Khamis, 30 Jun 2011

Sapu saham bumiputera RM52 bilion tak haram!


Kata bekas tok imam besar masjid Putra , Putrajaya , Tan Sri Abdul Kadir Talib demontrasi Bersih 2.0 haram.Ini ustaz pencen yang bercakap demi pencen yang diterima setiap bulan.Bagi ustaz macam ni artis menyanyi tekangkang koyak , dedah sana, dedah sini tak berani kata haram hatta pemimpin Umno-Bn songlap saham bumiputera RM52 bilion tak haram sebab semua saham tu masuk dalam perut pemimpin Umno.Melayu nak mampos, mampos pi la janji perut sendiri kenyang duit pencen setiap bulan.

Pakai baju kuning haram , pakai baju merah Patriot tak haram.Undang-undang dalam poket baju sang penguasa yang boleh bertukar setiap hari walaupun tak digubal di parlimen.Hanya yang pekak dan bangang saja kata demontrasi haram.

Tok guru silat tumpang sekaki kata demo Bersih 2.0 haram lalu arahkan anak murid jangan hadir demo Bersih kalau tidak kena pecat.Awat ..kalau kena pecat hilang elaun ka ha ha.Rakyat sokong Bersih 2.0 untuk demontrasi aman bukan nak bersilat dan tunjuk buah silat ketika berdemo! Gila dan meraban tak ketawan hala bagi pencacai Umno..sanggup jadi macai Umno takut hilang peruntukan ka?

Baca juga ;
Guru silat sanggah keangkuhan Omar Din-Laman -KL Today .com

Rabu, 29 Jun 2011

Fatwa haramjadah, pakai baju kuning HARAM

Baca dan pikir fatwa baru daripada seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam.Ini bukan dari Majlis Fatwa Kebangsaan tapi daripada pemimpin Umno yang bertaraf menteri.Fatwa baru ini bukan berkenaan dengan isu murtad, bukan isu kalimah Allah , bukan isu orang Islam atau ,pemimpin Melayu minum araktapi isu pakai baju kuning haram.Ini fatwa tak ada dalam kitab malah kalau cari dalam kitab tajul muluk tak akan jumpa , dalam kitab berjimak pun tak ada , yang ada hanya daripada mulut menteri Umno.

Hisham:Haram pakai baju BERSIH, boleh ditangkap-Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

Semuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.Hishammuddin, juga agak keberatan bagi menjawap soalan berhubung perhimpunan 9 Julai ini apabila ditanya mengenai tangkapan ke atas aktiviti bagi membantutkan perhimpunan BERSIH.

"Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku. Seperti saya katakan, orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara... apabila membabitkan penguatkuasaan. Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

Ditanya sama ada tangkapan itu bermotifkan politik, Hishamududdin berkata: "Di pihak mereka atau di pihak kami? "Saya boleh kemukakan soalan sama kepada mereka (parti pembangkang dan aktivis)," katanya sambil tergelak.

Baca sajak kena siasat, pakai baju kuning tangkap , Umno samseng dan ugut tak tangkap

video

Baca juga;
'Jangan main-main dengan kami', Pemuda Umno beri PKR amaran-M'inisder
Bersih 2.0:Kit Siang kecam PDRM muncul di parlimen siasat MP-M'insider
Bersih 2.0 :jangan sampai rakyat benci p0lis-Harakahdaily
Bila lagi Umno mahu jadi anak jantan-Harakahdaily
Teras:Tindakan polis siasat Samad Said keterlaluan-M'insider

Selasa, 28 Jun 2011

Kos PM,TPM keluar negara RM25 juta, bil elektrik RM160,000

Lawatan rasmi :Najib , Muhyiddin belanja RM25 juta sejak 2008-M'insider

Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07.

Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011.

Malah, beliau juga bertanya butiran perbelanjaan Rosmah sepanjang tempoh itu.

Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada 2008, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini.

“Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khas bagi perbelanjaan isteri perdana menteri. Jabatan hanya membiayai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri,” kata respons itu.

Bil elektrik PM,TPM-RM160,000 sebulan-M'kini

Kerajaan diminta memberikan penjelasan berhubung kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat cermat berikutan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi barangan keperluan. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Maria Mahmud berkata ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang. "Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini. Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. "Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. "Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang juga hadir pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan kira mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi. "Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Free sheikh, free semua rakyat tanggung satu sen tak keluar duit poket sendiri apa mau kira.

Suhakam kata boleh polis kata tak boleh

Mana satu rakyat mahu ikut? Kehendak polis yang kata himpunan Bersih 2.0 kena dibatalkan atau Suhakam yang mahukan kerajaan benarkan himpunan aman.Polis bercakap ikut kehendak BN bukan bercakap mengikut lunas undang-undang yang menyebut boleh berhimpun secara aman di bawah artikel 10 perlembagaan Malaysia.

Bersih 2.0:Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai-M'insider

Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0.-M'insider.

Sementara itu Keadilandaily.com melaporkan polis 'tengok' 300 pemuda Umno ugut mahu bakar ibu pejabat Keadilan jika himpunan Bersih 2.0 diteruskan.Mereka boleh ugut dan buat apa saja provokasi dan mereka tak akan ditangkap dan ditahan lokap macam rakyat yang pakai baju kuning yang dikatakan hina raja.Baca juga di sini.

Isnin, 27 Jun 2011

Dah tua tapi Umno tak kebah-kebah demam kuning


Ingatkan hanya bayi baru lahir saja demam kuning, tapi demam kuning yang berjangkit pada Umno tak kebah-kebah gara-gara demo Bersih 2.0 9 julai.Bayi baru lahir makan susu kambing tak sampai 3 hari insyaAllah sembuh. Tapi Umno-Bn semakin dekat demo Bersih 2.0 Umno-Bn jadi semakin teruk demam kuning!

Ideologi komunis dah lama mampus kat Malaysia tapi main dengan demo Bersih2.0 9 julai ni tak pasal-pasal kata parti sosialis Malaysia (PSM) dituduh pihak berkuasa bawa ideologi komunis.Ini hanya kerana demam baju kuning Bersih 2.0.

Demam baju kuning ni juga hingga kini dah 81 orang ditangkap pihak polis.Lagi banyak ditangkap lagi laris baju kuning di Lembah Klang.Anak muda boleh tumpang meniaga jual baju kuning boleh juga dapat income.

Dulu demo Bersih 2007 tak ada tukang iklan macam sekarang.Kini Umno-Perkasa , media Umno, polis dan menteri tolong iklankan Bersih 2.0 tapi yang syoknya Umno-Bn pulak yang demam kuning!

