Jumaat, 30 September 2011

Umno sila hantuk kepala ke dinding

Harapan Umno untuk melihat Pas keluar daripada PR berkecai dalam isu Hudud.Isu Hudud ini ditimbulkan kembali setelah isu komunis yang cuba Umno kaitkan dengan Pas telah gagal.Umno jadikan seolah-olah merekalah pembela hukum Islam, pejuang Islam tulen tapi dalam masa yang sama merekalah kaki hina hukum Islam dan Hudud.Tak percaya?

Umno serahkan isu Mat Indera dan komunis kepada Perkasa untuk menyerang Pas di sebelah kiri sementara isu Hudud dijadikan Umno untuk menyerang Pas daripada sebelah kanan.Dua-dua telah gagal!Perkasa hanya setakat berani baling batu, baling botol air dan tumbuk orang Pas sebagai hujah dalam isu Mat Indera.Nak hujah dengan mulut tak berani.

Ahli Umno dan juga penyokong Umno yang Islam kena keluar daripada Umno dan sokong Pas.Ini kerana Presiden Umno terang-terang kata ;

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.-24-9-2011.

Tapi nada Najib ini lebih lunak daripada sebelumnya iaitu pada tahun 1992, 20 April Najib berkata,"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru -hara, ketidakstabilan politik , perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan  rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik.Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

Isu Hudud ini dibangkitkan Tun Mahathir bekas PM yang berkuasa selama 22 tahun.Layakkah Tun Mahathir bercakap isu hudud sedangkan Tun Mahathir dengan nada keras berkata ,"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan Hudud." -14 Ogos 1994 di Pasir Mas.

Cakap boleh sebarang cakap tapi kalau bercakap dengan bahasa longkang terhadap hukum Islam dan boleh batalkkan syahadah nak kira lagu mana?Umno yang tak mau hukum Hudud terkinja-kinja suruh Pas buat Hudud sedangkan dalam masa yang sama MCA dan Gerakan bagi amaran kepada Umno yang tolak Hudud akan keluar daripada BN jika Umno buat Hudud.Gila! dalam dok tak mau buat hudud Umno kena warning dengan MCA dan Gerakan.Habis orang Melayu dalam Umno dok tunggu apa lagi ...keluarlah daripada kepompong Umno.

Umno hanya jadi tukang pendesak kepada Pas untuk buat Hudud , sedangkan pemimpin Umno bila sebut hudud saja terus perli dan perleceh hukum Hudud.Hudud jadi isu politik untuk raih undi bukannya jadi isu untuk laksana hudud!Sementara Pas menerangkan bahawa Hudud hanya untuk orang Islam , apa yang Umno lakukan dan dakwah kepada rakyat mengenai hudud?Depa hina dan kutuk hukum Hudud kepunyaan Allah SWT.Jadi tak hairanlah MCA dan Gerakan naik tocang hina hukum Islam.

Isu Hudud ini bagi Umno tujuannya untuk pecahkan Pas daripada PR.Bila Pas terkonteng-konteng keseorangan senang bagi Umno nak buat kerja untuk terus perintah negara ini.Kepada Tok Lebai, Tok Imam yang termakan tipudaya Umno saya nak kata , 'sampai bila nak kena tipu dan kena main dengan Umno'?

Kita rakyat kena bersatu tumbangkan Umno-Bn dulu lepas tu baru kita kira nak buat apa pun.Masih tak sedar-sedar lagi kah kita orang Melayu dengan mainan politik Umno-Apco yang lakukan dasar pecah dan perintah amalan penjajah British.

Baca juga ;
Pendirian Pas mengenai Hudud-Harakahdaily

Mak Cik Felda kena 'kencing' lagi

365 peneroka Felda Pahang tuntut gantirugi RM200 juta-M'insider

Seramai 365 peneroka dari 19 Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran. Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.
Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10, Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23, Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21.
Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit yang perlu dibayar kepada plaintif.
“Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan, ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB,” kata pernyataan tuntutan.
Peneroka terbabit juga mendakwa defendan pertama telah berkonspirasi dengan defendan kedua untuk menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan dan defendan kedua membeli dan defendan pertama dan/atau defendan kedua menjual buah sawit plaintif-plaintif di bawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.
Malah kata mereka, defendan pertama membuat representasi yang salah tentang hak plaintif-plaintif berkenaan dengan hasil jualan sawit tersebut, defendan pertama telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh plaintif gagal melindungi kepentingan dan kebajikan plaintif.
Di samping itu, defendan pertama dan defendan kedua telah secara bersesama dan berasingan dan atau bertanggungan untuk menipu plaintif dan atau berkonspirasi untuk menipu plaintif-plaintif dalam urusan jual beli hasil sawit dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif, dan defendan kedua telah membuat representasi yang salah bahawa buah-buah yang ditolak dari hantaran plaintif telah ditahan untuk dilupuskan tetapi telah diproses dan hasil minyak dari pemprosesan tersebut telah dijual dan hasil pendapatan dari penjualan tersebut itu tidak dibayar kepada plaintif.
Plaintif mendakwa, berdasarkan susut nilai Kadar Perahan Asas (OER) 8.5 peratus bagi buah atau hasil sawit sejumlah 120 tan setahun, dan berdasarkan kerugian RM257.60 setan pada 2008, bermakna setiap peneroka mengalami kerugian sebanyak RM30,912.
Bagi buah yang ditahan tetapi tidak dilupuskan, berdasarkan harga purata pada 2008, setiap peneroka yang terdiri telah kehilangan pendapatan RM1,345.63.
Berdasarkan perkiraan tersebut, plaintif akan membuktikan bahawa kerugian kesemua mereka telah mengalami kerugian lebih kurang RM11,774,034.95 pada 2008.
Oleh itu, plaintif memohon defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi khas berdasarkan jumlah keluaran dan harga BTB sawit untuk setiap tahun bermula dari 1995.
Malah mereka juga memohon defendan pertama dan kedua ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah.
Peneroka-peneroka itu diwakili R Sivarasa, Latheefa Koya dab T Kumar.-M'insider

