Selasa, 27 April 2010

Nasib Cina lawan Umno-Apco -Bn sama macam Melayu Kelantan

MCA menyelar presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.

"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan hari ini.-Malaysiakini. Baca lagi dalam posting MCA:Kenyataan Ibrahim Ali berunsur hasutan.

Kelantan yang telah diperintah oleh Pas selama 20 tahun telah dianiayai oleh Umno-Apco-Bn sejak mula berkuasa hingga sekarang. Tuntutan royalti minyak untuk kerajaan negeri dan rakyat Kelantan telah dinafikan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan kepada puak -puak Umno melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.Hanya suku sakat Umno-apco yang kenyang dengan wang ehsan yang dikuasai mereka.

Brahim Ali bercakap seolah-olah beliau PM Malaysia tetapi tak sedar beliau menang di Pasir Mas pun atas ehsan lambang Pas yang ditandinginya. Kalu tidak hingga sekarang tak dapat jadi ahli Parlimen.

Umno -apco boleh habiskan Rm 100 juta lebih dalam prk Hulu Selangor untuk menang pilihanraya kecil tersebut tapi wang ehsan yang dibayar di Kelantan hanya bernilai Rm20 juta sahaja.

1 ulasan:

  1. Salam..

    xpatut...hak yg sepatutnya didahulukan telah dibelakangkan...sampai bila perkara ini akan selesai jika manusia penuh dgn sikap demdam, ego, bangga diri akan kuasa yg dimiliki..Allah itu maha adil lagi menegtahui setiap perbuatan hambanya..setiap zarah kebaikan akan dibalas pahala begitu juga sebaliknya....wawahua'lam

    BalasPadam