Baca juga;
'Sejak bila pula kemeja T dianngap cetus perang?'-M'kini
Pak Samad:Puisi sudah jadi 'senjata'-M'kini
Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih-Harakahdaily

Sudah terbukti Umno-Bn penipu dan penakut


Kerajaan BN semakin tertekan dan semakin merapu dan tak lena tidur hanya gara-gara himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein seolah-olah termakan hasutan Perkasa yang meminta polis bertindak tegas terhadap demo Bersih 2.0.

Hishamuddin kata jika keadaan tak terkawal kerajaan BN akan gunakan akta keselamatan dalam negeri (ISA) dan juga akan kerah tentera untuk hadapi DEMO BERSIH 2.0.Inilah sikap si penipu dan penakut kepada desakan 8 tuntutan Bersih yang mahukan pilihanraya lebih adil.Masalahnya kenapa BN takut kepada 8 tuntutan Bersih?

Kalau kerajaan BN bukan si penipu kenapa takut kepada 8 tuntutan Bersih?Bersih bukannya anjur demo suruh rakyat bawa senjata dan bom semasa berdemontrasi tapi hanya berbaju kuning.

Takkan berbaju kuning hina raja dan mau melawan Agong?Ha ha budak-budak pun tahu ini taktik bodoh untuk menipu rakyat.Parti PSM pulak dituduh bawa ideologi komunis ha ha..ini lagu satu kenyataan untuk alih isu sebenar tuntutan Bersih 2.0.Takkan baru sebulan ni pihak polis baru tau kata parti PSM tu bawa ideologi komunis?Gila... memang BN dah gila babi.

Sasterawan Negara A. Samad Said juga dipanggil polis hanya kerana baca sajak dalam pelancaran Himpunan Bersih 2.0. Antara lain kata Pak Samad dalam sajak beliau , “murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini.”Baca di sini.Memang BN dah teruk!Hidup kalau tak jadi penipu bukan BN namanya!

YANG INI LAGI TEROK
Kartun daripada blog tukar tiub .

Undang-Undang Malaysia Ikut Selera Umno-BN

Berita yang diemail ke dalam blog ini tanpa edit;

Pencabulan kepada kebebasan bersuara, melahirkan pendapat dan hak berhimpun di Malaysia saban hari semakin parah. Apa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas memperlihatkan ketakutan 'ngeri' pemerintah di Putrajaya. KEADILAN Selangor mushkil, apakah taraf demokrasi di negara ini yang sudahpun satu anak tangga dibawah kedudukan Myanmar mahu di pecah rekodkan dalam 'Malaysian Book of Record, hingga ke taraf Mesir era Hosni Mubarak?

Kes pertama; penjualan baju kuning Bersih 2.0 seolah olah ia dadah larangan setaraf heroin dan kokain!. Seorang pemuda yang berniga baju ini di ceramah JELAS 2- Tawan Malaysia! anjuran Pakatan Rakyat Sepang dihalang menjualnya, malah ditahan dan disoal siasat. Semua penceramah di cari dan di siasat kerana di dakwa menpromosikan Bersih 2.0 yang dikatakan 'haram' diadakan.
Kes kedua; penangkapan beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda PAS sehari dua ini hanya kerana berpakaian baju T berwarna kuning Bersih 2.0 di Shah Alam dan Klang merupakan satu penghinaan yang maha besar oleh institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Kedaulatan Undang Undang dalam Rukun Negara. Bahkan penghinaan tanpa selindung kepada Perlembagaan Negara!

Ajaibnya ratusan laporan polis oleh pelbagai pihak keatas video cakera padat karya Dato T disepikan begitu sahaja tanpa apa apa tangkapan selain penayangnya. Amat memalukan negara, 'kepala wayang gambar' ini hanya dikenakan hukuman minima berbanding seorang pemandu bas yang dikenakan penjara tiga tahun. Dunia sedang melihat keadilan 'ala Malaysia'. Kedua dua tindakan itu, samada trio Dato T mahupun pemandu bas adalah salah, namum hukumannya sangat jelas memperlihatkan perbezaan 'antara dua darjat'. Rakyat bertanya, kemana rasa malu rakyat Malaysia hendak di sorok dengan keputusan ini?

Kes ketiga; penahanan 7 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Johor, 31 orang lagi di Pulau Pinang kerana mengedar risalah berkaitan Bersih 2.0, memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0 dan berhasrat berceramah menerangkan tentang hak serta kebebasan rakyat di kira sudah sama tarafnya dengan gerakan komunis zaman 40an.

Pelek pada rakyat, mereka yang berbaju lengkap di tangkap, manakala yang berbaju sendat dan separuh bogel bebas berjalan kemana mana tanpa seorangpun ulamak UMNO menegur perbuatan itu!

Mengapakah pihak berkenaan rela diperlakukan bagaikan 'gurkha Nepal zaman penjajah' kepada pihak yang berkepentingan sedangkan tugas utama pasukan keselamatan adalah menjaga rakyat? Rakyat berhujah, tindak tanduk polis Malaysia kebelakangan ini tidak ubah seperti polis Israel yang menyekat kebangkitan rakyat Palestin satu ketika dahulu. Pastinya ia adalah mengikut selera pimpinan UMNO BN.

KEADILAN Selangor ingin melihat PDRM maju kehadapan dalam soal membela dan melindungi rakyat. Mana mungkin di zaman globalisasi moden ini apabila cahaya demokrasi sudah mampu terpancar di negara negara yang dahulunya di kuasai oleh individu yang gila kuasa seperti Hosni Mubarak di Mesir dan Zainal Ebidin Ben Ali di Tunisia, rakyat di Malaysia berasakan sedang dimalapkan dalam kegelapan demokrasi akibat tindakan PDRM! - semestinya atas arahan sang penguasa di Putrajaya.

Khayalak teramai rakyat kini tidak lagi dapat menerima peraturan baru 'pengharaman' pemakaian baju T Bersih 2.0! Apakah ini satu jenaka yang cuba di sogok oleh PDRM kepada rakyat? Ingin ditekankan bahawa pencabulan ini mesti di tentang dan dihentikan! Hanya negara kuku besi sahaja yang memaksakan 'peraturan gila' seperti ini!

KEADILAN Selangor juga ingin bertanya mana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam pencabulan ini? Usah dibiarkan hak asasi rakyat 'di pijak hancur sampai lumat' oleh mereka yang berkepentingan! Sewajarnya pihak SUHAKAM melakukan sesuatu jika tidak mahu di lihat bersekongkol.

KEADILAN Selangor menyarankan agar Biro Antarabangsa Parti membawa perkara ini ke pengetahuan mesyarakat antarabangsa sesegera mungkin jika SUHAKAM gagal bertindak.

