Selasa, 30 Ogos 2011

Muhyiddin tentu tak sabar tunggu saat -saat seperti ini

Perdana Menteri Jepun yang baru Yoshihiko Noda tunduk sebagai tanda hormat selepas Parlimen meluluskan pemilihannya. — Foto Reuters

Sementara itu Muhyiddin Yaasin menafikan populariti Najib merudum hasil kajian Merdeka Center dan beralih menyokong Pakatan Rakyat seperti yang didakwa Anwar Ibrahim.

Rais Yatim juga tolak kajian Merdeka Center dengan berkata ramai orang hadir makan free di jamuan Aidil Fitri Najib di Putrajaya hari ini.Ha ha makan free Lim Guan pun datang ..takkan LGE pon sokong Najib ha ha.Yang pasti Muhyiddin dah tak sabar nak jadi PM ini pasti dan pasti tak payah buat kaji selidik ha ha

Bik Mama tentu tak maw tengok gambar macam di atas bisa turun berat badan.
Parlimen Jepun lulus PM baru-M'insider

Dewan rendah Parlimen meluluskan pemilihan Yoshihiko Noda sebagai perdana menteri keenam negara itu dalam tempoh lima tahun ini.

Yoshihiko, 54, yang mengatasi saingan dalam parti itu semalam, merupakan Menteri Kewangan dalam pentadbiran Naoto Kan, yang meletakkan jawatan perdana menteri.

Beliau berhadapan dengan tugas besar membina semula wilayah yang musnah dalam tsunami 11 Mac lalu dan menamatkan krisis nuklear ekoran tragedi berganda itu selain menangani isu ekonomi.

Bagaimanapun beliau berhadapan dengan sokongan di Parlimen kerana pembangkang boleh menghalang rang undang-undang yang dikemukakan dan juga perpecahan dalam parti Demokratik yang memerintah.

Masih belum jelas bila Yoshihiko akan membentuk Kabinetnya. — Reuters

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Setelah berpuasa Ramdhan selama sebulan maka besok (Selasa) kita seluruh umat Islam menyambut hari kemenangan dengan merayakan Hari Raya Aidil Fitri.Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua yang sudi jengok blog saya yang cikai ini.

Dalam kita bergembira menyambut hari raya marilah kita umat Islam melihat dan berdoa kepada lain-lain umat Islam di seluruh dunia yang menyambut hari raya dalam suasana berperang dan dibunuh seperti di Palestine yang dizalimi tentera rejim zalim Yahudi Laknatullah.Begitu juga dengan nasib umat Islam di Somalia yang dilanda kemiskinan dan kebuluran, umat Islam di Selatan Thailand yang dilanda perang gerila.Mereka semua tidak segembira kita dalam berhari raya.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.Wallahu a'lam

Lagi satu jangan lupa tunaikan kewajipan kita dengan membayar zakat fitrah.

Hadiah Raya Buat PM Najib

Merdeka Centre :Popular Najib Terus Susut-M'insider

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).

Dari segi pecahan kaum, katanya, kajian menunjukkan 69 peratus responden masing-masing orang Melayu dan India dan 38 peratus kaum Cina melahirkan rasa puas hati dengan prestasi Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu.-M'insider

Ini hadiah raya buat Najib, juga buat bini Najib Rosmah Mansor.Nasib baik ada Bersih 2.0..kalau tak ada tak la susut macam ni ha ha.Ini baru Bersih 2.0 kalau Bersih 3.0 muncul apa akan jadi pada Najib-Rosmah ha ha.Bersih 3.0 akan muncul jika 8 tuntutan Bersih 2.0 tidak ditunaikan.

Timbalan PM Muhyiddin Yaasin tentu ketawa lagi melihat imej Najib terus susut tapi berat Bik Mama terus meningkat ha ha..

Raya ini para penghuni kota KL dan Lembah Klang..bila balik kampung ceritakan pada orang Melayu yang masih menyokjong Umno hanya tinggal berapa kerat lagi saja yang masih setia kepada Umno.Gerombolan Umno sendiri dah mahu jatuhkan Najib bukan saja yang lawan Najib siang dan malam.Musuh Najib sekarang bukan hanya pembangkang tapi yang tidur sebantal juga mahu Najib dijatuhkan ha ha


Tun Madey semakin menyampah dengan Najib

Saya ada tulis dalam posting saya 'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur.Kini apabila Tun Madey berkata dalam berita Malaysiakini DR M:Salahkan pemimpinnya , bukan sistem BN mempunyai maksud bahawa Najib memang dah patut berundur jadi PM.

Tun Madey juga tak sedar bahawa beliaulah jadi punca kepada apa yang berlaku sekarang dalam pemerintahan negara.Tun Madey seorang pemimpin yang tak reti nak minta maaf yang dia tau dan pandai ialah semua orang lain salah , hanya beliau seorang saja yang betoi.Kini Najib pulak jadi sasaran Tun supaya berundur jadi PM.

Muhyiddin Yaasin semakin senyum melebar hingga ke telinga bila Najib kena ketuk kiri dan kanan termasuk daripada menteri, mufti dan juga pemimpin Umno sendiri.Tun Madey mahu pertahankan BN supaya terus perintah negara ini dengan andaian tukar pemimpin lain jadi PM maka semuanya urus tadbir negara kembali elok!Tun...dah 54 tahun dah BN perintah Malaysia..dah lama daaah.Rakyat mahu tukar kerajaan bukan tukar pemimpin.

