Jumaat, 31 Ogos 2012

Saja nak tanya.. Nasha berjasa kepada Pas atau Pas yang berjasa kepada Nasha?

Isu Nasha:Pas hormati orang pernah berjasa, kata Nik Aziz-Sinar harian online
 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Nasha).
Nik Aziz menegaskan beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.
“Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur.  Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.
“Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri  sokongan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ragut yang hampir putus tangan, Rohaini Abdullah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.-sinarharian online

Banyak orang yang mau popular pada mulanya bertenggek atas pentas ceramah Pas, bila dah popular , mula dah masuk dalam corong-corong radio dan TV mulalah buat perangai telefon tak dapat, telefon tak berangkat, ana sibuk apabila dipanggil untuk berceramah.Ini fenomena biasa bagi penceramah-penceramah agama yang ambil kesempatan atas kelemahan Pas sendiri nak buat lagu mana.

Kalau duduk dalam Pas pun mulalah buat perangai banyak contoh orang macam ni malas da nak sebut nama.Kalau kita cakap pasal politik tutuh Umno kaw-kaw dia akan mula mengelak dan beredar pada hal kita hanya nak tengok perangai dia saja masih macam dulu atau suda berubah.

Pemimpin Pas yang jadi ahli parlimen dan adun dipilih oleh rakyat yang benci Umno-BN (parti syaitan) bukan naik sendiri jadi janganlah jadi kaduk naik junjung!

Saya tabik pada Pak Samad Said sasterawan negara dihujung usia emasnya jadi ikon anak muda untuk tumbangkan regim Umno-BN.Ini yang kita mau bukan jadi penjilat dan pencacai Umno-Bn, makin lemah suara mereka apabila dapat pangkat dan darjat dan kecapi hidup mewah, lupa asal usul mereka.
Baca juga;
Koleksi gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka-Harakadaily
Lautan kuning banjiri Dataran-Keadilandaily

'Ditangan anak muda sebuah regim boleh ditukar'

Kata tokoh sasterawan negara yang berani dan kini jadi ikon anak muda seperti yang dilaporkan Malaysiakini dari Dataran Merdeka malam tadi sempena himpunan Janji Demokrasi
Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta. 
Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.
"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.
"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.
Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.Baca di sini.

Lain-lain gambar dari Dataran Merdeka malam tadi tengok di sini.

Selamat menyambut hari kemerdekaan bebaskan otak kita ,fikiran kita daripada terus dijajah dengan bertuhankan Umno-BN yang kini digelar 'Syaitan yang dikenali'.Jangan jadikan diri kita hamba abdi Umno-BN buang jauh-jauh bahawa tanpa Umno-BN kita tak boleh cari rezeki dan hidup merempat.Tak guna sambut merdeka jika tidak berani buat perubahan.Merdekakan diri kita untuk kali kedua dengan menumbangkan Umno-BN di Putrajaya.
Sajak Pak Samad sempena 'Janji Demokrasi'
Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati – 
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Khamis, 30 Ogos 2012

Malang kita dapat PM tak ada pendirian

TPM Muhyiddin mau segerakan pru 13 kot-kot BN menang lagi boleh jdi PM.Saya hanya mendoakan Umno-BN yang kini digelar Syaitan tumbang dalam pru 13.

Masihkah ingatkah kita PM Najib kata   "Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong,"   semasa berucap dalam himpunan ualangtahun Umno ke 66 di Stadium Bukit Jalil bulan Mei yang lalu.

Hari ni Najib kata "Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu" semasa berucap di Baling.
Semasa berucap di Baling tu juga Najib begitu bimbang dengan tidak adanya kesepakatan dalam Umno yang dilihat semakin lemah dan kucar-kacir kerana perebutan dalam Umno untuk rebut jadi calon dalam pru 13.

Berbeza sungguh negara kita dengan negara luar kerana PM kita amat penakut dan flip-flop untuk umum tarikh pilihanraya.Hanya berani cakap loyar buruk depan ahli Umno, cakap sampai muka merah menyala berapi-api depan ahli Umno tapi sayang rupanya tak berani umum bila nak buat pru 13.

Rabu, 29 Ogos 2012

Ostad bela Nasha?

Semasa timbul isu Hasan Ali Utusan Malaysia dan TV3 jadi jaguh bela Hasan Ali.Kali ni pun sama para Ustaz Pas jadikan Utusan sebagai tempat untuk luahkan sokongan mereka kepada Nasharuddin Mat Isa yang dilihat semakin ketinggalan dalam persada politik Pas.Ada pun tak menambah pergi pun tak luak.
Utusan dilihat jadi pembela Nasha dengan mengutip kenyataan beberapa pemimpin Pas yang dikatakan simpati kepada nasib Nasha.TV3 dalam beritanya dengan 'sayu' yakin Nasha tidak akan diapa-apakan apabila Majlis Syura Pas bermensyuarat kes beliau nanti.
Utusan spin berita atau memang benar pun beberapa pemimpin Pas masih harapkan Nasha tidak dikenakan sebarang tindakan yang berat macam Hasan Ali.Pemimpin ulama Pas di Selangor tu semua orang Pas Selangor kenal siapa beliau dan condong ke arah mana.

Hanya ustaz Ahmad Awang bekas Naib Presiden Pas yang berani kata Nasha kena berundur secara baik daripada ahli majlis syura Pas yang lain tak berani cakap macam tu."Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi. "Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Kata pantun dan lagu lama buat Nasha; 
sayang-sayang buah kepayang ,
manakan sama buah keranji, 
di sini sayang di sana pun sayang, 
sama-sama memikat janji

Ini pulak sms yang saya terima tanpa edit;
"Bodo..pedulikan Nasa dan Karpal, lawan Umno habis-habisan..kita nak menang, Umno dah nazak nak mati, jangan nanti rakyat jadi benci dan sokong Umno balik..pada kami ahli2 biasa diminta ikut dan taat  kpd keputusan parti tapi para pemimpin masing2 nak jadi hero buat statment..diperangkap media musuh bodonya pemimpin seperti ini".
Baca juga;
Mat Sabu :Saya tak tarik balik selepas tekanan-Malaysiakini
Nasharuddin dapat sokongan -Utusan
Haron Din pertahan Nasha-Utusan

Kompom tak ada laporan polis

PKR:PM perlu perjelas tindakan upah pro Zionis
PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab pentadbirannya mengupah perunding yang didakwa pro-Zionis untuk melonjakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sepatutnya menghentikan khidmat bekas kolumnis The Guardian Amerika Syarikat, Joshua Trevino sejak dahulu lagi.
Ini kerana Joshua adalah seorang konsultan untuk FBC Media yang didakwa dikenali dengan pendirian pro-Zionisnya, kata Saifuddin dalam kenyataannya hari ini.
"Maka adalah ganjil apabila kerajaan mengupah konsultan ini tetapi pada masa sama menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ahli politik yang pro-Israel," kata Saifuddin.
Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar FBC Media RM84 juta (19.6 juta Euro) untuk kontrak tiga tahun bermula 2007 untuk "memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa".-Malaysiakini

Perkasa dah hilang taring,Jati Tiga Jalur yang baru lahir terkejut sebab Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali,Pewaris dah lama berkubur jadi siapa lagi yang akan buat laporan polis.
Dah banyak makan hasil air tangan dan buah fikiran Zionis tak hairanlah BN dinamakan sebagai parti syaitan yang dikenali.

Selasa, 28 Ogos 2012

Cakap ikut lubang taik, bapa syaitan merapu lagi

Dalam dunia ni hanya ada satu parti saja yang mengakui bahawa parti politik yang disertainya sebagai parti syaitan yang dikenali iaitu Umno-BN .Ini Tun Madey yang kata orang Umno jangan marah teruslah menyokong parti syaitan BN.Syaitan nak merasuk orang buat kerja mungkar dan dosa tak akan mengaku kata  akulah syaitan marilah ikut aku tapi syaitan merasuk fikiran kita dengan pelbagai godaan seperti duit,pompuan dan kuasa supaya kita lalai dan alpa dengan kemewahan yang kita ada.