Berani cakap 100 peratus jika pilihanraya di negara ini tidak ada penipuan dah lama Umno-Bn mampoih.Berani cakap jika orang Melayu dah cerdik dan sedar tidak lagi boleh dikencing oleh Umno dah lama Umno berkubur.


Kenapa makcik-makcik Felda tak minta tolong kepada Perkasa , kepada lawyer Umno untuk dapatkan hak mereka?Harap-harap Perkasa datang cepat-cepat baling batu dan botol air kepada si pengkhianat Melayu ini.Ada berani?

Perkasa dijemput hadir


Khamis, 29 September 2011

Nak takut apa dengan Perkasa..sama-sama makan nasi

Mula-mula saya rasa terkejut juga baca blog penarik beca dalam postingnya Akhlaq butuh hang pa! Tarbiyyah butuh hang pa. Tapi bila baca sampai habis baru tau sebabnya dengan sikap Pemuda Pas yang jadi lembik dan cool dengan Perkasa.Tak habis-habis dengan sikap sabar takut dituduh pengganas dan kaki gaduh.

Semasa PRK Bagan Pinang ,markaz Pemuda Pas kena serang dengan pemuda Umno sampai ada yang berdarah kena libas dengan senjata tajam.Pemuda Pas cool ja tak lawan.Tak lawan sebab sabar itu separuh daripada iman atau Pemuda Pas yang jadi tulang belakang parti Pas lembik dan takut?

Selepas Perkasa mengganas dalam ceramah Pas di Seremban dan pukul orang Pas , Perkasa jadi tambah berani dan terus ugut akan terus ganggu ceramah Pas di Negeri Sembilan.Pemuda Pas dah buat report polis atas sebab ugutan Perkasa takut-takut kena lagi penampar dan penumbuk Perkasa.Apa tindakan polis ?Takkan hanya jadi pak pacak dan tengok saja kelaku Perkasa yang mengganas.

Saya nak katakan Perkasa berani kacau ceramah Pas dalam lampu yang tak berapa terang saja , depa bukan berani sangat pun.Kalau berani kenapa dalam demo Bersih 2.0 Perkasa hanya menyorok di kedai kopi tak berani tunjuk muka?

Diperhatikan juga Perkasa hanya jadi jaguh di Negeri Sembilan dan dua tiga negeri lagi tapi tak berani tunjuk telor di Kelantan tempat lahir Braheng Ali yang jadi Ketua Perkasa.Begitu juga di Kedah , Terengganu dan Perlis , Perkasa yang juga orang Umno ni tak galak macam di Negeri Sembilan.

Nak takut apa dengan Perkasa?Orang Perkasa makan nasi , kita pun makan nasi.Politik Perkasa politik tokak dan gigit orang.Sekali sekala cuba tokak dan gigit balik Perkasa .Nak tengok jadi lagu mana.

Perkasa hanya berani dengan Melayu Pas tapi Perkasa kecut telor bila Cina Namewee kutuk Utusan Meloya kaw-kaw sampai rapat.Tanah Kg Baru nak kena gadai dengan pujuk rayu ,Perkasa tak berani bersuara.Takut sampai tak ada tempat.

'Saya tak gentar amaran PERKASA'-M'kini

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.

Klip video 'Undilah'; Jangan la cakap bohong, Umno yang tak suka atau rakyat yang tak suka?

Klip Undilah tak disenangi orang ramai, kata Rais-M'insider

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat. “Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Rais berkata, penarikan semula penyiaran klip video Undilah sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.
“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,”katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.
Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata klip video itu belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan daripada LPF. SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak melibatkan kandungan klip berkenaan tetapi hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.

