Sabtu, 30 April 2011

Setelah sumpah laknat selesai Pas diajak sertai BN

Setelah sumpah laknat selesai dilakukan oleh Datuk Eskay dengan memakai baju kalis peluru ketika bersumpah mengenai isu video seks yang didakwa babitkan Anwar Ibrahim , PM Najib pun ajak Pas sertai BN.Sapa-sapa atau mana-mana pemimpin Pas yang berjiwa Umno kalau rasa masuk BN lagi baik untuk kenyangkan tembolok sendiri masuklah BN ,pintu sentiasa terbuka.Masuk Umno atau masuk BN anda boleh berkawan dengan trio datuk T n the gang.Boleh berkawan dengan tukang karut Umno Umi Hafilda dan juga Mat Ezam.

Pas tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak-M'insider

Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.

“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,” kata Salahuddin.

Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang.

“Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.

Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.

Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”

“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”

Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.Baca semua di sini.

Baca juga;
Najib sekali lagi ajak Pas sertai BN-M'insider
Najib minta Pas keluar Pakatan -Malaysiakini
Politik longkang cemari Rukun Negara-Malaysiakini
Anwar berjenaka dengan tuduhan seks padanya-Malaysiakini.

Jumaat, 29 April 2011

Eskay buat sumpah laknat dengan baju kalis peluru

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.-M'insider.Baca juga di sini.


Sumpah laknat: Eskay tak hadir

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).Baca lanjut di sini.

Sementara itu Keadilandaily melaporkan Sumpah Eskay dibatal di saat akhir;

Sumpah laknat yang mahu dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul di sini, dibatalkan di saat-saat akhir.

Pengerusi Masjid yang dikenali sebagai Abdul Razak Hussien, memaklumkan perkara itu di mimbar masjid selesai solat jumaat tadi.

Sebelum ini Eskay dilaporkan mahu membuat sumpah laknat berkenaan, yang diselar ramai pihak khususnya golongan agamawan kerana tidak mengikut hukum syarak yang digaris dalam Islam.

Shazryl yang dikatakan mahu melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, dikatakan turut ‘mewakilkan’ sumpah itu bagi pihak bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Berkaitan;

Masjid kecoh, Eskay batal sumpah laknat-Harakahdaily

Apa ahli Pas nak kata bila TGHA diminta berundur?

Ini apa yang ditulis oleh seorang penulis Wan Saiful Wan Jan pandangan peribadi beliau mengenai Presiden Pas TGHA.Bab dia puji Presiden Pas di awal tulisannya tu perkara biasa tapi bila beliau kata 'TGHA wajib tolak pencalonan Presiden Pas' tentu ada yang akan pertahankan TGHA agar terus pegang jawatan presiden Pas buat masa sekarang hinggga pemilihan seterusnya 2013 .Bagi saya kalau nak suruh TGHA berundur kena suruh juga Timbalan Presiden Pas tolak pencalonan beliau.Semua kira baru.Tayar baru , bunga cantik tak guna kalau balancing dan alingment tak elok..nanti bunga tayar cepat rosak dan makan sebelah..ha ha

Kata Wan Saiful dalam kritikannya terhadap TGHA;

Persoalan yang yang dihadapi oleh para perwakilan ke Muktamar Agung PAS nanti bukan sama ada Hadi telah menjadi Presiden yang baik atau tidak. Ini bukan pemilihan untuk memberi anugerah perkhidmatan cemerlang.

Tetapi, persoalan sebenar ialah, adakah Hadi boleh menjadi Presiden yang baik untuk memimpin PAS dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya ke masa hadapan?

Kebenaran mungkin pahit untuk ditelan. Hakikatnya Hadi bukanlah individu terbaik untuk terus menjadi Presiden PAS. Saya akan simpulkan dengan cara semudah mungkin kenapa saya berkata demikian. Hadi tidak mempunyai ketrampilan ataupun ketokohan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadi telah mencipta imej beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat Melayu Islam. Tetapi beliau tidak dilihat sebagai seorang pemimpin untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan.

PAS perlu berfikir bagaimana untuk memperkukuh apa yang telah dibina oleh Hadi. Parti itu perlu mula membina imej sebuah parti yang berkemampuan memimpin seluruh rakyat Malaysia, bukan memimpin orang Melayu Islam sahaja. Dan yang nyata, Hadi bukan pembawa imej “pemimpin negara”.

Mungkin ada yang berhujah bahawa ini hanya masalah persepsi. Tetapi jika sebuah parti politik tidak menyedari peri pentingnya persepsi, maka parti itu berada di padang permainan yang salah. Politik ialah sebuah pertandingan persepsi. Kejujuran dan ketokohan seseorang itu hanya bernilai jika sifat-sifat ini berjaya mempengaruhi persepsi pengundi. Jika sifat-sifat itu tidak membawa persepsi positif, maka dalam bahasa kampungnya “tak payah pun tak apa”.

PAS memang memiliki individu-individu yang boleh membawa parti itu ke satu tahap baru. Husam Musa dan Nizar Jamaluddin hanya dua nama yang biasa disebut. Sudah pasti ada tokoh lain yang juga boleh melakukannya dan perlu dipertimbangkan.

Tetapi budaya politik dalam hampir semua parti di Malaysia ini secara umumnya memberi kelebihan kepada presiden sedia ada. Jika mahu menjadi presiden sehingga mati pun biasanya boleh. Parti-parti politik kita tidak mempunyai budaya yang mana seseorang presiden mengumumkan dengan penuh bangga bahawa beliau telah membawa parti itu ke satu tahap tertentu dan telah tiba masanya untuk orang baru mengambil alih untuk membawa parti itu ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam perubahan pucuk pimpinan Umno, MCA dan MIC. Semuanya terpaksa melalui era transisi yang amat menyeksakan. Dan PAS tidak terkecuali dalam budaya ini.

Hadi seharusnya menarik nafas panjang sambil menilai segala pencapaian besar beliau. Beliau boleh berbangga dengan apa yang beliau telah lakukan. Setelah itu, beliau perlu menerima hakikat bahawa telah tiba masanya untuk menyerahkan obor perjuangan kepada orang lain yang membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan tuntutan rakyat agar PAS segera melahirkan pemimpin negara, bukan pemimpin bangsa atau pemimpin agama sahaja seperti selama ini.

Hadi pula jangan lah bermain kata-kata, kononnya tidak mahu menjadi presiden selama-lamanya dan bersedia dicabar. Bukannya beliau tidak tahu bahawa budaya parti politik di Malaysia ialah, sekiranya presiden tidak menolak pencalonan, maka tidak ada harapan perubahan akan berlaku.

