Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa Ramadan Al- Mubarak

Kepada semua umat Islam saya mengucapkan selamat berpuasa Ramadan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok (Isnin) 1 Ogos 2011.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs205.snc4/38588_117312154986469_100001230549851_106869_7785038_n.jpg

Surah Al-Baqarah .Ayat: 183. Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs052.ash2/35942_117312398319778_100001230549851_106886_7972086_n.jpg

Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs052.ash2/35942_117312394986445_100001230549851_106885_3870974_n.jpg

” Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja “.Baca di sini.

Jangan sampai jadi macam ni


Beberapa akhbar Tunisia semalam melaporkan, Leila Trabelsi, isteri bekas Presiden Tunisia, Zine el Abidine ben Ali dihantar ke hospital di Abha, Arab Saudi setelah cuba membunuh diri.
Akhbar berkenaan yang memetik laporan Arab 48 mendakwa Leila yang hidup dalam buangan bersama suaminya gagal dalam cubaan membunuh diri kerana racun yang diminumnya itu terlalu sedikit.

Pegawai perubatan di hospital terbabit, Abdullah an-Nalisi berkata, keadaan bekas wanita pertama Tunisia itu beransur pulih.

Polis berkata, hasil siasatan menunjukkan seorang warga Mesir membeli ubat mengandungi racun yang dipesan oleh Leila. - hmetro.com

Ha ha..jangan sampai jadi macam ni sudahla bila hilang kuasa.Mabuk kuasa boleh jadi gila.Bila dah gila macam-macam boleh jadi.

Sabtu, 30 Julai 2011

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaKatanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.-Bernama


Peristiwa ini patut jadi iktibar kepada semua umat Islam.Semoga Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah mengampunkan dosa beliau.Ramadan semakin hampir kepada kita..marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan Quran dan Hadis bukannya berpandukan hawa nafsu yang bermaharajalela dalam diri kita.Tiada siapapun di dunia ini mampu mengatasai kuasa Allah SWT walaupun mengaku diri mereka Tuhan.Sehebat mana pun manusia mereka hanyalah ciptaan Allah SWT Yang Maha Esa.

Fahaman Umno lebih bahaya daripada Wahabi?


Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

“Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

"Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?” soal beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Sebagai reaksi kepada tindakan MKN, Tuan Ibrahim berkata tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

“Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas.

"Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?” soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu.

“Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.-Harakahdaily

Jumaat, 29 Julai 2011

Pak Samad suruh rakyat 'follow ' Najib


Hampiri Najib di mana sahaja-Harakahdaily

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera menyelesaikan isu lapan tuntutan Bersih kerana kebangkitan rakyat akan terus merebak.

Menurutnya, Najib sebagai pemimpin negara semestinya berani menghadapi rakyat dengan cara terbaik dan menunaikan permintaan mereka dengan segera.

“Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar di mana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepadanya,” tegasnya yang lebh mesra dengan panggilan Pak Samad (gambar)

Katanya, pimpinan asas Bersih 2.0 berusaha untuk menyampaikan memorandum tuntutan lapan perkara itu secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 9 Julai tetapi dihalang.

Setelah selesai himpunan 9 Julai dengan 1,600 peserta ditahan dan seorang meninggal dunia termasuk berbagai tindakan kasar pihak berkuasa, rakyat kini teruskan semangat Bersih dengan memakai kuning pada setiap Sabtu atau Yellow Saturday.

Pak Samad membangkitkan perkara itu ketika diminta mengulas kejadian semalam di mana 10 anak muda ditahan di KL Sentral hanya kerana hendak menyampaikan surat kepada Najib.

“Saya mengikuti peristiwa ini dari masa ke semasa sehingga semua anak muda ini dibebaskan malam tadi," jelasnya dalam wawancara khas dengan Harakahdaily yang diadakan di KL Sentral, hari ini.

Mengulas perkara sama, Pak Samad berkata, Najib mesti berpegang kepada gagasan beliau sendiri, 'Rakyat Didahulukan' kerana anak-anak muda itu juga adalah rakyat.

“Mereka ingin sampaikan hasrat untuk murnikan perlembagaan negara dan meningkatkan demokrasi dan sepatutnya jika saya datang ke tempat umum, itulah yang akan layan terlebih dahulu.

“Sebab itu adalah suara kelompok angkatan muda yang memang berpelajaran, berazam dan ingin membantu negara sebenarnya.

“Saya tidak faham seorang perdana menteri yang mengatakan 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, nampaknya secara praktis tidak mengamalkannya, “ jelasnya yang menjadi tumpuan generasi muda mutakhir ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan sangat berbangga dengan kesanggupan dan keberanian anak muda dalam negara dan di luar negeri yang bersama-sama menggerakkan kebangkitan rakyat.

Menjawab tentang minat golongan muda terhadap penampilan dirinya ke tengah masyarakat sekarang ini hasil daripada mereka mengikuti karya sasteranya sejak di bangku dan kini beraksi membela kebenaran.

Najib ugut orang Cina sebab tak undi BN?


Sebelum demo Bersih Tok Ayah Perkasa Braheng Ali berkata kepada orang Cina;

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Sebaliknya orang Cina tidak takut dengan gertakan Braheng Ali, depa keluar ramai-ramai di jalanraya pada 9 Julai lalu, yang tak keluar ialah Perkasa yang hanya melepak di kedai kopi sambil bersiar-siar di KL.

Setelah demo Bersih 2.0 berlalu PM Najib berkata pula kepada orang Cina di Kedah;

"Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi. Ini sejarahnya yang kita warisi sehingga hari ini. Kalau pemimpin-pemimpin Perikatan dulu tak buat keputusan ini takkan ada sekolah Cina hari ini. Jangan jadi bangsa yang buta sejarah dan tak kenang budi," katanya.-Malaysiakini Najib:Jangan buta sejarah dan tak kenang budi.

