Ahad, 10 Oktober 2010

Jangankan buat Universiti buat titi pon tak nampak lagi

Bila tiba musim pilihanraya macam-macam janji ditabur. Ada janji boleh dapat ada janji semua lebur .Banyak yang bohong daripada yang betoi. Wanita Umno Gua Musang minta Unversiti dibina di Gua Musang. Selama ni tak pernah dengar pun cadangan macam tu tapi bila ada prk di Galas Wanita Umno Gua Musang pun 'test market', cuba-cuba ngail kot-kot dapat sungguh sebuah unversiti di Gua Musang. Orang Gua Musang pon seronok sebab Wanita Umno Gua Musang cadang nak buat Universiti.

Apa macam dengan janji-janji Muhyiddin Yaasin Timbalan Presiden Umno nak buat jambatan di Manek Urai yang bernilai RM8juta semasa prk Manek Urai dulu?Hari ni tak nampak titi lagi ha ha ha. Jangankan buat Unversiti , titi pon tak nampak lagi!

Sebab tu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapha Mohamed tolak cadangan Wanita Umno Gua Musang nak bina Universiti. Tok Pa tak berani nak janji dah takut jadi macam di Manek Urai.Semua janji terburai. Tok Pa kata tiada lagi projek 'mee maggi' di Galas. Baca di sini.

Muhyiddin dah tak bersuara tenggelam dek 'kuasa sementara' yang ditawarkan kepada Ku Li sebagai Pengarah prk Bn di Galas.Pemimpin-pemimpin Umno baik di peringkat pusat mahu pun negeri Kelantan semua dengar cakap Ku Li. Cakap Muhyiddin, cakap Tok Pa dah tak laku semua kata "kita akan rujuk kepada Ku Li, ikut Ku Li lah nak buat apa pon". Kalau Ku Li kata taik hidung ni tak masin dia rasa manis , pemimpin Umno akan kata , " Betul Ku Li cakap tu memang taik hidung rasa manis . Kalau Ku Li kata sapa tak nampak dia anak luar nikah, semua pemimpin Umno akan kata kami semua nampakkkkk....

1 ulasan:

  1. Salam...
    kalo org yg sokong UMNO baca artikel ni tpi masih xsedar lg..xtaula..wallahua'lam

    BalasPadam