Tidak ada gunanya bermain kata-kata kerana ia akan menyebabkan seorang presiden yang telah berjaya membawa pelbagai pembaikan akhirnya dilihat sebagai tunggul yang menghalang pembaharuan.

Jika Hadi boleh menyedari hakikat itu, maka parti dan negara akan mengingati beliau sebagai seorang tokoh ulung yang amat ikhlas berjuang sehingga rela mengorbankan jawatan dan kepentingan diri demi membuka laluan agar PAS menjadi sebuah parti nasional yang benar-benar diyakini mampu memimpin sebuah negara berbilang kaum.

Demi memastikan PAS boleh terus mara ke hadapan, Hadi wajib segera mengumumkan bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden dan menolak semua pencalonan. Hanya dengan cara itu sahaja akan berlaku pertandingan sihat yang akan membolehkan wujudnya sebuah PAS baru.-M'insider .Baca semua di sini.

Khamis, 28 April 2011

Segarkan Pas dengan pemimpin yang lantang lawan Umno bukan jadi mandom

Pemimpin Pas dikatakan bersetuju dengan cadangan Husam Musa AJK Pas Pusat agar Pas disegarkan dengan berkata Pemilihan perlu tampil ramai muka baru . Pilih muka baru atau muka lama yang penting pemimpin lantang lawan Umno-Bn bukan jadi mandom dan nampak letih nak lawan Umno.

Kalau setakat pegang jawatan pas tu bila wat sidang akhbar nampak tak cerdik baik tak payah jadi pemimpin.Bila dah terlajak cakap senang-senang kata media salah lapor.Dok nampak kuda tua dalam Pas dan kuda yang segar bugar pun dah banyak kali tersasul atau terlajak cakap lepas tu pakat coner kata tak kata pun.Kalau rasa dah terlalu lama pegang jawatan baik lepaskan kepada orang lain senang cerita.

Sesetengah pemimpin Pas sedia ada pun nampak mandom dengan isu semasa , lambat masuk gear , orang dah masuk gear lima depa baru nak start enjin.

Berapa biji lagi peluru lastik akan hinggap di kepala Anwar?

Kata kawan saya, "Umi Hafilda kata ada 18 lagi klip video sekarang baru dua klip video yang didedahkan.Agak-agak berapa biji lagi peluru lastik akan hinggap di kepala Anwar?Kalau semua 18 klip video didakwa libatkan Anwar agak-agak Anwar jadi lagu mana?"

Hari ini pula Datuk Eskay kata beliau akan sumpah laknat tapi bagaimana lagi dengan dua lagi Datuk T iaitu Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib..awat hang pa dua tak sumpah sama.Kalau sama-sama ngaku jadi dalang video lucah takkan nak sumpah laknat main wakil-wakil pulak kepada Datuk Eskay?Awat Rahim Thamby takut sangat nak sumpah sama?

Orang sekarang nak sumpah apa nak heran sebab dosa Allah SWT tak bayar 'cash' macam kaum-kaum para Nabi terdahulu contoh macam pengikut Nabi Noh A.S dan kaum Nabi Lut A.S.Bapa munafik Abdullah bin Ubai lagi hebat siap bina masjid lagi dan solat belakang Nabi Muhammad SAW tapi masjid Abdullah bin Ubai diperintah Allah SWT diruntuhkan.

Drama meruntuhkan maruah bangsa Melayu semakin menjadi-jadi dan semakin gawat sehinggalah pihak yang kata juara bangsa Melayu iaitu Umno yang lebih jijik daripada babi dan taik babi ini hilang daripada muka bumi ini.

Babi pun tak sejijik Umno

Seperti yang selalu dikatakan Umno ingat musuh depa hanya Anwar Ibrahim.Jadi Umno guna strategi hancur dan bunuh dulu karier politik Anwar yang lain kira kemudian.Kalu boleh Anwar pun nak ditanam hidup-hidup macam Arab Jahiliah tanam anak perempuan .

Saya lawan Umno bukan kerana Anwar atau TGHA dan TGNA tapi kerana saya meluat sangat-sangat dengan politik jijik dan kotor Umno sejak dulu kini dan selamanya.Satu tangan ajak Melayu bersatu di bawah ketiak Umno, bawah celah kangkang Umno satu tangan lagi bagi racun untuk hancurkan kaum dan bangsa sendiri.

Umno adalah parti yang paling bijak dan hebat jadi Maharaja Fitnah walaupun golongan agama dan Mufti tegur Umno jangan jual fitnah dan sebar fitnah kalau tak ada bukti dan cukup saksi.Namun bagi Umno tu semua hanya sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Cerita lucah dan jijik jadi makanan Umno untuk jatuhkan pihak lawan.Jika rakyat tak percaya selepas satu isu diletupkan , isu lain akan menyusul juga dengan kisah seks dan lucah secara berterusan sampai rakyat pun jadi bingung dan biol akibat mainan politik kotor Umno.

Golongan agama dalam Umno tak kiran jantan dan betina sama saja .Mereka tak ada apa-apa kuasa untuk menegur pemimpin Umno yang jahil agama dan buat-buat jahil.Mereka juga bersubahat sebarkan fitnah kerana sikap mereka yang berpura-pura tak tahu apa-apa.

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan video seks part 2 dalam youtube dan blog Umno.Mereka bebas buat apa saja , mereka tidak akan didakwa yang penting bagi Umno ialah siapa pelakon video lucah tu , yang jadi tukang sebar video lucah kebal daripada sebarang dakwaan.

Kisah lucah ini akan berterusan selagi manusia yang bernama Anwar tidak mati dan dilenyapkan daripada muka bumi ini, tapi seperti kata Anwar, 'Nyawa beliau bukan dalam tangan Umno'.Kita akan terus didendangkan dengan kisah lucah sehingga pru 13 akan datang atau selagi Umno-BN terus jadi idola orang Melayu yang percaya bulat-bulat dengan fitnah Umno.

Saya ingat apa yang berlaku kepada Anwar jika terjadi kepada lain-lain pemimpin ingat dah tumbang lama dah...lagi banyak kisah beliau dilucahkan Umno lagi banyak Anwar dedahkan segala kepincangan pemimpin Umno.Hang pa boleh tahan ka kalau jadi macam Anwar?

Bagi Umno dan orang Melayu yang sokong Umno, pemimpin Umno yang pernah rogol anak gadis bawah umur boleh dipercayai daripada percaya cakap ustaz -ustaz dalam Umno termasuk ulama muda Umno.Kaki raba buntut , bapa rasuah , pembunuh ulama dalam Umno lagi mulia daripada ulama Umno.

