Isnin, 11 Oktober 2010

Konsert penyanyi gay bukan pasal jarak woi !

Puspal jelaskan syarat konsert Adam Lambert 14 okt ini;

Konsert sulung “Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010” boleh diteruskan dengan syarat ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Ketua Penolong Setiausaha Puspal, Mohd Dian Nais berkata antara syarat yang ditetapkan ialah pakaian artis yang tidak keterlaluan serta artis terbabit tidak melakukan kelakuan melampau seperti membuka pakaian ketika membuat persembahan.

Beliau berkata penganjur konsert itu, Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music, telah diberikan penerangan mengenai peraturan lain yang perlu dipatuhi termasuk jarak 7.5 metre antara pentas dan penonton.

“Seperti sebelum ini kita telah menghentikan konsert Akon di Sunway Pyramid kerana artis tersebut telah menunjukkan kelakuan tidak sopan dengan membuka bajunya ketika membuat persembahan,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Akon merupakan penyanyi dari Amerika Syarikat yang membuat persembahan berkonsepkan R&B, Hip-Hop dan Pop.

Konsert Adam Lambert akan diadakan Khamis ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Terdahulu, Mohd Dian menerima memorandum bantahan terhadap penganjuran konsert tersebut daripada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani-Bernama.

Parti Umno dok bohong rakyat dengan makjun dan tonik mujarab kata hak bangsa Melayu dah mampoih dan hilang (yang hilangkan hak Melayu sebenarnya Umno) tapi masalah moral anak-anak remaja Melayu nak lingkup , nak rosak dengan gejala moral itu tak jadi pokok persoalan kepada Umno. Umno lalaikan anak -anak muda Melayu dengan hiburan yang amat gila dan sebenarnya itulah niat Umno supaya anak-anak Melayu tidak fikirkan soal politik dan masa depan agama, bangsa dan negara . Umno mau anak muda Melayu hanyut dengan hiburan yang melalaikan supaya senang Umno tarik mereka ke dalam kelambu Umno.

Yang luluskan konsert penyanyi gay itu ialah bangsa yang bernama Melayu bukan bangsa lain. Depa ada kuasa untuk batalkan konsert penyanyi tersebut tapi yang difikirkan ialah soal jarak penyanyi itu bila berkonsert bukannya fikirkan soal haram atau tidak dan kesan buruk kepada anak muda .

Umno gembar-gemburkan dan ketakutan yang amat kepada orang Melayu akan hilang kuasa Melayu bila Umno dah berkubur tapi Umno biarkan anak muda hanyut dengan keseronokkan dunia hiburan dengan menjemput penyanyi gay untuk dipersembahkan kepada rakyat Malaysia.

Berkaitan;
Konsert artis 'gay' : Pemuda Pas hantar memo bantah-Malaysiakini
Konsert :Kerajaan suburkan gejala sosial-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam...
    teringat akan kisah Negara Jepun yg tidak membenarkan paris hilton masuk ke negara tersebut dsbabkan 1 kes walaupun telah sampai ke imigresen tersebut...org melayu kt fikir kekayaan yg bakal dterima dgn membawa masuk artis yg xtentu hala...akhirnya erosakkan aqidah dan akhlak muda mudi di negara ini...wallahua'lam

    BalasPadam