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang tak pangkah bn, undi BN dianggap bangsa yang buta sejarah dan tak kenang budi?
Budi siapa yang kena kenang?Rakyat yang undi BN telah kayakan mereka sejak 53 tahun yang lalu.Mereka berada ditampuk kuasa hingga sekarang.Kenapa bimbang orang Cina tak undi BN? Tak lain tak bukan untuk terus BN berkuasa.Mereka takut kalah..bila kalah hilang kuasa..hilang kuasa boleh jadi gila ha ha.

Politik ugut mengugut ini telah lama berjalan untuk kesinambungan BN terus berkuasa.Hanya yang berani buat perubahan saja akan tolak BN.Tapi sampai bila boleh ugut-ugut ni?Rakyat semakin sedar maukan angin perubahan dalam pemerintahan negara.Bila politik ugut ni dah tak laku, dah tak jalan BN akan tumbang jua akhirnya di Putrajaya.Rakyat bukan pekakas BN bukan alat Umno-Bn tapi rakyat adalah pembayar cukai dan duit rakyat yang bayar gaji pemerintah!

Mari ketawa: Braheng Ali kata ,"Saya jadi mangsa cemburu"

Anugerah Ibrahim Ali:'Saya jadi magsa cemburu'-M'kini

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program,
kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.

"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.-M'kini
video

Siapa kencing Pas di Kelantan? Ha Ha
Brahem Ali pandai kencing tapi tak pandai Bersih Ha Ha

Khamis, 28 Julai 2011

Dah terajang, sepak dan mati lepas tu ajak Pas pi klinik ambik ubat!

Saya teringat posting saya Tiang layar kapal kerajaan perpaduan patah apabila Hadi Awang dan Mat Sabu ditangkap, apabila Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan ajak Pas bersatu bersama Umno.Kata Ahmad Maslan, "Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi."Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.Baca Umno masih harap dapat kerjasama dengan Pas-Malaysiakini.

Ketika pemimpin Pas ditangkap, ahli Pas disepak dan diterajang , malah ada yang mati dalam himpunan Bersih 2.0 yang lalu tangan Umno yang sebelah lagi menghulurkan salam perpaduan untuk melunakkan dan menampakkan bahawa Umno masih memerlukan Pas atas nama Melayu untuk perintah negara ini.Umno macam 'Pungguk merindu bulan' walaupun Pas telah diceraikan Umno dalam tahun 1970-an dulu.

Hang pa terajang, sepak dan fitnah macam-macam lepas tu ajak Pas pi klinik ambik ubat! baik punya cilok.

Baju kuning tak ada tulis Bersih pun tangkap

video

10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib-Harakahdaily

10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis.

Baca juga;
Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral:10 ditangkap-M'kini

Polis tak jawab bila ditanya , "Kenapa saya ditahan?". Polis buat bodoh ja!

Rabu, 27 Julai 2011

54 tahun otak kita kena kongkong dengan pemerintah

Shamsul Amri:Sudah 54 tahun merdeka, kita masih dikongkong-M'insider

Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.

Shamsul Amri ketika menjawab berhujah pada Wacana Apa Selepas 9 Julai di Shah Alam hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

“Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.

“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.

Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.

Lebih 1,600 orang telah ditahan pada perhimpunan itu.

Empat tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Jelas Shamsul Amri, kerajaan sepatutnya memberi ruang kebebasan kepada rakyat agar amalan demokrasi dapat ditonjolkan.

“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.-M'insider

SPR pula kata depa tak ada kuasa, yang ada kuasa ialah pemerintah yang berkuasa di Putrajaya.Yang diminta celup jari di hari mengundi yang pemerintah nak cuba sistem biometrik!Gila! Jawapan main tarik tali antara pemerintah dan SPR hanya sekadar mahu melepaskan tanggungjawab mereka .Kalau tanya pemerintah pulak mereka akan jawab," tu kerja SPR sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihanraya."

Otak rakyat dirobotkan Umno-Bn supaya mereka boleh berkuasa hingga dunia kiamat.Bayangkan siaran radio dan TV RTM tak pernah berubah sejak ditubuhkan daripada menyiarkan propaganda murahan yang memualkan apabila ditonton. Umno-Bn ingat rakyat macam hidup di tahun 80-an dan 70-an.Mereka pandang belakang bukan maju ke depan!

Selasa, 26 Julai 2011

'Wahai polis, tiada siapa antara kita dapat selamatkan diri daripada hukuman Tuhan'-Dr Asri

video

Warkah buat saudaraku anggota polis-Dr Asri (Malaysiakini)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Muhyiddin terbayang-bayang BN akan tersungkur teruk pru 13

Kata Muhyiddin Yaasin Timbalan Presiden Umno;

“Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

“Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.-The Malaysian Insider PRU 13:Tinggal beberapa bulan saja lagi, kata Muhyiddin.

Kata seorang pak cik tua kepada saya, "Kalau PR menang pru 13 perintah Malaysia saya akan pergi tunai umrah.Saya akan berdoa depan Kaabah moga semua rakyat Malaysia hidup aman dan selamat di bawah kerajaan baru."Makna kata orang tua tu pun rasa tak selamat dengan kerajaan yang ada!

Lagi banyak kerajaan yang ada menyusahkan rakyat hingga pakai baju kuning Bersih 2.0 pun ditangkap dan kena lokap lagi banyak rakyat berbondong-bondong keluar daripada kepomp0ng Umno-BN.Buatlah, tangkaplah, pekakkan telinga daripada dengar suara rakyat.Rakyat bukan nak tengok video Bersih yang diambil polis tapi rakyat mahukan perubahan dalam pemerintahan!