Setelah puas dan bangga Tun Madey kata BN parti syaitan Tun Madey kembali ulangi ayat-ayat lama beliau serang hukum Allah SWT iaitu Hudud dengan kata 'Saya tolak hudud Pas , bukan Hudud Islam'.Dalam Al-Quran Allah SWT sebut Hududullah bukan Hudud Islam.Tak ada Hudud Islam yang ada Hudud Allah SWT.Pas sendiri tak sebut kata ini Hudud Pas macam mana Tun Madey putar belit kata rang undang-undang kanun jenayah syariah yang dibawa Pas sebagai Hudud Pas?

Umno cari jalan menyerang hukum hakam Allah SWT tapi tidak cari jalan untuk tunjukkan bahawa hukum yang terbaik dalam dunia ialah hukum Allah SWT.Mereka menakut-nakutkan orang Islam dan bukan Islam dengan Hudud kerana mereka dah mati akal untuk tarik rakyat Malaysia dan anak muda yang semakin jauh daripada Umno-BN.Mereka bukan menambah pahala tapi menambah dosa saja apabila buka mulut berkaitan isu agama.

Teruskanlah cakap merapu dan orang yang rasional akan sedar bahawa kalau dah jadi syaitan nak sangat kepada cara hidup syaitan cakap apa pon akan jadi macam syaitan juga.Orang Cina ketawa apabila Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali dan geleng-gelengkan kepala dengar ayat-ayat syaitan daripada bapa syaitan.

Masih rasionalkah lagi golongan agama dalam Umno termasuk mufti dan ulama muda Umno bertenggek dalam komponen BN yang digelar syaitan?Kamu sayang pangkat dan gaji yang lumayan yang kamu dapat sanggup bersekongkol dengan parti syaitan dan diam seribu bahasa tidak berani buka mulut untuk bantah bapa syaitan kamu yang semakin lantang perlekehkan hukum Allah SWT.
Baca juga;
Haron Din:'Tun Mahathir harus bertaubat'-Sinar harian

'10 0rang Cina 1 saja sokong Chua Soi Lek'

Alhamdulillah hari ni cuaca mendung tak panas macam bulan puasa tambah-tambah pagi tadi hujan turun dengan lebat di Shah Alam dan KL.Moga air dalam empangan terus melimpah dan pihak Syabas patut rasa malu kerana asyik politikkan isu air di Selangor.Media Umno pulak terlupa kata di Pahang yang mahu hantar air ke Selangor juga ada kawasan yang beraya tanpa air bersih untuk kegunaan harian.

Saja nak bagi tau hari ni kebetulan berjumpa seorang Teknisyen berbangsa Cina di kilang JVC di seksyen 22, Shah Alam.Beliau  dah 15 tahun kerja di syarikat tu.Saya berjumpa dengan Teknisyen tu kerana peralatan cd player kereta saya rosak dan disyorkan pihak service centre untuk datang ke JVC (Kenwood) untuk dibaiki.Teknisyen ni tanya kat saya,"Apa macam politik sekarang?" Saya kata, "Politik sekarang BN tengah teruk."Dia kata kat saya,"Ya la..ini kali kita rakyat kena tukar kerajaan di Putrajaya.Kasi dia (BN) tau sikit apa rasa jadi pembangkang." Teringat dalam kepala saya ,"Ishh hari-hari Umno-BN dok mainkan isu Hudud takkan tak masuk dalam kepala Cina ni.Ini maknanya yang ada dalam fikiran rakyat ialah nak tukar kerajaan di Putrajaya yang lain kira kemudian.

Seorang supplier yang juga berbangsa Cina kata kat saya ,"Saya aaa ini MCA sama Umno hari-hari cakap isu Hudud saja tapi kita sudah tau apa dia orang punya politik.Saya mau kasi tau u..dalam 10 orang Cina hanya seorang saja sokong Chua Soi Lek dan MCA."Kata supplier tu lagi kat saya,"MCA sama Umno patut bagi tau kepada rakyat macammana mau jadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah,semua rakyat boleh cari makan bukan hanya kroni BN saja yang kenyang.Ini MCA sama Umno bikin wayang banyak kuat cakap agama punya hal."

La ni kata Cina tu lagi hanya tinggal di kampung-kampung saja yang sokong BN dalam bandar BN dah tak laku.Bagilah apa pun duitka, peralatan sekolah dan sebagainya rakyat Malaysia sedang bermimpi bahawa selepas pru 13 Umno-BN hanya jadi pembangkang di parlimen.

Kita pulak terus dibodohkan puak gerombolan dengan politik jual burger depan rumah orang, buat tanda lot niaga dalam kawasan perumahan, politik menari punggung dan terpengaruh dengan fikiran yang membodohkan kita dengan begitu mudah.Ingat ada pangkat Datuk semua cerdik ka?.Kita kata negara kita negara membangun tapi mentaliti berpolitik macam negara kelas ketiga malah lebih teruk lagi daripada tu.Satu dunia ketawa apabila lihat politik bodoh yang dibodohkan oleh orang yang ada gelaran Datuk.

Isnin, 27 Ogos 2012

Baling taik merata dah busuk baru mengaku

Saya ada tulis dalam posting saya Baling batu sembunyi tangan,berak tengah jalan mampoih tak mengaku.Kini Pemuda Umno mohon maaf atas kesilapan mereka yang disengajakan dengan menimbulkan kebencian antara agama dan kaum dalam laman Facebook Pemuda Umno.

Mula-mula Pemuda Umno tak mengaku dan buat laporan polis kata ada pihak tertentu dajalkan mereka dan Khairy Ketua Pemuda Umno Malaysia juga kata sedia disiasat di bawah akta 114A.Mula-mula nampak garang dan menyinga tapi kita pun tau hanya sekadar hangat-hangat taik ayam ja sebab benda tak betoi ni kot mana pun akhirnya akan diketahui juga.
"Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17 18 Aug 2012 Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage ” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.-The Malaysian Insider Laman Facebook Pemuda Umno pohon maaf di atas poster kontroversi.Klik dan baca.

Umno-BN parti syaitan:Golongan agama dalam Umno senyap

Mahathir:'Syaitan yang dikenali merujuk kepada BN
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.
Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.
Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.
"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.-Malaysiakini