Kesemua kes yang berlaku menampakkan bahawa 'peraturan' dikuatkuasakan mengikut kehendak UMNO / BN demi kepentingan politik mereka. Alasan 'mengikut arahan' bukan 'undang undang' yang mesti dipatuhi. KEADILAN Selangor akan terus menyokong perhimpuan aman rakyat 9 Julai ini dan akan memastikan mobilisasi 70,000 anggota KEADILAN Selangor ke himpunan Bersih 2.0 berjalan lancar. Pihak berkuasa boleh menahan, boleh menangkap, boleh mendakwa dan penjarakan semua orang kanan Bersih 2.0, namun tiada kuasa yang dapat menyekat semangat dan kebangkitan rakyat!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor
video

Ahad, 26 Jun 2011

Bolehkah anda menolong si zalim dan penindas rakyat?

Berkata ustaz dalam kuliah Maghribnya , "Bolehkah kita menolong si zalim dan penindas rakyat?Jawabnya boleh! Caranya cukup mudah dengan menukar pemerintah yang zalim dengan undi kerajaan baru.Kalau kerajaan baru juga bersikap zalim dan menindas rakyat kita tukar lagi."Ini yang dikatakan tolong kepada si zalim bukannya bersekongkol dengan si zalim untuk menindas rakyat.

Kalau pakai baju kuning pun jadi satu kesalahan, berhimpun secara aman pun ditegah, dilarang , kena ugut mahu disumbat ke dalam ISA takkah zalim namanya.

Rakyat yang ditindas dengan kenaikan harga barang yang melampau sedangkan negara kita kaya dengan hasil mahsul sepeti petroleum, kelapa sawit tapi harga yang dikenakan kepada pengguna menindas rakyat seolah-olah barangan tersebut merupakan barangan import sedangkan negara kita adalah negara pengeluar barangan pengguna.

Cuba anda lihat daripada Terengganu antara jalan Jabor-Jerangau, hinggalah ke negeri Pahang dan masuk ke lebuhraya Utara -Selatan banyak pokok kelapa sawit tapi minyak masak akan hilang di pasaran bila mau naik harga.Rakyat jadi mangsa akibat sistem kapitalis yang menindas rakyat.

Petronas untung berbilion setiap tahun tapi harga minyak kita tak dapat diturunkan sama seperti negara pengeluar minyak yang lain.Kita kena tipu dengan pemerintah yang kata minyak kita masih murah jika dibandingkan negara Singapura dan Thailang yang tak ada minyak.

Baca juga apa si zalim kata bila rakyat mau berhimpun pada 9 Julai nanti;

Bersih 2.0:KDN akan guna ISA, kerah tentera jika situasi tak terkawal-M'insider
Bersih 2.0: Dap , Suaram gesa Putrajaya bebas segera aktivis, MP Sg Siput-M'insider
Bersih 2.0: Aktivis PSM, Suaram masih ditahan -Harakahdaily
8 lelaki ditahan pakai baju kuning bertulis Bersih-Malaysiakini

Sabtu, 25 Jun 2011

'Kita rakyat bukan kayu maaa'

Tadi sewaktu saya ke kedai hardware beli barang , towkey kedai hardware tu kata kat saya , "Apa ini polis , orang pakai baju kuning tangkap yang tak pakai baju tarak tangkap.Patut ini polis pergi cari tangkap orang yang tak pakai baju telanjang bulat di tempat awam bawa pergi mental hospital."

Dia terus membebel marah kat Perkasa, "Ini Perkasa buat ini macam statement mau pecah cermin kereta, suruh orang Cina simpan stok makan banyak-banyak apa hal?Semua rakyat tak kira Melayu, Cina dan India sudah open minded bukan serupa ini Perkasa .Ini macam cakap aaa next election BN habis loo.Dulu 2008 punya elections orang Cina sama India sudah pusing sokong pembangkang , ini kali kalau Melayu ,Cina dan India tolak BN habisla BN."

Kata towkey hardware tu lagi," Rakyat tarak serupa dulu, kita rakyat bukan kayu maa, apa itu Perkasa cakap kita banyak ingat looo. Dulu saya pergi undi ada nampak itu bulan sama itu kati saya tarak ingat lebih, ingat kurang pun tarak saya pangkah itu bulan juga.Lagi aaa rakyat sekarang bukan lagi takut serupa dulu...dulu boleh la ."

Menarik sila baca -Pihak berkuasa dah gila naik bas pun kena tahan gara-gara Bersih 2.0 punya hal.
Tengok video di sini.

Pakai baju kuning pun kena gari, Malaysia lagi teruk daripada Myanmar


Apa nak jadi dengan polis Malaysia dan pemerintah BN di negara ini?Pakai baju kuning pun kena tangkap dan digari.Undang-undang apa depa guna asal baju warna kuning bertulis Bersih 2.0 kena tangkap.

Sementara itu di Shah Alam petang kelmarin ramai anggota polis trafik dan fru halang orangramai masuk ke UPTOWN Shah Alam gara-gara katanya di situ ada buat roadshow Bersih 2.0.Para peniaga ada yang geram dengan tindakan polis yang telah menyebabkan mereka alami kerugian kelmarin kerana polis halang orangramai masuk ke UPTOWN Shah Alam.UPTOWN Shah Alam sunyi sepi sejak petang kelmarin hingga ke jam 5 pagi yang biasanya penuh dengan orangramai setiap kali hujung minggu .

Malaysia sentiasa mengutuk kerajaan Myanmar atau dulunya dikenali sebagai Burma kerana mengamalkan pemerintahan kuku besi.Myanmar walaupun dicap dan dilabel sebagai kukubesi tapi kalau setakat pakai baju kuning kerana menyokong sesuatu pihak depa tak tangkap.Ni tak demo lagi dah tangkap.Memang polis Malaysia lagi teruk daripada Myanmar.

Sementara itu blogger Umno Aspan Alias menulis Pakai T Shirt Bersih ditangkap - KDN belilah mesin pengimbas periksa seluar dalam sekali.

Berkaitan;
Polis kepung lokasi, jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam batal-M'insider
Bersih 2.0:Aktivis AMK, Pemuda Pas antara ditahan polis malam tadi-Harakahdaily

Hidung pelakon blue film mirip RTC kata Johari Abdul

video

Baca juga di sini dan di sini.

Jumaat, 24 Jun 2011

Bersih 2.0 :Pengumuman sila baca

Ini sms yang diterima untuk warga Selangor berkaitan BERSIH 2.0;

"Daripada PJ dan SUBPPNS (PJ Pas Selangor dan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor) : Jika ada mana-mana polis panggil ahli kita untuk ambil statement pasal BERSIH 2.0. Pas negeri TIDAK benarkan ahli ke balai tanpa pengetahuan negeri.Sebaliknya minta polis berkenaan rujuk kepada peguam terlebih dulu.Arahan serta merta.Sebarkan kepada seluuuuruh ahli Pas.CC Peguam Selangor".

