Rabu, 24 Mac 2010

Rumah Chegubard Dibaling Bom Petrol



Oleh G. Manimaran

Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di Seremban menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini — dipercayai perbuatan bermotifkan politik.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata beliau sedar rumahnya dibaling dengan botol bom petrol kira-kira 1.30 pagi.

“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.

Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.

Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya.

Malaysian Insider

Setelah tragedi Masjid diletak kepala babi hutan, gereja dan surau dibakar sekarang rumah ahli politik pulak dibaling bom petrol. Kerja siapa? Kalau tak puas hati jawab hujah dan bukti yang diberikan bukannya main kotor sedemikian rupa.

2 ulasan:

  1. Misai Merah pun tak bayar yuran ahli PAS ??? Macam Tulang Besi !!!

    Apa bezanya Kerahsiaan PArti dengan Engkar Arahan Parti.

    Tak kan malu sebab tak bayar yuran kot. Tulang babi merupakan contoh terbaik ahli PAS yang sayangkan parti. Sampai yuran RM 3 pun tak mampu bayar. Mungkin Tulang Babi boleh buat rayuan kutip derma dalam blog ini untuk bayar yuran beliau yang tertunggak. Inilah hebatnya tulang babi. Ingat - Bila kita dedah aib orang, maka tunggulah orang akan dedah aib kita.

    Dan dibawah ini adalah satu lagi contoh pimpinan pas yang sayangkan parti (kononnya).

    Umum telah mengetahui yang Khalid Samad@KS telah didapati bersalah dalam dan dijatuhi hukuman GANTUNG 6 Bulan oleh JK Disiplin.

    KS tampak tak puas hati dengan keputusan tapi akur sepertimana yang ditulis dalam blog beliau. Dia juga berpendirian tidak akan buat RAYUAN kononnya atas dasar prinsip.

    Inilah prinsip KS. Kononnya untuk menegakkan keadilan tetapi tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh parti untuk membersihkan beliau. Apa yang paling mengherankan, dari maklumat yang diterima dari Shah Alam, KS masih masuk mesyuarat kawasan dan memainkan peranan yang aktif. Tak pasti atas kapasiti apa. Yang peliknya AJK PAS Kawasan macam lebih takut dengan KS dari arahan yang telah dikeluarkan oleh PAS Pusat. Mana prinsip parti yang digunapakai pun tak tahulah.

    Kalau dah tak nak merayu, ikut ajelah peraturan. Janganlah ikut keras kepala sendiri. Macam orang kerja, kalau dah digantung kerja mana boleh masuk kerja. Ini bukan setakat masuk kerja masuk mesyuarat lagi.

    Dalam mesyuarat boleh cadang itu dan ini pulak tu. Mungkin AJK dah kena beli kot walaupun tak semua. Atau semua AJK pas kawasan diberi surat tunjuk sebab kot !
    PAS Pusat kena selidik kes KS yang tak patuh arahan dan juga pas kawasan yang pandai-pandai langgar arahan parti.
    Kalau semua pimpinan perangai macam ini rosaklah pas. KS cuba lu piker sendiri, ikut aje lah arahan parti, jangan menyimpang. Sampai bila nak anggap diri sentiasa betul.

    BalasPadam
  2. Smart,

    Ada sebut dalam Perlembagaan Pas ka Ahli Parlimen tak boleh rasmi mensyuarat agung cawangan/ kawasan?

    Ni yang dok kalut pasai yuran-yuran ni kena penyakit apa? Gila babi ka sawan babi? Tu yang bayaq yuran tu bergelap-gelap, khalwat dengan Umno lagi baik ahli yang tak bayaq yuran tapi tak jual prinsip parti, timbul fitnah sesama ahli. Bila dah jadi riuh kata pulak oghang yang dedahkan rahsia parti sebagai pengkhianat parti. Menyalak la puas -puas pertahan selagi mampu .

    BalasPadam