Sehingga kini belum ada sebarang komen daripada ulama muda Umno,ustaz Umno,mufti pro Umno apabila Tun Madey kata Umno-BN parti Syaitan yang dikenali.
Kalau Pas la yang kata Umno parti Syaitan sudah tentu Braheng Ali, tiga jalur Hasan Ali,Pekida,Ngo cap ayam akan berteriak sakan, buat demo, buat laporan polis dan akan diancam dengan perkara yang tidak diingini berlaku.Tapi yang kata Umno-BN parti Syaitan tu ialah Bapa kepada Umno sendiri masing-masing kecut telor nak lawan balik.
Masih ingat dengan beratus-ratus laporan polis kepada Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu dalam isu Mat Indera yang dicap sebagai pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu?Kes itu kini sedang dibicarakan di mahkamah di Pulau Pinang.
Orang Umno tak berani buat laporan polis terhadap Tun Madey yang kata Umno-BN parti Syaitan.Mungkin kerana masing-masing dah pakat jadi Syaitan yang kenal perangai masing-masing jadi buat apa nak bertindak terhadap Tun Madey.
Mungkin Tun tahu betapa ramainya Syaitan dalam Umno-Bn yang jadi penyamun dan perompak harta rakyat sebab tu Tun kata lagu tu.
Tun mengucaplah banyak-banyak jangan bandingkan sifat manusia dengan sifat malaikat kerana tidak sama.Malaikat tidak makan tidak minum,tidak lakukan sebarang dosa, ambiklah peribahasa lain jadi perbandingan umur Tun pun dah senja lebih baik banyakkan istigfar ingat segala dosa Tun di Memali ,pergilah minta maaf kepada keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di Memali sempena bulan Syawal yang mulia ni.
Tun ni kalau bercakap selalu terbalik jadi mungkin Tun nak bagi tau kepada orang Melayu supaya jauhkan diri daripada puak Syaitan yang ada dalam BN!
Ketika Umno dok kelamkabut dan bertungkus lumus nak baiki bahtera Umno yang dah nak karam Tun pulak pi tabur paku tengah jalan bukan nak selamatkan bahtera Umno dengan kata Umno-BN parti Syaitan yang dikenali.Kawan dengan towkey minyak wangi dapat bau wangi tapi kalau dok berkawan dengan Syaitan yang kenyang hanya bapa Syaitan.
Oleh itu jangan jadi Pak Yet Syaitan.Lagi teruk kalau dalam Pas pun kalau ada pemimpinya nak berkawan dengan Syaitan BN tak ada sapa nak halang teruskan.
Kena rasuk dengan Syaitan BN lepas tu kata Pas kena keluar daripada PR haha.Kalau Pas duduk sorang-sorang akan dimakan serigala dan Syaitan BN.Tak percaya?

Sekadar renungan bersama
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina."-سورة المجادلة ayat 19-20

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."
سورة التوبة ayat 23

Wallah hu a'lam

Ahad, 26 Ogos 2012

Najib semakin takut dan gementar hadapi pru 13

Najib minta rakyat jangan buat 'perubahan'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat Pekan, hari ini.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.

"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.-Bernama

Untuk pengetahuan seramai 400 orang imam dan JKKKP yang pro Umno sudah dipilih untuk tunai ibadah Haji yang ditaja 1MDB tahun ini.Jadi pru musim Haji sudah tentu tidak akan diadakan tahun ini.

Seluruh dunia dah tukar kerajaan tak ada pulak macam BN dok larang rakyat jangan pilih kerajaan baru yang bukan Umno-BN.Tak ada pulak kerajaan baru di luar negara macam di Perancis jadi huru hara.Adakah rakyat Amerika Syarikat yang sering buat pilihan yang berbeza,bertukar tangan antara parti Demokrat dan Republikan tak cerdik?

Berapa banyak janji kosong Najib dalam pru 12 yang lalu tidak ditunaikan takkan rakyat masih tidak mahu tukar kerajaan?

Takkan bagi air percuma di Selangor adalah kerja bodoh?Hanya profesor kangkung yang tidak keluar daripada kepompong universiti mereka saja kata bagi air percuma tidak bijak!Jangan sukat pendapatan golongan elit dan kaya dengan taraf hidup rakyat biasa lepas tu kata takkan bil air sebulan RM40 tak mampu bayar.Yang pertikai tu pun dapat air free tiap-tiap bulan.Takat nak bangangkan orang Umno ok la jangan nak bangangkan rakyat Selangor keseluruhannya.

Nampak sangat Najib-Rosmah takut hadapi pru 13 sama takut macam Tun Madey takut Umno hilang kuasa di Putrajaya.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Firaun mengaku Tuhan , takkan Tun Madey kata Umno parti Syaitan?

Tentu dah ramai yang baca apa yang ditulis oleh mantan PM Malaysia Tun Mahathir Muhammad dalam blog beliau yang bertajuk Change.Tun  satu ketika dulu amat dibenci oleh orang Melayu dan kebencian orang Melayu itu telah diterjemahkan dalam pru 1999 di mana pada ketika itu orang Melayu bangkit tolak Umno tetapi orang Cina dan India kekal sokong Umno-BN.

Dalam posting Tun tu Tun bantai Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, serang Anwar Ibrahim yang jadi musuh dan seteru politik beliau hingga kini juga Tun tuduh pihak pembangkang meniru gaya Obama yang bercakap kosong untuk tutup Kem tahanan di Guantanamao dan berjanji mahu keluar daripada Afghanistan tapi tidak ditunaikan.Apa yang Tun sebut pasal Obama tu adalah betul bukan bohong.Boleh baca sendiri kalau tak faham boleh GoogleTranslate apa nak susah.

Tapi bila Tun kata 'Better the devil you know than the angel you don’t'.(Lebih baik syaitan yang anda tahu daripada malaikat anda tidak kenal) ini menunjukkan bahawa Tun Madey terpaksa cakap apa saja demi menyelamatkan Umno daripada terjun ke lubang kubur.Tun amat takut jika orang Melayu tolak Umno sekali lagi yang akan menyebabkan Umno-Bn hilang kuasa di Putrajaya.

Siapa syaitan yang Tun Madey maksudkan amat dikenali ramai itu?Ramai orang kata syaitan tu ialah parti Umno yang Tun sendiri pernah kata Umno parti rasuah yang dah busuk hingga ke ususnya.Sapa mau benda busuk dan berulat?Hanya yang suka benda busuk dan berulat ialah syaitan dan iblis.Ini peribahasa Tun Madey yang tak kira boleh rosak akidah atau tidak yang penting matlamat halalkan cara supaya orang Melayu terus menyokong Umno supaya tidak hilang kuasa.

Syaitan dan bapa Iblis minta nyawa mereka dipanjangkan hingga dunia kiamat untuk goda manusia supaya rosak macam mereka yang dilaknat Allah SWT.Syaitan hanya mampu goda kita ketika kita masih hidup tapi bila nyawa dah dicabut malaikat Izrail ,syaitan dan iblis akan tinggalkan kita.Di alam barzakh yang kita yakin dan Tun sendiri yakin akan disoal jawab oleh malaikat bukan syaitan yang Tun kata boleh dikenali.Kenal atau tidak kita kepada malaikat, malaikat tetap akan jalankan perintah Allah swt terhadap kita.

Di alam kubur tidak ada siapa yang dapat tolong kita tambah-tambah jika kita dianggap cerdik dan bijak di dunia tapi tidak jadi orang yang bertaqwa kita akan dapat nasib malang walaupun di dunia kita ada cincin,RM24 juta, beg berjenama Birkin puluhan ribu ringgit semua tidak mampu merasuah malaikat yang ada di hadapan kita.Masa tu kita akan kenal siapa malaikat.

Menjadi pemimpin yang hebat di dunia, para alim ulama yang bijak dengan ilmunya tapi menikus tidak menyeru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran kerana bersekongkol dengan regim yang zalim daripada menyatakan kebenaran dan tegakkan keadilan maka mereka lebih dulu daripada kita dapat azab Allah swt.PM dan Menteri yang bertanggungjawab arahkan supaya pihak polis menggganas terhadap orang awam yang berkumpul suarakan hak mereka juga tidak akan terlepas daripada disoal malaikat.Alim ulama yang pandai beceramah hal -hal agama tapi dalam masa yang sama turut berperangai macam syaitan dan berjaya menipu orangramai tidak mampu melepaskan diri daripada azab siksa Allah swt.

Firaun mengaku kata dialah Tuhan yang maha hebat tapi takkan Tun kata Umno yang memang dah dikenali ramai tu sebagai parti syaitan?Syaitan tu memang banyak duit ada segalanya untuk beli undi dalam pilihanraya, menipu sistem pilihanraya tidak mahu dengar tuntutan rakyat supaya sistem pilihanraya dibersihkan sebaliknya mereka merancang mainkan isu Hudud seolah-olah merekalah pembela hukum Allah SWT tapi dalam masa yang sama mereka merendah-rendahkan hukum Allah SWT.

Teringat Tun kata ,"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya,"Baca di sini.Takkan nak ambik ciri-ciri syaitan kot jadi calon Umno?