Rabu, 27 April 2011

Altantuya bakal 'gegar' mahkamah Perancis

Ketika kita disogok dengan kisah porno, lucah dan liwat di Malaysia yang jadi semakin jijik dan kotor akibat mainan politik yang tidak lagi memikirkan maruah dan moral jangan lupa apa yang akan berlaku di Perancis dalam isu pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Suara Keadilan 13 edisi tak berkala melaporkan 'segala dokumen sulit akan dibentang termasuk peranan Altantuya Sharriibu dalam proses pembelian dua kapal selam scorpene bernilai Rm6.7Bilion apabila mahkamah Perancis dijangka bersidang sekitar Mei atau Jun ini.

Razak Baginda -rakan Najib Razak, pula hampir pasti dipanggil ke mahkamah atas kapasiti sebagai pemilik 'sebenar' Perimekar'.Baca lanjut dalam laporan khas SK 13 di mukasurat 10-11 temubual Editor SK dengan Pengarah Urusetia Suaram , Cynthia Gibrael dalam tajuk 'Mahkamah Perancis bongkar tembelang skandal Scorpene'.

Selasa, 26 April 2011

Gara -gara pejabat MCA kena 'perkosa' , MCA kata Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina


Umno yang berbulu dengan tindakan MCA suruh rakyat boikot media Umno Utusan Malaysia telah menyebabkan Perkasa naik angin dan telah perkosa pejabat MCA semalam di Kuala Lumpur.Hari ini gara -gara Perkasa 'perkosa' pejabat MCA telah menyebabkan MCA kata tindakan Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina;

Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.

Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara.

“Kami fikir jika ia satu trend, yang diamalkan Utusan (Malaysia), ia bukan hanya akan menyebabkan parti masyarakat Cina terutamanya dalam BN tetapi juga kepada perpaduan negara. “Lantaran itu, kami harap menteri peka dalam hal ini dengan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau.

“Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama, dan kami tidak (mungkin) ada keputusan 8 Mac (pilihan raya umum 2008) atau pilihan raya Sarawak di mana BN kalah di kawasan pengundi Cina,” katanya merujuk kepada pilihan raya umum 2008 dan terbaru pilihan raya negeri Sarawak.

Utusan Malaysia meminta Umno supaya menggerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang melibatkan semua parti Melayu, dan mendakwa DAP berniat untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok mengingatkan gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disyorkan akhbar harian berbahasa Malaysia itu akan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi menegur Loh kerana mempertikaikan akhbar itu dan memberitahu pemimpin MCA itu agar bekerja lebih kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi yang terjejas sejak pilihan raya umum 2008.

Di Perak, Perkasa juga mengecam MCA kerana meminta agar Utusan Malaysia diboikot, dengan mendakwa parti itu cuba meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata Utusan Malaysia adalah suara bagi orang Melayu.

Heng bagaimanapun berkata Utusan Malaysia perlu menghentikan daripada menerbtikan artikel bersifat perkauman.

“Ini masa terbaik untuk mereka membetulkan kedudukan mereka... atas nama semangat patriotik jika semua orang sayangkan Malaysia apa sahaja yang kita buat atau kata, kepentingan negara paling penting,” katanya.

Beberapa pemimpin kerajaan juga cuba untuk tidak terlibat dengan syor akhbar itu minggu lalu, dengan mendakwa pandangan itu dikemukakan atas dasar peribadi editor Utusan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata syor akhbar berbahasa Melayu itu tidak akan menghalang beliau meneruskan komitmen melaksanakan konsep 1 Malaysia.

Dr Mahathir juga menentang cadangan itu sambil menyifatkan ia akan menjadi lebih “malapetaka” jika dilaksanakan.

Heng yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sudah tiba masa Perkasa dan Utusan Malaysia bertanya kepada diri sendiri mengapa BN kehilangan sokongan masyarakat Cina.

“Sebab utama ia disebabkan mereka (Perkasa dan Utusan Malaysia), semua institusi termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang bersifat rasis dan juga media menyebabkan masyarakat Cina marah.

“Jadi sekarang kita fikir institusi seperti Perkasa dan Utusan Malaysia yang menuduh orang lain, mereka perlu tanya kepada diri sendiri adakah mereka menyumbang kepada perpaduan negara? Sudah tentu tidak,” katanya.-M'insider


Chegubard:Polis bantu Najib pulih imej


Tindakan proaktif Polis DiRaja Malaysia (SPRM) menyiasat empat individu yang disebutkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpahnya sengaja dibuat sekarang demi membersihkan imej Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, siasatan yang hanya dibuat selepas 3 tahun akuan bersumpah dibuat oleh Raja Petra ada kaitannya dengan misi memulihkan imej Najib yang tercalar.

"Persoalan isu kes Altantuya ini, semua jentera Datuk Seri Najib Tun Razak kerajaan dan prosedur siasatan hanya dilakukan ke arah membersihkan nama Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Penyiasatan sudah dirancang ke arah itu," katanya.

Malah jelas Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard, jika hendak dilihat dari wawancara Raja Petra bersama Tv 3 awal bulan ini, tidak ada perkara baru yang didedahkan oleh Raja Petra.

Malah nama-nama yang disebutkan oleh Raja Petra sebelum ini sudah disebut dalam akuan bersumpahnya pada Jun 2008.

"Jadi dalam bab pengakuan Raja Petra, Raja Petra tidak mengubah apapun dalam kenyataan bersumpahnya. Malah dia mengulang semula cuma yang dia menyatakan bahawa dia tidak percaya, Takkanlah Rosmah hendak pergi malam-malam ke dalam hutan, itu saja.

"Tetapi sekarang ini kenapa dengan hanya dengan kata-kata itu siasatan hendak dibuat balik, kenapa tak siasat dulu, kenapa tak diketengahkan dulu? Kenapa pegawai tentera tersebut baru digantung sekarang, kenapa dulu tidak digantung. Raja Petra tidak mengubah apa-apapun dalam kenyataan bersumpahnya yang dia sebut lama dahulu," kata Chegu Bard lagi.

Berita Harian hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar sebagai berkata, empat individu berkenaan- pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin,penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang disiasat mengikut seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Jelas Chegu Bard, siasatan berkenaan juga dibuat bagi bertujuan menentang atau melemahkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jadi yang saya nampak sekarang ini ialah ini antara pertempuran Najib dan Anwar Ibrahim. Anwar mewakili rakyat marhaen terbanyak dan Najib mewakili Barisan Nasional yang terdiri dari tokoh-tokoh korporat yang menekan dan menzalimi rakyat.

"Yang saya nampak hari ini ialah dalam isu Najib cuba membunuh karektor Anwar Ibrahim dengan pelbagai perkara, liwat , isu video dan sebagainya dia juga sedang berusaha membersihkan dirinya, jadi nampak sangat dengan pengakuan sedikit Raja Petra ini Najib nampak cuba putar, aparatus-aparatus digunakan untuk cuba dan perbaiki imej Najib. Tapi hakikatnya rakyat tetap tidak yakin dengan usaha Najib memburukkan Anwar Ibahim," katanya lagi.