Tun Madey tak sedar semua bapa diktator dunia tumbang seekor demi sekor akibat kebangkitan rakyat yang dicengkam pemerintah yang zalim terhadap rakyat.Mereka berkuasa berpuluh tahun selesa dengan kekayaan yang dibolot tapi akhirnya mereka tumbang.

Jika berlaku pertukaran kerajaan dalam pru 13 apa akan terjadi kepada pemimpin Umno-Bn ? Ha Ha ini yang dibimbangkan Tun ..semua mereka terpaksa dirawat di hospital sakit jiwa kerana ada masalah dengan sumber kewangan.

Jika rakyat cerdik dan bijak maka BN sudah lama tumbang.Bn akan terus perintah negara ini selagi rakyat dapat diperbodohkan BN sampai bila-bila.

Ahad, 28 Ogos 2011

Malapetaka 31 Ogos

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




KOMENTAR TUKAR TIUB


Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu



Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.



Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin. Baca penuh di tukartiub.blogspot.com

Sekiranya sejarah ditulis semula nescaya puak gerombolan adalah pencacai tua pengangkat najis dan barua kepada penjajah British yang amalkan dasar pecah dan perintah yang jadikan kelompok Melayu, Cina dan India seperti sekarang.

Sekiranya sejarah ditulis semula nescaya puak gerombolan tidak dapat lagi mendabik dada bahawa merekalah pejuang kemerdekaan.

Lihat sekarang ketika puak gerombolan jalankan kempen pasang bendera negara hanya berapa kerat saja yang ikut perintah mereka.Rakyat meluat kepada Umno-Bn jadi punca bendera negara tidak dicacak di mana-mana premis, kenderaan dan rumah .

Sabtu, 27 Ogos 2011

'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur


Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memang wujud satu gerakan dalam Umno mahu PM Najib berundur sebagai PM.Kalau dulu semasa era Pak Lah Badawi sebagai PM ada gerakan mahu Pak Lah berundur sebagai PM yang diketuai bekas PM Tun Mahathir , pada ketika ini wujud gerakan yang sama dalam kepimpinan Umno mahu Najib berundur sebelum pru 13 menyusul.

Jika di Libya , Muaammar Gaddafi Presiden Libya dihambat keluar daripada pegang jawatan Presiden Libya oleh pihak pemberontak yang dibantu askar Nato keadaan yang sama kini wujud dalam Umno satu pakatan yang boleh lah dikatakan 'Pakatan Nato Umno' yang sudah hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM.

Kritikan demi kritikan yang tajam menikam oleh pemimpin Umno termasuk barisan kabinet Najib sendiri , begitu juga dengan golongan agama yang pro Umno dan kerajaan menambahkan berat kilo agar Najib berundur sebagai PM.Bekas PM Tun Madey yang mahukan Najib jadi PM gantikan Pak Lah dulu , kini tidak lagi bersuara menyokong kepimpinan Najib.Beliau lebih condong kepada Tiimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin.Bagi Umno pula suara Tun Madey adalah suara keramat Umno.Apa yang disuarakan bekas PM itu masih laku dalam Umno.Tun Madey sendiri langsung tidak mengulas isu himpunan Bersih 2.0 yang dikritik pedas cara Najib layan demo Bersih 2.0 Julai lalu.Mungkin juga kerana anak Tun Madey sendiri Marina turut serta dalam himpunan tersebut.Secara tak langsung Tun Madey tak lagi pertahankan kepimpinan Najib.

Mari kita baca apa yang ditulis saudara Aspan Alias ahli Umno mengenai kepimpinan Najib sekarang ini.Antara lain Aspan Alias menulis;

UMNO memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.

Seterusnya kata Aspan Alias lagi oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah. Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.Baca semua di sini.

Rosmah Mansor bini PM Najib juga dilihat jadi saham kepada cepatnya Najib berundur sebagai PM.Beliau didakwa mengimport sebentuk cincin berlian bernilai AS24 juta tapi menafikannya begitu saja.Banyak lagi kes lain yang didakwa libatkan bini PM itu yang dikatakan suka hidup dengan bermewah-mewah.

Kalau Khir Toyo dakwa ada 3 menteri kabinet mahu beliau dikorbankan dengan dipenjarakan supaya Umno dapat tawan Selangor dalam pru 13 akan datang maka gerakan 'Pakatan Nato Umno' juga mahu Najib berundur supaya BN menang 2/3 dalam pru 13 akan datang!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Murahnya maruah Melayu -Islam kita , bila susah cari Gereja

Asri:Janda Muslim ditahan JAIS tak murtad , rujuk Gereja kerana 'desakan hidup'-M'insider

Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.

Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.

“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.

Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”

Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”

Dia mempunyai tiga orang anak.

“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.

“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.

Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.

“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.

“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.

“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.

“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.

“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.-Minsider

Siapa harus dipersalahkan dalam hal ini?Isu murtad bukan hak istimewa Pas, Umno dan juga orang Melayu dalam PKR tapi tanggungjawab semua pihak untuk memeranginya.Perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila dilantik jadi khalifah ialah memerangi orang Islam yang murtad dan tidak mahu bayar zakat.

Di Malaysia kutipan zakat cecah beratus juta ringgit setiap tahun.Macam -macam zakat ada.Zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat daripada hasil pertanian dan juga zakat wang fitrah di bulan Ramadhan.Wang zakat bukan untuk disimpan tapi untuk dibelanjakan kepada orang yang memerlukan.