Edit 10:16PM 
Berkaitan;
Mahathir:'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN-M'kini
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.
Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Khamis, 23 Ogos 2012

Pemuda Pas belum khatam ilmu politik

Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat yang memetik sumber berita daripada Berita Harian mengenai isu Hudud yang dibangkitkan menjelang pilihanraya umum ke 13 .Saya baca komen-komen daripada akun FB di bawah tajuk Pemuda Pas :Kenyataan Karpal jejas sokongan Melayu.Ada pro dan kontranya betul atau tidak apa yang disebut dua pemimpin pemuda Pas pusat itu bahawa orang Melayu akan tolak Pas kerana kenyataan Karpal Singh mengenai Hudud.
Antara komen-komen daripada FB tu seperti berikut;
Penarik Beca kata,"Bunyi mcm cakap2 Umno, rupa2nya kenyataan org besar Pas...
Nak juga tengok kajian mana, tinjauan mana, poll mana, survey mana yg kata undi Melayu kpd Pas jatuh krn Karpal tu bersuara. Dakwaan tanpa kajian bioleh jatuh kpd menipu. Setan tu dah berpuluh tahun dah menyalak fasal hudud, setan2 Umno ja yg tergelejat2 nak mainkan isu. Org lain tak ambik pot pun. Org tau dia gila.Takkan fakta semasyhur itu tak tau. Lagi baik duduk rumah tulis blog dan main FB ja kalau fakta yg sngt common mcm tu pun tak tau."
Wan Ji kata,"tengok tajuk berita pun dah terkerut dahi...bila tengok sapa ckp, terus fhm kenapa tajuk beritanya begitu.. huhuhu.."
Jon Marwan kata,"hahaha..aku tak dak menaruh harapan sedikit pun pd dua org atas pemuda pas ni..bab agama ok..bab politik totally out..patut depa ni bg ceramah agama aje..bukannya memimpin pemuda.."
Yang lain klik tajuk di atas dan baca sendiri

Dalam pilihanraya tahun 1999 orang Melayu bangkit lawan Umno , tolak Umno dengan slogan anti Tun Madey yang amat menebal dalam jiwa orang Melayu.Pas dapat 27 kerusi dalam parlimen dan almarhum ustaz Fadzil Nor jadi ketua pembangkang dalam parlimen Malaysia.Pas juga kekal berkuasa di Kelantan dan berjaya tawan Terengganu.Pihak pembangkang masa tu ada Barisan Alternatif yang berpakat satu lawan satu dengan Umno-untuk tumbangkan Umno-BN dan strategi ni berjaya.Masa ni isu Hudud dah lama berkemundang di telinga rakyat.

Nasib malang timpa Pas dalam pilihanraya 2004 apabila negeri Terengganu hilang daripada genggaman Pas tapi kekal berkuasa di Kelantan.Macam -macam alasan Pas berikan punca kalah di Terengganu mungkin puncanya orang Pas sendiri lebih arif dan tahu puncanya.Punca orang Melayu tolak Pas di Terengganu bukan isu Hudud.

Saya hantar sms kat kawan saya ,"Pemuda Pas dah kena perangkap." Dia jawab sms saya,"Tak heran..Pemuda Pas tak pernah nampak cerdik."Saya balas balik ,"Cakap bab posa dan haid nifas bole la tapi bila cakap bab politik budak Pasti lagi cerdik.Dia jawab kat saya kata ,"Bab posa haid nifas pun belum tentu depa tu."

Buat apa kita nak menari tergedik-gedik ikut paluan gendang yang dipalu Umno.Tak dak biji  mata  pun di kalangan puak Umno yang berani maki hamun Chua Soi Lek dan MCA yang jadi juara hina hukum hakam IslamTok Mufti berani tegur Karpal Singh tapi tak berani larang agar Chua Soi Lek berhenti dan tutup mulut hina Islam.Lihat betapa dayusnya Umno bila abang besarnya MCA hina Islam.

Pemuda Pas Pusat kena dalami lagi seni berpolitik agar khatam betul-betul sebelum buat sebarang kenyataan agar orang tak nampak kata mereka tak begitu cerdik bila bercakap.

Tumbangnya semua regim tua dan sang diktator di dunia Arab bukannya kerana isu agama tapi kerana rakyat tak kira orang Kristian dan Islam bersatu untuk jatuhkan pemimpin diktator Arab yang dah berpuluh tahun berkuasa yang hanya kayakan kroni mereka.
Umno-BN pun sama akan jatuh tergolek apabila orang Melayu,Cina, India dan semua kaum bumiputera Sabah/Sarawak bangkit tolak Umno-BN dalam pru 13 akan datang.

Rakyat dah tak tahan dengan kenaikan harga barang yang saban hari semakin melonjak,kos sara hidup yang tinggi gaji yang rendah tapi dalam masa yang sama mereka melihat betapa regim Umno-BN ini hidup mewah ,rumah jutaan ringgit ,anak mereka lakukan kekerasan jenayah terhadap orang awam tapi tidak didakwa.Mari kita pakat berdoa setiap hari agar nafas Umno dimatikan dalam pru 13 akan datang.Kita pakat tukar kerajaan baru di Putrajaya untuk merdekakan diri kita buat kali kedua.Tumbangkan Umno-Bn dulu yang lain kira kemudian.

Takkan kita orang Melayu nak sokong Umno ..menteri agama pun tibai duit zakat.Percayalah bukan takat orang Melayu akan tolak Umno bahkan pemimpin Pas yang bercakap daripada celah ketiak Umno juga akan ditolak oleh orang Melayu!

Berkaitan;
Utusan:Nik Abduh mahu Dap nyata pendirian Hudud-M'kini

Rabu, 22 Ogos 2012

Kalau Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik'

Mat Sabu:Isu Nasha dibawa ke biro politik Pas
PAS dijangka membincangkan isu kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu mungkin menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini.Bagaimanapun, katanya, setakat ini agenda rasmi mesyuarat itu
masih belum dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.
"Kemungkinan (perkara itu) kita akan bincang. Sudah tentu (ahli jawatankuasa biro) akan ditimbulkan perkara itu," katanya ketika ditemuiMalaysiakini hari ini.
Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dalam laporan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.
Pengerusi DAP Karpal Singh juga dilaporkan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang susulan kenyataan Nasharuddin yang mendakwa peguam terkenal itu seorang yang anti Islam kerana menentang hukum hudud.
Bagaimanapun, Nasharuddin yang ahli Majlis Syura PAS mempertahankan kenyataannya dan sedia berdepan Karpal di mahkamah.
Sementara itu, dalam ceramahnya malam tadi, Mohamad menganggap wujudnya perbincangan mengenai hukum hudud khususnya di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu merupakan "satu perkembangan yang sihat dan baik".
"(Kalau dulu nak) laksana hudud, (ada tuduhan akan) busuk sungai Kelantan. Banyak tangan (dilempar ke situ). Batu tak boleh buat jalan (kerana hukuman rejam).
"Tapi sekarang ia menjadi perbincangan antara kaum, semua agama. Ia satu perkembangan yang sihat.
"(Hukum hudud) bagi orang Islam sensitif... (Kalau) Karpal Singh tolak, saya tak panik, tapi kalau (beliau) terima, saya rasa pelik. Tapi bila orang Islam tolak hudud, kita tak kata apa," katanya.
Sambil membaca petikan kiriman SMS daripada seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak yang menyatakan "Islam menyatukan kita" , Mohamad menganggap perbincangan tentang hukum itu di kalangan bukan Islam memperlihatkan "satu perkembangan yang baik" berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Perdebatan (hukum) syariah (jadi perbincangan) semua kaum... (Ini) satu perkembangan baik, ia jadi perbincangan ilmiah sekarang," katanya.-Malaysiakini

Ni cara pemimpin Umno-bn cakap bab hudud
Chua Soi Lek kata Umno hilang akal (gila) nak buat Hudud di Johor

Selamat Hari Raya Nasha dan KJ (gambar copy dari FB).Bertambah panas la pemimpin Pas yang anti YUGI

Baling batu sembunyi tangan,berak tengah jalan mampoih tak mengaku

Berkaitan ;
BN lapor polis Facebook palsu Pemuda Umno-M'kini
Khairy:Saya sedia didakwa di bawah 114A-M'kini

Komen saya Polis Di Raja Malaysia adalah antara yang terhebat dalam dunia sila siasat segera siapa punya ini FB.Takkan cari tak jumpa.Duit satu sen jatuh dalam rumput pun cari jumpa.Ini FB lagi besar daripada duit satu sen.
Polis berkhidmat untuk rakyat Malaysia buka berkhidmat untuk Umno-BN.