Tambah Chegu Bard, Najib juga kini kelihatan panik dan terdesak dalam menghadapi isu Altantuya dan pada masa sama menentang pengaruh Anwar Ibrahim.

“Tetapi hakikatnya Najib, tindakannya untuk mengheret Raja Petra yang baru sekarang beri kenyataan dan kononnya diberi keisimewaan di Bangkok, nampaknya lebih menyerlahkan yang beliau panik dan cukup terdesak," tambahnya lagi.-TVSelangor.com

Baca juga;

Bakri:Raja Petra disiasat kerana beri maklumat palsu-M'insider

Isnin, 25 April 2011

Isu Utusan:MCA berkelahi dengan Umno Utusan Malaysia macam lembu tanduk anak ja

Bila baca laporan Malaysiakini Perkasa berdemo depan pejabat MCA rasa nak tergelak pun ada , rasa macam depa ni dah tambah saham supaya orang Cina terus meluat dengan Umno pun ada.Sebelumnya MCA syorkan supaya rakyat Malaysia pulaukan akhbar Umno Utusan Malaysia yang katanya rasis no 1 dalam Malaysia.

MCA kata kat Umno, Umno kata kat MCA ni semua orang dah tahu macam 'operasi lalang 1987' ja yang kena tahan pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang. MCA marahkan Umno dan Utusan Malaysia macam lembu tanduk anak saja , bukan nak tanduk bagi mati pun..tanduk-tanduk sayang saja. Perkasa pulak nak lebih-lebih jadi harimau nak terkam dan makan MCA pasai apa?Ini semua wayang tongkoi Cina saja tak lebih daripada itu.Perkasa saja cari pasai nak cucuh api bagi menyala lagi besar nak tunjuk kuat kata pertubuhan itu perjuangkan Melayu sejati tapi dalam masa yang sama rugikan Umno sendiri sebab undi orang Cina yang tengok perangai Perkasa rasa meluat nak undi Umno-Bn.

Perkasa tak bangun menentang MCA bila parti itu hina Islam depa cuma kalut dan bimbang orang dah tak baca Utusan Malaysia.Muhyiddin Yaasin pula tumpang 'toi' sama kata lagi dilarang lagi nak baca Utusan.

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi membantah gesaan parti itu untuk memboikot Utusan Malaysia.

Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".

Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensetiviti kaum itu.

"MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.

Ia diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.-M'kini

Jawatan TP Pas:'Saya bersedia memberi khidmat jika diberi peluang'-Mat Sabu

Mat Sabu tawar tanding jawatan timbalan presiden-M'insider

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, beliau yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru, kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

“Saya bersedia memberi khidmat bagi jawatan timbalan presiden... saya bersedia sekiranya diberi peluang pada pemilihan PAS Jun ini,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah ini.

“Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor,” katanya.

Beliau merupakan naib presiden ketika bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lalu.

Mohamad, 55, berkata beliau tidak pasti sekiranya akan ada pertandingan bagi jawatan nombor dua kali ini.

“Sama ada ada pertandingan atau tidak, saya tidak tahu. Tapi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu kalau diterima perwakilan,” katanya.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Sebelum ini, Mohamad berkata, beliau hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS sekiranya mendapat sokongan dan pencalonan yang kuat di peringkat kawasan.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding kerana mahu membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam, khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.-M'insider

Presiden Yaman janji berundur dalam tempoh sebulan



Apakah Presiden Yaman Ali Abdullah Salleh akan menunaikan janjinya untuk berundur setelah 32 tahun berkuasa?Pihak pembangkang Yaman tolak idea kerajaan perpaduan (UG)dengan puak kerajaan Ali Abdullah Salleh.Hulur tangan ketika dah nak lemas..

Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak yang berjanji bagai nak rak sebelum pilihanraya Sarawak tidak berundur setelah BN kembali berkuasa...beliau berkata tunggu dua tiga tahun lagi...malah beliau angkat sumpah tengah malam sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Baca di sini dan di sini.

Ahad, 24 April 2011

Parti bukan sendirian berhad, urus secara jamaah-Tuan Ibrahim Tuan Man


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.

Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.

Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.

"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.

Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.

Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.

"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.-Harakahdaily

Siapa yang uruskan Pas untuk berkehendak dalam gelap dengan Umno hingga timbulnya kerajaan perpaduan yang katanya dah tutup buku banyak kali?

Tahniah Mahfuz, Tahniah KASE

Polis hapus sistem perangkap kelajuan, kata timbalan IGP-M'insider

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.-M'insider

Pihak berkuasa juga kena batalkan blacklist pemandu yang kena saman ekor daripada renew roadtax.

File -Kase edar risalah bantah saman ekor-Harakahdaily
File-Kase tetap mahu sistem saman ekor dimansuh-M'insider , Ogos 2010

Sabtu, 23 April 2011

Masih ada pemimpin Umno yang berfikiran waras dan tidak gila

Di negara maju rakyat depa bebas mengundi parti yang mereka suka.Undi parti pembangkang tak dianggap sebagai manusia yang tak reti bersyukur dan rasis.Di Britain rakyatnya boleh undi parti Buruh atau parti Konservatif.Di Amerika Syarikat pun sama rakyat mereka bila ada pilihanraya boleh undi parti Republikan atau parti Demokrat.

Kalau jauh sangat ambik contoh jiran terdekat di Indonesia dan Thailand pun sama parti pemerintah yang kalah tak tak tuduh rakyat depa lupa daratan, tak kenang budi , bagi betis nak peha macam BN yang berkuasa di Malaysia yang kata macam-macam kat rakyat yang tolak BN dalam pilihanraya.

Siap main ugut-ugut lagi bila rakyat tolak BN.BN kata rakyat tolak BN mau apa lagi semua dah dapat, hang pa ni rasis.Sama -sama Melayu pun Umno rasis contoh macam Umno-Bn buat naya kat kerajaan Kelantan yang diwakili Melayu Pas sampai kena naik mahkamah untuk tuntut royalti.Memang gila babi betoi puak Umno ni.Umno rasis sama-sama Melayu hanya kerana berbeza parti.Umno-Bn lupa bahawa punca BN zalim lah rakyat tolak BN bukan pasai rasis.Rasuah berjela-jela, kenyangkan perut bini pemimpin BN sampai tak luak-luak harta yang mereka kumpul ..awat ingat rakyat tak tau ka?Syarikat kroni yang papa kedana boleh sekelip mata jadi kaya , saham syarikat mencacak naik sebab dapat projek berjuta dan berbilion ringgit ...awat rakyat pekak sangat ka tak tau apa?