Kenaikkan harga barang yang melampau-lampau terus menghimpit rakyat marhaen, kos sara hidup yang meningkat tidak dipedulikan pemerintah ,yang jadi keutamaan buat cerita lawak dan bodoh kepada rakyat sejak 52 tahun yang lalu.Rakyat dikhayalkan dengan peralatan mau beli senjata canggih untuk pertahanana negara.Negara mana mau serang kita?Lagi banyak senjata canggih dibeli lagi banyak komisen masuk dalam poket.

Sapa mau percaya kata kenaikan tarif elektrik tak bebankan rakyat?Kalau tak naik baru tak beban.Bangang dan bodoh punya otak.

Apa akan jadi kalau Umno-Bn kalah teruk pada pru 13 nanti?Apa yang terbayang dalam kepala Muhyiddin kalau Umno tidak lagi berkuasa di Putrajaya?Pemimpin Umno tak reti hidup susah macam rakyat.Mana nak cekau duit bayar kereta 3-4 biji, rumah bunglow mewah jutaan ringgit! Ini yang dibimbangkan pemimpin Umno kalau kalah pru 13!Nasib rakyat depa tak kisah yang penting jaga perut sendiri jadi keutamaan.

Baca juga Umno -Kesuntukan masa untuk berubah-Aspan Alias.

Rakyat baju kuning dituduh komunis, Pak Menteri kawan dengan komunis

Muhyiddin terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara-Meloya

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara, Pak Ui Chun di pejabatnya di sini, tengah hari ini.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah duta republik berkenaan ke Malaysia, Jang Yong Chol.

Ui Chun, yang tiba di sini pagi ini, dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. Ini merupakan lawatan kerja pertama beliau ke negara ini.

Esok, Menteri Luar Korea Utara itu dijadual bertemu rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman.

Antara lokasi yang akan dilawati oleh Ui Chun semasa di negara ini adalah Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil serta menghadiri sesi taklimat Unit Perancang Ekonomi. - BERNAMA



Dap:Tahanan PSM6adalah kes politik-Malaysiakini

Isteri ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) - R Mohana Rani - berkata hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.

"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional," katanya dipetik TV Selangor pada satu ceramah di Ipoh, semalam.

jerit parliament ride for change final leg 181208 d jeyakumarJeyakumar (kanan) bersama lima yang lain ditahan mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Menurut polis, berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).-M'kini.

Isnin, 25 Julai 2011

Mari ketawa..kalau rakyat tak tengok jangan tangkap sudah la!

video

Lepas tu baca Tonton, nilai video Bersih diambil polis-Meloya.Kalau rakyat tak percaya jangan marah-marah.Kalau rakyat tak tengok jangan tangkap sudahlah ha ha.Kenapa dah dua minggu , dah basi baru polis siarkan video Bersih?Apa tujuannya?

Video ni untuk siapa?Orang Melayu yang dok di kampung-kampung yang tak tau apa yang tak ada siaran satelit mungkin percaya.Orang yang tak ada kemudahan internet mungkin percaya.Siapa mau tengok TV RTM ha ha?Siapa, siapa, siapa!???

Tahun 70-an dulu tv hitam putih.Bukan semua rumah ada tv.Nak tengok tuan punya tv minta 10 sen.Sekarang dunia dah moden..macam-macam ada dalam youtube .Siapa nak tengok video polis tengok lah tapi tak boleh halang kalau rakyat tak mau tengok ha ha ha.

Tak ada dalam kamus Malaysia polis kata polis jahat, polis kata polis ganas..ha ha tak ada, memang tak ada semua baik-baik belaka.Berak tengah jalan sapa mau ngaku..

Tengok video Bersih yang diambil pihak polis di sini.

Jumaat, 22 Julai 2011

Kalau Agong pun depa lawan takkan cakap Suhakam depa nak dengar

Bersih 2.0 :Suhakam mula kumpul bukti tindakan keras pihak berkuasa-M'insider

Suhakam meminta pihak yang mempunyai bahan bukti atau maklumat berkaitan dakwaan mengenai penggunaan kekerasan melampau pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 9 Julai lalu agar menyerahkannya kepada badan itu sebelum 2 Ogos ini.

“Orang awam yang telah menyaksikan sebarang perbuatan atau insiden mengenai dakwaan-dakwaan yang disebutkan atau mereka yang boleh memberi maklumat yang berkaitan dan atau dokumen serta bukti-bukti termasuk rakaman video atau gambar mengenai dakwaan-dakwaan ini diminta menghubungi suruhanjaya dengan segera,” kata Suhakam dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tarikh akhir bagi tujuan itu, yang dinamakan sebagai penyerahan awam, adalah 2 Ogos ini.

Untuk pertanyaan dan penyerahan awam orang ramai boleh menghubungi

Ameer Izyanif Hamzah atau Shahizad Sulaiman di pejabat Suhakam di Aras 13, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail atau menerusi talian telefon 03-26125669 / 5623, faks (03-26125620 / 5694) atau e-mel complaints@suhakam.org.my atau humanrights@suhakam.org.my

Suhakam mengambil tindakan itu ekoran keputusannya, minggu lalu, mahu mengadakan siasatan awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Kenyataan Suhakam juga berkata terma rujukan siasatan awam kali ini antara lain akan menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan, dan jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, ia akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut dan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

Selain itu, siasatan awam juga akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Suhakam juga menambah, sapina akan dikeluarkan pada masa yang sesuai kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

Kuasa itu diperuntukkan oleh Seksyen 14 (1)(a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa.-M'insider

Kerajaan taghut Umno-Bn nak dengarka apa yang Suhakam kata? Kalau cakap Agong pun kata demo Bersih boleh buat dalam Stadium puak Umno-BN tolak dan halakan gas pemedih mata, bom asap dan sembur air gatal kepada rakyat ..setakat mana saja kuasa yang Suhakam ada?