Bersih 2.0: Haram bagi polis bagi rakyat tak haram

video

Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai- Meloya

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Amar Singh berkata, sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. - Bernama

Semua rakyat dah tahu bila ada perhimpunan libatkan rakyat yang benci pemerintah kerana tak berlaku adil tak ada yang halal semua haram.Perhimpunan Lynas untuk bantah buat projek simpan sisa radioaktif pun haram mana ada yang halal.Halal lawannya haram.Puak yang bantah demo Bersih pun kata haram tapi depa pun mau demo juga!

Gila! Himpunan tak haram dan tak ada permit bila PM Najib kata berjaya himpun budak-budak belia sampai satu juta di Putrajaya.

Siapa nak kata haram pun boleh nak kata halal pun boleh tapi 9 Julai jangan lupa kita turun ramai-ramai kuningkan Kuala Lumpur.Sila layan lagu di atas sebelum diharamkan.

Tua bangka rasa seronok jadi dalang video lucah

Trio Datuk T mengaku di mahkamah kata depalah yang jadi juara sebar video lucah dan dikenakan denda RM5,500. Duit denda sebanyak tu bagi mereka sikit pun tak jadi hal hanya sentak daripada poket atas ja untuk bayar denda.

Apa yang jadi persoalan mereka bertiga begitu seronok untuk hadir di mahkamah nak mengaku kata depalah kepala juara sebar video lucah.Pengakuan mereka tak mengejutkan kerana dua tiga hari selepas tayang video lucah Datuk T ni dah ngaku di luar mahkamah kata depa yang buat kerja tayang video lucah.Malah seorang daripada Datuk T tu kata dia pun ada dalam video tu.Cuma mereka lambat didakwa yang dipertikaikan.Curi seluar dalam pun tak sampai 3 hari dah didakwa di mahkamah!

Siapa pelakon video tu yang cuba diketengahkan Datuk T tu sebenarnya.Polis dah kata depa dah kenal pasti pelakon video tu tapi hingga kini tak umum lagi.Polis pulak kata hari tu, "jangan cabar kami untuk dedahkan pelakon video tu."

Yang pasti dalang video lucah rasa seronok tambah-tambah kerja tayang video lucah tu dapat sokongan Perkosa di luar mahkamah.Buat kerja kotor dan lucah pun hang pa sokong tapi bila Utusan Meloya hina hukum Islam hang pa tak lawan.Nak bunuh dan ugut Cina pun kerja hang pa jugak supaya tak turun demo Bersih 2.0

Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim dan Shazryl Eskay selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim dan Shazryl Eskay selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi-Gambar M'insider.Gambar bawah daripada M'kini.

Puak-puak ni tak rasa malu ka kat anak bini jadi penyokong blue film?Yang tua bangka tu dah ada cucu dan cicit tapi siap angkat tangan lagi ..ok...ok..

Khamis, 23 Jun 2011

Bersih 2.0: Ingat kami takut ! jangan mengarut

video

Ayuh anak muda pergi jahanam dengan ugutan dan amaran.Kita warga Malaysia jiwa merdeka, bukan pendatang haram ! Kita ada hak untuk berhimpun secara aman mengikut artikel 10 perlembagaan persekutuan.Kita bukan buta undang-undang.Hanya yang buta sejarah dan tak sekolah saja kata demontrasi aman tak pernah wujud sejak merdeka dan sebelum merdeka.Ugut bunuh, bunuhlah ..berapa banyak boleh bunuh 100, 200, 300 bunuhlah .Kita mahu kuningkan Kuala Lumpur 9 Julai bukan mahu merahkan Kuala Lumpur dengan darah.Kita masih ada fikiran yang sihat sebagai rakyat yang merdeka.

Woit ! Isa Samad , hutang along pun satu penghormatanka?

Hari ini keluar laporan Isa Samad Pengerusi Felda kata pinjam duit KWSP satu 'penghormatan'.Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dakwa Felda pinjam RM6 Bilion duit KWSP.Fuuhh! senang-senang depa pakat lawan pinjam duit pekerja, tapi bila pencarum nak ambik duit sendiri untuk lunas hutang rumah dan nak pi buat ibadat haji bukan main lagi susah nak keluarkan duit sendiri.Kini dakwaan Anak tu adalah benar bukan bohong bila Isa mengaku kata pinjam sungguh daripada KWSP.

Felda kalau kewangannya kukuh dan selalu dabik dada nafi kata rugi akhirnya nampak kata Felda tu tak berduit dan dah tak bermaya.Kalau tak buat apa nak hutang atau pinjam duit pencarum KWSP sampai RM6 Bilion.Kata Isa Samad ;

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

"Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?

"Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.-m'kini.

Isa Samad you tak tau ka Khir Toyo bayar cash RM6 juta ubah suai banglonya di seksyen 7 Shah Alam.

Dulu Felda tak mengaku kata pinjam duit KWSP kini bila dah terbongkar semua baru mengaku.Woit! Isa hutang kepada along pun satu penghormatan ka?Pinjam jangan tak pinjam, tu duit KWSP ni duit Majlis Agama Islam Wilayah pun boleh buat langsai hutang lawyer nak kira lagu mana?

Selagi boleh perabih , perabih cepat-cepat , mana yang boleh sapu tak kira duit zakat ka duit apa ka janji ada kuasa semua boleh sapu.Janji duit sendiri tak payah keluar.

Kita kuningkan Kuala Lumpur


Pas Wilayah Persekutuan mau hantar 60,000 anak muda demo Bersih 2.0 9 Julai
Pemuda Perak 30,000 anak muda
Kelantan, Pas dan AMK dengan 30,000 anak muda
Anak Muda Sayang Malaysia dengan 10,000 warga kampus
Pas Selangor dengan 50,000 anak muda

Ini baru mukaddimah.Banyak lagi akan menyusul.Tq kepada yang buat laporan polis terhadap demo Bersih 2.0.Ini demo rakyat Malaysia bukan berdemo atas nama perkauman.Amaran demi amaran termasuk oleh 'Menteri Amaran' Hishamuddin Hussein (blogger Umno yang gelar) dah tak laku .

Demo Bersih ni dapat sokongan semua termasuk Dr Asri bekas mufti Perlis.Demo Bersih 2.0 bukan demo baling batu, bukan demo mau pecah cermin kereta, bukan demo nak tumpahkan darah tapi demo untuk bagi tau kepada si pemerintah rakyat tak boleh lagi diperbodohkan dengan sistem pilihanraya yang tempang dan berat sebelah.SPR mesti dibersihkan daripada campurtangan Umno-Bn dalam menguruskan pilihanraya.

