Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat berpuasa !


Besok (Rabu) seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia akan mula berpuasa menunaikan kewajipan salah satu rukun Islam yang difardhukan ke atas umat Islam. Saya mengucapkan selamat berpuasa semoga puasa kita semua diterima Allah SWT.Bulan Ramadhan bulan yang mulia ,bulan diturunkan AlQuran , bulan penuh keberkatan , bulan keampunan yang padanya ada solat sunat Tarawih yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"HAI ORG2 YG BERIMAN, DIWAJIBKAN ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN ATAS ORG2 SEBELUM KAMU AGAR KAMU BERTAQWA" -surah al-baqarah ayat 183.

Puasa ini mengajar kita untuk menginsafkan diri kita akan nasib saudara-saudara Islam kita di bumi Palestine, Afghanistan, Chechnya, Selatan Thailand dan di mana saja yang bertarung nyawa memperjuangkan bumi mereka daripada penjajahan kuasa Kuffar walaupun di bulan Ramadhan. Wallah hu a'lam.

1 ulasan:

  1. Salam...
    slamat bpuasa...bkn bln pose jek kt perlu menginsafi diri...bahkan setiap hari kt perlu menginsafi diri..mga hari inilebih baik dr semalam dan esok lebih baik dr hari ini...mga Ramdhan kali ini membawa keberkatan dlm hidup kt sume...amin ya Rabb

    BalasPadam