“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan pengumuman khidmat awam tersebut,” kata SKMM.
Kenyataan SKMM berkata, adalah menjadi amalan biasa untuk pihaknya mengarahkan penarikan kandungan yang belum diberi kelulusan oleh LPF untuk ditayangkan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.
Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang bertujan menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu — satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.-M'insider

Umno yang tak suka atau rakyat yang tak suka?Antara sedutan dalam klip video Undilah ialah kata-kata Ku Li yang kata "Negara kita memang banyak masalah..tak perlu lah saya sebutkan...undilah...we are the boss".

Nak baling batu dan botol air lagi dalam ceramah Pas

Perkasa kata depa akan teruskan buat protes kepada Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu hingga beliau tarik balik kenyataan  dalam isu Mat Indera.Adegan baling batu dan botol air akan terus jadi pesta dalam ceramah Pas selepas ini oleh Perkasa.

Adakah pihak polis hanya akan jadi penonton melihat gelagat Perkasa yang macam spesis orang yang duduk dalam gua atau hutan belantara ..nampak orang kira nak baling batu dan botol air.Perkasa oiii kalau nak protes sampai seminggu pun proteslah tapi kalau nak main baling batu dan baling botol air ni dah kira melampau dan tak bertamadun punya orang.Awat jadi bodoh ajar budak-budak Perkasa jadi samseng taik kucing?

Pertubuhan Melayu macam Perkasa hanya berani lawan dengan Melayu yang berhujah isu Mat Indera tapi bila libatkan Melayu Umno yang turut jadi Perkasa yang seleweng hak Melayu senyap tak berani kata apa?

NGO baling batu ni rasa hebat sebab duduk di bawah ketiak Umno.Apa nak heran dengan baling batu ni..orang Pas dah banyak mati kena bunuh dengan puak-puak Umno , kena tembak pun ada macam di Memali takat baling batu tak main la..

PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu-M'kini

PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Ketua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu,” kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian.

Rabu, 28 September 2011

Hak bumiputera 30 peratus lenyap, berani Perkasa baling batu dan tumbuk muka Umno?

Perkasa yang ganti pemuda tahan lasak Umno mengganas dalam ceramah Pas di Seremban.Depa pukul dan tumbuk penyokong Pas yang tidak melawan.Rakyat yang benci Umno datang nak dengar ceramah parti Pas dan PR sebab hak untuk guna media arus perdana disekat.Bukan datang nak lawan bertumbuk dengan Perkasa.

Rupa-rupanya sikap dan perangai macam Perkasa masih wujud dalam dunia tanpa sempadan.Perkasa ingat dengan buat kerja ganas dalam ceramah Pas, tumbuk penyokong parti Pas depa boleh dianggap hero.Malu la sapa yang mengaku depa berkawan dengan Perkasa.

Perkasa yang tunjuk samseng dalam gelap tidak berani berlagak samseng semasa demo Bersih 2.0 julai lalu.Perkasa hanya berani baling batu dan botol air ke pentas ceramah Pas.Ni kerja Pemuda Tahan Lasak Umno era 80-an dulu.Bagi Perkasa hujah bukan dijawab dengan hujah tapi hujah dijawab dengan kerja samseng dan ugut bangsa sendiri.Hujah dijawab dengan video lucah.Agak-agak sapa bakar rumah Hj Muhammad Sabu Timbalan Presiden Pas ya?Tak boleh jawab hujah sanggup bakar rumah Mat Sabu.

Hari ini bila baca Najib umum hapus 30 peratus hak bumiputera yang sebenarnya 'dah lama hilang' kena telan dengan buaya darat , dok tunggu -tunggu la kot-kot Perkasa berani sekat pemimpin Umno tengah jalan bagi penampar , penumbuk dan baling batu ke muka pemimpin Umno.Kalau berani Perkasa memang hebat la.Saya cabar Perkasa cari sampai dapat siapa yang rembat saham bumiputera RM52 bilion .lepas tu keronyok muka yang jahanam hak bangsa sendiri ni puas-puas.Ada berani?Kalau takat berani tumbuk pelajar kolej buat apa..pi la tabuh dan bagi penampar yang sapu saham bumiputera sampai RM52 bilion tu!

Buat apa nak berkelahi dan maki Mat Sabu isu sejarah Mat Indera.Kalau Perkasa dan ahli sejarah yang jilat Umno rasa hebat sangat pi la ambik balik Temasek (Singapura) yang terlepas dan terpisah daripada Malaya.Hanya dengan secawan kopi saja sorong pi sorong mai antara Lee Kuan Yew  dan Tunku Rahman Singapura terpisah daripada Malaya.

Kuota Bumiputera:Umno terus khianati Melayu-Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka. “Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.
Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.
Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.
Tambahnya, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.
“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan,” ujarnya lagi.
Justeru, tegasnya DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar itu.
“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau,” katanya.
Sehubungan itu, tegasnya rakyat wajib menolak Umno BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.

Pak Mat jual lemang bolehkah jadi kawan baik Bik Mama?

