Rabu, 17 Mac 2010

Kerajaan Umno-Bn guna khidmat agen Yahudi- Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh Anwar Ibrahim yang juga bekas TPM Malaysia berasap-asap menyerang Umno-Bn dalam Parlimen dan beliau telah mengemukakan bukti bahawa Kerajaan Umno-Bn telah menggunakan khidmat agen Yahudi untuk urusan khidmat perunding imej. Kalau betul dakwaan tersebut memang celaka sungguh la.

Lapor Suara-Keadilan.com;

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Apabila perkara itu dibongkarkan oleh pembangkang Dr Mahathir menafikan bahawa bayaran tersebut adalah daripada dana kerajaan.

Ahli Parlimen itu mendedahkan Abramoff bukan sahaja berfahaman ektremis Zionis tetapi juga telah didakwa serta dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah di Amerika dan kini dipenjara kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah tercatat dalam nota kongres Amerika.

"Saya nak tanya ustaz, ustazah dan Menteri Agama Umno apa pandangan mereka Najib guna pelobi yahudi yang bukan sahaja tauke judi tetapi juga didapati menipu kaum Red Indian di Amerika dengan tujuan merampas tanah mereka untuk membina kasino.Baca lagi disini

Tahun lepas Zahid Hamidi Menteri Pertahanan didakwa ada berjumpa penyembelih umat Islam Palestine di Paris iaitu Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel

1 ulasan:

  1. nauzubillahiminzalik...mngapa perlu bersekongkol dengan yahudi yg dilaknati Allah???bukankah kita tidak blh menyakiti hati saudara kita inikan pula bersekongkol utk menjatuhkan lawan...renung-renungkanlah..apa yg kita lakukan ini akan Allah hisab dikahirat kelak..tepuk dada..tanyalah iman..wawahua'lam...

    BalasPadam