Sabtu, 14 Ogos 2010

'Umno digambarkan parti tak berakhlak , hanya layak dok bawah tapak kaki'-Tengku Adnan


Tun Mahathir mantan PM berkata dalam blognya 'Umno dah busuk hingga ke ususnya' yang antara lain menyebut;

Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

Kini Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pulak gambarkan apa yang telah diluahkan Tun Mahathir itu tentang Umno. Tengku Adnan kata Umno hanya layak duduk bawah tapak kaki . Tapi kalau dah jadi taik siapa pulak yang nak pijaknya? Kata Tengku Adnan dalam laporan Bernama Umno minta rakan maya bantu naikkan semula imej parti;

Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengki Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.-Bernama.

Bolehkah hanya sekadar minta tolong rakan maya nak perbetulkan Umno?

1 ulasan:

  1. Salam...
    kalo asyik dok main kotor jek dan salahguna kuasa..cam ne rakyat nak trus skong...pimpinan tertinggi UMNO pun xthn dgn permainan kotor UMNO...wallahua'lam

    BalasPadam