Tangkap rakyat tanpa bicara terus sumbat dalam akta zalim ISA, rakyat geram harga barang makanan mahal , petrol naik harga ikut suka tanpa kawalan lagi ni semua rakyat jadi marah dan geram kepada BN.

Awat rakyat yang sokong pembangkang ni tak kira la bangsa apa pun tolak BN kerana depa tak dapat habuan politik ka?Awat ingat rakyat yang sokong pembangkang ni semua miskin-miskin belaka ka tak dapat bantuan BN..tu yang sokong pembangkang?

Tapi masih ada pemimpin Umno yang berfikiran waras yang tak gila tak ketawan hala yang berani tegur pemimpin Umno-Bn dok tuduh rakyat tolak Bn sebagai rasis dan tak reti bersyukur.BN lupa bahawa segala bantuan untuk rakyat, kebajikan untuk rakyat , pembangunan untuk rakyat adalah duit rakyat, duit pembayar cukai bukan duit Umno-BN.BN satu sen pun tak keluar duit poket untuk tolong rakyat.Tanggungjawab pemerintah , kerajaan yang dipilih memang kerja dia untuk tolong rakyat.Hanya yang buat mata hati saja yang kata buat pembangunan guna duit Umno-Bn.PR pun sama jangan dok gatai mulut bila tolong rakyat kata guna duit PR nanti orang kata hang pa pun buta macam BN.

Berkaitan;
'Jangan salahkan mereka yang undi Pakatan'-Timbalan Menteri Pengajian Tinggi-M'siakini.

Adakah Pas tak segar selama ini?

Kata Husam Musa AJK Pas Pusat dalam laporan themalaysianinsider Husam;Pas perlu disegarkan, bukannya ganti Hadi.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.-M'insider.

Timbul persoalan adakah Pas tak segar selama ini?Adakah Pas tak segar keana asyik kalah dan kalah dalam prk dan prn Sarawak?Kalau nak segarkan Presiden Pas mungkin kena segarkan sekali Timbalan Presiden Pas yang disandang Ustaz Nasharuddin Mat Isa.Ada orang Pas dah tak respek kepada Ustaz Nasa selaku Timbalan Presiden Pas.

Pemimpin Pas boleh dikatakan semuanya bersetuju di mulut terus jadikan TGHA selaku Presiden Pas tapi bagaimana dengan jawatan Timbalan Presiden..adakah ustaz Nasa akan kekal sebagai TP Pas dalam muktamar akan datang?

Prof Aziz Bari kata TGHA sebagai liabiliti kepada Pas , adakah ustaz Nasa juga tidak jadi liabiliti kepada Pas?Presiden Pas yang tak segar mungkin kerana TP Pas juga dah tak segar..Aziz Bari tibai Presiden tapi tak tibai TP Pas .

Pas Kedah pilih TGHA

Tiada pemimpin Pas yang dilihat setakat ini lebih layak menggalas tanggungjawab sebagai presiden parti itu, melainkan yang sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata, secara peribadi, beliau melihat tiada lagi pemimpin yang dianggap matang dari aspek politik, tarbiah dan dakwah Islamiah selain Abdul Hadi dan ianya dinilai berdasarkan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang dimiliki pemimpin itu.

Sebagai parti Islam, Phahrolrazi berkata, penilaian untuk melantik seorang pemimpin dalam Pas bukan hanya bersandarkan pengaruh politik, sebaliknya turut mengambil kira keupayaan bertarbiah dan menyampaikan dakwah sebagaimana dituntut al-Quran dan Hadis.

“Berhubung tindakan Pas Bukit Bintang mencalonkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa sebagai calon presiden, saya menganggapnya sekadar pandangan sebagai pemerhati politik dan tidak perlu digembar-gemburkan kerana kedudukan Abdul Hadi bakal ditentukan perwakilan.

“Isu pertukaran jawatan sebenarnya tidak menjadi masalah dalam Pas kerana pemberian jawatan lebih dianggap sebagai amanah Allah dan amanah manusia yang diberikan kepada individu dipilih. Justeru, saya yakin seluruh perwakilan akan memilih calon terbaik pada Jun nanti,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Datuk Taib Azamudden Md Taib menyifatkan pandangan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menganggap Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, sebagai liabiliti hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

Menurutnya, dalam Pas, penilaian kepimpinan perlu dilakukan pada aspek menyeluruh kerana kepimpinan ulama tidak sama dengan kepimpinan bukan ulama.

“Soal sama ada Abdul Hadi tidak kukuh kerana gagal mempertahankan parti dalam banyak isu, saya beranggapan setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

“Dalam Pas, jawatan dipikul bukan sahaja melibatkan amanah orang ramai, malah turut melibatkan amanah kepada Allah. Pemimpin dalam Pas sentiasa bertukar, tetapi asas perjuangan tetap sama kerana ia adalah amanah,” katanya.

Taib Azamudden berkata seseorang pemimpin Pas berasa rahmat sekiranya tidak diberi sebarang jawatan dan mandat daripada parti kerana amanah Allah sebenarnya amat berat untuk dipikul.-Sinarharian

Berkaitan;
Aset berharga bukan liabiliti-Sinarharian
Prof Aziz: Kritik Hadi bukan makna saya orang suruhan Anwar-M'insider

Umno main isu perpaduan menjelang Muktamar Pas

Menjelang Muktamar Pas , Umno kembali mainkan isu perpaduan Pas-Umno .Umno ambik kesempatan di atas kenyataan Setiusaha Agung Pas dalam isu video seks yang dilaporkan berkata Pas tunggu hasil siasatan sebelum buat sebarang keputusan.Kata-kata Mustafa Ali itu telah berikan markah bonus kepada Umno untuk mengajak Pas bersama Umno.

Semalam Presiden Umno Najib berkata untuk bersatu orang Melayu kena masuk Umno."Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang, hari ini.

Saya cuma nak kata pergi mampoih la dengan Umno yang layan Melayu tak sokong Umno macam taik.Parti Umno adalah parti yang menindas kaum sendiri ,yang kaya dan senang hanya kelompok elit dalam Umno dan kroni.Kepada pemimpin Pas yang ada hati nak bersama Umno dipersilakan masuk Umno bukan mengajak ahli Pas dan penyokong Pas turut serta!Lagi cepat lagi bagus.

Umno-Bn begitu marah kepada orang Cina di Sarawak kerana telah menolak BN dalam prn Sarawak dan telah menconteng arang di muka Najib dan Taib Mahmud dengan kehilangan 15 kerusi dun Sarawak yang dirampas Dap dan PKR.Umno kata Cina Sarawak rasis kerana tolak BN.Kalau Cina Sarawak sokong BN mereka akan kata Cina Sarawak tolak politik PR.Puji meleret-leret.