Jho Low: Rosmah bukan 'Mak Angkat' saya-merdekareview.com

"Rosmah (Mansor) bukan 'mak angkat' saya.  Beliau adalah kawan baik saya," demikianlah "tafsiran" yang diberikan Jho Low kepada Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.  Rosmah Mansor adalah isteri kepada Najib Razak.

Beliau menjelaskan, "Anak Rosmah (Mansor) adalah rakan saya ketika menuntut di Britain.  Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri.  Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM."

Malah, Jho Low mendakwa dirinya mengenali ramai "putera" di negara yang berlainan, termasuk Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arab dan sebagainya.  Oleh itu, Jho Low berkata dirinya mampu membawa ramai pelabur dari Timur Tengah ke Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 25 September 2011.  Laporan ini disiarkan Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, pada muka surat A5.

Sebelum ini, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun.

Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar  ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, pada 28 Mei 2010, memetik laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail, bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD 50 ribu hingga 60 ribu, atau RM 170 ribu ke RM 205 ribu setiap hari.

Malah, Shamsul Iskandar ketika itu mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana royalti minyak itu benar atau tidak.-merdekareview.com

Tengok video kisah Bik Mama di sini.

Selasa, 27 September 2011

Umno beri IC kepada 5000 nelayan Indonesia?

Laporan penuh ini ada dalam Suara Keadilan terbaru terbitan tidak berkala bilangan 34.Tengok video di sini.

Penjual Harakah dan Suara Keadilan , Pak Syed Mokhsin meninggal dunia

Penjual akhbar Harakah dan Suara Keadilan edisi cetak Syed Mokhsin atau dikenali dengan Pak Syed , 65 tahun meninggal dunia malam tadi di Seksyen 18 , Shah Alam selepas menghantar Harakah ke rumah pelanggannya.Arwah dikatakan jatuh daripada motosikal yang ditunggangnya kerana hilang kawalan.

Arwah Pak Syed semasa hayatnya setiap hari Jumaat menjual akhbar Harakah dan Suara Keadilan di hadapan Masjid An-Nahdah di Seksyen 18.Semoga arwah Pak Syed diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Solat jenazah akan dilakukan di Masjid An-Nahdah pagi ini .

Isnin, 26 September 2011

Utusan Meloya hina Hudud

Apa yang anda harapkan kepada Umno dan Utusan Meloya yang jadi barua dalam menghina hukum Islam?Tak hairanlah kalau Najib berkata ;

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."

Undang-Undang Allah SWT diperleceh, diperlekeh Umno sesuka hati.Kalau Israel bunuh rakyat Palestine hari-hari, bom masjid di Gaza , apa beza dengan Umno yang jadi kaki perosak hukum Allah SWT?Macam ni kah cara Umno terima hukum Allah SWT sebagai sebuah parti yang kononya  bela Islam ?

Hudud:Umno boleh gulung tikar di Kelantan kata Aziz Bari

Hudud dan Kelantan tulisan Prof Aziz Bari yang disiarkan  Malaysiakini

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan. 

Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

Yang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.

Arwah Sarbaini:Bunuh diri pun tidak, dibunuh pun tidak 'pelik bin ajaib'

Koroner:Sarbaini jatuh dengan tidak sengaja, bukan bunuh diri-M'insider

Mahkamah Koroner memutuskan bahawa bekas Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di premis SPRM awal April lalu “jatuh dengan tidak disengajakan”. Koroner juga menolak kemungkinan Sarbaini membunuh diri atau meninggal dunia disebabkan penyakit semula jadi.
Menurut Koroner Aizatul Akmal Maharani, Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga dengan tidak disengajakan.
Sehubungan itu, koroner memutuskan bahawa Sarbaini  meninggal dunia disebabkan “nahas” dan turut memutuskan teori pegawai Kastam Diraja Malaysia itu dibunuh jelas tidak dapat dipertahankan kerana ketiadaan sebarang luka tangkis dan tanda-tanda mempertahankan diri atau kesan pergelutan.
Malah menurut koroner, tiada elemen ‘foul play’ atau penglibatan pihak lain serta tiada elemen jenayah.
Katanya, “teori-teori berkenaan adalah andaian semata-mata dan tidak disokong oleh mana-mana kenyataan.”

Inkues:Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini-M'kini

Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.

NONEKoroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.

"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."

Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.

"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."

Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.

Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.

Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.

Ahmad Sarbaini meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat ketiga pejabat SPRM Kuala Lumpur yang baru di Jalan Cochrane pada April 6, tahun ini.

NONEBeliau ditangkap sebagai sebahagian program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.

Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.

Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.-M'kini

Umno macam orang 'mati pucuk'

Macam-macam isu dah Umno main menjelang pru 13 akan datang.Ada yang dok teka kata pru13 bulan November 2011.Ada yang jangka pru 13 ialah suku pertama tahun depan.Mana satu betul semua tarikh ada dalam tangan PM Najib atau juga dalam tangan BIk Mama.