Rabu, 22 Jun 2011

SPR ...kami dah beli baju kuning, jangan potong stim

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya mau potong stim rakyat yang mahu turun di jalanraya dalam himpunan aman Bersih 9 Julai nanti di Kuala Lumpur dengan berkata SPR Sanggup temu Bersih 2.0 jika batal himpunan (M'insider).

Setelah gertakan Perkasa yang nak berguling-guling mengamuk sakan pada 9 Julai hanya jadi bahan ketawa , begitu juga dengan Pemuda Umno yang mau turut serta berdemontrasi pada tarikh yang sama , SPR pula dok pujuk kot-kot lembut hati penganjur Bersih 2.0 batalkan himpunan.

"SPR...nak habaq bagi baju kuning Bersih untuk berdemo kami dah beli (klik) dah tak sabar nak turun di jalanraya 9 Julai nanti.Bak kata orang ,kenduri dah tetap tarikh, kad jemputan dah diedar, rempah cabai nak buat gulai kawah dah beli, lembu dah bayar deposit takkan nak batal macam tu ja hanya bila jiran sebelah rumah kata dia pun nak buat kenduri juga pada 9 Julai ni".

SPR..kita bincang lepas demo bole ka?
Depa di bawah ni pun dah beli baju kuning ha ha..

Gambar atas tu saya ambik kat blog Penarik Beca hasil kreatif daripada blog hanief.blogspot.com.

Selasa, 21 Jun 2011

Berita baik buat semua yang akan turun di jalanraya, 99% rakyat sokong

Bancian 'Star'-99 % sokong himpunan Bersih-Malaysiakini

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.-Malaysiakini.

Pihak polis patut buka mata luas-luas, jangan hanya pandai bagi amaran untuk tangkap penganjur Bersih 2.0 sebelum demo diadakan.Pihak polis kena ingat ini suara rakyat yang ada kaitan dengan SPR bukan untuk tumbangkan BN dijalanraya.Buka minda luas-luas jangan jadi pak turut MUBARAK (Persatuan bekas wakil rakyat BN) yang suruh polis cekup penganjur Bersih bawah akta zalim ISA.Polis juga jangan hanya jadi pak turut kepada Perkasa yang boleh arahkan polis bertindak terhadap demontrasi Bersih 9 Julai ini.

Ini menunjukkan lagi banyak laporan polis dibuat lagi banyak rakyat sokong demo Bersih 2.o.Kita cuba dibangangkan dengan laporan polis yang kata demo Bersih akan jadi huru hara, peniaga jadi rugi dan ancam keselamatan negara.

Laporan polis dibuat terhadap Bersih tapi laporan polis terhadap puak Perkasa dan Pemuda Umno yang tumpang sekaki nak berdemo pada 9 Julai ini tidak ada.Perkasa ugut mahu kucar-kacirkan demo Bersih 9 Julai tapi ugutan yang berbaur perkauman ini didiamkan oleh puak yang kata Demo Bersih boleh cetus huru-hara.Orang bercakap isu pilihanraya depa bercakap isu perkauman.

Ingatlah PDRM dan SPR gaji anda hasil titik peluh duit rakyat bukan duit Umno dan Perkasa.Bekerja untuk rakyat bukan bekerja untuk gerombolan BN.

Bersih 2.0: Polis akur perintah siapa, kata Ketua Penerangan Keadilan Selangor


Keyataan media Ketua Penerangan Keadilan Selangor melalui email ke dalam blog ini;

BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan 'Walk for Democracy' pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara 'berjalan untuk demokrasi dan keadilan'
demi rakyat Malaysia.

Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini. Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, 'hendak seribu daya' wajar di dalami mereka dari 'seribu daleh' yang mengesah 'cop mphor' SPR adalah antara 'alat kawalan' pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan.

KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini.

KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?

KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari?

Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini!

KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi.

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari Dato Seri Hishamudin Hussein. Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari 'drama minggu ini' yang diarahkan oleh 'Director PERKASA', Ibrahim Ali.

Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan 'turun taraf' oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya 'ada suara' menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin 'kecut perut' dengan kebangkitan rakyat kali ini.

KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai.

Segala macam ugutan dan tafsiran 'zaman batu' oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor.
Rakyat sudah bersedia dan tidak akan berundur. Ia adalah soal keupayaan PDRM untuk memahami dengan sejujurnya himpunan ini yang mahu menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih.

PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!

PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

Perkasa macam 'hantu raya'

Ada orang kata kat saya , "Perkasa yang diketuai Brahem Ali macam orang bela hantu raya.Hantu raya kalau longgok telur banyak-banyak dia tak kacau tuan dia.Tapi kalau tak jamu makan mula la hantu raya tu mengamuk dan sanggup gigit telur tuan yang bela hantu raya."

Siapa yang bela hantu raya ni sampai nak mengamuk sakan pada 9 Julai ini hanya semata-mata rakyat mau turun di jalanraya tuntut Suruhanjaya Pilihanraya belaku adil dalam tugasnya kendalikan pilihanaraya?Adakah hantu raya ni mengamuk sakan sebab tak cukup makan, projek tak masuk-masuk walaupun dah menjerit sampai nak terkeluar anak lidah?

Kita rakyat marhaen rasa betul-betul hairan kenapa Brahem Ali dan Perkasa begitu kebal daripada sebarang tindakan walaupun cakap-cakap Tok Ayah Perkasa ini boleh mengundang rusuhan antara kaum di negara ini.

Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara hanya berani bagi amaran kepada penganjur Bersih 2.0 tapi tak kata apa-apa terhadap Brahem Ali yang main kasar dan cuba jadi jaguh ugut rakyat yang mahu berdemontrasi anjuran Bersih 2.0.

Mengapa kata-kata yang ugut rakyat sampai nak berlaku pertumpahan darah langsung tak dapat respon daripada Bukit Aman.Adakah kata-kata Berahem Ali seperti berikut hanya sebagai acara lawak dalam Maharaja Lawak saja?

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Perkasa boleh arahkan polis bertindak terhadap penganjur Bersih 2.0 hebat sungguh Perkosa ni!

Isnin, 20 Jun 2011

Khairy kata Brahem Ali bagi pandangan gila

Hari tu saya ada tulis adakah Brahem Ali ada masalah mental?.Kini nampaknya seakan-akan apa yang dikatakan itu semakin jadi kenyataan.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin yang juga terhegeh-hegeh nak turun demontrasi pertahankan sistem pilihanraya sedia ada pada 9 Julai ini dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata Khairy:Waktu untuk amaran sudah berakhir.Maknanya Pemuda Umno, Perkasa dan Bersih 2.0 akan turun di jalanraya di Kuala Lumpur pada tarik yang sama.