Hak rakyat la nak sokong parti apa pun peduli apa , kalau tidak baik tak payah parti bukan BN bertanding dalam pilihanraya kalau nak maki hamun rakyat tolak BN dalam pilihanraya.Haa ambik semua menang tanpa bertanding.Ini semua hujah orang kalah dan dendam kesumat BN bila kalah dalam pilihanraya.Orang Cina dikambing hitamkan.Lepas tu ugut pula kata suara Cina akan terus hilang dalam kerajaan jika orang Cina terus tolak BN.Orang Cina takkan ada jawatan dalam kabinet kata MCA.

Berbalik kepada perpaduan UmnoPas akhbar Umno Utusan Malaysia Online melaporkan Pintu rundingan Umno-Pas sentiasa terbuka;

UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.

“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.

“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.

Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.

“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.-utusan

Cuba tengok Umno lebih cerdik nak pekena kita.Awat orang kita terlampau tak cerdik sangat?Baca juga di sini.

Jumaat, 22 April 2011

'Ayat Power' pemimpin Pas menjelang pemilihan

Menjelang pemilihan pucuk pimpinan Pas dalam Muktamar Pas pada bulan Jun akan datang bermacam-macam rentak dan gendang telah mula dipalu daripada sekarang.Presiden Pas TGHA yang dikritik penganalisis politik prof Dr Aziz Bari yang kata TGHA sebagai liabiliti kepada Pas ekoran kekalahan demi kekalahan Pas dalam prk dan prn Sarawak telah menyebabkan pucuk pimpinan Pas Pusat dan pemuda parti itu naik minyak atau naik angin pertahankan presiden Pas TGHA.Aziz Bari pula yang pertahankan kritikan beliau terhadap Presiden Pas kata Pemuda Pas jangan cepat naik minyak.

TGHA pula kata beliau sanggup hadapi cabaran jika ada pemimpin lain mahu bertanding jawatan Presiden Pas.Siapa yang mahu lawan Presiden Pas TGHA?Tak nampak saya muka-muka yang berani bertanding jawatan Presiden Pas buat masa sekarang.

Pemimpin Pas ambil langkah awal menjelang Muktamar Jun nanti dengan membuat pagar dan kawat berduri agar tidak ada ahli-ahli Pas melangkaui adab dan tatasusila berdasarkan ajaran Islam dalam mengkritik pucuk pimpinan parti Pas.

Ada pemimpin Pas yang dicalonkan merebut jawatan tertinggi parti awal-awal lagi menolak cadangan Pas kawasan dengan alasan tidak layak dan ada pemimpin Pas yang tak mahu bertanding sebarang jawatan macam Mustapa Ali Setiausaha Agung Pas Pusat.

Terkini Ketua Pemuda Pas Pusat 'berusrah' dengan mengatakan Kepimpinan adalah amanah, bukan kebanggaan antara lain berkata ;

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.Baca di sini.

Setiuasaha Agung Pas Pusat Musatafa Ali berkata walaupun Pas ada petandingan dan pemilihan dalam parti Pas tidak akan mengalami perpecahan.Tiada kempen berlebihan dalam Pas kata Cikgu Pa Ali.Ketika parti-parti lain termasuk Umno tangguhkan pemilihan Pas tetap mahu adakan muktamar pada Jun nanti.

Kempen dalam Pas tentu tak sama macam pemilihan dalam Umno yang jadikan politik wang sebagai senjata untuk menang dalam pertandingan.Kalau Pas pun buat lagu tu Pas memang tak layak ganti Umno! sebab serupa..

Naib presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata Jaga adab, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain..."Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.
"Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.Beliau juga berkata elak perang melalui media dan blog..""Kita kena berhati-hati dalam soal ini.

"Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah.

"Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi.

Pas sekarang tak macam dulu.Dulu Pas hanya ada negeri Kelantan saja sekarang bila Pas bersama PR , Pas dapat merasa nikmat jadi MB di Kedah dan ada pemimpin Pas di Selangor dapat jadi exco.Zaman dah berubah jika masih ada saki baki pemimpin Pas masih mahu timbulkan kerajaan perpaduan dengan Umno lebih baik berundur segera sebelum Pas tewas besar dalam pru akan datang.Pemimpin Pas yang berhati Umno mesti disingkirkan walaupun rasa pahit terpaksa ditelan sebab ia jadi ubat mujarab untuk selamatkan Pas bukan selamatkan pemimpin.

Menteri cakap bodoh cukai tanah dengan rebat pun tak tau beza

Banyak menteri kabinet Malaysia cakap macam orang bodoh dan tak sekolah walaupun ada kelulusan tinggi.Sebagai contoh menteri yang jaga kenaikan harga barang cakapnya melalut-lalut dan banyak bohong daripada yang betoi.

Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin dalam isu rebat cukai tanah di UUM yang kecoh gara-gara dipolitikkan untuk burukkan kerajaan negeri Kedah last-last makan diri sendiri nampak beliau yang bodoh.Mula-mula Khaled Nordin kata Kedah naikkan cukai tanah 10 kali ganda .Maka semua pun pakat bising dan riuh rendah dalam media termasuk profesor kangkung tumpang sekaki dok riuh cukai tanah tinggi.

Bila dah rakyat tahu tu bukan cukai tanah tapi rebat baru pakat buka mata dan rasa tersilap.Khaled Nordin pun kata pula tolak rayuan rebat UUM , menteri bidas Pas.Pi la minta kat kerajaan negeri buat surat rasmi bagi tak bagi belakang cerita ni dok riuh dalam media , media boleh bagi rebat ka?Baca juga di sini.Nak bohong pun biarlah nampak cerdik sikit.

Takkan Sarbaini bunuh diri kot?

Kes Sarbaini:Keluarga tak puas hati, nak tahu 'kisah sebenar'-M'insider

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

“Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

“Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar,” katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

“Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

“Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

“Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya,” tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.

“Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian,” jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.-TMI

Mati terkejut tu apa maksudnya?Bunuh diri ka?Takkan tergamak Sarbaini buat pilihan untuk bunuh diri.Seperti yang dikatakan sebelum ini kes rasuah kalau bersalah pun habis kuat takat kena penjara beberapa tahun saja bukan macam kes dadah boleh hukum gantung sampai mati kalau didapati bersalah di mahkamah.Cukup senang selesaikan kerja dengan hanya mengatakan mati mengejut.

Video tulen matipun mengejut...


Keluarga Ahmad Sarbaini tidak puas hati dengan hasil siasatan polis. — Foto oleh Jack Ooi-M-insider.