Selasa, 21 Ogos 2012

Negeri Kedah macam BN perintah

Raya-raya ni berjalan ke rumah saudara mara berjumpa sanak saudara untuk eratkan hubungan sialturrahim agar tidak basi.Sambil dok berjalan tak berapa nampak dan gah banner atau kain rentang kerajaan negeri Kedah untuk ucap Selamat Hari Raya kepada rakyat.Di Pekan Changloon berdekatan Bukit  Kayu Hitam tak nampak banner pemimpin PR ucap Selamat Hari Raya yang banyak banner ahli parlimen Kubang Pasu Johari Baharom (Umno) dan banner adun Bukit Kayu Hitam Datuk Zaini Jaafar (Umno) penuh di jalanraya..Awat jadi lagu tu?
Awat mandom sangat Pas Kawasan Kubang Pasu kata nak tawan Parlimen Kubang Pasu untuk jadi Kubang Pas!Tak nampak Pas Kawasan Kubang Pasu agresif untuk hadapi pilihanraya hanya seronok nak tawan Putrajaya.Kerja tak mau menang mau.
Keadaan ini berbeza di Selangor di mana Umno-Bn dan PR saling berlawan gantung banner raya tak macam di Kedah.
Di bawah ni saja saya nak tunjuk papantanda besar propaganda BN di Kedah
Ini papantanda besar gambar Najib dan agenda 1Malaysia Umno-Bn di bulatan berdekatan Hospital Jitra dalam daerah Kubang Pasu.
Gambar atas ni pun sama dengan 1Malaysia agenda Umno-BN terpampang di tempat yang sama.

Kalau zaman Umno berkuasa dulu di Kedah jangan harap gambar  ustaz Azizan boleh diletak besar-besar tepi jalan penguatkuasa majlis daerah mesti akan robohkan serta merta.
Tapi apa boleh buat ahli majlis daerah yang ada hanya macam tunggul kayu .Kakitangan pejabat daerah pulak kebanyakkannya masih Umno.
MB Kedah yang sekarang ni berjiwa terbuka sampai ada yang kata pru akan datang beliau akan jadi sejarah di Kedah sebagai MB daripada Pas yang mula dan terakhir di Kedah!
Di Selangor pulak amat berbeza sebarang gambar dan agenda yang ada logo 1Malaysia tidak dibenarkan sama sekali kerana 1Malaysia agenda politik BN bukan kerajaan Malaysia.Bahkan sebarang hamper untuk diberikan kepada rakyat tidak dibenarkan ada logo 1Malaysia.Tu baru nama berkuasa dan kuasai kerajaan tidak takut tapi tegas dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Ni baru cerita pasal papantanda belum masuk bab lain yang 'panas' dan meletup di Kedah .
Ramai yang kata mampukah Pas dan PR pertahan negeri Kedah dalam pru13 akan datang?Apa yang saya nampak banyak gambar Mukhriz anak Tun Madey dan juga Najib di merata tempat yang strategik di Kedah termasuklah jalan menuju ke lapangan terbang .BN tak berkuasa di Kedah tapi nampak macam BN yang perintah Kedah.
Selagi kakitangan di SUK Kedah yang berjawatan besar dalam kerajaan negeri dan syarikat GLC negeri Kedah main peranan dan jadi penyokong Umno maka kita akan lihat kekalahan Pas dan PR di Kedah jika puak-puak ni tidak ditukar peranan kerja mereka dalam kerajaan negeri.

Umno yang sokong Nasha atau ahli akar umbi Pas yang sokong Nasha?

Utusan Meloya melaporkan akar umbi sokong Nasharuddin supaya Pas keluar Pakatan Rakyat dan jadi parti yang berdiri dengan sendiri.Utusan bodek Nasha yang kononya hanya Nasha yang sanggup lakukan apa saja bagi mempertahankan kesucian agama Islam.

Pas berkuasa di Kelantan sejak tahun 1990 lagi masa tu belum wujud lagi Pakatan Rakyat adakah Pas di Kelantan tidak berdiri dengan sendiri untuk lawan Umno?
Umno mahu Pas keluar dari PR biar Pas terkonteng-konteng kesorangan sementara Umno perkukuhkam kerjasama dengan MCA yang kini jadi juara dan jaguh hina Islam.
Sayang sangatka Umno ni dengan Islam?

Ketika Hasan Ali berada dalam Pas Umno sokong Hasan Ali kini apabila Umno lihat ahli Pas mula pertikai keikhlasan Nasha yang begitu mesra dengan kepimpinan tertinggi Umno yang sesetengah pemimpin Umno sendiri termasuk ulama Umno tak dapat peluang macam Nasha dapat bersama pemimpin atasan Umno, Umno pulak dilihat sokong Nasha.

Ikhlas sangat-sangat ka Umno sokong Nasha kalau bukan untuk sesuatu peluang politik?
Cuba tengok dan pikir apabila Karpal Singh pertikai hukum Hudud Umno berada di belakang Nasha tapi apabila pemimpin MCA Chua Soi Lek dan lain-lain pemimpin MCA lantang kata orang Cina kena sokong MCA supaya tidak wujud negara Islam Umno senyap tak berani kata apa.Telor pemimpin Umno mengecut hilang tah ke mana!

Umno takut kepada Chua Soi Lek tapi berani lawan Karpal Singh yang berhujah negara ini tidak boleh wujud negara Islam kerana negara Malaysia negara sekular.Siapa yang buat draf perlembagaan negara?
Kenapa Umno di Kelantan tidak sokong hukum hudud dilaksanakan di Kelantan kalau betullah Umno nak sangat kepada Islam?Adakah benar ahli Pas bawahan Pas sokong Nasha?Apa yang Nasha buat sebagai ahli parlimen Bachok?Orang Bachok lebih kenal kelaku dan perangai Nasha daripada orang lain.

Nasha adalah calon Timbalan Presiden Pas yang tewas dalam pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Pas tahun lepas yang turut ditandingi ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Tuan Ibrahim Tuan Man juga kalah di tangan Hj Muhammad Sabu tapi beliau tetap istiqamah dengan perjuangan Pas tidak buat kelaku pelik bin ajaib macam si Nasha.
Gambar atas Nasha bersama Najib dan pemimpin Palestine di KL
Nasa bersama Najib di Mekah
Zaman almarhum ustaz Fadzil Nor dulu sebagai Presiden Pas berdebat dengan Tun Madey dalam isu Palestine bukan arwah ustaz Fadzil Nor bertenggek dan ekori ke mana saja Tun Madey berada.
Perjuangan pertahankan prinsip tak boleh habuan yang lumayan tapi kalau tak ada prinsip maruah kita boleh dibeli dengan sekupang dua saja.

Apa pun samada puak mana yang bukan Islam tidak layak dan buka mulut untuk kacau hak umat Islam yang mahu kepada cara hidup Islam.Jika mereka pertikai cara hidup Islam samalah seperti mereka pertikai solat,puasa,haji yang jadi rukun Islam.