Pru 13 bila pun dah tak pa.Sejak PR sapu 5 negeri dalam pru 12 yang lalu negara Malaysia ni dirasakan macam tiap-tiap hari ada kempen pilihanraya.Umno dok pulun nak ambik paling kurang negeri Selangor yang paling kaya dalam Malaysia sejak kalah teruk pru 12 .Macam-macam kempen dan isu dibangkitkan Umno tapi semuanya dapat dipatahkan musuh politik mereka Pas, PKR dan Dap.

Banyak pilihanraya kecil berlaku selepas pru 12.Contoh Prk Bukit Gantang, Prk Kuala Terengganu, Prk Bagan Pinang, Prk Galas dan Prk Hulu Selangor.Ada yang PR menang ada yang BN menang.PR menang nyawa-nyawa ikan pun ada.

Isu yang dibangkitkan BN pula macam-macam ada.Puas PR bersilat dan menepis serangan Umno-Bn.Isu agama, isu Melayu, isu Apco yang jadi penasihat BN, isu seks dan macam-macam lagilah.Semuanya boleh dikatakan berpusing-pusing pada isu yang sama.Terkini Umno main isu komunis , murtad, hudud supaya isu utama negara seperti kenaikkan harga barang yang melampau, harga petrol, tax sim kad prabayar, Mas kena telan dengan Air Asia, isu Kampung Baru, isu saham bumiputera RM52 bilion lesap , skandal rasuah dan penyelewengan pemerintah , isu cincin Bik Mama RM24 juta tidak diperbincangkan.Semua ini Umno-Bn tak berani bincang!

Umno umpama orang yang bini banyak tapi nafsu serakahnya tak setara mana.Berubat dan makan macam-macam ubat kuat tapi tak juga lega-lega.Last-last semua bini mintak cerai!Sebab tu bila Umno rasakan isu yang mereka bangkitkan dapat dipatahkan musuh politik mereka , mereka akan beredar dan bangkitkan isu lain pulak.Selepas isu komunis dan seks dimainkan pulak isu Hudud.Kalau isu Hudud jadi senjata makan tuan kepada Umno , tunggulah adegan seterusnya.

Ahad, 25 September 2011

Klip video 'undilah' tiada kelulusan, blogger Umno siarkan video lucah tak diambil tindakan

video

Berkaitan;
SKMM:Undilah tiada kelulusan LPF, jadi TV tak boleh siar-M'insider

Lepas tu baca lah pula KP Kastam:Video seks kai kes Sarbaini perbuatan kejam-M'insider

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf menyelar tindakan blog-blog pro-Umno mengeluarkan video seks, didakwa melibatkan pegawai agensi itu, sambil menyifatkannya sebagai perbuatan kejam kerana sanggup mengaitkan dengan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed. Dalam respons menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider, Khalid berkata tiada bukti yang boleh mengaitkan pelaku dalam video seks itu adalah pegawai agensi tersebut seperti yang didakwa blog The Unspinners.
“Walaupun blog itu memaparkan dengan jelas perlakuan seks, namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai siapakah sebenarnya pelaku terlibat, justeru tidak boleh dikatakan secara konklusif ia melibatkan warga Kastam,” kata beliau.
Malah kata beliau, “mengaitkan pelakuan seks tersebut dengan kes Sarbaini yang saya tidak nampak pertaliannya adalah perbuatan kejam dan tidak bertangungjawab jika bertujuan untuk mengaibkan orang yang telah kembali ke rahmatullah.”
Pertengahan minggu lalu, beberapa blog pro-Umno mengeluarkan video seks yang dilihat sebagai usaha mencemarkan reputasi pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia menjelang keputusan inkues Sarbaini, yang akan diumumkan esok.
Klip video itu, yang kelihatan dirakamkan secara rahsia menunjukkan seorang lelaki Melayu mengadakan hubungan seks dengan wanita Caucasus, dipercayai di sebuah bilik hotel.
Blog The Unspinners merupakan laman pertama mengeluarkan video itu, mendakwa lelaki dalam rakaman itu adalah seorang pegawai Kastam manakala wanita itu pula pelacur warga Rusia.
Lelaki dalam video itu tidak dinamakan tetapi pemblog itu memaut rakaman tersebut yang berjudul “Pegawai Kastam Yang Terlampau,” dengan kematian seorang pegawai Kastam di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan 6 April lalu.
Pemblog itu berpendirian selari dengan pendirian SPRM dan peguamnya Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah ketika prosiding berkenaan punca kematian Sarbaini.
Pada 12 September lalu, Shafee berkata keputusan inkues berhubung kematian Sarbaini, Penolong Pengarah Kastam Selangor, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tambah Khalid, sepatutnya pihak yang mempunyai bukti penglibatan pegawai Kastam dalam pelakuan seks membuat laporan polis dan bukan mendedahkan kepada umum.
“Jika seseorang mempunyai bukti kukuh mengenai pelakuan warga Kastam lebih sesuai jika dibuat laporan polis dan bertanggungjawab ke atas laporan tersebut,” katanya.-M'insider

Umno rojakkan semua isu.Agak tak berapa boleh lawan isu yang mereka buat, seks akan jadi senjata untuk jatuhkan maruah musuh mereka.Lawan hujah isu Mat Indera kalah , kaitkan Mat Sabu dengan isu seks, lepas tu pusing balik isu Anwar Ibrahim dengan kes liwat, lepas tu kaitkan isu kastam yang mati jatuh bangunan dengan seks.Cerita kastam mati dah jadi kes seks!

