Khamis, 24 Oktober 2013

Mat Sabu sah pertahankan jawatan

Hj Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas adalah antara tokoh utama Pas yang jadi penggerak kebangkitan rakyat di negara ini menentang Umno-BN dalam demo Bersih 1.0.2.0 dan 3.0.
Pas memerlukan tokoh yang berkalibar dalam menentang segala penyelewengan dan salah laku Umno-BN bukannya hanya sekadar syok pegang jawatan di peringkat pusat.
Kalau takat syok pegang pegang jawatan macam syok pegang pusat bini sapa pon boleh...
Tapi segalanya terletak di tangan perwakilan samaada mahu kekalkan Mat Sabu sebagai TP Pas atau cari orang lain yang mereka anggap lebih layak berhadapan dengan Umno-BN.

Rabu, 23 Oktober 2013

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama-TGNA

Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan. Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.

Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan. Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat. Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. - Surah At-Taubah, ayat 19.

Perhatikan ayat ini di mana Allah SWT mengherdik sikap orang-orang kafir Quraisy yang berbangga dengan amalan mereka memberi minum para jemaah haji. Ya, benar itu amalan yang mulia. Tetapi jika dibandingkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT, amalan memberi minum para jemaah haji masih jauh rendah nilainya.

UMNO hanya melaksanakan Islam yang kosmetik tetapi meninggalkan roh Islam yang sebenar. Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya. Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh, dijadikan tajuk besar kononnya UMNO berjuang habis-habisan agar orang-orang Islam sahaja boleh menggunakan kalimah Allah. Tetapi itu cerita sebelum pemilihan. Adapun selepas pemilihan, baru keluar cerita kecil bahawa keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain, barangkali hanya orang Islam di semenanjung sahaja jatuh murtad jika benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, adapun orang Islam di Sabah dan Sarawak lain hukumnya.

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama. Bahkan jika permimpin UMNO menyatakan sama sahaja di antara kedua-dua part ini, saya persilakan ahli-ahli UMNO untuk mengundi PAS kerana mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-duanya hanyalah sama. Adapun ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya tidak sama.

Sebenarnya UMNO tidak usahlah memakai topeng. Wajah UMNO terlalu sukar untuk disembunyikan. Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan. Pada UMNO, hanya orang-orang UMNO sahaja Melayu, selain mereka tidak boleh bergelar Melayu. Ini bukan perjuangan Melayu, ini sebenarnya perjuangan meruntuhkan Melayu.

Apapun tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menang di pemilihan UMNO baru-baru ini. Melihat kepada senarai kepimpinan UMNO yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah.

Sekian, wassalam.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Rabu, 9 Oktober 2013

Mensyurat Agung Pas Kawasan Putrajaya tak sah?

KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS

October 9, 2013 at 2:06pm
KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS


Semalam 8 Oktober 2013 Ustaz Nazir Zakaria, Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya telah mengadakan sidang akhbar berkaitan beberapa isu melibatkan Pas Kawasan tersebut. Antaranya ialah :

a)      Status perehatan beliau sebagai YDP Kawasan;
b)      Kesahan Mesyuarat Agung Kawasan

Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak tetapi untuk melihat dari sudut perundangan dan kesannya terhadap Pas secara keseluruhan.

a)      Status perehatan Ustaz Nazir Zakaria sebagai YDP.


Ustaz Nazir Zakaria (gambar kiri) merupakan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya yang telah dipilih secara sah melalui Mesyuarat Agung Kawasan pada 2011 untuk penggal 2011 – 2013. Pada 3 April 2013 sepucuk surat telah dikeluarkan kepada Ustaz Nazir yang ditandatangani oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad (Gambar kanan bawah) atas kapasiti Pemangku Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya, Sdr Mohamad Hj Hassan, Pemangku Naib Yang DiPertua dan Sdr Kamarul Arif bin Ambak, Penolong Setiausaha. Surat tersebut memaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan Putrajaya pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013 telah memutuskan bahawa Ustaz Nazir direhatkan daripada menjalankan tugas sebagai YDP Kawasan sehingga suatu tempoh yang akan diputuskan kembali oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan. Surat makluman tersebut bagaimana pun tidak menjelaskan alasan keputusan tersebut dibuat.