Malaysiakini yang turut memetik kata -kata Khairy dilaporkan berkata pandangan Perkasa yang perkauman sebagai gila;
Dalam pada itu, Khairy turut mengulas laporan yang memetik kenyataan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.

Khairy dengan tegas menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendapat Ibrahim yang disifatkannya sebagai pandangan "gila."


“Saya tidak bersetuju juga dengan Ibrahim Ali. Ini membakar perkauman. Ini gila. Kita buat benda yang baik bukan benda yang menghasut,” katanya.-Malaysiakini.

Apakah himpunan Pemuda Umno tidak akan kacau himpunan Bersih 2.0?Perkasa dah awal-awal lagi bagi loceng amaran nak halang himpunan Bersih pada 9 Julai.Halang ka tak halang ka rakyat akan turun dijalanraya pada 9 Julai ini bukan mahu cabar mana-mana pihak cuma maukan kerajaan dengar pandangan rakyat bukan nak bertokak dengan Pemuda Umno dan Perkasa.Kalau Pemuda Umno nak berhempas dan bergasak dengan Perkasa tu hang pa punya pasai.

Brahem Ali berlagak macam Raja! Perkasa nak berperang 9 Julai ini?

Selepas Presiden Perkasa Brahem Ali kata jangan rasa terkejut kalau ada kereta terbakar dan ada yang baling batu pada himpunan Bersih kini Brahem sekali lagi pukul gendang perang menakut-nakutkan penganjur himpunan Bersih 2.o dengan berkata Ibrahim : Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai (Malaysiakini)

Adakah Brahem Ali ajak pengikut-pengikutnya berperang dengan pihak rakyat yang mahu berdemontrasi atas nama Bersih yang ada kaitan dengan isu pilihanraya?Brahem Ali kata nak pertahankan Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri, minta polis bertindak bukan setakat bagi amaran kepada penganjur Bersih 2.0, bangkitkan isu perkauman dengan bagi amaran kepada orang India dan Cina . Brahem kata kalau Bersih 2.0 tak dibatalkan orang Cina kena simpan stok makan banyak-banyak.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Adakah Brahem Ali nak berperang pada 9 Julai ini?Atas nama apa Brahem nak ajak pengikutnya melawan demo anjuran Bersih yang mahukan pembaharuan dalam sistem pilihanraya?Rakyat bercakap isu pilihanraya Brahem bercakap isu perkauman sempit yang malukan sendiri bangsa Melayu.Brahem ajak pengikutnya yang mungkin banyak yang tak ada pendidikan sivik terjerumus ke lembah jadikan Melayu dipandang macam 'samseng kampung dusun' saja.

Brahem bercakap macam dia Raja di Malaysia! Orang Melayu diperbodohkan Brahem Ali yang semakin semput dengan idea dan semakin seronok dan bersemangat kerana beliau anak emas Umno. Ugutan Brahem Ali hanya jadi bahan ketawa di kedai kopi dan semua orang tahu siapa Brahem Ali tambah-tambah yang undi menangkan Brahem di Pasir Mas.Cakap berdentum dentam tapi bila bunyi hon kereta pun Brahem dah kena telan ubat sakit jantung.

Persekitaran ketika majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam tadi.Baca di sini. — Foto oleh Jack Oo-M'insider

Baca juga;
Ambiga:Anwar , anda tak berhak batalkan himpunan Bersih 2.0-M'insider

Sabtu, 18 Jun 2011

Sajak BERSIH 2.O

Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun 17062011-daripada blog budakbalun,blogspot.com

Bagi saya kalau polis halang himpunan Bersih 2.0 kali ini, tangkap dan lakukan kekejaman kepada para demontran imej mereka di mata dunia akan jadi bertambah buruk.Imej BN akan jadi lebih buruk dan busuk daripada telor ayam kemuruk.Adakah BN kisah dengan semua ini?Adakah BN akan jadi macam Israel pekakkan telinga lakukan kekejaman terhadap rakyat Palestine walaupun dikutuk di seluruh dunia?

'ISA tak kendurkan semangat BERSIH'-Malaysiakini

Saranan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) agar polis menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini satu ugutan keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

“Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1Sehubungan itu, Nasrudin juga menasihatkan MUBARAK dan kerajaan BN agar tidak menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara sehingga digulingkan rakyat.

“Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap,” katanya.

Menurut Nasrudin beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat dengan ISA.

bersih rally 271207 04“Jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam, justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini,” katanya.

Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

“Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini,” katanya.

bersih rally 271207 01Pemimpin PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini diadakan setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak berkuasa.

Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.

“Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno dan BN.

bersih rally 271207 07“Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa,” katanya.

Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Pelancongan pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping menikmati kota raya negara kita sendiri.

“Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua,” katanya.-Malaysiakini

Baca juga Perkasa dan Pemuda Umno pakat berebut nak gagalkan himpunan Bersih 2.0.
Perkasa :Tak kisah jika Pemuda Umno mahu sendiri cabar Bersih'-M'insider


BERSIH 2.0: Ini berita anjing gigit orang

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tetap berkeras tidak mahu berbincang dengan tuntutan Bersih yang mahukan supaya sistem pilihanraya di negara ini lebih adil dan tidak berlaku penyelewengan dan penipuan .Pengerusi SPR dengan angkuh kata,

“Kita telah memberi ruang kepada mereka untuk berunding dan mereka telah berjumpa kita November lalu untuk berbincang mengenai beberapa tuntutan kononnya bagi mewujudkan sistem pilihan raya lebih baik.

“Kita terima sesetengah pandangan mereka tetapi tidak setuju dengan beberapa tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kata (mereka) sedia bincang. Kalau hendak bincang kenapa perlu berhimpun?

“Pintu rundingan dengan kumpulan tersebut sudah tertutup. Kita tidak tertarik lagi untuk bertemu mereka,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.-Sinar harian online Pintu Rundingan Tutup.

Ini berita yang tak mengejutkan, perkara biasa dan sudah diduga.Kita jumpa di dalam himpunan aman 9 Julai.

Apakah tuntutan Bersih seperti berikut tak munasabah?

  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya. Baca juga di sini.

Tiada Pas Tanpa Nama Islam-TGNA


Apa guna Pas tanpa nama Islam! Demikian tegas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , ketika menjawab cabaran sesetengah pihak supaya menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas diwujudkan untuk memperjuangkan agama Islam dan adalah suatu perkara mustahil untuk menggugurkan nama dan asas perjuangan yang dipegangnya selama ini.

