Jumaat, 12 November 2010

PM Najib bagi RP1 Bilion mangsa gunung merapi, mangsa banjir tak bagi ka?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada mangsa letusan Gunung Merapi yang setakat ini telah mengorbankan 194 orang.

Sumbangan itu disampaikan secara simbolik oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Gabenor Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubowo X di sini.

Ahmad Zahid memberitahu sumbangan bernilai Rp1 bilion atau kira-kira RM370,000 berbentuk pakaian, selimut dan sebagainya itu merupakan tanda prihatin Perdana Menteri terhadap nasib yang menimpa masyarakat di sekitar lereng gunung berapi tersebut.

"Sumbangan ini memang kecil, bagaimanapun Malaysia bersedia memberi bantuan yang lebih kepada mangsa.

"Malaysia sanggup menerbangkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk membawa bantuan kepada mangsa Merapi jika ia diperlukan," katanya pada persidangan akhbar di sini, hari ini.-Utusan Malaysia online Merapi:PM bagi sumbangan .

Di Kedah /Perlis mangsa banjir belum dapat apa-apa bantuan rasmi daripada kerajaan pusat Umno-Bn walaupun dah masuk hari ke 12 hari ini banjir di Kedah. Ramai mangsa banjir dah pulang ke rumah masing-masing yang ditenggelami banjir sejak 1 november lalu. Ada mangsa banjir yang hanya tinggal dinding rumah dan lantai rumah saja yang lain semua rosak akibat banjir besar landa negeri Kedah.

Bantuan daripada NGO-NGO dan badan kebajikan , syarikat-syarikat besar , orang perseorangan , parti-parti politik dalam bentuk makanan dan keperluan harian tidak mampu untuk tampung mangsa banjir yang landa Kedah kali ini. Kerajaan pusat masih belum bagi bantuan rasmi. Muhyiddin Yasin pun dah cabut ke Jepun hadir sidang APEC ganti PM Najib yang tak sihat.

Berkaitan;

Kedah belanja RM2 juta bantu mangsa banjir-harakahdaily

Banjir:Kedah bantu sampai pakaian dalam-Harakahdaily

Banjir:Umno -Bn hanya ambil kesempatan-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. bgus pun PAS xbt kerajaan perpaduan dgn UMNO...tgkla skrg ni..bila kerajaan yg ditadbir PAS dan PR dlanda musibah..mereka hanya trun padang utk sumbang berita dlm media2 pro mereka tpi sumbangan jauh skali...kalo kt bkwn pun, kt dsruh uji ksbran shabat kt thadap kt..br tau sbb dia kawan ngan kt sbb dasar ikhlas atau x...bla kedah dtimpah musibah..baru tau spe kawan..spe lawan...yg menanggung susah adlh rakyat...mne ntah pergi slogan rakyat dutamakan???

    BalasPadam
  2. lepas bantu indon diorang pon pakat pijak ramai ramai bendera malaysia

    BalasPadam
  3. Kerajaan M'sia pemurah kepada negara luar , rakyat sndiri nak mampoih ikut suka . Nak tolong rakyat sendiri kira parti..

    BalasPadam