Jumaat, 9 September 2011

Ingatkan syaitan dan iblis saja halang manusia buat kebaikan!

Tindakan bacul dan pengecut pihak agama yang melarang pemimpin Pas sampaikan kuliah agama dan tazkirah di Selangor dilakukan setelah berakhirnya bulan Ramadhan.Bulan Ramadhan yang lalu setiap malam masjid dan surau di Selangor dipenuhi orang ramai dan meriah dengan majlis ilmu dan tazkirah tak macam zaman Umno berkuasa di Selangor di era Khir Toyo yang berada di ambang pintu jeriji besi sekarang ini.

Amat malang sekali kerana pihak jabatan agama sendiri menyekat majlis ilmu dan tazkirah di masjid-masjid seluruh Selangor.Umno yang berada di belakang tabir tentu seronok dan ketawa mengilai-ngilai macam syaitan yang berjaya merasuk manusia untuk masuk ke lubang neraka jahanam.Ingatkan syaitan dan iblis saja merasuk manusia ke lubang neraka tapi ada juga pihak agama , yang ada pengetahuan agama jadi syaitan halang majlis ilmu di masjid dan surau.

Agama Islam disempitkan pihak agama , disejuk bekukan dalam peti sejuk oleh pihak agama yang dirasuk syaitan dan iblis  yang bertopengkan manusia hanya semata-mata mengikut kehendak dan telunjuk puak taghut Umno-Bn.

Pihak berkuasa agama di Selangor ingat yang berkuasa di Selangor kini masih Umno-BN agaknya .Mereka masih mamai dan dibuai mimpi  ,tu jadi jahil dalam bertindak dan mengikut hawa nafsu Umno.Pihak jabatan agama hanya mahu rakyat Selangor belajar agama hanya dalam bab bersuci, bab puasa, zakat dan haji saja sama macam Umno yang tak mahu rakyat dan orang Melayu celik sejarah dan politik takut hilang kuasa.

Siapa yang boleh masuk masjid di Selangor?Pelancong luar negara ok, pemimpin BN yang bukan Islam ok, Najib, Rosmah Mansor, Muhyiddin, Noh Omar dan pemimpin Umno.Puak-puak ni semua ok.Yang tak ok hanya orang politik daripada Pas yang ada kelayakkan agama dan pengetahuan agama.Ini amat merbahaya kepada jabatan agama di Selangor dulu, kini dan selamanya walaupun Umno dah hilang kuasa di Selangor!

Pihak agama mahu umat Islam jauh daripada masjid, mahu masjid dibiarkan kosong dan tersergam indah tapi sunyi daripada majlis ilmu dan tazkirah.Islam dihancurkan daripada dalam oleh si penguasa agama yang takut kepada bayang-bayang sendiri agar umat Islam terus jadi jahil dan sejahilnya .Mereka hanya bersandarkan kepada akta agama yang mereka reka dan cipta untuk mengekang umat Islam daripada bijak dan berkembang otak dan bercambah ilmu hanya demi untuk menjaga kepentingan Umno.

Pihak agama lebih aktif dan ekstrem halang pemimpin Pas bagi ceramah dan tazkirah di masjid tapi mereka adakah aktif menyekat kegiatan gejala sosial yang melanda umat Islam seperti penzinaan , pembuangan bayi, umat Islam yang tidak solat Jumaat yang semakin menjadi-jadi ketika ini?

Berkaitan;
Isu tauliah:Masjid, surau Selangor dilarang jemput ahli politik beri ceramah-M'insider
Khalid dedah 'bukti' Mais alat BN -Harakahdaily

1 ulasan:

  1. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QGy_2OfUnL0

    BalasPadam