Kerajaan BN hanya buat pekak, lebih pekak daripada telinga badak.Alih -alih pusing buat video kata polis baik..yang jahat hanya rakyat yang keluar demo 9 Julai.

Khamis, 21 Julai 2011

Polis tak keras pun..tapi rakyat ada yang mati!

Ketika seluruh dunia kutuk keganasan kerajaan Malaysia dan cara bertindak polis Malaysia dalam mengawal himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu tiba-tiba berita yang tak mengejutkan pun keluar 9 Julai:Video 'layanan baik' polis ditayangkan dan juga Bersih 2.0:Polis nafi semua tohmahan kecuali kes Hospital Tung Shin .

Woit! hang pa dah terajang, sepak, tendang, rakyat sampai sesak nafas lepas tu hang pa kata hang pa tak buat pun! Banyak cantik punya cakap sapa mau percaya? Hanya Umno tua kutuk saja percaya apa yang pihak berkuasa cakap.Nafi sapa pun boleh nafi tapi seluruh dunia dah tengok cara polis Malaysia layan rakyat yang tak bersenjata pada 9 Julai lalu.

Nak goreng sapa ni? Nak tutup bangkai gajah dengan tudung saji boleh ka?Baikkk..polis mana ada mau ngaku kata depa silap..bodoh sangat la kalau polis kata depa buat silap.Hanya yang kena lepuk , kena sepak , kena terajang saja tau kata polis Malaysia layan depa lagi teruk daripada pendatang haram.Kalau takat polis maki hamun tu besa sangat dah...

Pihak polis tak payahlah nak tukar tajuk dengan buat apa video sekalipun untuk elak kata depa ganas.Cerita-cerita bodoh dan lawak gila ini hanya dipercayai puak Umno totok yang otak berkarat saja.









Yang jahat hanya rakyat ..dan rakyat kalau kena sepak, kena terajang dengan polis sampai tak boleh bangun malah kalau mati sekali pun hanya berlakon saja..yang baik hanya polis dan Umno -Bn yang Thaghut kepada Allah SWT.

Rabu, 20 Julai 2011

Tiang layar kapal kerajaan perpaduan patah apabila Hadi Awang dan Mat Sabu ditangkap


Saya tak mau komen apa-apa cuma nak copy paste pandangan blogger paling hit Hishamuddin Rais (tukartiub.blogspot.com) isu 9 Julai yang menulis seperti berikut;

Pasti ada yang akan menyoal – kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu?

Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah Kapal Kerajaan Perpaduan. Seperti Tariq ibni Ziyad – pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk Pas dan United Malay National Organisation menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Dataran May Bank.


Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar Kerajaan Perrpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar Kapal Kerajaan Perpaduan.
Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar Kapal Perpaduan.

Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan Malapetaka yng menghimpap kita semenjak 31 1957 dahulu. Di belakang kita ialah Takut di hadapan kita ialah Puterajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil
.(TT) Baca semua di sini.

NGO Amanah Ku Li vs Perkasa Braheng Ali

Nampaknya Ku Li MP Gua Musang (Umno) akan tiarapkan ngo Perkasa kepunyaan Braheng Ali.Ku Li dah tubuhkan satu NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diketuai Ku Li.

Dulu Ku Li tubuh parti semangat 46 akhirnya parti tu dah berkubur tanpa batu nesan.Rais Yatim masa tu berada dalam kem Ku Li dan mahu bakar jambatan Umno tapi akhirnya Rais Yatim pun turut lari masuk Umno balik bersama Ku Li dalam Umno.

Kenapa Ku Li yang dilihat agak berbeza pandangannya dengan pemimpin Umno yang lain dalam politik negara tubuhkan satu NGO untuk bergerak sampaikan pandangan beliau?Mungkin suara Ku Li dalam Umno dah tak laku..hanya laku semasa pihanraya kecil Galas lalu yang dimenangi Umno-Bn.

AMANAH ngo Ku Li ini ditubuhkan juga mungkin kerana mahu menggantikan Perkasa Braheng Ali yang dilihat semakin tenggelam walaupun dilihat jadi pencacai Umno.Jadi sebagai nganti kepada sayap ngo Umno yang baru Ku Li mungkin diarahkan tubuhkan ngo AMANAH yang dikatakan dianggotai semua bangsa.

Lepas ni maka Perkasa pun bolehlah angkat bungkus ke Pasir Mas.Braheng Ali mungkin dah sedar Perkasa tak berapa nak laku dah, lalu dia pun buat satu anugerah yang bernama Anugerah Ibrahim Ali di Uitm bernilai RM5000.Anak siapakah yang akan jadi pelajar pertama menang anugerah tersebut?

Tubuhlah seberapa banyak ngo pun tapi kalau terus menerus bersekongkol dengan Umno-Bn tak akan kemana hanya berlegar dalam tong taik Umno saja.Pusing pi pusing mai dok tang tu ja.Hanya tukar jenama saja .Rakyat akan tetap tolak kezaliman Umno-Bn bila sampai masanya nanti.

Blogger kena denda RM400,000:Kucing kenyang , tikus masuk perangkap

Penulis blog Amizudin diarah bayar Rais RM400,000-M'insider

Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.-M'insider

Kata Amizuddin dalam blog beliau sharpshooterblogger.blogspot.com (klik) mengulas beliau kena bayar kepada Rais Yatim RM400k ;

"Sharpshooter - Sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan 3 muka surat Migrant Care yang menyebut berulang-ulang kali nama rais yatim. Rais sepatutnya saman Migrant Care kalau dia anak jantan.

