Jumaat, 22 Jun 2012

Apa tandanya bila Datuk Nazri kata buat pru cukup 5 tahun?

Elak pilihanraya awal-Berita harian online
Nazri sedia jadi penggerak inisiatif pastikan PRU diadakan genap 5 tahun
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata ada inisiatif supaya pilihan raya umum (PRU) hanya boleh diadakan apabila mandat pentadbiran kerajaan selama lima tahun tamat.Beliau yang secara peribadi bersetuju supaya ia dipertimbangkan menjadi undang-undang juga bersedia menjadi penggerak kepada inisiatif itu.
Menurutnya, sekarang ada gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan kalau boleh pilihan raya umum hanya diadakan apabila pentadbiran kerajaan mencukupi tempoh mandat lima tahun dan bukan lebih awal daripada itu.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran inisiatif itu tetapi menjelaskan ia boleh dibincang untuk dilaksanakan pada masa depan kerana tidak sempat diperkenalkan sebelum PRU-13.

“Hari ini sistem kita adalah mengikut Westminster. Saya difahamkan Westminster baru-baru ini pun bersetuju untuk memastikan ‘lima tahun bermaksud lima tahun’ (tempoh pentadbiran yang mesti dipenuhi oleh kerajaan sedia ada sebelum PRU diadakan). 
“Mungkin ini satu perkara yang boleh kita bincang jika memberi lebih manfaat kepada negara. Lima tahun bermaksud lima tahun dan tidak boleh adakan pilihan raya (umum) sebelum tempoh itu.

“Saya secara peribadi berasakan bahawa ‘lima tahun bermaksud lima tahun’ sebab apabila pilihan raya, rakyat memahami bahawa mereka mengundi wakil rakyat mereka untuk selama lima tahun,” katanya. 

Sistem Westminster adalah sistem parlimen kerajaan demokratik model Kerajaan British, iaitu Parlimen United Kingdom. Istilah itu berasal dari Istana Westminster, iaitu Parlimen United Kingdom.

Mohamed Nazri juga berkata, pelaksanaan sistem ‘lima tahun bermaksud lima tahun’ itu membolehkan Ahli Parlimen berkhidmat lebih lama, terutama bagi yang baru menjadi wakil rakyat, berbanding jika PRU diadakan lebih awal daripada tempoh penuh mandat pentadbiran.

“Bukan senang dapat menjadi Ahli Parlimen. Ada setengah orang tiga empat kali bertanding, baru dapat jadi. Ada sesetengah, umur sudah lanjut baru bertanding tapi menang,” katanya.

Mengenai isu supaya tarikh pembubaran Parlimen ditentukan lebih awal yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Mohamed Nazri berkata, ia adalah persoalan dasar yang perlu dikaji, terutama dari aspek perundangan, manakala tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menentukan tarikh PRU apabila Parlimen dibubarkan.

Menjawab celahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula, beliau berkata, sebarang tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) terpulang kepada pucuk kepemimpinan kerajaan terbabit, iaitu pembubaran Parlimen menjadi hak Perdana Menteri, manakala DUN hak Menteri Besar atau Ketua Menteri.-Berita harian online

Adakah PM Najib mau tunggu sehingga Mac 2013 untuk buat pru 13?Adakah ini bermakna tiada pilihanraya tahun ini?Yaa lagi lambat lagi bagus.Lagi banyak yang akan diburaikan penyelewengan BN sehingga tahun depan.
Tunggulah hingga cukup 5 tahun sebab ini yang terakhir buat Umno-Bn berkuasa di Putrajaya.Haha

1 ulasan:

  1. Cuma bahaya bagi PR jika najib dijatuhkan oleh umno sendiri sebelum pilihanraya. Umno akan dapat bernafas semula dengan presiden baru umpama mendapat jantung baru utk terus hidup.

    BalasPadam