Jumaat, 22 Oktober 2010

RM52 Bilion Saham Melayu Hilang, Pemimpin Umno Buat 'Pekak Badak'

Pemimpin Umno dan perwakilan Umno yang tengah bersidang sikit pun tak pertikaikan bagaimana saham RM52 Bilion untuk orang Melayu dan Bumiputera lesap begitu saja hilang tah ke mana.Cuma tinggal RM2 bilion baki yang selebihnya disapu kroni Umno dan BN.

Para perwakilan dan pemimpin Umno hanya sibuk nak pertahankan hak Melayu dan Bumiputera yang sedia termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Yang hilangkan saham Bumiputera berbilion ringgit tak dibincangkan, tidak dibuat penyiasatan. Adakah perwakilan Umno tidak sedar dan tidak tahu menahu akan kehilangan saham untuk Melayu dan Bumiputera? Adakah para perwakilan buat-buat pekak badak terhadap dalang yang belasah dan melantak saham untuk orang Melayu?

Pemimpin Umno berlakon cari benda yang tak hilang, yang betul-betul hilang disapu kroni sendiri buat pekak badak! Tidak adakah para perwakilan Umno yang berani ke depan untuk bersuara isu kehilangan saham Bumiputera.

Jangan hanya setakat berpatah arang berkerat rotan , muka merah menyala, biji mata membeliak geram ,menyinga tak kena tempat , julang keris nak pertahan hak Melayu tapi jadi penakut dan lembik tak bermaya bila saham Bumiputera RM52 Bilion didedahkan oleh pemimpin bukan Melayu yang tolong habaq dan kabarkan bahawa Umno-BN selewengkan saham orang Melayu dan Bumiputera.

Berkaitan;
Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu?-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. salam...
    asyik sibuk sgt pertahan hak org melayu...knp xdptahankan anak2 muda melayu yg smakin hilang arah tujuan hidup...yg jauh dari agama...yg smakin ramai hdup liar tanpa pegangan agama dan lunas2 islam???ini yg patut dpertahankan..islam..bukannya melayu...wallahua'lam

    BalasPadam