Jumaat, 12 Mac 2010

Dapat tengok bumbung rumah pun jadilah

MP Shah Alam Khalid Samad berkata kalau beliau jumpa Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden Pas beliau akan tanya kenapa Nasa hadir dalam majlis yang dihadiri Timbalan Presiden Umno untuk rasmikan buku yang ada kaitan dengan Natrah.Pada anggapan Khalid Nasa hadir bukan atas nama Pas tetapi atas nama peribadi.

Biasalah kalau benda kita dah suka larang macam manapun tetap berkenan juga.Kucing mana yang tak makan lauk.Kalau tak makan pun ambik bau pun jadilah.Dapat cium bau pun dah kenyang.Bak kata orang kalau dah bercinta tak dapat tengok orang dapat tengok bumbung rumah pun jadilah.

Kata Khalid Samad dalam laporan Malaysiakini;

Mengulas perkara tersebut, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad - antara pemimpin paling lantang menentang idea kerajaan perpaduan, hari ini berkata, beliau sendiri akan bertanyakan perkara tersebut kepada Nasharuddin .

“Kena tanya beliau (sebab hadir). Tidak perlulah rasa curiga atau apa. (Kita) kena tanya beliau secara langsung. Bila ada peluang, bila saya jumpa beliau di parlimen, saya akan tanyalah, kenapa beliau hadir.

“Adakah beliau hadir atas jemputan atau jawatan dia hadir untuk menunjukan kesatuan apa? Tetapi dari sudut fakta sejarah, isu Natrah ini pun tidak mencapai perpaduan Melayu. Kalau benar tercapai (perpaduan Melayu), mungkin British tidak berani benarkan apa berlaku untuk berlaku,” katanya.

Beliau juga menegaskan, bahawa muktamar agung PAS sebelum ini telah menetapkan tiada sebarang usaha boleh dilakukan untuk bekerjasama dengan Umno.

“Kehadiran mereka setahu saya tidak mewakili PAS dan tidak dilakukan atas nama PAS. Dan mungkin dilakukan secara peribadi. Dan saya hendak tegaskan bahawa muktamar PAS telah menolak apa-apa jua usaha untuk bekerjasama dengan Umno. Dan semua pemimpin mesti akur kepada keputusan muktamar,” katanya.Baca di sini.

Berkaitan;
Isu Natrah tidak satukan rakyat Melayu-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. apa le bengap sangat orang Pas ni, yang dok suka buat benda-benda dilarang olah parti pasaiapa, dah rasa dahsyat sangat ke

    BalasPadam