Mereka orang Islam yang miskin dan daif sanggup ke Gereja untuk dapatkan sesuap nasi bagi menyambung kehidupan mereka.Adakah pihak Gereja saja-saja bagi layan vip kepada orang Islam yang miskin tanpa ada satu-satu sebab yang tertentu?

Negara kita tidak ada undang-undang yang keras untuk halang umat Islam murtad yang ada kaki penentang hukum Islam sejak dari dulu kini dan selamanya.Nak murtad keluar daripada Islam bukan hanya setakat istihar keluar daripada Islam dan masuk agama lain tapi kalau jadi penentang hukum Islam, perlekeh sunnah Nabi Muhammad SAW, mahu istihar darurat jika laksana hudud , sampai ada yang pernah kata ini hudud Pas bukan bukan hudud Allah SWT, nak kira lagu mana?

Woit! tak payahlah Pas ka, Umno ka , PKR ka pakat main aci ligan dalam isu murtad ni.Semua hang pa kena bertanggungjawab atasi isu ini.Kalau pakat main aci ligan sampai bila nak berhenti isu ini dan dapat dicegah dengan sebaik mungkin.

Mahukah kita melihat orang seperti Aisyah Bukhari yang ada didikan agama tapi tergelincir keluar daripada Islam muncul beratus ribu .Siapa yang akan menangung dosa jika tidak ada hukum murtad di Malaysia?

Isu murtad telah dipolitikkan untuk raih simpati orang Melayu dan bukan Islam.Isu ini jadi bom jangka yang akan mengena kepada siapa saja jika tersalah langkah.Pihak yang dabik dada nak bela isu murtad tapi dalam masa yang sama tak sokong undang-undang murtad ibarat meludah ke langit jatuh air liur basi di atas muka sendiri.Baca juga di sini.

Khamis, 25 Ogos 2011

Khir Toyo takut masuk penjara

Khir Toyo :Bukan ancaman, cuma peringatan-M'kini

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo hari ini menafikan tanggapan bahawa beliau memberi ancaman kepada Umno apabila menimbulkan dakwaan berhubung konspirasi di kalangan tiga orang menteri ke atasnya.

Sebaliknya, kata Khir, ia hanyalah satu peringatan dan teguran kepada individu berkenaan, yang tetap enggan dinamakannya.

khir toyo interview 150910Beliau juga tidak berpendapat bahawa kenyataannya – berhubung konspirasi tiga orang menteri berkenaan supaya beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah – akan melemahkan lagi Umno dan BN Selangor.

"Tak ada (ancaman). Terpulanglah kepada siapa yang kena tegur itu. Mereka sepatutnya kerja lebih keras untuk perkukuhkan Umno dan memenangi pilihan raya, lebih-lebih lagi di Selangor," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, individu berkenaan sepatutnya menumpukan ke arah usaha berkenaan dan bukannya terhadap kes perbicaraan yang sedang dihadapinya.

Ditanya sekiranya salah seorang daripada individu berkenaan merupakan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar, Khir hanya tertawa.

"Saya tak mahu sebut sesiapa. Siapa makan cili, dia rasalah pedas. Siapa makan nangka, dialah yang kena getah, bukan?," kiasnya.

Dalam pada itu, Khir turut memberi peringatan kepada individu berkenaan supaya tidak mengganggu sistem kehakiman

Beliau menimbulkan isu berkenaan kerana berasa ragu setelah menerima surat berhubung arahan mahkamah mengenai keputusan supaya beliau membela diri atas dakwaan yang dihadapinya.

"(Tapi) saya dapat (surat berkenaan) seminggu sebelum mahkamah buat keputusan (supaya membela diri). Surat itu dari mahkamah Shah Alam tapi nombor faksnya dari Putrajaya," katanya lagi.

Jelasnya, surat tersebut menimbulkan tandatanya kerana pada kebiasaannya surat seperti itu akan dihantar selepas sesuatu keputusan mahkamah dibuat.

"Kalau ikut peguam saya, amalan seperti ini jarang berlaku," katanya lagi yang menambah, salah satu daripada dua pucuk surat itu ditandatangani oleh seorang pegawai mahkamah.

Ditanya sekiranya beliau berpendapat bahawa surat berkenaan menunjukkan wujudnya campurtangan pihak tertentu dalam keputusan mahkamah, Khir berkata beliau tidak ingin membuat sebarang kesimpulan.

"Sukar untuk saya katakan, tapi ianya pelik bagi saya (terima surat sebelum keputusan mahkamah dibuat). Biarlah rakyat umum yang tentukan.

"Saya masih percaya kepada sistem perundangan. Sebab itu saya tidak buat kenyataan. Mahkamah sepatutnya bebas daripada sebarang pengaruh.

"Ianya hanya satu peringatan kepada mereka yang terlibat, jangan ganggu sistem (kehakiman). Saya cuma memberi peringatan kepada mereka bertiga supaya kembali kepada perjuangan asal," katanya lagi.-M'kini

Berani kerana benar takut kerana salah.Hari ini hari kita esok lusa tulat tungging hari orang lain pula.Dunia ni Khir macam roda..sekejap di atas sekejap di bawah.Siapa kawan Khir sekarang?Kawan-kawan yang berada di keliling pinggang semasa Khir berkuasa dulu dah tak ada.Kawan-kawan Umno Khir yang sanggup jilat air liur Khir semasa jadi MB dulu dah lari tah ke mana.