“Mana boleh gugur perkataan Islam, kalau gugur Islam tiada parti Pas, Melayu lebih Melayu kerana Islam, tetapi UMNO tolak Islam, khianat kepada agama dan bangsa sendiri,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Sebelum ini, pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang menjelaskan ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.

Isu itu timbul apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu, dua minggu lalu, mengumumkan parti itu akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan, sekali gus menimbulkan tanggapan parti itu menukar dasarnya.

Dalam pada itu, Nik Aziz menggunakan kesempatan pada kuliah Jumaat kelmarin, untuk menerangkan isu ‘negara berkebajikan’ yang diperjuangkannya kini dan dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengelak ahlinya keliru dengan slogan tersebut.

Menurutnya, konsep negara berkebajikan bukan bermakna Pas mengubah dasar perjuangannya, sebaliknya ia adalah satu daripada program parti yang juga selaras dengan perjuangan ajaran Islam.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gusar dengan slogan baru itu walaupun mendakwa mempunyai persamaan, tetapi inti pati yang dibawa Pas cukup berbeza.
“Buat apa nak takut, macam orang jual nasi kerabu, kalau nasi kerabu kamu lebih sedap orang akan beli, tidak perlu takut, tetapi kalau takut itu bermakna apa yang kamu jual itu tidak bernilai,” katanya.-Sinar Harian Online

Jumaat, 17 Jun 2011

Bersih 2.0: Mangkuk hayun kata bercanggah dengan Islam la pulak

Saya tak tahu nak kata apa dah jenih apa mahkluk yang bernama manusia yang ada di mukabumi Malaysia ini yang suka sangat melatah kata tu haram ni haram sebab ada kepentingan dengan pemerintah yang gila kuasa untuk berkuasa hingga dunia ni kiamat.The Malaysian Insider melaporkan YDP Yadim kata Himpunan Bersih 2.0 canggah dengan nilai Islam.

Amboiii bab demo berani bersuara kata bercanggah dengan Islam.Tangkap orang tahan bawah akta zalim ISA tanpa dibicarakan, mentekedarah rasuah jamu anak bini makan, sebar video lucah sampai tak kira waktu, SPRM dakwa orang mati dalam siasatan, skandal beli kapal selam scorpene sapu komisen beratus juta heboh sampai dibicarakan di mahkamah Perancis, rasuah dalam pilihanraya semua tu tak bercanggah dengan nilai Islam ka?Pergi mampos la dengan hujah untuk terus pegang jawatan di Yadim.

Demo Bersih tu bawa apa pi demo?Berjalan secara aman tanpa sebarang senjata sambil suarakan ketidakadilan , penyelewengan dan penipuan, bagi IC kepada warga asing supaya boleh mengundi adakah ini bercanggah dengan Islam?

Demo di Mesir , Tunisia, Libya, Jordan, Syria, Yaman semua tu ulama negara tersebut kata haram ka, kata bercanggah dengan Islam ka?Memang mangkok hayun betoiii. Ruang demokrasi di negara ini dalam kebebasan bersuara lebih teruk dan busuk berbanding jiran kita Indonesia dan Thailand.Di Indonesia tak ada fatwa karut kata demontrasi bercanggah dengan Islam.Di Thailand dok berjemur sampai sebulan pun tak pa siap berlapar lagi tapi tak ada undang-undang yang larang depa berhimpun suarakan hak mereka kepada pihak pemerintah.Baju merah nak demontrasi pun boleh , baju kuning pun boleh. Kita semua tak boleh yang boleh yang nak masuk dalam perut sendiri saja yang boleh walaupun makan benda haram.Demo sokong ISA boleh, demo sokong BN boleh tapi kalau demo lawan kerajaan secara aman beranggah dengan Islam.Kitab mana si Yadim ni bukak?

Elok la tu Perkasa dok cabar kata kalau Bersih demo kami demo, kalau Bersih batal kami batal, polis pulak kata nak tangkap awal sebelum demo, Muhyiddin pulak kata demo Bersih haram sebab tak ada permit ha ha , MUBARAK puak geng bekas wakil rakyat BN suruh cekup penganjur Bersih bawah ISA. Pemuda Umno pulak kata nak turut serta demo hari yang sama.Dulu demo Bersih 2007 Khairy Jamaludin kata demo Bersih macam beruk jalanan.La ni dia pun nak demo sama.Inilah pemikiran puak-puak yang jadi gelabah dan takut kepada bayang-bayang sendiri.Mereka jadi gabra dan hilang punca hanya kerana Demo Bersih 2.0 9 Julai.

Datang ramai-ramai ...lagi banyak ugutan lagi banyak yang bersemangat untuk turun 9 Julai nanti.

Tiga Boroi akan ajar matapelajaran seks di sekolah?

Pendidikan seks mula diajar di sekolah November ini-Utusan

Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN),

Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka.

"Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu.

"Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul.

"Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,'' katanya. - Utusan

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan penyebaran video seks lucah di hotel Carcosa Sri Negara yang menghangitkan seluruh negara .Dalang penyebaran vieo lucah yang di kenali sebagai Datuk T telah mengaku bahawa mereka yang jadi dalang penyebaran video lucah yang dikatakan libatkan pemimpin pembangkang.Walaupun mereka mengaku jadi dalang sebar video lucah mereka masih kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Sebelum subjek seks diajar di sekolah tiga Datuk T telah jadi cikgu yang menayangkan video lucah kepada orang awam.Kini video seks lucah tersebut telah diedarkan ke seluruh negara.Rumah orang Melayu dapat cd, rumah orang Cina dapat cd, rumah orang India dapat cd yang mengisahkan seorang lelaki berperut boroi dan bertetek landur langgan seorang pelacur.Kini setelah video tu dah tak laku disebarkan pula kisah fitnah seks ke atas Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang baru.

Utusan dan media Umno lebih awal jadikan kisah lucah sebagai berita utama dan berjaya melucahkan semua lapisan umur sebelum matapelajaran seks diajar di sekolah rendah dan menengah.

Khamis, 16 Jun 2011

Minyak untuk orang kaya turun , minyak untuk rakyat tak turun

Bila membaca laporan RON 97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung tak ada sesiapa pun rasa seronok dan bertepuk tangan.Sebab apa jadi lagu tu? Tak lain tak bukan kerana minyak RON 97 bukan rakyat biasa yang pakai dan guna .Tu minyak petrol untuk orang kaya untuk kereta mewah macam BMW, Porsche, Mercedes Benz, Roll Royce dan lain-lain kereta mewah.

Maka menteri yang berkaitan pun dengan bangganya kata ,"Tengok sapa kata minyak RON97 tak boleh turun." Woit! kalau betul nak tolong rakyat, jaga kebajikan rakyat turunkan harga minyak RON 95 bukan dok dabik dada rasa hebat turunkan minyak RON 97.

