Jumaat, 15 Oktober 2010

Kalau semua bagi kat Ku Li jadi 'punching bag' Umno la kalau kalah


Ku Li dilaporkan telah menolak cadangan Umno Gua Musang menjadi calon Umno-Bn di Galas.Ku Li mau PM Najib sendiri pilih calon yang sesuai untuk Umno-BN bertanding di Galas. Ku Li hanya menerima jawatan sebagai Pengarah PRK di Galas.

Ku Li tahu kalau semua nak ditanggung Ku Li di prk Galas pemimpin Umno lain tak akan dipersalahkan kalau Umno kalah di Galas. Kalau Umno menang Ku Li akan dipuji buat sementara waktu.

Kalau kalah semua pemimpin Umno akan menuding jari kepada Ku Li dan mereka akan kata Ku Li dah hilang pengaruh , Ku Li dah tak diterima rakyat Gua Musang, Ku Li memang layak pun tak pegang apa-apa jawatan dalam kabinet Umno-Bn. Ku Li juga akan dituduh pemimpin Umno yang makan tuan kerana bersekongkol dengan kerajaan negeri Kelantan tuntut royalti . La ni pemimpin Umno dok perhati gerak laku Ku Li tunggu hari nak 'punching bag' selepas prk di Galas. Umno akan keronyok-keronyokkan segala kekalahan kepada Ku Li . Nasib Orang yang setia kepada Umno memang begitu.Pengalaman Ku Li dalam politik tidak mampu mengeluarkan diri beliau keluar daripada kepompong Umno yang Ku Li sendiri kata Umno dah kotor dan jijik.

Berkaitan;
PRK Batu Sapi serentak Dun Galas-THM
Ku LI tolak jadi calon Galas-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. salam...
    UMNO memang tunggu masa utk mblasah ku li habis-habisan..ni krn ku li mnyatakan sokongan kpd kerajaan kelantan bkenaan isu royalti minyak...walahua'lam

    BalasPadam