Demokrasi boleh,komunis boleh,sosialis boleh ,nasionalisme boleh takkan Islam tak boleh?
Menarik-Komunis ada kerajaan kenapa Islam tak boleh?-Harakahdaily

Isnin, 20 Ogos 2012

Umno semakin hilang akal merempit untuk masuk lubang kubur


KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mesti bertindak dan hapuskan segala percubaan Umno, yang merupakan parti utama dalam Barisan Nasional (BN), untuk mengapi-apikan sensitiviti agama sebelum pilihanraya umum ke-13.
Lawan politik Najib itu memberi peringatan ini kepada perdana menteri semasa mengecam gambar controversial yang dipos di laman Facebook rasmi Pemuda Umno kelmarin.
Poster kontroversial itu, yang telah ditarik balik beberapa jam selepas kemunculannya di laman Facebook itu, menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ [Tuhan berkatimu, anakKu] .”

Setiausaha organisasi nasional DAP, Teresa Kok menggelar gambar Facebook itu sebagai tindakan “kebudak-budakan” dan beliau menggesa Najib, yang merupakan presiden Umno dan presiden BN, untuk mengambil tindakan.
“Saya fikir Najib perlu meneliti parti diri beliau. .. ada elemen tertentu dalam parti yang cuba memusnahkan negara ini dengan memainkan api agama,” beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
Beliau juga berkata ini adalah percubaan untuk “merosakkan” harmoni perkauman dan agama yang sedia ada di Malaysia.
“Saya fikir Najib perlu serius meneliti hal ini, kalau tidak slogan 1Malaysia beliau akan jadi bahan ketawa,” kata ahli Parlimen Seputeh itu, dan beliau mengambil perhatian bahawa gambar itu dipost sebelum perayaan Aidilfitri hari ini yang “diraikan oleh semua bangsa”.
Kok ( berkata beliau gembira bahawa ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah bertindak dengan cepat dan mengeluarkan poster yang bersifat hasutan itu dari laman Facebook itu dalam masa beberapa jam.

Khairy kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut dan turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
Poster itu ditarik balik dari laman web itu pada kira-kira 6.30 petang semalam.
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata “kenyataan dalam page Pemuda Umno jelas menunjukkan ia adalah dipengaruhi oleh sentimen-sentimen yg ditunjukkan oleh Umno dan media arus perdana.”
Beliau berkata penyebaran sentimen-sentimen ini “boleh akhirnya menyebabkan porak-peranda.”
“Walaupun Pemuda Umno kata mereka tak censor [menapis] apa yang dipos di Facebook page, hakikatnya ini hasil daripada sikap Umno and media arus perdana.”
Beliau berkata tindakan ini bertujuan untuk “menakutkan pengundi Islam untuk takut mengundi Pakatan Rakyat”, tapi berkata rakyat Malaysia sekarang sudah “matang” dan tidak akan dipengaruhi dengan “provokasi” seumpama ini.
Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga mengecam poster itu, menggelarnya sebagai “sordid display of bigotry, lies and irresponsibility by an organ (of) the ruling party (pameran keangkuhan, penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh organ parti pemerintah)”.
“Sekurang-kurangnya, Pakatan Rakyat patut menerima permohonan maaf yang serta-merta,” beliau berkata dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider kelmarin.
“Saya menantikan tindakan cepat dari pihak berkuasa untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab untuk mana-mana pos di atas laman FB Pemuda Umno,” beliau berkata, dan merujuk kepada Seksyen 114A Akta Keterangan sebagai undang-undang yang relevan.
Minggu lalu, perdana menteri telah berkata di Twitter bahawa kerajaan persekutuan akan mengkaji semula Seksyen 114A yang salah satu kesannya meletakkan anggapan (presumption) bahawa pemilik laman web adalah penerbit kenyataan yang dibuat.
Tetapi Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kemudian berkata pindaan undang-undang yang diluluskan Parlimen pada bulan April dan berkuatkuasa bulan lalu, akan kekal.
Gambar yang dipos di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.
Poster itu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.
Gambar yang dimuatnaik ke atas laman Facebook Pemuda Umno itu dilihat sebagai peringatan orang ramai tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.
Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.-Themalaysianinsider

Apa lagi yang ada kepada Umno?Umno ada duit, ada harta yang menimbun tapi Umno tak mampu lagi untuk tarik minat orang Melayu menyokong Umno.Hanya yang hilang akal saja menyokong Umno.Yang lapaq duit saja gila kepada Umno.
Satu cara terpaksa dilakukan dengan mainkan sentimen agama untuk menipu orang Melayu supaya kembali kepada Umno.Umno cuba jadi jaguh agama tapi dalam masa yang sama pemimpin Umno jadi jaguh hina hukum Islam.Ini kenyataan bukan bohong!Siapa yang cadangkan supaya nama Islam pada pertubuhan agama dibuang kalau bukan Umno!
Umno kata merekalah yang bela Melayu tapi hanya berapa kerat saja yang dapat kekayaan kalau bukan kroni Umno.Umno sedang tenat matlamat halakan cara terpaksa digunakan kerana pru 13 adalah hidup mati Umno dan ini diakui Najib dan Muhyiddin sendiri yang kata pru 13 ibu segala pilihanraya.Umno sedang merempit laju  tanpa toleh kanan dan kiri tanpa melihat gaung besar sedang menunggu mereka untuk dikuburkan oleh rakyat Malaysia yang dah tak tahan hidup di bawah regim tua Umno-BN.
Kita jangan terpedaya dengan mainan agama oleh pihak Umno sejarah membuktikan puak munafik dan fasik yang bina Masjid di zaman Rasululullah SAW yang dikasihi diperintahkan bakar Masjid yang dibina Abdullah bin Ubai bapa munafik besar yang kini diwarisi pihak Umno di Malaysia.

Ahad, 19 Ogos 2012

Anjing MCA menyalak hina Islam ketika umat Islam mahu sambut Aidilfitri

MCA Selangor:Pilih kami ,kami akan halang jadi negara Islam
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.-Malaysiakini

Jangan nak cabar-cabar soal agama Islam bukan kerja buat orang bukan Islam.Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami!
Ini hanya cakap kosong untuk ambil hati kaum Cina yang tolak MCA.Sudah banyak kali pemimpin MCA hina Islam tapi pemimpin Umno termasuk yang jadi penagih candu kepada Umno senyap tak berani buka mulut untuk kecam MCA .
Cuba tengok gambar di bawah;

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua penjenguk blog ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri setelah selesai mengerjakan ibadah puasa Ramadhan selama sebulan.Ini adalah hari kemenangan kita dan selayaknya kita bergembira dan menyambut hari kemenangan di 1 Syawal dengan mengikut syariat Islam bukan mengikut kehendak hawa nafsu kita.
Semoga puasa kita semua umat Islam diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripadaNYA.Disamping kita bergembira jangan lupa tunaikan kewajipan zakat fitrah dan ingatlah betapa ramai umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hariraya dalam keadaan sengsara dan hadapi peperangan.