PERTAMA : ADAKAH MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KERJA PAS KAWASAN SAH?

Dinyatakan di dalam surat bertarikh 4 April 2013 bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013. Hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk merehatkan YDP daripada menjalankan tugas YDP sehingga suatu tempoh yang ditentukan Jawatankuasa Kerja.

Siapa yang memanggil Mesyuarat Khas tersebut? Adakah ada di dalam Perlembagaan PAS berkaitan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja? Perlu diambil perhatian bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan hanya boleh dipanggil oleh YDP atau oleh satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan secara bersurat kepada Setiausaha dengan menyatakan sebab-sebabnya. Ini diperuntukkan di dalam Fasal 28(9) seperti berikut :-

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu, atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa itu yang meminta dengan bersurat kepada Setiausaha PAS Kawasan itu dan menyatakan sebab-sebabnya.


 Prosedur Mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah dengan jelas diperuntukkan di Fasal 34 seperti berikut :-

FASAL 34. Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

(1)   Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat hendak dijalankan oleh mana-mana Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian yang disebut dalam Fasal 25, 28 dan 31 Perlembagaan ini.

Walaubagaimana pun suatu Mesyuarat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil dengan mengabaikan peruntukkan Fasal 34(1) iaitu diperuntukkan di Fasal 34(4) seperti berikut :-

(4) Dengan mengabaikan Ceraian (1), (2) dan (3) Fasal ini, mana-mana mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja yang disebut dalam Ceraian-ceraian di atas bolehlah diadakan pada bila-bila yang dikehendaki oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua PAS Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau Ketua Dewan-dewan berkenaan. Setiausaha Agung atau Setiausaha yang berkenaan hendak mengeluarkan notis mesyuarat pada bila-bila masa yang sesuai dengan apa-apa cara yang difikirkan munasabah untuk menyampaikan notis tersebut.

Peruntukkan Fasal 34(4) dengan jelas menyebutkan bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja hanya boleh dipanggil oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau ketua-Ketua dewan-Dewan berkaitan.

Justeru persoalan yang perlu dijelaskan oleh Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada 18 dan 20 Mac 2013 tersebut, adakah mesyuarat tersebut dipanggil oleh Presiden atau oleh Pesuruhjaya Pas Negeri atau oleh YDP atau satu pertiga (1/3) daripada AJK secara bersurat dan kenapa pada dua (2) hari yang berdekatan? Jika Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau YDP Kawasan atau Ketua Cawangan atau Ketua Dewan tidak pernah memanggil mesyuarat, maka mesyuarat tersebut tidak sah dan keputusan mesyuarat adalah tidak sah. Jika ada panggilan mesyuarat khas dibuat oleh mana-mana orang yang tersebut itu, adakah suatu notis mesyuarat dikeluarkan dan disampaikan secara munasabah.

KEDUA : ADAKAH JAWATANKUASA KERJA KAWASAN MEMPUNYAI KUASA MEREHATKAN YANG DIPERTUA KAWASAN?

Rujukan perlu dibuat kepada Fasal 28 Perlembagaan PAS. Difahamkan bahawa Jawatankuasa Kerja menyatakan mereka merehatkan Ustaz Nazir (YDP) berdasarkan Fasal 28 (8) seperti berikut :-

Fasal 28(8)

Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.


Fasal 28(8) menerangkan kuasa Jawatankuasa Kawasan untuk memberhentikan atau menahan seseorang AJK menjalankan tugas dalam masa tertentu. Walaubagaimana pun kuasa tersebut tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan di dalam Fasal 28(2),(3),(4),(5) dan (6). Di dalam Fafal 28(8) tersebut diperuntukkan dengan jelas pada awalnya bahawa “Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas” .

