Jumaat, 8 Oktober 2010

FELDA: Pemimpin Umno cakap merapu

Kata Ahmad Maslan Jangan buang duit saman Felda ;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, justeru peneroka tidak perlu bersusah payah menggunakan khidmat peguam dan mahkamah bagi menuntut bayaran itu kerana tindakan itu hanya akan merugikan mereka.

“Jangan saman, kalau saman, saudara (peneroka) rugi kerana kena bayar peguam. Orang yang tidak saman pun akan dapat juga (wang tanam semula) dan orang yang saman pun akan dapat juga.

“Selain itu, dia kena bayar pula kos peguam, untuk apa?” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Kalau tak saman macam mana dalam dua kes terkini pihak mahkamah arah Felda bayar pampasan dan gantirugi kepada peneroka?Dalam kes pertama Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 .

Kes kedua Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Para peneroka dapat habuan ka kalau tak saman?Hak mereka dinafikan hanya melalui Mahkamah baru hak mereka diperolehi. Pemimpin Umno cakap merapu bertalu-talu bila prk Galas semakin dekat.

1 ulasan:

  1. salam...
    makin hebat UMNO memainkan strategi PRK DUN Galas...wallahua'lam

    BalasPadam