Jumaat, 26 November 2010

Jenapala kempunan Hakim tolak kes

Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas timbalan setiausaha agung PKR P. Jenapala bagi mendapatkan pengisytiharan beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu atas alasan ia tiada kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Aziah Ali selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Menurut peguam yang mewakil PKR, Razlan Hadri, mahkamah telah memutuskan bahawa tidak mempunyai kuasa untuk mendengar hal-hal yang melibatkan parti politik.

“Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini, hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik, keputusan parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli.

“Hakim juga berkata masalah yang melibatkan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah, kalau ahli tidak berpuas hati mereka boleh bantah dalam mesyuarat dalaman parti.

“Atas sebab ini, hakim memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ingin saya tegaskan bahawa mana-mana ahli tidak boleh membawa kes parti ke mahkamah dan ia bukan terhad kepada PKR sahaja, tetapi semua parti politik di Malaysia kerana ia adalah undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tersebut.-Baca lagi di The Malaysian Insider Mahkamah tolak permohonan Jenapala cabar pemilihan pusat PKR.

1 ulasan:

  1. br dapat info terbaru...hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik...cam xadil jek

    BalasPadam