Sharpshooter diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada rais yatim namun sharpshooter tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika sharpshooter mohon maaf secara terbuka..akan ada tuduhan "berapa ribu sharpshooter terima duit dari rais yatim untuk minta maaf" .

Walau bagaimana sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan.. ".

Kenapa Rais Yatim tidak berani saman wikileaks dan juga blogger Umno Rocky Bru yang buat pendedahan awal kes Rais Yatim yang didakwa rogol amah?Begitu juga dengan harakahdaily yang juga mengulas perkara yang sama.Kenapa dalam banyak-banyak tu Rais Yatim pilih blogger kerdil untuk disaman?

Rocky Bru juga mengulas isu Azimuddin kena bayar saman kepada Rais Yatim dalam blog beliau dalam posting yang bertajuk Rais wins court case but...(klik dan baca komen-komen terhadap kes tersebut)

Fail-4 feb 2011- Mengapa Amizuddin bukan Ahirudin?-Malaysia today

Selasa, 19 Julai 2011

Terhangat di pasaran..polis guna kanister ISRAEL terhadap DEMO BERSIH 2.0

Suara Keadilan 25 terbitan tak berkala muka depan dengan tajuk Polis guna...Kanister Israel gas pemedih mata terhadap para demonstran Bersih 2.0 9 Julai lalu yang amat merbahaya ;

*Mengandungi bahan kimia yang menjejaskan sistem saraf

*Dibekalkan Federal Laboratories Inc kepada tentera Israel

*Boleh mengakibatkan kecederaan mata , paru-paru dan penyakit kulit

*Beberapa penduduk Palestine terbunuh disebabkan kanister ini

Kata Biro Guaman Keadilan Latheefa Koya, "Kerajaan Umno-Bn tergamak menggunakan gas pemedih mata yang turut digunakan Israel dalam membedil rakyat Palaestine sekaligus membuktikan pentadbiran Datuk Najib Razak mengiktiraf kezaliman Israel terhadap rakyat Palaestine.Mungkin kah ini satu lagi nasihat Apco kepada Najib?Kita serahkan pada rakyat untuk menilai."-mukasurat 7 suara keadilan 25.Beli jangan tak beli.

Penasihat kerajaan Malaysia sekarang ini ialah Apco Worlwide Sdn Bhd , syarikat dari negara Yahudi Israel yang dibayar RM76.8 juta setahun.Utusan Meloya pula kata demo Bersih 2.0 diresapi Yahudi ! Ha Ha Umno memang dah gila ..baling batu sembunyi tangan!

Sapa sapa ada video Bersih 2.0 tolong bagi kepada polis

Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar meminta kepada orang ramai yang ada video Bersih 2.0 yang menunjukkan keganasan polis terhadap penunjuk perasaan pada 9 Julai lalu menyerahkannya kepada pihak polis.

Dipetik Bernama Online, kata Khalid, pihaknya juga mahu orang ramai menyerahkan mereka rakaman video berkaitan perhimpunan 9 Julai lalu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan kempen anjuran Bersih 2.0 itu.

Khalid berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

“Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” kata beliau.-M'insider

Polis boleh minta kepada Malaysiakini, TVPas 09, CNN news, BBC news, Aljazeera.Sapa yang ada tolong bagi cepat..lepas tu kita pakat tengok apa beza dengan video Bersih 2.0 yang akan dikeluarkan oleh pihak polis dan Kementerian Penerangan idea Rais Yatim.Tahun 1985 dulu RTM ada buat lakonan semula pembunuhan di Memali..kini Rais Yatim pula mahukan RTM keluarkan video Bersih 2.0.

Takkan pihak polis pangkat tertinggi tak tahu kata anak buahnya ganas?Ha Ha..

Siapa yang suruh polis bersikap ganas terhadap rakyat yang hanya tangan kosong?Adakah pihak polis boleh tutup jalan ke Kuala Lumpur jika bukan arahan Pak Menteri dan pihak tertinggi polis?

Kenapa polis tak siasat punca kematian arwah Baharuddin yang dikatakan mati disebabkan tembakan gas pemedih mata di KLCC?

NONE

Isnin, 18 Julai 2011

Braheng Ali masuk bakul angkat sendiri

Uitm tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajar-M'kini

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

NONEInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria. Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.-Malaysiakini

KIMMA kaki bodek , Perkasa hanya umpama taik kerbau jatuh!

Apa anda rasa bila pertubuhan bukan Melayu , KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) buat kempen kutip tandatangan sokong gagasan 1Malaysia?Kimma ni hanya pandai membodek saja dan kononnya perjuangkan Melayu..ha ha ha pada hal bukan Melayu pon! Tahniah KIMMA tahniah.Presiden KIMMA pon dah dapat jadi senator.Lepas ni dapatla pula jadi menteri!Bodek lagi jangan tak bodek.Banyak bodek banyak dapat untung.Presiden KIMMA Syed Ibrahim Syed Kadir juga kata “Kami juga akan memastikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ataupun revolusi akan ditentang habis-habisan,” ujarnya.Baca semua di sini.Wow ! hebat hang kalahkan Pemuda Umno ha ha.

Perkasa pula yang dikatakan hebat daripada Pemuda Umno yang senyap seminggu selepas Bersih 2.0 kini mula bersuara kembali selepas bertempik dengan bangganya akan hadir demo pada 9 julai dengan belasan ribu orang tapi hanya hadir dengan 20 orang sambil lepak-lepak kat kedai kopi! Ha ha inilah yang dikatakan cakap berdegar-degar macam taik kerbau jatuh, macam anjing salak bukit..bukit tak runtuh hanya yang menyalak saja suara makin parau..hilang suara.Perkasa mahu lucutkan kerakyatan Ambiga Pengerusi Bersih 2.0.