Kawan-kawan Umno Khir sekarang sedang berkeliting di celah ketiak Najib dan Noh Omar kot-kot , kalau-kalau Umno-Bn berkuasa di Selangor dapat habuan projek untuk kenyangkan perut kroni dan anak bini.

Khir...Selangor sekarang berada di era baru bukan macam dulu lagi.Semua dah berubah.Rakyat dapat rasa air percuma , kebajikan untuk rakyat terus diperhebat satu perkara yang tak pernah dilakukan Umno-Bn semasa berkuasa dulu.Masjid-masjid di Selangor dipenuhi orangramai dan majlis ilmu diadakan setiap malam tambah-tambah di bulan Ramadhan yang mulia ini.Tak macam dulu majlis ilmu disekat dan dihalang.

Jika sistem kehakiman di negara ini tidak diganggu gugat oleh kuasa politik tidak jadi barua kepada mana-mana pemimpin sudah tentu ia dihormati dan dipandang tinggi.Tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Kalau Anwar Ibrahim dipenjarakan selama 6 tahun dan kini segala-galanya telah terbongkar seperti yang dikatakan mufti Perak menampakkan bahawa sistem mahkamah memang jadi alat kepada pemimpin tertentu.

Kalau Mat Sabu kena langgar dikira berlakon, bagi peluru pun berlakon juga laa kot?


Hishammuddin terima ugutan bunuh, peluru dalam buku-Minsider

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menerima ancaman bunuh — nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.

Polis sedang menyiasat perkara tersebut.

Mengumumkan perkara itu di sini petang ini, Hishammuddin berkata buku berisi dua butir peluru itu diterima menerusi perkhidmatan pos biasa hari ini dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.

“Kedua-dua peluru turut diiringi nota tulisan tangan dalam Bahasa Malaysia, mengugut saya,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Pantai Dalam di sini, hari ini.

Naib Presiden Umno ini berkata beliau pernah menerima ugutan seumpama itu sebelum ini tetapi ini kali pertama disertakan dengan peluru.

Hishammuddin menambah beliau tidak tahu motif tindakan itu.

Beliau juga tidak berkongsi mesej nota ugutan itu.

Katanya, peluru dan nota itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Beberapa ahli politik pernah menerima peluru sebelum ini, termasuk Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh.

Julai lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menerima ugutan bunuh dalam bentuk SMS.-M'insider

Ha ha jangan bimbang Hishamuddin sepupu Najib ini semua mungkin hanya sandiwara dan lakonan saja .Mungkin yang hantar peluru tu saja nak melawak dan 'test market' nak tengok takat mana u punya melatah dan meloncat.Atau pun dah kawtim? Ha ha.

Mat Sabu yang dibedah kepala lutut dan masuk skru sepanjang dua inci akibat dilanggar kenderaan polis semasa demo Bersih 2.0 9 Julai pun hang pa kata berlakon dan bersandiwara, cuma bila PM Najib bedah kepala lutut saja baru dianggap tak berlakon! Tuhan bayar cash pun puak gerombolan tak sedar diri, masih angkuh dan sombong dengan rakyat.

Negara Malaysia dah boleh ganti Thailand , kejadian bunuh membunuh berlaku setiap saat dan detik.Ugut-mengugut dah jadi makanan dan asam garam di Malaysia.Time undi pun kena ugut apa nak kisah!

Hishamuddin Hussein memang terkenal dengan gelaran 'menteri amaran ' termasuk oleh pihak blogger Umno sendiri.Tak habis habis dengan amaran demi amaran sampai rakyat pun dah tak rasa apa-apa dengan amaran demi amaran.Rakyat berhimpun beramai-beramai semasa demo Bersih 2.0 Julai lalu kerana dah tak takut dengan amaran yang dikeluarkan Hishamuddin.

Rabu, 24 Ogos 2011

Pas :Umno layan ulama macam 'terompah kayu'


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti “terompah kayu” dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.

Tegas Ketua Penerangan PAS ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.

“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.

“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini.

Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas.

“Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja,” katanya.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS mengangkat martabat ulama dan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi dalam parti selain turut mengiktiraf kepimpinan golongan itu.

“Ulama ada individu untuk menyampaikan ilmu, jangan khianat... dalam PAS kita letakkan ulama di dua peringkat iaitu Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, mana-mana keputusan termasuk soal calon kita putuskan dalam Majlis Syura manakala Dewan Ulama PAS pula menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut hukum Islam.

“PAS berpandukan Majlis Syura dan presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) duduk dalam Majlis Syura selain dibantu oleh Dewan Ulama PAS,” katanya.

Jelas beliau, keputusan yang dibuat berdasarkan hukum Islam walaupun terpaksa berdepan dengan risiko hilang sokongan.

“Siapa yang nak pandu pemimpin jika bukan ulama. Ulama mesti memandu politik tapi macam mana nak pandu kalau kita tiada pengiktirafan dan kita dalam PAS mengikut syarak walaupun dari segi politik kita rugi, tapi apakah kita nak tanggung dosa.

“Sebab itu bagi saya adalah pengiktirafan, ulama bukan orang yang berkepentingan, bukan nak kerusi tapi kalau kita lihat ulama telah buat banyak fatwa tapi tidak dihargai,” katanya.-The Malaysian insider.

Siapa tiga menteri mahu Khir Toyo masuk penjara?