Apa maksudnya? Apa syarat-syaratnya? Frasa ini dengan tegas memberikan maksud bahawa walaupun Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk memberhentikan atau menahan mana-mana Ahli Jawatankuasa dari menjalankan tugas, ianya tidak termasuk kepada YDP, TYDP, NYDP dan KUU kerana ketiga-tiga jawatan tersebut adalah jawatan yang dipilih dan dilantik oleh perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan. Jawatankuasa Kerja hanya boleh menggunakan kuasa memberhentikan dan menahan tugas hanya bagi AJK yang dilantik. Ini secara jelas disebutkan dalam Fasal 28(5) seperti berikut :-

(5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang disebutkan dalam ceraian (1)(l) Fasal ini hendaklah dua pertiga daripadanya dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada tiap-tiap dua tahun sekali dan satu pertiga daripadanya dilantik oleh Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan daripada ahli-ahli PAS dalam Kawasan itu, dan mereka hendaklah memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang akan datang atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

Fasal 28(5) menyebut dengan terang bahawa satu pertiga (1/3) AJK dilantik oleh YDP dengan persetujuan mesyuarat AJK Kawasan memegang jawatan untuk tempoh dua (2) kali Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa kerja Pas Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun. Justeru mereka (1/3) AJK inilah sahaja yang boleh diberhentikan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 28(8).

Jika Jawatankuasa Kerja mengguna-pakai peruntukkan Fasal 28(8) tersebut untuk merehatkan YDP maka Jawatankuasa Kerja telah terkhilaf. Justeru keputusan Jawatankuasa Kerja Kawasan merehatkan YDP melalui surat bertarikh 4 April 2013 tersebut adalah tidak sah maka dengan sendirinya surat bertarikh 12 September 2013 yang menarikbalik tempoh rehat beliau sebagai Yang Dipertua adalah tidak sah.

Kesimpulannya, Ustaz Nazir Zakaria masih Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya yang sah sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya yang baru yang ada pemilihan, memilih orang lain sebagai Yang Dipertua yang baru.


b)      Kesahan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putrajaya pada 22 September 2013

Sesebuah PAS Kawasan bergerak berdasarkan mandat Masyuarat Agung Tahunan seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 18 seperti berikut :-

FASAL 18. Mesyuarat Agung PAS Kawasan

(1)   Adapun gerakan dan pentadbiran sebuah kawasan PAS itu adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawah kekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan itu. Akan tetapi Majlis Mesyuarat Agung itu sendiri adalah tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS dan juga Aturan dan Peraturan mesyuarat kawasan itu.

(2)   (a) Sesebuah Kawasan hendaklah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan Februari, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua kawasan itu ataupun dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

(b) Mesyuarat Agung Khas Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masapun jika dikehendaki oleh Yang Dipertua Kawasan itu, atau dengan kehendak, sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah cawangan-cawangan atau daripada ahli-ahli kawasan itu. Maka dalam Mesyuarat Agung Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa selain daripada perkara yang kerananya Mesyuarat Agung Khas itu diadakan.

(c) Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diodit.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putrajaya telah diadakan baru-baru ini pada 22 September 2013. Notis panggilan mesyuarat bertarikh 12 September 2013. Notis itu hanya 10 hari daripada tarikh Mesyuarat diadakan.

a)      Adakah Notis Mesyuarat bertarikh 12 September 2013 tersebut sah?

Fasal 18(2)(c) menyatakan notis hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat. Frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bagaimana ditafsirkan? Adakah ianya bermaksud di dalam lingkungan 14 hari atau bermaksud tidak kurang dari 14 hari”?

Pendapat saya frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bermaksud hendaklah tidak kurang 14 hari kerana ianya sebagai persediaan kepada perwakilan untuk mengkaji dan meneliti agenda mesyuarat, laporan mesyuarat dan penyata kewangan untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Kenapa saya tidak menafsirkan dalam lingkungan 14 hari? Ini kerana jika notis mesyuarat dikeluarkan dalam lingkungan 14 hari, maka notis boleh dikeluarkan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dan itu tidak munasabah. Contohnya Mesyuarat Agung Tahunan dijadualkan esok 10 Oktober 2013 dan notis dikeluarkan hari ini 9 Oktober 2013. Adakah wajar dan munasabah kepada perwakilan? Tentu tidak, maka frasa “dalam tempoh 14 hari” hendaklah ditafsirkan sebagai tidak kurang 14 hari.