Perkasa yang ugut orang Cina sebelum demo Bersih jangan keluar demo dan suruh simpan stok makanan banyak -banyak kini tak ada kerja lain terus menerus menjual ubat minyak angin supaya orang Melayu yang tak tau apa terpedaya dengan tipu helah si penjual ubat minyak angin ini.Awas orang Melayu jangan tersalah beli silap haribulan badan kena penyakit gatal!

Agenda Perkasa ini akan menambah bencinya orang bukan Melayu kepada BN.Tahniah Perkasa! Time nak mengundi suruh orang bukan Melayu pangkah BN tapi bila tak ada pilihanraya nak hambat balik negeri!

Baca apa blog Umno Reform2 (Klik) komen mengenai Bilik Gerakan Ikhlas yang dianggotai kebanyakkan India Muslim di jalan Masjid India yang sediakan khidmat guaman percuma kepada para peniaga di Jalan Masjid India yang dikatakan rugi puluhan ribu ringgit kerana demo Bersih 2.0.Antara lain blog Umno REFORM 2 tulis;

"masih ingat lagi BERSIH 1. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ( kalau tidak silap saya) hadir menjanjikan satu tindakan akan diambil ke atas Jawatankuasa BERSIH 1.0, sampai sekarang senyap aje..."

Image
IKHLAS ke tak ikhlas

Akibat kezaliman polis kepala lutut Timbalan Presiden Pas kena pasang skru

Sewaktu saya ziarah Mat Sabu Timbalan Presiden Pas di Hospital KPJ , Seksyen 20 Shah Alam , Mat Sabu menunjukkan gambar x-ray kepada saya yang menunjukkan kepala lutut beliau yang dibedah telah dimasukkan sebatang skru untuk membolehkan beliau berjalan semula.

Mat Sabu telah dilanggar oleh Land Rover polis pada 9 julai lalu ketika menaiki motor untuk sertai Himpunan Bersih 2.0.

Video Bersih 2.0 versi polis nak tunjuk apa?

TPM minta polis segera kemuka bukti-Utusan

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis supaya menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi mempertahankan tindakan mereka ketika mengendalikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dilakukan segera bagi menangkis tohmahan pembangkang, media alternatif dan media asing yang mendakwa polis bertindak kejam serta di luar bidang kuasa mereka bagi menyuraikan para peserta perhimpunan haram tersebut.

"Jadi untuk mematahkan pembohongan, putar-belit pembangkang, kalau polis dah bersedia dengan bahan bukti, sama ada dalam bentuk video, perbuatan umum, elok juga perkara ini dikemukakan supaya rakyat boleh menilai siapa di pihak yang benar.

"Jangan hanya lihat satu pihak membuat tuntutan mereka (pembangkang dan Bersih) seolah-olah langkah yang dibuat oleh pihak berkuasa itu agak luar biasa," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau keadaan Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit, di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu polis akan menggunakan rakaman video semasa perhimpunan itu sebagai bukti untuk mendakwa pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap pasukan keselamatan.-Meloya.

Pemimpin Umno BN memang dah gila ..mereka patut dihantar ke pusat rawatan mental di Tanjung Rambutan dan Tampoi! Bercakap tak tengok kiri kanan , depan dan belakang.Polis nak tunjuk video apa kepada rakyat? Sapa mau tengok video Bersih 2.0 keluaran polis?Rakyat di seluruh dunia dah seminggu tengok perangai polis layan rakyat Malaysia bila berdemontrasi secara aman. Ha Ha gila memang gila!

Muhyiddin...ini bukan tahun 1985 di mana berlakunya peristiwa pembunuhan beramai-ramai ustaz dan anak muridnya di Memali oleh pihak polis! Pihak Umno-Bn telah melakonkan semula adegan pembunuhan tersebut yang berbeza daripada apa yang sebenarnya berlaku di Memali.Bagi Umno-BN hanya polis saja yang betul rakyat yang tak berdosa dituduh perderhaka dan komunis hanya untuk halalkan kerja polis yang zalim itu.

Muhyiddin... ini zaman internet, zaman ada akaun facebook dan twitter, camera hp dan 3G.Kebanyakakn anak muda yang sertai demontrasi semua ada perkara ini.Macam mana nak sorok kisah polis buat pesta pukul rakyat, pesta sepak,terajang dan maki hamun rakyat pada 9 Julai lalu?

Semua media alternatif dan dunia dah laporkan apa yang dilakukan pihak polis pada hari yang sama kecuali Utusan Meloya, Berita Hairan , Media Prima dan tv kerajaan.Memalukan!

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa (Pas) yang telah meninggal dunia malam tadi.Semoga Allayarhamah diampunkan segala dosa oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.Alfatihah.




video


Ahad, 17 Julai 2011

Pejuang Bersih 2.0 arwah Baharuddin terus dikenang selepas seminggu demo Bersih 2.0 berlalu

Allahyarham Baharuddin Ahmad pejuang Bersih 2.0 yang menuntut SPR melakukan perubahan pada suruhanjaya itu yang didakwa keluarganya patah empat tulang dada dan patah tiga gigi terus dikenang selepas seminggu berlalunya demo Bersih 2.0 yang mencatat sejarah hitam negara.Beliau mati akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman oleh Allah SWT.

Hingga kini pihak polis dan pemerintah langsung tidak menziarahi keluarga beliau dan ucapkan takziah.Memang dasar pemerintah yang zalim dan kurang ajar terhadap rakyat marhaen seperti Allahyarham.Langsung tak mau mengaku silap! Nak tangkap lagi rakyat pakai baju Bersih 2.o ada la!

