Khamis, 11 November 2010

Kes Aminul:Inspektor titis air mata

Seorang inspektor forensik menitiskan air matanya ketika memberitahu perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang mati ditembak oleh polis itu.

Inspektor Mazli Jusoh, kemudiannya memohon kepada hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar untuk berehat seketika untuk menenangkan dirinya.

"Boleh saya henti selama lima minit,” katanya sebelum menuju ke bilik air setelah mendapat kebenaran.

Mazli, menganggotai pasukan polis pada 2000 dan dipindahkan ke unit forensik pada Julai 2007.

Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan.

Katanya, beliau terlihat darah mengalir keluar dari hidung mangsa dan terjumpa sebutir kelongsong peluru di rumput, kira-kira lapan kaki dari kereta.

Kelonsong peluru itu dipercayai yang terakhir ditembak yang meragut nyawa remaja itu.

Menurut Mazli lagi, beliau tiba di lokasi kejadian pada sekitar jam 3.20 pagi dan sebelum itu di satu lagi lokasi pembunuhan, di Ampang,.-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. kalo ikut hukum hudud, org yg membunuh tanpa sebab ni kna dhukum dgn hkuman mati...wallahua'lam

    BalasPadam