau!Puak gerombolan bila kalah di Selangor terus saja heret kepala lembu di perkarangan bangunan SUK Selangor.Begitu juga dengan MIC Selangor baru-baru ni berarak ke perkarangan bangunan SUK Selangor mintak hak mereka ditunaikan.

Tu baru hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu kalau hilang Putrajaya saya ingat bukan takat kepala lembu depa heret kepala babi pun depa heret.Dulu tak ada dengar bawa kepala babi masuk masjid tapi bila hilang 5 negeri kepala babi dah masuk kawasan masjid!

Kalau kita tanya kepada orang Umno termasuklah Umno di kampung-kampung demontrasi memang tak boleh sama macam Datuk Saifuddin kata.Tapi dalam masa yang sama Perkasa dan Umno berdemontrasi termasuklah bawa kek berbentuk taik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.Ni nak kira lagu mana?

Adakah demontrasi boleh bawa mana-mana negara jadi mundur?Demokrasi boleh jadi tak kukuh bila rakyat keluar di jalanraya?Adakah demontrasi hanya untuk Umno dan gerombolan bukan untuk rakyat yang lawan Umno?Apabila rakyat lawan Umno dan gerombolan keluar di jalanraya rakyat dihadiahkan dengan gas pemedih mata,bom asap ,water cannon,ditendang,dipukul dan di bawa ke lokap.Tapi apabila Umno dan gerombolan berdemontrasi bantah apa yang pemimpin PR kata tidak ada sebarang tindakan daripada pihak polis.

Adakah Saifuddin tak sedar bahawa Umno kini dah pandai berdemontrasi.Demontrasi Umno termasuklah baling telor ayam dan batu dalam ceramah Pakatan Rakyat hingga cederakan penyokong PR sehingga cedera parah.Demontrasi Umno juga termasuklah cabut bendera parti lawan. Yang boleh dipasang di jalanraya hanya bendera Umno dan BN.Tapi apa tindakan polis?

Demontrasi Umno juga termasuklah kata Natang(Menatang) kepada Sultan Terenganu kerana tak setuju dengan perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu selepas pru 12 yang lalu.

Saya cuma nak kata kalau rakyat tak berdemontrasi maka regim zalim macam Hosni Mubarak,Ben Ali, Ali Abdullah Salleh akan terus berkuasa zalimi rakyat mereka hingga hari kiamat.Kerana demontrasilah kini rakyat Mesir bebas daripada regim zalim Mubarak yang kini merengkok dalam penjara.Kalau tak ada demontrasi itu kukubesi namanya.Kalau tak ada demontrasi lebih baik jadi puak tabligh, jadi tok sami yang tak ambik tahu apa yang berlaku.

Ni demontrasi daripada MB Pahang yang kukuhkan demokrasi.Satu negeri dengan Datuk Saifuddin
Ni demontrasi koyak akhbar harakah di Putrajaya bila tak reti nak berhujah
Ni demontrasi Bersih 4.0 yang nak kepada kotor diupah towkey ikan bakar dapat baju free sampai nampak mangkok tingkat .

2 ulasan:

  1. itulah..cakap siang pandang2..jgn buat2 xnampak seolah2 anda tu buta utk melihat, menipu rakyat ,rakyat sekarang bukan mudah di beli, anda yang d perbodohkan nanti..tgoklah..
    hakikatnya, inilah sebenarnya manusia haramjadah kalau nak tau..hmmm

    BalasPadam
  2. Itulah yang dikatakan oleh agama kita... Orang yang baik dan cerdik kalau dia dok main dan berkawan sesangat dengan orang jahat dan bodoh maka sikit banyak aura jahat bodoh ni terkena pada dia... Tapi kes saifuddin ni..secara peribadinya aaku rasa di takda pilihan... Terpaksa pegang watak bodoh bodoh alang dalam debat tu! Sedangkan dia tahu hakikat demonstrasi adalah medium utk pernyataan pandangan!! Bagaimanapun aku tetap hormat pada saifuddin kerana dia adalah spesis paling winnable yang UMNO ada.

    BalasPadam