Anjing yang garang kalau bagi seketul daging takkan terkam kita

Perjuangan melawan Umno yang tidak boleh dijual beli merupakan perjuangan yang ikhlas lagi suci.Kita tak benci batang tubuh ahli Umno dan penyokong Umno .Yang kita benci dan minta Allah SWT balas secukup-cukupnya ialah parti Umno.
Tapi ada setengah pemimpin yang dulunya hebat melawan Umno tapi kini jadi mandom dan tidak lagi hebat melawan Umno apabila hidup makin senang dan dapat sedikit kesenangan dunia.
Dulu dalam Pas sebagai contoh ustaz Nakhaie Hj Ahmad Naib Yang di Pertua Pas(Timbalan Presiden Pas) hebat lawan Umno tapi akhirnya beliau sendiri tewas dan terjun dalam lubang taik Umno dan dapat sikit jawatan dalam Umno.Tapi tak tara mana pun kehebatan beliau dalam Umno.Beliau terus tenggelam dalam Umno.
Datuk Asri Muda yang dulunya Yang di Pertua Pas (Presiden Pas) juga masuk Umno juga tenggelam dalam Umno .Pendek kata pemimpin Pas yang masuk Umno hanya setakat jadi pencacai Umno saja suara mereka tidak mampu mengubah parti Umno yang semakin nazak dan tenat.
Apa yang ingin saya katakan ialah jika anjing yang garang dan ditakuti kejar dan mahu terkam kita tapi kalau kita baling seketul daging dia tak akan terkam kita anjing tu akan berhenti untuk mamah daging yang kita bagi.Hebat anjing yang garang jadi cool hanya dipujuk dengan seketul daging ja bukan nak susah mana pun kalau kita pandai pujuk.
Soal malu dan kena kutuk dah tak jadi hal apabila dah makan umpan yang diberikan Umno dengan pangkat dan jawatan tambah-tambah kalau sebulan elaun dibayar puluhan ribu ringgit mampoih tak maki Umno dah!
Yang lebih teruk lagi jika perosak parti yang bercita-cita untuk hijaukan Putrajaya ada pengkhianat parti yang mengaku taat setia kepada parti tapi jadi perosak parti daripada dalam.Ini lagi bahaya.Macam anai-anai dalam tiang rumah kayu.Makin lama makin besar anai-anai makan tiang jika tidak dimusnahkan,Lama-lama tiang patah rumah pun runtuh.
Semasa kita ada jawatan dan gah dengan jawatan yang kita pegang tidak buat sebarang agenda untuk perkasakan parti tapi bila hilang jawatan yang disandang sanggup pulak kecewakan rakan-rakan dalam parti dengan duduk dan berhimpit-himpit bawah ketiak Umno.Pemimpin macam ni memang celaka sungguh!Rasa selesa di bawah ketiak pemimpin Umno daripada bersama jamaah sendiri.
Umno ada duit, ada segalanya tapi cuba lihat semakin lama semakin teruk reputasi Umno-BN walaupun ada segalanya.Bukan semua boleh dibeli dengan duit dan angap ada duit semua jadi.Kalau tidak takkan Umno-BN hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Nasa cuba perbodohkan orang Pas

Saya cuma nak tanya adakah Nasharuddin Mat Isa berjumpa Najib di Mekah tanpa merujuk dan beritahu kepada parti yang beliau adalah sebagai ahli majlis Syura hingga timbul pelbagai spekulasi?Takkan perbincangan ummah yang dia kata tu hal peribadi beliau dengan Najib dan ulama lain di seluruh dunia?Bolehkah beliau sebagai ahli majlis syura Pas Pusat buat apa pun tanpa merujuk kepada pihak tertinggi Pas?
Mari kita baca apa kata Nasa ;

Nasha tolak andaian akan sertai Umno
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah.
"Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno.
"Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Jeddah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Mekah.
Nasharudin hari ini menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian  tidak betul mengenai pertemuan di Mekah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.
Katanya beliau dijemput ke Mekah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan perdana menteri.
"Saya hubungi pejabat perdana menteri, mereka kata boleh, sebab itulah pertemuan itu diadakan,"
katanya dan menambah perbincangan yang antara lain menyentuh isu Syria dan Rohingya itu diadakan di sebuah villa kenalannya yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.
Menurutnya para ulama itu menyebut mengenai peranan yang boleh dimainkan dan pelbagai kejayaan yang dicapai Malaysia, di samping berpesan supaya perdana menteri memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
"Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah? Yang menariknya tiba-tiba saya dikaitkan akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno," katanya.
Katanya beliau menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai 'saudara seiman' termasuk pemimpin serta anggota Umno, dan mereka yang bukan Islam adalah sebagai 'saudara seinsan'.-Bernama/malaysiakini
Putar jangan tak putar.Tapi belum buka mulut lagi dah tahu dah ni ayat untuk penyedap rasa.Hanya yang lemah otak saja tertipu dan terpedaya.Saya teringat Hasan Ali yang nafi akan masuk Umno tapi buat kelaku macam Umno akhirnya Hasan Ali kini yang dah kena pecat kembali ke lubuk asal beliau sebagai ahli panel di RTM1.
Orang yang jadi taik candu dan kaki hisap dadah kalau kena tangkap dengan polis mampoih tak mengaku kata dia hisap dadah.Tapi bila buat ujian air kencing dan didapati positif dadah barulah dia mengaku kata dia taik dadah dan candu.Sedap ke sheikh jadi penagih candu kepada parti Umno?
Baca juga;
Nasha kecewa tak dapat jawatan , kata Khalid Samad-M'insider

Khamis, 16 Ogos 2012

Berapa ramai yang jadi penagih candu kepada parti Umno?

Ketika Pas bergembira menyambut penghijrahan bekas pegawai tinggi kerajaan ,Veteran Umno dan golongan artis masuk ke dalam parti Pas, Pas dikejutkan dengan kelaku bekas Timbalan Presiden Pas yang juga ahli majlis syura Pas Nasharuddin Mat Isa yang bersama Najib di Mekah.

Ada orang yang bangang tentang sepak terajang politik kata takkan salah duduk bersama Najib di Mekah?Saya malas la nak komen sebab dalam politik ni macam-macam boleh jadi.Nasa bukan ketua cawangan pas atau ahli pas biasa tapi beliau ialah ahli majlis syura Pas pusat dan ahli parlimen Pas kawasan Bachok.

Nasa juga tak begitu bodoh dia saja nak tengok sampai tahap mana pemimpin Pas boleh bertindak terhadap beliau.Dia nak test market uji kesabaran jawantankuasa disiplin Pas berani atau tidak ambil sebarang tindakan.Ada yang kata Nasa tak akan keluar Pas sebab dia akan jadi perosak dan pelingkup Pas daripada dalam.

Sebenarnya Umno yang sedang sakit perlukan satu injection yang kuat supaya boleh terus bangun kembali selepas pru 13.Jadi mau tak mau Umno yang bijak dan licik dalam politik pasang jarum halus ke telinga pemimpin-pemimpin Pas yang mudah diracun supaya fikiran mereka berbolang-baling antara isu Melayu dan Islam.Yang duduk dalam Pas ni yang berfikiran macam Umno berlambak-lambak jangan la nak temberang!

Ada pemimpin Pas yang jadi sayang kepada Umno atas alasan Melayu dan fikiran mereka jadi celaru jika PR berkuasa mungkin kuasa Melayu hilang.Ini yang bermain dibenak fikiran mereka.Mereka lupa kata jika Dap tolak Hudud sebab mereka bukan Islam tapi yang Umno sejak berpuluh tahun dok lawan hukum Hudud takkan buat-buat lupa!

Racun yang macam ni bukan hanya ada kepada Nasharuddin Mat Isa tapi juga kepada lain-lain pemimpin Pas yang terpengaruh dengan putar belit Umno.Umno mau jarum jam Pas dipusing ke belakang supaya sama-sama jadi rosak macam Umno.Sejak sekian lama Pas memperjuangkan Islam yang secara automatik jaga kepentingan Melayu tapi kenapa jadi celaru dok kalut nak jadi macam Umno?

Percayalah jika ada perasaan kasih dan sayang pemimpin Pas kepada Umno atas nama Melayu maka selagi itulah impian Pas untuk ke Putrajaya akan berkecai kerana Umno tetap akan berkuasa sampai bila-bila kerana Pas tak akan ke mana hanya setakat jadi penagih candu kepada Umno.Agak-agak berapa ramai pemimpin Pas yang celaru dan jadi penagih candu kepada parti Umno?