Belasungkawa untuk Baharuddin di KLCC-Malayskini

Ketika tindakan keras terhadap pihak pro-BERSIH 2.0 berterusan, kira-kira 50 orang hari ini berpakaian kuning berarak di tengah-tengah Kuala Lumpur tanpa sebarang rintangan.

generation 709 in klcc mourns baharuddin 2Bertentangan sama sekali dengan perhimpunan genap seminggu lalu, polis anehnya tidak kelihatan walaupun kumpulan itu sudah berkumpul selama sejam.

Bagi menuntut keadilan terhadap Baharudin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan BERSIH pada 0 Julai, kumpulan itu berjalan daripada taman KLCC ke kompleks membeli belah
Avenue K.

Ia merupakan jalan yang sama dilalui almarhum ketika melarikan diri daripada serangan gas pemedih mata oleh pihak polis.

Anak saudaranya, Azhar Kassim antaranya peserta perhimpunan yang sekali gus dilihat menyuntik emosi.-M'kini

Rakyat semakin tidak gentar dengan pemerintah yang zalim walaupun telah dilanyak oleh pihak polis Umno-Bn pada 9 Julai lalu.Mereka telah belajar daripada pengalaman demo Bersih 9 Julai bahawa mereka berada di pihak yang benar dalam memperjuangkan hak rakyat yang dianiayai pihak polis dan BN.Syabas anak muda suara anda telah didengar seluruh dunia dan rakyat dunia telah nampak bahawa pihak berkuasa Malaysia berada di pihak yang salah kerana melanyak para demonstran 9 julai lalu.

Sabtu, 16 Julai 2011

Bersih langgar hak asasi ?..kah kah kah

Semua diminta baca dengan terbalik kalau tidak bisa rosakkan fikiran anda yang suci bersih daripada dirosakkan oleh si mangkuk hayun di bawah;

Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyat-Meloya

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) menyelar pembangkang yang cuba berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk memburuk-burukkan imej polis dalam menguatkuasakan undang-undang termasuk menahan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu.

Naib Pengerusi MAYC, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan hak asasi manusia untuk 'menghalalkan' perbuatan mereka melanggar undang-undang dan mencetuskan kekacauan.

Katanya, sekiranya pihak pembangkang sama ada PKR, DAP atau Pas mahu membicarakan soal hak asasi manusia, mereka seharusnya melihat secara menyeluruh terutamanya kepada majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih itu.

"Mereka (pembangkang) mempersoalkan tindakan polis terhadap penyokong Bersih atas nama hak asasi manusia. Bagaimana pula dengan majoriti rakyat yang menentang perhimpunan haram itu, apakah mereka tidak mempunyai hak asasi?

"Majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih juga mempunyai hak asasi mereka sendiri untuk bergerak bebas, hak untuk hidup dalam aman tanpa kekacauan dan sebagainya.

"Jika demikian, saya melihat Bersih dan para pemimpin pakatan pembangkang sebenarnya telah melanggar hak asasi majoriti rakyat negara ini apabila menganjur serta menyertai perhimpunan haram berkenaan dengan niat untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 10 Julai lalu, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dalam satu kenyataan disiarkan sebuah portal berita mengkritik tindakan polis yang didakwanya bertindak kasar ketika menyuraikan perhimpunan haram itu dan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, Budiman juga meminta Suhakam agar mengadakan siasatan terhadap pencabulan yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu selain pemimpin pakatan pembangkang terhadap hak asasi majoriti rakyat yang tidak menyokong Bersih tetapi menerima kesan akibat penganjuran perhimpunan haram yang diadakan Sabtu lalu.-Meloya.

Polis ada hak asasi pukul rakyat tak bersenjata...ha ha ha
Polis ada hak asasi sepak, terajang rakyat yang tangan kosong ketika berdemo ha ha ha
Land Rover polis ada hak asasi langgar Mat Sabu hingga tak boleh berjalan ha ha ha
Polis ada hak asasi kerjakan rakyat tak bermaya sampai setengah mati..
Polis ada hak asasi tembak gas pemedih mata ke kepala Khalid Samad MP Shah Alam sampai kena jahit 6 jahitan...
Suhakam langgar hak asasi sebab kecam polis buat pesta pukul rakyat ha ha ha

Ini fatwa malukan belia ha ha..bodek tak habis-habis

Adakah tuntutan Bersih 2.0 minta SPR guna dakwat celup jari langgar hak asasi? Ha ha
Adakah tuntutan Bersih 2.0 minta SPR tambah waktu berkempen 21 hari langgar hak asasi?

Polis tutup jalan ke KL , halang rakyat ke KL 9 Julai itu hak asasi ha ha
Polis tangkap rakyat pakai baju kuning Bersih itu hak asasi..ha ha

Hak asasi untuk Umno , Perkasa boleh berdemo hingga jalan jem atas jambatan Pulau Pinang sampai 4 jam!
Hak asasi hanya untuk gerombolan, untuk Bersih dan rakyat langgar hak asasi!

Jam Omega cari tak jumpa yang jumpa cincin berlian Bik Mama USDollar 24 juta

Telah hebohlah satu Malaysia bagai nak rak bahawa isteri PM Najib Rosmah Mansor didakwa beli sebentuk cincin berlian yang diimport daripada New York yang berharga USDollar 24 juta.Wow! mahalnya tak terkira.Laporan ini juga dimainkan blog Umno tapi saya meronda dalam Utusan Meloya dan Berita Hairan dan media arus perdana tidak ada pulak laporan mengenainya.