Yang pakai kereta proton, kancil , Myvi dan yang seangkatan dengannya rasa seronok ka minyak RON 97 turun 10 sen?Berapa ramai rakyat Malaysia yang pakai kereta guna minyak RON97?

Menteri ingat rakyat bodoh -bodoh belaka senang boleh tipu.Menteri lupa rakyat sedang berkira-kira mahu jatuhkan BN dalam pru 13 akan datang kerana tersangat pandai tipu dan kelentong rakyat.

Woit! rakyat dah tak mudah kena tipu dengan sogokan kain pelikat, gula dua tiga kilo, susu dua tiga tin sebagai balasan untuk pangkah dacing .Rakyat yang bodoh saja kalau dapat semua tu akan berpesan dan berwasiat pada anak cucu mereka supaya pangkah dacing sampai bila-bila.

Islam kena hina dan diperkosa Utusan, Perkasa dan Pekida tak mau mandi darahka?

Malaysiakini melaporkan Hina Islam:Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa yang ada kaitan dengan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melukis kartun yang menghina hukum Islam.

Dulu bila pelukis kartun daripada Denmark hina Islam lebih kurang 10,000 ribu umat Islam selepas solat Jumaat berdemontrasi depan Kedutaan Denmark di Kuala Lumpur sebagai bantahan.Masa tu tak wujud lagi Perkasa yang diketuai Brahem Ali yang semakin ganas dan gedebe dok gempaq keling atas cadangan Bersih 2.0 buat himpunan aman 9Julai nanti.

Perkasa hanya berani cakap besar nak pertahan bangsa Melayu tapi bila abang besar dia Utusan Malaysia hina hukum Islam , hina ulama Perkasa tak berani nak gedebe dengan Utusan.

Teringat juga kempen Utusan semasa pemilihan muktamar Pas yang lalu yang amat sayang kepada ustaz dan ulama dalam Pas tapi bila calon yang depa sokong tak naik, tak menang kini Utusan bertukar kulit kembali menyerang golongan agama dan hukum Islam.

Jika umat Islam di negara ini pakat berdemontrasi depan pejabat Utusan kerana hina hukum Islam, hina ulama mungkin sekali lagi Perkasa dan adik beradiknya akan sanggup bermandi darah pertahankan Utusan!

Bagi Umno kerja menghina Islam ini bukan perkara luar biasa bagi mereka.Memang dah jadi asam garam politik Umno cuma orang Melayu yang karat Umno tak sedar diri kata Umno parti yang jadi perosak hukum Islam.Pura -pura jaga Melayu bermatian-matian tapi hukum-hakam Islam dihina semau-maunya.

demoutusan

Baca juga;

Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu-Harakahdaily

Kartunis Utusan, rogol dan zina-malaysiakini

Tadbiran Najib mula tunjuk 'kuku besi', dakwa TP Pas

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah mula mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dengan menyekat kebebasan rakyat mendapatkan keadilan terutamanya dalam menuntut sistem pilihan raya adil dan bebas.

Tegas beliau, BN yang kini diketuai Najib mula menggunakan pendekatan mengongkong kebebasan bersuara kerana bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

Mohamad atau lebih dikenali “Mat Sabu” menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah pasti telah menawan Putrajaya kini sekiranya pilihan raya umum 2008 diadakan secara adil dan bebas tanpa campur tangan BN.

“Pemerintahan Malaysia seperti Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, tapi di Singapura telah berlaku perubahan.

“Ketika pilihan raya Singapura bulan lalu, kita perhatikan semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh gunakan radio atau televisyen untuk menyampaikan hasrat mereka.

“Tapi di Malaysia adakah perkara begitu akan berlaku? Tidak . . . media dikawal oleh kerajaan, kita tidak boleh akses kepada media, sepatutnya TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita boleh cakap sejam, tapi ia tidak berlaku,” katanya pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Justeru beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia harus menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini menuntut agar pilihan raya diadakan dengan adil dan telus.

“Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu (ia berlaku) tapi biarlah rakyat rasa puas hati terhadap pilihan raya.

“Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah . . . Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 250 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad juga berkata himpunan Bersih 2.0 terpaksa diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas tanpa diperkudakan BN.

“Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh . . . kita tidak akan boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas.

“Sebab itu dalam Himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul,” katanya.

Pada himpunan Bersih kali pertama yang diadakan pada 2007, badan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut empat tuntutan utama iaitu menggunakan dakwat kekal, undi pos dikaji semula, media yang adil dan daftar automatik kepada rakyat yang berusia 21 tahun namun ia tidak dipenuhi.

Pada himpunan kali kedua ini Bersih menuntut empat tuntutan tambahan iaitu tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, mengukuhkan institusi kerajaan, menghentikan rasuah politik dan menghindari politik kotor.

Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat berkata, pihaknya juga mahu agak pihak berkuasa terutamanya polis mengawal keadaan sepanjang perhimpinan itu diadakan bagi menjaga keselamatan.

“Kita mahu polis bekerjasama, kawal keadaan dan kita tidak mahu polis kita jadi macam polis di negara-negara Timur Tengah . . . benarkan kita mengadakan perhimpunan kita, beri kita menyampaikan hasrat kita.

“Kita bukan mahu buat huru-hara, saya percaya jika tiada pihak yang membuat provokasi sudah tentu ia boleh dijayakan,” katanya.

Himpunan Bersih 2.0 bertemakan “Walk For Democracy” dan dijangka akan disertai kira-kira 300,000 terdiri daripada NGO, parti politik dan rakyat.

Pada 2007, Bersih menggunakan slogan “Gelombang Kuning” telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.-M'insider.

Berkaitan;

Kecam Bersih 2.0:Speaker tolak usul Zahrain-Harakahdaily

Mat Sabu:'Perkasa perkara kecil , kami tak sekat Perkasa'-M'insider

Rabu, 15 Jun 2011

Terbukti-terbukti! Meloya out, Hairan out, TV3 suku out..semua dah out!

Ini berita yang menakutkan kerajaan BN.Anak muda tak tengok TV, anak muda tak tengok media arus perdana yang berada bawah ketiak BN seperti Meloya dan berita Hairan.Anak muda akan turun di jalanraya, ustaz akan turun di jalanraya..kalau tak turun memang kena sekeh! aktivis akan turun di jalanraya , profesional akan turun di jalanraya..untuk apa? yaaa tak lain tak bukan Demo Bersih 9 Julai di Kuala Lumpur. Turun jangan tak turun .Pedulikan dengan Brahem Ali diia bukan Menteri, bukan polis hanya tukang lompat dari satu pelepah ke satu pelepah.Biarkan dia terjun dengan labu-labunya.

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal-M'insider

Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.