Khir Toyo bekas MB Selangor era Umno-Bn kini baru sedar bahawa bila dah tak laku duduk dalam Umno beliau dilayan macam sampah.Tak ada lagi kawan dan sahabat setia mahu berdamping dengan Khir malah Khir Toyo dakwa ada tiga menteri mahu beliau masuk penjara supaya Umno-Bn boleh kembali berkuasa di Selangor!

Apakah dakwaan Khir Toyo ini benar?Takkan Khir cakap bohong di bulan Ramadhan yang mulia ini.Kalau benar ada tiga menteri mahu Khir masuk penjara salah seorang daripada mereka semua orang di Selangor dah kenal pasti siapa menteri tersebut.Kata Khir Toyo “Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. “Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.-Malaysiakini Khir Toyo:Tiga Menteri mahu saya dipenjarakan.(klik)

Ini perangai Umno dan pemimpin Umno parti yang dikatakan Tun Mahathir yang dah busuk hingga keususnya.Daripada kepala sampai ke kaki dah tak ada tempat yang elok semua dah busuk.Cerita kawan makan kawan dalam Umno, hang pijak aku , aku pijak hang, perebutan kuasa demi untuk rebut kekayaan bukan nak jaga kebajikan rakyat semakin terbongkar , dibongkarkan sendiri oleh pihak Umno bila dah terasa diri dah tak dapat nak diselamatkan lagi daripada duduk dalam tirai besi!

Umno mahu kembali berkuasa di Selangor kerana Selangor negeri paling kaya dan maju dalam Malaysia.Bila dapat kuasa yang ada dalam kepala pemimpin Umno ialah mereka akan kembali jadi jaguh untuk rebut apa saja hasil negeri untuk kroni, untuk anak bini, bukan macam sekarang 'hasil negeri untuk rakyat'.

Setelah tiga Datuk T sebar video lucah lenyap kini muncul pula tiga menteri mahu Khir masuk penjara. Ha ha ..Inilah Umno dari dulu, kini dan selamanya penuh dan sarat dengan segala jenis kebusukan.

Ketua Umno Selangor ialah PM Najib dan Noh Omar ialah timbalan ketua Umno Selangor.Noh sekarang ini bercita-cita mahu jadi MB Selangor jika Umno-Bn kembali berkuasa di Selangor.Malang sangat la kalau orang macam Noh Omar jadi MB Selangor.

Selasa, 23 Ogos 2011

Cincin AS24 juta :Kalau tak betul suruh Rosmah Mansor saman la


Minta maaf:Rais mahu blog Malaysia ikut langkah Kompas-M'insider

Semua pemblog wajar mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang disiarkan 4 Ogos lalu — antara lain berkaitan dengan isu cincin AS$24 juta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemblog atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.

“Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada pemblog atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.

“Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf,” katanya dipetik Bernama Online malam tadi.-M'insider

Buat apa nak minta maaf, lagi baik bini PM Najib Rosmah Mansor saman saja para blogger yang dedahkan isu cincin berlian bernilai AS24 juta tersebut.Rais Yatim sendiri dah saman blogger tempatan yang dakwa beliau dalam isu seorang amah yang didakwa telah dirogol.Rais Yatim tidak pula saman Wikileaks yang mula-mula dakwa beliau terlibat dalam isu amah.

Berkaitan;
Muslihat disebalik permohonan maaf Kompas -Malaysiakini

Seorang demi seorang diktator tua tumbang

Gaddafi dah hilang tiga anaknya ditahan

Bermula dengan kejatuhan rejim Ben Ali bekas Presiden Tunisia , Mubarak bekas Presiden Mesir kini Presiden Libya Kolonel Muammar Gaddafi menerima nasib yang sama seperti Ben Ali dan HOsni Mubarak.Sebelum jatuh masing-masing bercakap besar mampu bertahan mengekang kebangkitan rakyat mereka tapi akhirnya mereka tewas.

Setelah berkuasa selama 42 tahun Muammar Gaddafi kena terima hakikat bahawa beliau telah hilang kuasa apabila bandar Tripoli jatuh kepada pihak pejuang yang melawan Gaddafi yang turut dibantu tentera asing Nato.Memang kita tidak suka dengan kehadiran tentera asing campurtangan di Libya tapi itulah yang terjadi kepada nasib negara Libya yang hampir sama macam Iraq.

Kehadiran tentera asing di Libya mungkin kerana Libya negara Afrika terbesar pengeluar hasil minyak daripada benua tersebut.Nato tidak campurtangan di Mesir dan Tunisia kerana dua negara tersebut tidak sama sepeti Libya yang ada banyak minyak.

Apa pun rakyat Libya sendiri sudah muak dan bosan dengan Presiden mereka sendiri Gaddafi yang ada kuasa mutlak dalam menentukan sebarang urusan pentadbiran negara.Undang-undang berada di tangan Gaddafi dan anak-anaknya bukan pada lain-lain badan kerajaan di negara tersebut.Rakyat jadi geram, marah dan dendam kepada Presiden Gaddafi.Akhirnya perasaan dendam dan marah mereka diluahkan dengan mengangkat senjata melawan kezaliman Gaddafi tanpa rasa takut dan sanggup mati untuk bebaskan Libya daripada cengkaman Gaddafi selama 42 tahun.

Kini Gaddafi sudah dianggap tewas dan menghilangkan diri manakala anak-anaknya telah ditangkap.Apa lagi yang mampu dilakukan Gaddafi?