Kalau golongan ustaz dalam Pas sanggup jadi pelacur politik kepada Umno , sanggup jadi barua Umno , Pak Yet Umno kepada golongan agama yang macam mana lagi kita nak percaya?Hang pa ingat kalau bercakap ana anta ,anta ana, antum tak jadi pengkhianat kepada perjuangan Islam ka?

Rabu, 15 Ogos 2012

Habuan RM2juta untuk fatwa 'Dap kafir harbi'?

Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2juta-Harakahdaily
Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad.

Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'.

Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa'amah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan"

Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu.

(Mustapa menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Pondok Geting)

Pondok ini dinamakan Madrasah Al-Najmiah. Ia diasaskan pada tahun 1983M oleh Abdullah bin Sa`amah.
Ia terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 1 km dari jalan besar Pengkalan Kubor - Kota bharu.
Pengerusi pentadbir pondok ini adalah Haji Abdullah bin Sa`amah.
Antara kemudahan di pondok ini Madrasa, elektrik, air, kolah air, rumah tetamu dan 18 buah pondok untuk pelajar.-Harakahdaily

Mana satu yang betul jual dunia untuk akhirat atau jual akhirat untuk dunia?Jual betina atau jadi bapa ayam adalah antara perniagaan tertua di dunia.Akhir zaman orang agama berlumba-lumba jual agama untuk habuan dunia.Fulus sheikh fulus apa yang tak mau.

Selasa, 14 Ogos 2012

Nasa Ahli majlis syura Pas makin mesra dengan Najib

Ahli majlis syura Pas Nasharuddin Mat Isa (gambar dua dari kiri) yang juga ahli parlimen Pas (Bachok) bersama Presiden Umno Najib Razak di Mekah.Adakah Nasa akan buat kejutan untuk sertai Umno ketika gelombang kapal Umno yang makin karam dengan keluarnya beramai-beramai pemimpin veteran Umno di Sabah dan Semenanjung lari meninggalkan Umno-BN?
Politik ni macam-macam boleh jadi hari ni bermusuh esok jadi kawan.Lusa berkawan tulat tungging boleh jadi musuh.Nasa sedang main politik apa agaknya ke mana Najib pergi dia turut serta.Nasa berjumpa Najib semasa Najib ke sidang kemuncak luar biasa OIC anjuran Raja Arab Saudi di Mekah.
Takkan tak ada ulama Umno yang pandai berbahasa arab untuk jadi jurubahasa kepada Najib?Nasa dulu ketua Lajnah Tarbiah Pas Pusat, agak-agak la ni dia nak tarbiah Najib atau Najib nak tarbiah Nasa masuk Umno?
Ada orang kata kat saya kalau Pas dapat beberapa pemimpin veteran Umno masuk Pas yang macam cicak mengkarung Najib dapat yang lebih baik daripada tu!
Kita boleh nilai sekarang pemimpin yang kejar dan ligan duit dengan pemimpin yang ikhlas nak lawan Umno sungguh-sungguh bagi Umno mampoih dalam pru 13.

Edit 8.02 pagi 15/8/12 Pemuda Pas Kelantan minta Nasharuddin lepas MP Bachok-Harakahdaily
 Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. 

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. 

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.-Harakahdaily

Betoi la duduk dalam Pas tapi makan taik Umno.Dah banyak dah tengok kelaku buruk orang yang buat perangai tapi tak mau keluar daripada parti yang dia tumpang jadi popular.
Ok la tu tak lama lagi Umno akan dapat Nasa ,Pas pun apa kurangnya dah dapat Tamrin Ghafar,Bekas pegawai tinggi polis,Abby Abadi dan banyak lagi yang kini berminat dengan Pas.
Kalau duduk dalam Pas pun ada tak menambah pergi pun tak berkurang tapi jadi gunting dalam lipatan lebih baik keluar daripada kena pecat.Tapi agak-agak berani ka jawatankuasa disiplin Pas bertindak terhadap Nasa?
Biar muka tak cantik dan lawa tapi perangai tak hodoh dan dibenci orang.

Tak lama lagi penjara Malaysia akan penuh dengan pengguna internet


SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN 2012

1. Apakah itu Seksyen 114 A?
Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.
Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
2. Apakah tujuan asal pindaan ini diperkenalkan?
Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.
Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.
3. Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?
Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.
4. Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?
Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
5. Apakah implikasi pindaan ini terhadap ekonomi negara?
Pada tahun 2010, sektor internet menyumbang 4.1% (30 billion) kepada KDNK Malaysia – angka yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara maju yang mana sektor internetnya menyumbang kira-kira 3.4% KDNK mereka[1]. Ekonomi berasaskan internet di negara ini bercambah dengan pesat hasil daripada kebebasan berinternet yang dinikmati para pengguna perkhidmatan tersebut. Kejayaan perniagaan-perniagaan internet juga berkait rapat dengan kebolehan pengguna-pengguna internet mencipta, mencari serta berkongsi maklumat.
Populariti rangkaian laman sosial juga mendorong perniagaan-perniagaan untuk membangunkan strategi pemasaran yang berinovatif serta mampu menjana kemajuan ekonomi. Facebook dan Twitter juga membantu perniagaan mempromosikan produk mereka. Selain itu peniaga juga dapat meningkatkan mutu produk hasil daripada maklum balas pembeli melalui laman sosial tersebut. Oleh itu, kemajuan ekonomi berasaskan internet bergangtung kepada inisiatif yang mampu menggalakkan penggunaan internet dan bukannya langkah yang membantutkan.
Seksyen 114 A menghalang penggunaan dan penghasilan maklumat di internet. Oleh sebab pindaan tersebut meletakkan beban membuktikan kesalahan di bahu pemilik sesebuah laman web atau peralatan, penghasilan dan perkongsian maklumat di internet akan terbantut akibat ketakutan dan risiko didakwa. Hasilnya, pindaan yang baru ini akan menjejaskan perniagaan-perniagaan kecil mahupun besar yang bergantung pada penglibatan pengguna-pengguna internet.
6. Mengapa kebebasan bersuara di internet perlu dipertahankan?
Perkongsian maklumat yang bebas dan terbuka merupakan asas bagi sebuah sistem demokrasi yang kukuh. Hal ini memastikan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat supaya mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses demokrasi di negara ini. Internet yang mampu mempercepatkan proses penyampaian maklumat berkemampuan untuk melancarkan proses demokrasi. Justeru, rakyat perlu menggunakan hak bersuara mereka tidak kira dalam apa jua bentuk termasuk di internet. Suara rakyat perlu didengar. Oleh itu, jika Seksyen 114 A yang baru ini dilaksanakan, prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara rakyat akan terjejas teruk.
7. Pihak mana yang menentang Seksyen 114A?
Pada 31 Mei 2012, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melancarkan satu e-petisyen untuk mendapatkan sokongan kepada kempen untuk menghentikan pindaan ini daripada diwartakan. Dalam masa sebulan, lebih daripada 3300 individu menandatangani petisyen tersebut untuk menyatakan tentangan mereka terhadap pindaan tersebut. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian termasuklah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, pengarah filem terkenal Pete Teo, penulis and personaliti radio Patrick Teoh, aktivis sosial Marina Mahathir dan Dr. Irene Fernandez, dan ahli akademik ternama seperti Dr. Azmi Sharom dan Dr. Mustafa K. Anuar.
Selain itu, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional turut menyatakan ketidaksenangan mereka dengan pindaan tersebut. Khairy Jamaluddin menyifatkan bahawa beban membuktikan kesalahan perlu sentiasa terletak pada pihak pendakwa[2]. Datuk Saifuddin Abdullah pula berpendapat bahawa pindaan tersebut perlu ditarik semula[3].
Pada 28 Jun 2012, Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan untuk menyarankan pihak kerajaan menarik semula Seksyen 114A tersebut. Kenyataan terbabit ditandatangani oleh Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad.

Berita asal daripada http://stop114a.wordpress.com