Sabtu, 28 Januari 2012

Ustaz Nasa dan Hasan Ali dalam satu pentas ceramah?Siapa parasit kini semakin jelas

Ini banner yang digantung di Dewan Orang Ramai Seksyen 16, Shah Alam 'Bicara memurnikan akidah ummah'.Dalam banner di atas tidak ada nama ustaz Nasharuddin Mat Isa Ahli Majlis Syura Pas Pusat yang juga ahli parlimen sebagai penceramah tapi gambar beliau terpampang dalam banner untuk tarik perhatian orangramai hadir majlis tersebut.

Timbul persoalan siapa peralat ustaz Nasa?Adakah Hasan Ali yang dipecat daripada Pas punya agenda masukkan gambar ustaz Nasa?Adakah ustaz Nasa tahu akan majlis tersebut dan tidak mahu nama beliau ditulih?

Hasan Ali yang dipecat daripada Pas berkata selagi parasit wujud dalam Pas beliau tidak akan kembali kepada Pas.Kini terbukti semakin jelas siapa sebenarnya parasit.

Majlis ceramah tersebut anjuran Unit Selamat Aqidah Dan KRT Seksyen 17.Klik gambar untuk besarkan.

5 ulasan:

  1. Ust Nasa dah buat buat lapuran polis .. dia tak terlibat ... ini kerja DHA & Norman Toha ...aper ke jadahnya si norman ... gila jwtn?

    BalasPadam
  2. kah kah kah!
    ust Nasa nampaknya berkerat rotan mahu menjadi pedokong dan penyokong setia kepada Ah San Alee. Walaupun Ah San Alee telah sahih dibuang dan tidak diterima PAS, ust Nasa tetap menjadi penyokong yang tersetia. Apakah ubat pengasih yang diperkenakan oleh Ah San Alee kepada Ust Nasa tiada siapa yang mengetahui dengan jelas.
    Mungkin ust Nasa sudah mengetahui atau dapat membayangkan bahawa tiada siapa dalam PAS yang sanggup mencium tangannya selepas ini, kecuali adindanya yang tercinta Nik Abduh.
    Mungkin Ust Nasa pada awalnya merasa kecil hati dan tersinggung dengan keputusan ahli Pas yang menolak kerja ikhlasnya untuk menjinakan Pas kepada UMNO. Atau mungkin beliau merasa tersinggung dengan perwakilan PAS apabila mereka tidak memberi sokongan kepada beliau untuk mengekalkan jawatan Tmb. Presiden Parti.
    Sepatutnya beliau mesti bersikap rasional dan menunjukkan kejantanan dan bersedia untuk digugurkan sebagaimana beliau bersedia untuk dipilih. Namun akibat kecewaan yang hanya Allah yang Mengetahui, beliau terpaksa menjatuhkan martabatnya dan bersedia untuk dijadikan barang lelongan oleh Ah San Alee.
    Sepatutnya, beliau bersikap sabar dan bersedia untuk bersama jemaah, walaupun terpaksa menghadapi keegoaan diri. Memenjarakan dirinya dibawah ketiak Ah San Alee akan menyebabkan beliau dianggap oleh ahli PAS sebagai musuh kepada jemaah. langkah yang beliau ambil akan menjadikan beliau sama taraf atau lebih rendah dengan Ust. Nakhaie, ust mohd noor deris dan Ah San Alee sendiri.

    BalasPadam
  3. Tuh hangpa. MCA juga yg untung. Pas tak naik darjah. Umno ba_ _ air liur anjing.

    BalasPadam
  4. Alhamduliilah...ada juga yang ambil berat tentang Akidah Umat islam...biaq pi DHA ceramah..yang baik patut disokong...

    BalasPadam
  5. Orang tu pulun ceramah nak jaga akidah, hangpa bising.. Yang hangpa pulak dah mula gadai akidah demi Putrajaya, tak pa pulak..Mmm..tak tau lah nak kata apa..Bilamana politik Islam bersejadahkan demokrasi dajal...inilah jadinya..

    BalasPadam