Gerombolan Umno geram dengan kastam kerana macam mana kes  bini Najib Rosmah Mansor didakwa import cincin RM24 juta boleh pecah lubang.

Klip video 'Undilah' pun Umno takut tambah la nak buat Hudud

Selepas puas Umno menggoreng isu Mat Indera hingga Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu didakwa di mahkamah kini Umno main pulak isu Hudud.Tun Madey cucuk sikit saja isu Hudud, cucuh pelita minyak tanah maka pemimpin Umno dan Pas pun melatah ikut rentak Tun Madey yang ibarat 'rumah kata pi , kubur kata mai'.Tun Madey mana pernah mengaku kata dia buat silap ..dia sorang saja yang betoi dalam Malaysia ni.Tun Madey syok sebab apa saja isu yang dicucuhnya jadi isu dalam negara.Tun pun kadang-kadang syok sendiri jugak ha ha.

Umno perleceh hukum Hudud macam tendang bola dalam padang.Muhyiddin kata Umno tak tolak Hudud tapi Malaysia yang tak mau.Habis Muhyiddin yang tak berapa cerdik tu tinggal di negara mana?Kata Muhyiddin dalam keadaan sekarang Malaysia tak sesuai nak laksana Hudud.Mungkin bila dah masuk lubang kubur baru sedar nak buat Hudud agaknya.Ni semua yang betul hanya sekadar ayat-ayat cinta penyedap bagi orang Melayu terus jadi biol dan hanya sokong Umno berkuasa sampai bila-bila.

Cakap Muhyiddin lain cakap PM Najib lain isu Hudud.Sorang kata tak sesuai sorang lagi kata tak akan dilaksanakan.Kata Najib;

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.Ni cakap berbelit-belit macam ular sawa .Ayat lama dan basi untuk sedapkan orang Melayu yang mudah lupa apa Umno kata dan hina hukum Hudud.Pusing pi pusing mai yang betoi Umno ni tolak hukum Islam dan depa bukan nak buat pun hanya sekadar bangkitkan isu supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertelagah sesama sendiri isu Hudud.Bila parti-prti PR ni berantakan Umno-Bn pun umum tarikh pilihanraya!Kerja no wahid lawan kezaliman Umno, lawan keganasan Umno dah jadi kerja lawan sama sendiri dalam PR.Syok la !'Bodoh bagi kat orang cerdik ambik kat kita' kata orang kampung saya.

Hang pa percaya ka Umno nak Hudud ni?Saya sikit pun tak percaya.Mati hidup balik pun tak percaya.Kaki putar belit ,temberang dan bohong ni dah berakar umbi dan beranak pinak dalam Umno.Hanya yang baru kenal Umno saja kot-kot percaya dengan Umno.Sebagai contoh isu video klip 'Undilah' yang diharamkan pihak kerajaan Umno-Bn.Dengan video klip 'undilah' pun Umno takut tambah la hukum Hudud! Lagu suruh mengundi pun Umno takut gila apa sampai macam ni.Tengok video klik di sini.Tu saya kata cakap Umno ni kena pikir terbalik..kalau Umno kata nak buat ..sampai bila pun Umno tak akan buat!

Baca juga;
Hudud:Keris Umno tikam tuan-harakahdaily
Isu Hudud petanda akhir pilihanraya-harakahdaily
Nik Aziz:'Orang takut Hudud macam takut hantu'-M'insider

Ingatan buat Muhyiddin, 'semut mati kerana gula'

KEADILAN Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut diatas ucapan politik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diucapnya semalam, 23hb september di Sekolah Menengah KebangsaanMeru,Klang.

Rasa terkejut ini bukannya disebabkan Muhyiddin berpolitik di sekolah! Politik di sekolah oleh Muhyiddin dan UMNO BN adalah seperti 'bau kentut dan tahi' - keduanya membusukkan persekitaran!

Rasa terkejut ini adalah disebabkan UMNO seolah-olah diberi lesen bebas untuk berpolitik di sekolah oleh menteri yang menjaga hal ehwal sekolah yang beliau juga penjaganya. Ini sudah di kira salah guna kuasa!  Bukan sahaja di sekolah rendah, menengah, pusat pengajian tinggi bahkan masjid. Ia berlaku sehinggakan ‘Ustaz’ P. Kamalanathan memasuki masjid untuk berpolitik tidak pula dihujani dengan pelbagai laporan polis, kata nista malah digalakkan lagi dengan diserikan oleh kehadiran penyokong setia UMNO dari pihak yang menjaga agama islam sendiri. 