Yang ada di Utusan Meloya ialah Ulama tolak demontrasi, komitmen guru resipi kejayaan pelajar kata Rosmah, nak termuntah baca!Mungkin Rosmah Mansor dan PM Najib yang berada di London pulang ke Malaysia barulah nak buat kenyataan rasmi mengenai sebentuk cincin permata berlian yang teramat mahal itu.Kita tunggu penjelasan Rosmah.

Dulu kita dihebohkan dengan jam Omega Anwar Ibrahim yang didakwa Datuk T dalam video lucah yang disebarkan oleh tiga serangkai Rahim Thamby Chik and the gang.Hingga kini jam itu tak timbul-timbul hilang tah ke mana.

Kata Aspan Alias blogger Umno yang suka kritik Umno dalam blog beliau mengenai cincin berlian yang didakwa milik Rosmah Mansor saya copy n paste;

Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.

Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.

Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang.Baca semua di sini.

Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz mengulas perkara yang sama dalam Free malaysiatoday berkata;

Prime Minister’s wife Rosmah Mansor’s alleged RM73 million diamond ring has left many in Pakatan Rakyat curious.

PAS Pokok Sena MP Mahfuz Omar asked how Prime Minister Najib Tun Razak got his hands on the funds needed to buy the ring.

“If the allegation is true, where did the money to buy this blue diamond come from?” he asked.

The ring was supposedly supplied by New York-based jewellers Jacob & Co. Pictures showing the ring moving through customs at the Kuala Lumpur International Airport in April this year were released online this week.

The pictures, which first appeared on the pro-Pakatan blog Milo Suam, showed that the ring was last “inspected” by Rosmah.

Former PKR Youth leader Badrul Hisham Shaharin (also known as Chegubard) lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over the jewel.

Mahfuz said that Rosmah had no official governmental position, and would have to rely on her husband, Najib, for the purchase of the ring.

However, Mahfuz pointed out that Najib could not have saved enough to buy the ring from the combined salaries of his two portfolios – that of prime minister and finance minister.

“Is there another party involved?” Mahfuz asked, and wondered if the ring may have been a gift to the prime minister’s wife in exchange for some unknown government favour.Baca semua di sini.

Adakah kisah cincin berlian ini akan jadi macam laporan yang mengatakan seorang Menteri yang pernah mahu membakar jambatan Umno semasa dalam parti semangat 46 dulu yang didakwa perkosa amahnya dan dinafikan oleh beliau akhirnya semua settle begitu saja.

Jumaat, 15 Julai 2011

Ini caranya nak ajar polis yang ingat rakyat buta undang-undang

video

Bersih 2.0:Ahli Pas fail saman ke atas Hishammuddin, tiga yang lain-M'insider

Seorang ahli PAS memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa “tidak sah.”

Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.

Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu.

Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis “Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil” adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula.

Selain itu, Musafri juga mahu mahkamah membuat satu deklarasi bahawa polis menyalahgunakan kuasa, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan adil.

Selain Hishammuddin, Musafri menamakan pegawai penangkap, pegawai yang mengambil keterangan Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.

Tindakan hari ini merupakan yang pertama dalam siri saman yang bakal difailkan ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan Musafri adalah individu pertama yang ditahan di Selangor.

Sementara itu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor Zainal Said berkata, tindakan yang diambil polis ke atas Musafri adalah tidak sah dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tangkapan yang dilakukan polis ini adalah tidak sah, dalam undang-undang setiap rakyat ada hak ke atas hartanya dan polis tiada hak untuk merampasnya.

“Ini bukan soal warna kuning atau warna apa, apa yang dilakukan polis ini bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan,” katanya pada sidang media selepas memfailkan saman pemula.

Jelas beliau, pihaknya mahu agar saman pemula yang dibuat itu akan menjadi panduan kepada mana-mana individu yang turut ditahan atas perkara sama.

“Ini hanya permulaan dan saya harap mana-mana yang ditahan atas perkara sama juga boleh maklumkan kepada kami,” katanya.

Musafri tidak hadir di mahkamah kerana ada urusan lain.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menyalahi undang-undang-undang negara.

Ekoran daripada pengumuman Hishammuddin itu, lebih 200 aktivis Bersih 2.0 dan pemimpin politik Pakatan Rakyat telah ditahan sebelum 9 Julai lalu.

Sabtu lalu, lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Malu wooo cakap bohong!


Doktor :Kami beri banyak bukti jika dicabar-M'kini

Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan. "Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam. Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia". Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya. "Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus." Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam tadi dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.

Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan. Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai. Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.-M'kini

Kerajaan BN nafi kata tembak gas pemedih mata ke hospital.Nafi semua boleh nafi tapi saya sendiri dua kali selamatkan diri dalam Hospital Tung Shin tu.Memang polis tak tembak gas pemedih mata dalam hospital tapi gas pemedih mata ditembak di perkarangan hospital!

Dua gambar di atas ialah para demonstran yang selamatkan diri dalam hospital Tung Shin selepas ditembak gas pemedih mata dan dikejar pihak polis.Mereka bukan pesakit hospital tersebut.(Gambar daripada camera hp saya)Klik gambar untuk besarkan.Pada mulanya semua para demonstran berada di luar perkarangan hospital tapi bila pihak polis tembak gas pemedih mata semua yang berada di luar lari masuk dalam hospital Tung Shin.Helikopter pula berlegar-legar di sekitar hospital tersebut.

Yahudi laknat bom hospital di Gaza polis kita baru lepaskan gas pemedih mata diperkarangan hospital.Ha Ha jangan cakap bohong malu woooo!

Gambar bawah daripada blog tukar tiub.Baca di sini.

http://1.bp.blogspot.com/-zPFYGiUl2EU/Th9FYCRrB1I/AAAAAAAALa8/OE-jrHpxHvQ/s1600/RATU%2BQUUEN.jpg