Pemimpin yang berjiwa rakyat, adil dan menjaga kebajikan rakyat tidak akan jadi seperti Gaddafi, Ben Ali dan Mubarak.Rakyat akan menyanjung tinggi pemimpin yang adil terhadap rakyatnya walaupun selama mana ia berkuasa.Tapi kalau zalim, tangkap rakyat tanpa bicara di mahkamah, tendang dan terajang rakyat yang tangan kosong sesuka hati lepas tu tak mengaku kata pukul rakyat, terajang rakyat yang berhimpun secara aman tunggulah saat-saat kehancurannya !

Pemimpin yang boros, perabih harta rakyat untuk kayakan anak-bini dan kroni sudah tentu tak senang duduk dengan apa yang terjadi di dunia Arab-Afrika ketika ini.Tempiasnya tetap ada , tidur mereka tak lena memikirkan nasib mereka jika kalah dalam pilihanraya akan datang.

Umno-Bn dah berkuasa di negara ini selama 53 tahun kena ingat bahawa tidak ada kerajaan yang kekal berkuasa selama-lamanya.Hanya kerajaan Allah SWT saja yang kekal.Semoga apa yang terjadi di Libya tidak terjadi di negara kita.Kita akan tumbangkan BN melalui sistem pilihanraya yang adil dan telus.Tunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 kalau tidak rakyat terpaksa turun sekali lagi dijalanraya untuk Bersih 3.0.

Berkaitan;
Pockets of resistance as rebels claim Tripoli -Aljazeera
Fighting rages for Libyan Capital-BBC News


Isnin, 22 Ogos 2011

Umno -BN main silap mata

Selepas demo Bersih 2.0 Julai lalu yang menekan kerajaan supaya 8 tuntutan Bersih 2.0 untuk reformasikan pilihanraya di negara ini, PM Najib pun cadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai reformasi pilihanraya.

Harus diingat hingga sekarang tak ada satu pun tuntutan Bersih 2.0 ditunaikan kerajaan Umno-BN yang dah berkuasa 50 tahun lebih di negara ini.Yang ada cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pilihanraya.

Pas dan PR yang tertarik dengan cadangan PM Najib nak tubuh JK Parlimen ini terlupa kata tak ada satu pun tuntutan Bersih 2.0 mengenai sistem pilihanraya mau dilaksanakan dalam pilihanraya.Malah Pas dan PR minta jadi ketua Jawatankuasa Khas Parlimen yang nak ditubuhkan Najib untuk baik pulih pilihanraya.

Mendengar akan permintaan Pas dan PR nak jadi ketua JK Parlimen itu maka berkatalah sang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Nazri Aziz yang pandai cakap tapi cakapnya tak berapa cerdik dan pandai main silap mata berkata 'Muktamad, Menteri BN ketuai panel khas parlimen'.Padan muka hang pa terpengaruh dengan perangai lunak pemimpin Umno-Bn yang pandai putar belit bila bercakap.Lepas tu PM Najib pula kata PRU 13 boleh dipanggil bila-bila, tak terikat dengan panel parlimen.

Saya katakan ini semua cadangan demi cadangan hanya sekadar untuk menyejukkan darah rakyat yang marah dengan sistem pilihanraya yang kotor di negara ini.Kalau pilihanraya diadakan sebulan dua ini apa fungsi yang boleh dimainkan JK Parlimen tersebut tanpa melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0 supaya pilihanraya jadi telus ?Tambah -tambah bila Nazri tu kata ketua JK Parlimen mesti orang BN!Link
Peranan JK ini bila berketuakan orang BN hanya akan jadi macam SPR yang hanya jadi jurucakap Umno bila buka mulut.Jadi macam lain-lain ketua organisasi kerajaan yang penting bila buka mulut saja cakap macam ikut lubang keluar taik!

Dulu-dulu kalau kita pergi ke pasar malam kita akan lihat orang meniaga ubat tradisional .Untuk lariskan jualannya maka tukang jual ubat akan main pertunjukkan silap mata dan keluarkan haiwan liar untuk dipertontonkan kepada orang ramai yang lalu-lalang supaya berhimpun beramai-ramai di tempat tukang jual ubat berniaga.Umno-BN pun lebih kurang orang meniaga ubat di pasar malam saja tak lebih daripada itu.

Takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Hj Abdullah penulis novel dan cerpen yang telah meninggal dunia.Moga roh beliau dicucuri rahmat dan diampun kan segala dosa.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tak habis-habis dengan cakap bodoh


SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001 %-Malaysiakini

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”.

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.-M'kini.

Sejak pilihanraya diadakan hingga sekarang perkara yang sama timbul.Dulu hanya pengundi hantu.Pilihanraya 2004 di Selangor tambah masa mengundi hingga 2 jam.Kini isu besar rakyat asing, pendatang haram boleh jadi pengundi dikatakannya hanya sebesar kuman.Mula-mula memangla kecil peratusnya tapi bila dah lama-lama kalu tak dibongkar boleh jadi api yang marak menyala.

Kalau tak dibongkar sapa yang untung? Ha ha Umno -Bn yang untung.Umno-Bn akan terus berkuasa perintah negara ini jika pilihanraya tidak telus ..sampai kiamat ! Sampai bila-bila pemimpin Umno akan terselamat daripada segala skandal salah guna kuasa jika pilihanraya penuh dengan penipuan!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Askar pencen cakap tolong pangkah undi , askar belum pencen nafi tolong pangkah

Baca dua laporan berita di bawah dan fikir dengan sedalam-dalamya siapa yang cakap bohong.Kalau askar pencen sokong PR depa dituduh makan upah dan kena peralat tapi kalau sokong Umno itu baru dikira cakapnya betul!