Terkejutnya KEADILAN Selangor lebih menjurus kepada ucapan politik Muhyiddin yang mendakwa bahawa rakyat Selangor kini 'terseksa’ kehidupan dan mereka kununnya tidak sabar mengundi semula UMNO dan BN serta kembali mengemudi lombong emas nombor satu di Malaysia ini. Manis sungguh 'gula basi' yang keluar dari mulut Muhyiddin kali ini. Pimpinan bawahan UMNO sendiri rasa loya dibuatnya!

Hakikatnya, walau dihidangkan oleh politik lucah UMNO, penghinaan terhadap tuhan golongan beragama Hindu (dipijak-pijak oleh penyokong UMNO yang kemudiannya dibela pula oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin), menimbulkan keresahan dan kerisauan rakyat dengan menipu rakyat menyatakan sumber air Selangor semakin susut (walhal melimpah!), rakyat Selangor sebenar-benarnya bukan 'terseksa’ namun sangat ‘selesa’ dengan cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam keadaan UMNO memeras dan merompak kekayaan negeri dengan mengadakan ‘lawatan teknikal’ ke Disneyland dan seluruh dunia yang sebenarnya cuti peribadi, dengan skandal berbilion ringgit PKFZ yang ditipu oleh bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik, dicampur pula dengan rompakan jutaan ringgit wang rakyat Selangor oleh isteri mantan Menteri Besar, rakyat Selangor kini SEBENARNYA lega, puas hati dan amat bersyukur diatas pemergian UMNO dan BN daripada pentadbiran negeri, mungkin untuk selama-lamanya.


Persoalannya ialah mengapa harus rakyat seronok diatas penindasan kaum, rompakan wang dan titik peluh rakyat, disamping pentadbiran ekonomi seolah-olah diuruskan oleh mereka yang buta ekonomi? Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini menduduki tangga teratas pelaburan tertinggi dalam Negara diikuti rapat oleh Pulau Pinang, yang juga dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

KEADILAN Selangor menegaskan, rakyat berseronok atas penjimatan kos air yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor hari ini (bukan pembangkang seperti kata Muhyiddin - kenyataan sebagai pembangkang di Selangor pun UMNO enggan terima). Rakyat bawahan dan golongan marhaen merasakan seronok dapat mengambil peluang bersama-sama berkongsi program inisiatif kerajaan negeri seperti TAWAS, SKIM MESRA USIA EMAS, SPIES, HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI, bantuan kepada orang asli dan berbelas lagi program yang lebih mementingkan rakyat daripada kroni, isteri dan ketua-ketua UMNO cawangan.

Walau di halang dan di fitnah setiap hari, namun pentadbiran negeri berjalan lancar. Pelaburan luar semakin giat memasuki negeri dan terbukti bahawa negeri Selangor tidak pernah mencatatkan pertumbuhan sebegini drastik dibawah pentadbiran UMNO dan BN. Bahkan simpanan tunai lebih dari RM1billion hari ini. Nyata, bahawa negeri Selangor tidak hancur sepertimana yang diramal oleh tok-tok bomoh UMNO, malah berkembang pesat.

Mungkin juga Muhyiddin memberikan arahan kepada watak kartun murahan seperti Zulkefli Nordin, Lokman Adam dan kuncu-kuncu mereka untuk menjanakan imej yang buruk dengan pembiayaan yang tidak sedikit, namun usaha mereka gagal walaupun Pak Timbalan Perdana Menteri diberitahu semuanya berjaya dilakukan.

Memanda Perdana Menteri telah menyatakan bahawa ‘jangan syok sendiri’ apabila menyukat kadar sokongan terhadap UMNO dan BN di Selangor, namun seperti biasa Muhyiddin tidak membaca berita-berita terkini dan memilih untuk mempercayai khayalan yang dibisikkan dan dongengan yang disajikan oleh kartun yang telah luput tempoh sah-lakunya.

Dikhuatiri bahawa bukan sahaja para inteligensia UMNO hancur dan tidak boleh digunapakai namun akan menyaksikan peningkatan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.

KEADILAN Selangor ingin menginggatkan Muhyiddin, semut mati kerana gula! Jangan pula Muhyiddin mati terkejut dengan 'bisikan gula palsu' yang di beri kepada beliau oleh juak juak yang semakin kehilangan arah tuju.

Hakikatnya yang mesti di terima Muhyiddin adalah; yang amat benar 'terseksa' kini adalah kepimpinan kanan UMNO BN yang tidak lagi dapat 'songlap' duit rakyat dan berbelanja mewah!