Berkaitan;
Kes Sarbaini:Polis rumus kematian mengejut tiada elemen jenayah-Themalaysianinsider
Polis:Siasatan kematian Sarbani sudah lengkap-Malaysiakini

Khamis, 21 April 2011

Isu Altantuya:Zahid Hamidi bagi 'warning' kepada angkatan tentera


Amaran kepada warga ATM jangan timbulkan fitnah

Para pegawai dan anggota tentera diberi amaran keras supaya tidak menimbulkan fitnah sehingga melanggar undang-undang negara kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap kerjaya masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya berperanan menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

Sebagai contoh katanya, perbuatan pegawai risik tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin yang menyebarkan fitnah mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia beberapa tahun lalu tidak dapat diterima sama sekali.

"Fitnah yang disebarkan Kolonel Azmi sehingga menyebabkan (penulis blog) Raja Petra Kamaruddin membuat Akuan Bersumpah memberi implikasi besar ke atas perundangan negara.

"Beliau (Azmi) kini digantung tugas sejak Jumaat lalu dan sudah tentu perbuatan itu perlu dibayar dengan harga yang amat besar," katanya selepas melancarkan penubuhan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diwujudkan sejak setahun lalu, malam ini.-Utusan Malaysia Online


TGHA: Saya sedia ditentang jika ada calon layak


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

Susulan komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Beliau menambah PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau.

Laporan media kelmarin memetik Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.-M'insider

Rabu, 20 April 2011

Aziz Bari:Pemuda Pas 'jangan naik minyak'


Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak “mengamuk dan naik minyak” ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini,” kata ahli akademik ini.

“Mungkin Dewan Pemuda Wilayah berasa PAS sekarang hebat. Itu hak mereka. Tetapi tak perlulah mereka mengamuk.

“Saya fikir elok mereka bekerja untuk memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik,” kata beliau dalam satu kenyataan balas hari ini.

Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

“Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

“Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004,” katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

“Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden,” katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

“Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

“Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca,” kata beliau lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Hadi sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa Aziz.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi pula berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi.

“Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Hadi mempunyai imej yang berbeza. Walaupun belum ke tahap meninggalkan Pakatan golongan ini sudah pernah mengungkit kedudukan mereka dalam Pakatan,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong perubahan dalam PAS.

Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini.

“Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu Umno senang dengan mereka,” katanya lagi.

Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik.

“Siapa raja, baik putera raja, ulama, cendekiawan dan lain-lain, perlu akur bahawa mereka tidak lagi kebal dari penilaian dan kritikan,” katanya lagi.

Aziz menambah, “komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka” tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

“Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya,” katanya lagi.

Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS.

“Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam.

“Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila dikritik bukan ciri parti politik,” katanya.

Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting.

“Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat.

“Sikap dolak dalik Presiden PAS dalam isu 16 September semua orang tahu. Begitu juga dengan gagasan kerajaan perpaduan,” katanya.

Aziz juga mengaitkan kritikan terbaru ini dengan prestasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

“Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu.

“Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut menanggungnya?” katanya.

Beliau seterusnya memberikan analogi “jika pemain gagal bermain dengan baik pasti ada yang tidak kena dengan sistem permainan dan taktik yang dipakai.”

“Dan, siapa yang hendak dipersalahkan? Jawabnya jurulatih atau pengurus pasukan. Kita akur bahawa menukar ketua tidak semestinya menghasilkan keputusan yang positif.

“Tetapi kita mesti mencuba. Kita tidak boleh mengekalkan pengurusan yang prestasinya hambar,” katanya lagi.-M'insider

Ketua Pemuda Pas Pusat pun kalau tak berapa 'cerdik politik' elok berundur bagi kepada orang lain yang bercambah dalam kepimpinan pemuda Pas pusat.Asyik-asyik pelawa Khairy dan bekas ketua pemuda Perkosa ja masuk Pas apa kejadahnya! Pemuda Pas kena naik minyak dengan Pemuda Umno yang tiap kali ada prk pemuda Pas asyik kena tonyoh ja..geram dengaq..

'Hari ni jam, sok cincin, lusa tali pinggang, tulat sapu tangan..'-Johari




Sementara itu Wira Arjuna dalam tulisannya di Malaysiakini Video seks:Siapa'whistle blower' sebenarnya? Antara lain berkata;

Sehingga hari ini, perdana menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi ketua pembangkang Ogos 2008.

Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya ketua pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang “whistle blower” bernama Anwar Ibrahim.Baca di sini.

Sementara itu Shuib Lazim bekas bendahari Perkasa berkata 'Tidak adil jika didakwa sebar video' :-)

Syed Hussin:SB tapis pelantikan pensyarah

Nasib baik Tun Mahathir tak kata Cina Sarawak Penggganas

Pemimpin Umno-Bn termasuk yang dah pencen mengulas kemenangan Dap di Sarawak sebagai rasis dan perkauman.Matematik politik Umno-Bn cukup senang nak bodohkan Melayu dan rakyat Malaysia yang menyokong BN dengan jadikan Dap sebagai kambing hitam bila BN kalah kepada Dap di 12 kerusi yang ditandingi Dap dalam prn Sarawak.

Parti berasaskan kaum ini ditunjangi Umno, MCA dan MIC di Semenanjung tidak dianggap rasis sedangkan ketiga-tiga parti inilah paling rasis dalam Malaysia.Masing-masing dakwa perjuangkan hak kaum masing-masing tapi sebenarnya mereka berkomplot sapu harta merdak rakyat untuk kenyangkan kroni masing-masing. Umno dapat projek kerajaan disedekahkan kepada taukeh-taukeh Cina MCA.Mereka 'Alibabakan' projek kerajaan dengan sapu komisen daripada taukeh-taukeh Cina MCA.Mereka rasa seronok duduk celah kangkang MCA janji dapat komisen.

Adakah Cina sokong pembangkang rasis?Adakah Melayu sokong pembangkang rasis?Adakah India sokong pembangkang rasis?Anak Tun Mahathir dan Tun Mahathir pun kata Cina tolak BN di Sarawak sebagai rasis.Gila ka apa?Adakah bangsa apa pun yang tolak BN di Sarawak sebagai rasis sedangkan rakyat Sarawak amat meluat sangat-sangat dengan Taib Mahmud yang kembali berkuasa di Sarawak yang tidak tunaikan janjinya untuk berundur daripada jadi ketua kerajaan di Sarawak.

