Selasa, 15 Jun 2010

Adun Malim Nawar (DAP) pulak keluar parti

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.-Malaysiakini.

Kita dok kira adun-adun Umno-Bn syok kat PR, nak mai kat PR, tapi hingga kini tak dak seorang pun adun BN sokong PR tapi dok lompat parti sokong Umno-Bn yang banyak!

Berkaitan;

Selepas dakwa ditawar RM20 juta, Keshvinder keluar DAP-Harakahdaily

Kemuka undi tidak percaya kepada Zambry-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam..
    ish..ish..ish..apa nak jdi ni...depa jadi lagu tu sbb UMNO dok bg gula2 yg susah nak dpt kat mana2 dan xyah kuar duit..dpt duit lg ada...kabur mata dgn nikmat dunia...amanah rakyat terus dikaburi semata2 kepentingan diri..dok ckp xbt kerja asyik sibuk berpolitik...dah nama pun org politik..knalah berpolitik...xfhmlah apa yg depa dok pikiaq la ni...wawahua'lam

    BalasPadam