Atas sebab itu saya berpendapat bahawa Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya bertarikh 12 September 2013 adalah pra-matang dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 22 September 2013 adalah tidak sah. Maka segala yang dilakukan di dalam Mesyuarat adalah tidak sah. Pemilihan jawatan dan pemilihan perwakilan ke Muktamar Agung PAS psuat juga tidak sah.

b)      Siapa memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya?

Rujuk kembali kepada Fasal 18(2(a) yang memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua untuk memanggil Mesyuarat Agung Tahunan pada bila-bila masa. Tiada pihak lain yang boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan selain daripada Yang Dipertua atau pun permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 12 September 2013 ditandatangan oleh Setiausaha PAS kawasan. Siapa yang memanggil mesyuarat? Adakah Setiausaha atau Yang Dipertua? Fasal 18(2)(a) jelas bahawa hanya Yang Dipertua boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan dan Setiausaha hanya menjalankan tugas mengeluarkan notis. Adakah Ustaz Nazir Zakaria yang memanggil mesyuarat tersebut? Jika beliau yang memutuskan memanggil mesyuarat maka mesyuarat itu sah tetapi notisnya pula pra-matang. Jika orang lain selain Ustaz Nazir yang memanggil mesyuarat, maka mesyuarat langsung tidak sah.

Atau pun dimaksudkan yang memanggil mesyuarat itu Pemangku Yang Dipertua? Persoalan tersebut tidak berbangkit kerana Ustaz Nazir Zakaria adalah dan masih Yang Dipertua yang sah.

KESAN KEPADA PAS PUSAT

Krisis ini akan memberikan kesan secara langsung terhadap PAS. Bagaimana kesannya dan apa kesannya?

Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah. Jika perwakilan Pas Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih. Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu. Kemungkinan Pendaftar Pertubuhan akan mengganggu kacau PAS seperti mereka lakukan kepada pemilihana CEC DAP tidak boleh dielakkan.

Adakah PAS mahu sebegitu? Tepuk dada istighfar banyak-banyak....


Zulhazmi Shariff (Peguam Kase dan kamera AES)
9 Oktober 2013

Husam balun kerajaan Negeri Kelantan





Yang pahit kena terima ..kalau tidak nyawa Pas berkubur di Kelantan jadi macam Kedah

Sabtu, 5 Oktober 2013

"Saya tak reti nak bergaduh sama sendiri dalam parti"-Mat Sabu

Dok tengah minum kopi radix kat kedai mamak di seksyen 16,Shah Alam, tengok-tengok muncul Timbalan Presiden Pas Hj Mat Sabu sorang diri..dia mintak teh c satu..aku pon tanya la berkenaan pemilihan jawatan dalam Pas kini yang terhangat ..


Dia kata,"Saya tak reti nak bergaduh sesama sendiri dalam parti..sapa-sapa pon boleh kata apa saja kat saya..saya tak akan rasa apa..saya dah besa kena azab lokap dan penjara..musuh politik saya ialah Umno-Bn."

Sambung Mat Sabu lagi," Saya hormati ulama dalam Pas seperti TGNA,TGHA ,Almarhum ust Fadzil Nor..begitu juga saya hormati ulama macam Ibrahim Libya ..dia kata dia laksana ..lawan ISA sampai mati.."

Ada golongan tertentu dalam Pas kini yang buat kerja untuk jatuhkan Mat Sabu dengan buat tuduhan liar dan tak beradab walaupon berpendidikan agama.

Jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan bulan November depan dijangka hangat dengan pertandingan calon-calon yang dijangka bertanding seperti Tuan Ibrahim Tuan Man,Nik Amar (Timbalan MB Kelantan) dan Mat Sabu sendiri yang akan pertahankan jawatan.Husam Musa Naib Presiden Pas dijangka tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana mahukan beri laluan kepada Mat Sabu. 

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat(Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat." "Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," kata Husam Musa dalam satu majlis di Kuala Lumpur.