Bekas tentera mengaku 'tolong pangkah' undi
-Harakahdaily

Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah. (Duduk: Pertama dari kanan, Mejar (B) Risman Mastor (berkopiah), Mohamed Nasir Ahmad dan paling kiri (bersebelahan dengan Suhaizan Kaiat), Mohd Kamil Omar. Berdiri: Pertama dari kanan, Kamaruzaman Ibrahim. )

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

“Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?”

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.-Harakahdaily

Tentera sangkal undi diseleweng-Malaysiakini

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

NONEPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.Baca semua di sini.

Semua dah jadi SPR nafi, nafi, nafi tengok-tengok memang betoi pun rakyat asing boleh jadi pengundi di negara ini kerana dah dapat IC.Kita koreklah segala kebusukan pemerintah tapi hanya dengan satu ayat saja iaitu "kami nafi' semua kira settle!

Selepas Mas , Tony Fernandez kuasai kelab bolasepak Inggeris Queens Park Rangers

Tony Fernandez kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers-M'insider

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan memiliki 66 peratus saham.

Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau memiliki pegangan itu dengan membelinya pada harga £35 juta (RM168 juta).

Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan kadar pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007.

Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

“Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah Kelab London seperti QPR, adalah satu peluang yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja,” kata Fernandes lagi.

“QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadikannya satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh,” kata beliau lagi.

Laporan semalam menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal semalam melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak AS$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.-The malaysian insider


Khamis, 18 Ogos 2011

Umno terjaga tengah malam pun akan sebut DAP!-TGNA


Nik Aziz:Umno politikkan bacaan al-Quran Pulau Pinang tapi bisu isu Melaka-M'insider

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat.

Tegas Mursyidul Am PAS , pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.

“Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang,” katanya.

Menteri Besar Kelantan menambah isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan.

“Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’

“Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?” kata Nik Aziz lagi.

Nik Aziz menambah, isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik.

“Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini?

“Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular,” katanya lagi.

Beliau juga berkata Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. “Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno.

“Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam.

“Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?” katanya lagi.

Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

“Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, “saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam.”

Katanya, Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi.

“Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.

“Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana,” kata beliau sambil menambah, “Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara.”

“Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

“Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang,” katanya lagi.-M'insider

Bukan takat isu Melaka tapi mahu gelapkan skandal SPR yang jadikan pendatang haram sebagai pengundi. Mat Indone, Minah Indone, Mat Bangla boleh jadi pengundi.Isu ini semakin parah kalau tidak takkan 12 ribu warga emas umur dikeluarkan daripada senarai pengundi berdaftar ha ha.Isu ini mahu ditutup rapat, digelapkan daripada fikiran rakyat.

Isu bini PM dengan cincin permata RM24 juta yang diimport daripada USA, isu kekejaman polis semasa demo Bersih 2.0 yang tidak dilupa oleh rakyat menyebabkan Umno jadi bengong dan kelam kabut.Jika pru diadakan sekarang kemungkinan besar BN hilang banyak kerusi.Ini yang dibimbangkan Umno-BN . So untuk hilangkan isu besar negara isu agama dijadikan modal untuk orang Melayu terus menyokong Umno.Orang Cina dan India dah tekad mahu tumbangkan BN, hanya tinggal orang Melayu yang tak tau apa-apa masih bersama Umno.

Umno akan terus ratibkan DAP! DAP! DAP! kepada orang Melayu tapi dalam masa yang sama sahabat Umno , MCA terus menerus menghina Islam termasuk akhbar milik parti MCA 'The Star' yang menyiarkan masakan babi sempena Ramadhan.Akhbar Utusan Malaysia sendiri siarkan kartun yang hina hukum Islam dalam kes jenayah rogol dan zina dalam Islam.

Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri jadi jaguh hina Islam tapi didiamkan Umno kerana puak-puak Umno ini hidup di celah kelangkang taukeh-taukeh MCA untuk cari makan.Chua Soi Lek hina hukum Islam dalam bab bersalam dalam Islam.

Berikut antara kenyataan presiden MCA itu yang didakwa telah menghina Islam.

1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan:

“The Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of MCA’s stand on turning this country into a theocratic Islamic State” (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk ‘MCA strongly against Islamic State’. Sila baca di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/2/nation/8592015&sec=nation).

2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan:

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS”. (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk ‘Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands’. Sila baca di http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=6591:chua-slams-normala-azizah-for-wearing-gloves-when-shaking-hands&Itemid=2).

3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai ditutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan:

“Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It's quiet in Kota Bahru”. (Sila rujuk akaun Twitter Dato Dr Chua Soi Lek bertarikh 17/11/2010. Sila baca di http://twitter.com/#!/drchuaSL).

4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata :

“Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations..... He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies forLinkmulated will not be on par with the global development requirement”. Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk ‘Soi Lek fires broadside at Umno, PAS’. Sila baca di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/soi-lek-fires-broadside-at-umno-pas/).Baca di sini.