Rakyat Selangor tidak mudah digulakan oleh orang seperti Muhyiddin!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor

Jumaat, 23 September 2011

Umno Selangor rasa terseksa rakyat Selangor dapat air free dan kumpul duit RM1.1 bilion

Timbalan Presiden Umno yang juga TPM Malaysia Muhyiddin percaya cakap-cakap Umno bawahan di Selangor yang kata depa hidup terseksa di bawah PR di Selangor. Muhyiddin sama macam Umno bawahan di Selangor rasa terseksa di Selangor bukannya rakyat Selangor.Dapat air free 20 meter padu yang tak diungkit-ungkit kerajaan negeri Selangor rupa-rupanya telah jadikan Umno di Selangor hidup terseksa.Terseksa sebab rakyat Selangor dapat air free yang selama ini tak dimimpikan rakyat SElangor di bawah kuasa Umno-BN di Selangor sejak 51 tahun dulu.

Umno yang bongok dan tak tau apa rasa terseksa bila kerajaan negeri Selangor yang baru perintah Selangor gantikan Umno-BN selama 3 tahun dapat kumpul aset tunai RM1.1 bilion!Terbaik dalam tempoh 28 tahun.Umno-BN dulu pun kumpul juga aset tapi kumpul untuk kroni dan keluarga bagi jadi kaya.Khir Toyobekas MB Selangor  kini didakwa di mahkamah kes rasuah beli tanah .Beliau juga didakwa  buat rumah berpuluh juta tapi tak mengaku.Kini Khir Toyo kata ada 3 menteri nak perosok beliau masuk penjara supaya Umno dapat tawan balik Selangor.Siapa yang terseksa?

Muhyiddin lebih percaya cakap Umno bawahan daripada rekod kewangan negeri Selangor yang sudah diketahui rakyat Selangor.Nak bohong pun patut-patutla Mat Sembab oiii.Yang susah dan terseksa Umno bawahan Selangor tapi wakil rakyat Umno yang dah banyak kumpul harta semasa berkuasa dulu tak rasa terseksa.Yang jadi tukang ampu dan tukang bodek kepada wakil rakyat BN kini rasa terseksa sebab BN dah hilang kuasa di Selangor,Nak mintak kat wakil rakyat BN di Selangor pun depa pun dah tak dapat projek macam dulu.Tu yang rasa terseksa sangat tu.

Kalau rakyat Selangor nak rasa kena siksa macam zaman Umno-BN dulu pilihlah BN dalam pru 13 akan datang.Tidak ada rakyat Selangor mati kelaparan diperintah PR yang banyak mati kerana kekenyangan.Makan banyak penyakit macam-macam datang tu yang cepat mati.Pesta makan  Aidilfitri di Selangor boleh kata tiap-tiap malam anjuran PR.Umno rasa terseksa lihat rakyat Selangor tiap-tiap malam makan free ha ha.

Berani Umno luku kepala Soi Lek?

Saya sikit pun tak heran kalu orang bukan Islam tolak hukum Islam, tolak hudud kerana perangai orang kafir ni Allah SWT dah sebut dah dalam Al-Quran depa suka bantah apa yang Allah SWT suruh.Kalau Karpal Singh tolak hukum Islam, Lim KIt Siang ka bantah hukum Hudud tu memang kerja depa sebab depa bukan Islam pun.

Tapi bila Presiden MCA Chua Soi Lek yang memang kepala penentang hukum Islam dalam BN kata Hudud:MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno saya nak dengar apa orang Umno komen mengenai Chua Soi Lek yang juga bekas aktor porno .Adakah Perkosa, Umno dan NGO Melayu pro Umno akan buat demontrasi besar-besaran sanggup mandi darah dan luku kepala Soi Lek?Jangan hanya bila Karpal Singh tolak hudud gerombolan Umno dan media Umno  mainkan isu besar-besaran untuk jatuhkan Pas tapi bila kena komponen BN seperti MCA tolak hudud yang tidur sebantal dengan Umno gerombolan Umno buat-buat pekak telinga saja.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," kata Soi Lek  dengan tegas.Umno memang suka mainkan isu terutama isu agama untuk melambat-lambatkan pilihanraya supaya parti-parti yang lawan BN bercempera antara satu sama lain.Bila parti-parti lawan BN ini berada dalam suasana tegang dan begaduh sesama sendiri BN akan buat pilihanraya dengan harapan rakyat akan undi BN.Taktik lama yang dah tak laku!

Sejak bila pula Umno nak kepada hukum Islam ni?Ini adalah cara Umno nak bagi orang Melayu terus menyokong Umno.53 tahun apa yang Umno lakukan untuk martabatkan hukum Islam selain daripada jadi juara kutuk hukum Islam.Tak percaya?

Baca juga;
MCA akan keluar BN jika Umno laksana Hudud-M'insider

Ketua Polis Negara dah tak yakin BN boleh menang pru 13

Ini laporan tentu gusarkan , lemahkan wakil rakyat BN yang 'berkubu' di Selangor.Tengah berkubu Ketua Polis Negara dilaporkan Themalaysian insider berkata;

IGP :BN boleh kalah pru jika gagal urus isu ISA

Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik. Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.
Menurut Ismail , isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.
Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.
Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.
“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.
Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”
Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.