Rabu, 27 Januari 2010

Lontar Kepala Babi Dalam Kawasan Masjid: Memang Babi!



Gambar di atas daripada TVSelangor.com

Insiden terbaru dalam isu agama dikejutkan lagi dengan pihak-pihak tertentu yang sengaja cetuskan sentimen antara kaum dan agama dengan melontarkan kepala babi dalam kawasan masjid di sekitar Lembah Klang.Satu penghinaan yang amat berat dan meruntun rasa tidak tenteram di kalangan umat Islam ketika ini.Insiden ini boleh cetuskan suasana yang lebih teruk dan tindakbalas yang tak dijangka mungkin diterima pula oleh rumah ibadat lain. Siapa dalang utama lontar kepala babi ini?

Lapor Malaysiakini;


Kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Taman Sentosa.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, 30 keping wang seringgit juga ditaburkan di kawasan masjid itu.

Menurut wartawan Malaysiakini, yang berada di lokasi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya sedang menyiasat kawasan kejadian ketika ini.Baca di sini

Tambahan, Berita Harian Online pula melaporkan seperti berikut;

Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.

Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.

Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.Baca di sini

Berkaitan
Dua Masjid Dilempar 4 Kepala Babi, KPN Minta Rakyat Bertenang-Utusan Malaysia Online
Dua Kepala Babi Diletak Di Depan Masjid Jumhuriah-TVSelangor.com

8 ulasan:

  1. Salam...

    mari kita hayati hadis ini...

    Dari Abdullah bin Aufa r.a, “Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:” Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang”. Kemudian baginda berkata:”Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:...

    renung-renungkan dan selamat beramal...

    BalasPadam
  2. Saya mohon doa pada Allah S.W.T., supaya kepala orang-orang yang mengarah, memrancang, dan melaksanakan perbuatan ini bertukar menjadi kepala babi untuk selama-lamanya. Semoga Allah S.W.T. akan memperkenankan.

    BalasPadam
  3. nasib baik kepala babi. kalau kepala bom?

    BalasPadam
  4. Minta umat islam bersatu demi agama kita yg kini diuji dgn org kafir yg laknat..amin.

    BalasPadam
  5. Bersatulah umat islam..!

    BalasPadam
  6. Salam
    Kepada kiter yang beragama Islam ni. saya nak bertanya. Ingat lagi tak kes buang kepala babi di UM?? Bendera apa kepala babi tu dibuang?? bendera PAS kan?? So siapa rasa2 saudara yg buang kepala Babi tu?? Org Kafir?? Atau Munafik??
    Fikir sebelum memBABI BUTA!!

    Utk saya, Isu baru ni di rancang oleh dalang2 yang taknak negara kiter ni maju. Takkan tengok negara kiter ni bersatu. Sejak biler isu2 ni berlaku?? Fikir sendiri. Saya tak berniat menuduh, saya ppun bukan ader fahaman politik atau supot mana2 parti Politik.

    Lagi satu kalau lah bangsa lain buang kepala BABI pun la kenapa kepalam BABI Hutan?? BUkan kah sennag mereka mendapatkan kepala babi ladang di pasar? Fikirkan lah. Renungkan lah. Kita Umat Islam ni selalu dipermainkan hati kiter oleh org2 kiter sendiri.

    BalasPadam
  7. Orang laknat je yang melakukan pekerjaan laknat sebegini dan lambat laun akan menerima pembalasan yang setimpal.

    BalasPadam
  8. saya xagak org islam yg melakukan demikian. ini semua kafir lahanat. bkn dikalangan org2 islam, nie kalangan org-org yang makan babi..

    BalasPadam