Kita sibuk dengan isu agama tapi dalam masa yang sama ada yang pikir pasal syarikat penerbangan negara MAS dah kena telan dengan Air Asia..Ini semua ajaran APCO agen Yahudi yang bijak main peranan sebagai penasihat Umno-BN untuk buat isu supaya segala jenis skandal Umno-BN perintah negara dihapuskan daripada pemikiran kita dengan timbulkan isu bangsa dan agama.Sampai bila kita nak dibodohkan oleh Umno wahai bani Melayu?

Menarik;
Bekas tentera mengaku 'tolong pangkah' undi-Harakahdaily

Rabu, 17 Ogos 2011

Marina Mahathir juga dapat upah RM50 bila hadir demo Bersih?


Berkatalah Pak Menteri yang kontroversi dengan isu 'Amah' mengenai isu himpunan aman Bersih 2.0 yang terus menerus dingati rakyat sampai bila-bila bahawa peserta Bersih 2.0 diupah RM50. Kata Pak Menteri tu dalam laporan Malaysiakini;

Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

rais yatim pc 020709 01Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.-M'kini

Lepas tu baca pula komen pembaca yang disiarkan dalam bahasa inggeris oleh Malaysiakini;

Did Marina Mahathir also get RM50 from Bersih?

My blood shot up when I read the article 'Bersih rally participants get RM50 each, claims Rais'. Wow, are we not in Ramadan season? How can that sly smiling, senile old dolt Rais Yatim tell such a lie?

For crying out loud, just because Umno bribes the poor rural folks to vote for them, that does not mean others do the same. If Umno dares, come and pay the urban voters RM200 per person to vote for you and let's see the results.

You can be sure we will take your money - the rest, we'll leave to your imagination.

For Rais' information, my family and my friends went to the Bersih rally despite our fears of tear gas and of being arrested because we are so sick of being pushed around and being lied to by the ruling party - as though we are dumbos.

We are also fed up of not being able to do anything to fight you except to wait for election time and knowing your age-old tricks of gerrymandering and phantom/illegal voters plus a sudden appearance of postal votes when your candidates are on the losing end.

We are sick, sick, sick, of seeing and hearing from Umno politicians like yourself.

Please take back your statement and apologise before all the rally participants sue you. For a start, go ask Marina Mahathir if she received RM50.

Thanks for putting up with my angst at the rate Malaysia is going downhill, all because greedy people want to grab more.

Grrrrrrrrrrrr.

Ha ha Rais Yatim sama macam lain-lain pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bercakap ikut kehendak Umno bukan bercakap berdasarkan fakta dan realiti.Depa bercakap macam otak longkang! Langsung tak boleh dipercayai.Mengarut saja lebih.

Malang ..negara kita memang amat malang kerana dapat pemimpin yang berotak taraf longkang dan jamban saja!Bila buka mulut saja terus nampak kebodohan .Depa ingat depa cerdik bila bercakap.

Selasa, 16 Ogos 2011

'Cek sumpah..cek tak buat pun hubungan seks'

Umi masih anak dara...
Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda-Mkini

Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.

Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. -Mkini.

Sumpah jangan tak sumpah.Adakah dengan sumpah semua kes boleh selesai macam tu saja.Trio Datuk T juga bersumpah laknat dalam isu video seks lucah yang ditayangkan di Hotel Carcosa awal tahun ini dan kini isu tersebut senyap begitu saja hingga kini polis masih belum dedahkan identiti pelaku video seks tersebut walaupun dikatakan tulen.

Baca berita fail ;
Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam -Ustaz Shamsul-Keadilandaily.com



Najib demam atau Anwar demam?

Saya jarang tulis dan komen pasal isu liwat yang sedang dibicarakan terhadap pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim.Tapi apabila PM Najib enggan jadi saksi pembela dan enggan jawab soalan dalam isu liwat tersebut telah mengingatkan saya kata -kata Najib di Labis , Johor 18 Januari 2011 yang berkata kepada Anwar Ibrahim ;

“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,”.

Ini lah peluang buat Najib untuk buatkan Anwar Ibrahim demam! Tapi kenapa pula pilih untuk berdiam diri dan tak mau jawab soalan?Mungkin Najib pun pikir jugak silap haribulan semua rahsia sendiri dan Rosmah Mansor akan terbongkar!

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

mumtaz jaafar 120510Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu,
termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.Baca di sini.

Air Asia -Mas: 'Lu tolong gua , gua tolong lu'

Air Asia-Mas:Sejarah akan berulang kata Mahfuz-M'kini

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli.

NONESelain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'.

"Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya.

Sehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli

Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya. Ketelusan tinggi

"Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya.

Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan.

Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

"Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti.

"Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar.

"Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju.

Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut.

"Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah).

"Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Isnin, 15 Ogos 2011

Timbalan Ketua Polis Negara Cakap 'Bodoh'

video video

London Rakyat Mengamuk, Malaysia Polis Mengamuk-Harakahdaily

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.-Harakahdaily

Ya negara kita kaya dengan pemimpin dan pegawai kerajaan yang bukan pekak telinga tapi pekak dan bahlol dalam bercakap dan berkata-kata ha ha.. Cakap dulu baru pikir apa yang cakap tu betul ka tidak.Sama saja macam Pengerusi SPR bila bercakap isu yang dibangkitkan pendatang haram boleh jadi warganegara lepas tu boleh jadi pengundi.Dia kata negara lain pun ada masalah macam ni!

Klik dua video di atas dan pikir apa yang Timbalan Ketua Polis Negara tu kata betoi ka tidak.Satu di Tottenham , London yang diserang oleh penunjuk perasaan minggu lepas dan satu di negara kita.