Kalau DAP kalah semua kerusi yang ditandinginya di Sarawak pemimpin Umno-BN akan puji kata Cina Sarawak bijak buat pilihan tepat pilih BN, Cina Sarawak sokong 1Malaysia .Orang Cina bijak mengajar BN, mereka bukan peminta sedekah tepi jalan, mereka bukan harapkan subsidi tapi mereka mahu bagi tau kepada BN , undi hak rakyat, rakyat adalah raja di hari mengundi, meluat dengan sistem pemerintahan Taib Mahmud yang utamakan kroninya yang dah berkuasa selama 30 tahun.30 tahun Cina Sarawak sokong SUPP dan Taib Mahmud tak dianggap rasis tapi bila prn Sarawak BN hilang 12 kerusi di tangan Dap dianggap rasis.

Nasib baik Tun Mahathir tak kata Cina Sarawak sebagai pengganas macam Ibrahim Libya yang kena bunuh di Memali dituduh penggganas untuk halalkan pembunuhan tersebut.

Selasa, 19 April 2011

Pemilihan :Jangan terikut paluan gendang lawan-Presiden Pas



Saya masih tak nampak siapa yang layak ganti Presiden Pas TGHH.Sapa yang nampak tolong bagi tau.Tengok depan, belakang, kiri kanan tak nampak lagi siapa bakal ganti TGHH.

Pemimpin Pas kalau orang luar kritik sikit-sikit janganla cepat melenting tak ketawan hala macam terkejut buah durian luruh atas bumbung pondok tunggu durian.Dulu hang pa pakat panggil prof Dr Aziz Bari bagi pendapat hingga buat Seminar Memperkasakan Pas hari ni hanya bila prof tu usik sikit kata TGHH jadi liabiliti hang pa bedal prof tu cukup-cukup kata macam budak tadika la, bingung la..kalau prof tu budak tadika buat apa panggil prof tu bentang kertas kerja dalam seminar memperkasakan Pas di Taman Melewar tahun 2009 dulu.

Kata Aziz Bari yang dituduh agen Umno oleh pemimpin Pas pada masa tu,"Saya bukan tok bomoh dan tidak ada ubat untuk PAS," kata Dr Aziz Bari. Beliau juga berkata, "Saya bukan agen Umno. Daripada agen Umno lebih baik jadi agen CIA."-harakahdaily Nov 2009.

Jawatan Presiden Pas: Nak tukar tiang lama kena ada tiang baru

Banyak orang memperkatakan tentang jawatan Presiden Pas dalam muktamar Pas akan datang yang ada pemilihan samaada jawatan Presiden Pas akan ada pertandingan atau tidak.Jawatan Timbalan Presiden Pas yang disandang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dah confirm ada pertandingan.Salah sorang calon yang akan bertanding rebut jawatan Timbalan Presiden ialah Ajk Pas Pusat, Mat Sabu.Calon lain belum nampak lagi mungkin seminggu dua lagi akan muncul untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Hari ini bila baca laporan themalaysianinsider Penganalisis:Hadi Awang dilihat liabiliti, Pas perlu perubahan yang diulas pengkritik Pas Prof Aziz Bari seolah-olah Pas perlu menukar Presiden Pas.Senang cerita Presiden Pas perlukan pemimpin baru yang lebih baik daripada TGHH.Adakah benar TGHH liabiliti kepada Pas? Kalau TGHH jadi liabiliti siapa pula yang layak ganti TGHH untuk pegang jawatan Presiden Pas yang baru.Ada nampak muka-muka yang layak jadi Presiden Pas yang baru.Kalau ada siapa orangnya?Layakkah Nasharuddin Mat Isa jadi Presiden Pas?Layakkah Tuan Ibrahim Tuan Man jadi Presiden Pas?Layakkah Husam Musa jadi Presiden Pas?

Dalam prk Tenang, Kerdau, Merlimau, Galas,Bagan Pinang yang ditandingi Pas termasuk 5 kerusi di prn Sarawak semua Pas tewas mungkin ini yang dikatakan Presiden Pas TGHH liabiliti kepada Pas.

Adakah boleh dibuat perbandingan jawatan Presiden Pas sama macam coach kelab bolasepak?Kelab bolasepak terkemuka liga Inggeris Liverpool yang asyik kalah bila dilatih Benitez telah dipecat dan diganti dengan Kenny Dalglish dan nampak macam ada perubahan dalam skuad tersebut! Tentu orang akan kata tu main bola ni parti tak sama..tambah-tambah Pas parti yang memperjuangkan Islam , Presidennya mesti seorang ulama.Adakah hanya ulama saja yang layak jadi Presiden Pas?

Seorang peguam yang uruskan jual beli rumah di Selangor jadi Ketua Pemuda Pas Cawangan , saya tanya beliau, "Kenapa tak bertanding jawatan Ketua Pemuda Kawasan, dia kata ,"takat tu ja yang saya boleh atas lagi dah tak boleh."Beliau juga berkata kepada saya , "saya pilih Pas kerana bencikan Umno dan saya rasa bertanggungjawab untuk melawan Umno , kalau tidak lebih baik saya uruskan kerja-kerja saya sebagai peguam bukan rugi apa pun."

Ada orang kata kat saya, "Kalau nak tukar tiang rumah yang dimakan anai-anai dan bubuk kena ganti tiang baru, nak cari tiang baru kena cari tiang yang lebih elok dan berkualiti, kalau tidak baik tak payah tukaq."

Sama juga macam orang Pas yang tak berapa ok dengan MB Kedah tapi kalau bab berhujah dan ditanya wartawan MB Kedah rasa-rasa wartawan tak boleh makan dia...tang tu rasa-rasa MB Kedah ada kelebihan, bab lain lu pikir sendirila.

Tambahan;
Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin Pas-M'insider

Umno sapu duit rakyat untuk tembolok sendiri, bohong tak habis-habis



MB Kedah jawab isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia dan duit GLC dicilok masuk dalam poket pemimpin Umno.

Apa nak kira dengan Umno bab enjin jet hilang pun bohong.

Taib berani melawan Najib kerana beliau bukan Umno

Ini sama seperti yang saya katakan Taib Mahmud sikit pun tak takut kepada PM Najib dan pemimpin Umno-BN di Semenanjung dalam hal ehwal politik Sarawak.Taib bukan ahli Umno tapi Taib adalah Presiden parti PBB yang menang dengan 35 kerusi dalam prn Sarawak.

Pasca-Pru Sarawak:Hubungan 'mesra renggang Putrajaya
-Kuching-M'insider

Isu peralihan kepimpinan yang menjadi bahan kempen dan langkah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan “tergesa-gesa” mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dilihat akan mencetuskan hubungan pascapilihan raya negeri “mesra renggang” antara Putrajaya dan kerajaan negeri itu, kata beberapa penganalisis.

Malah penganalisis politik melihat tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan memenangi pilihan raya negeri Sarawak kerana ingin “menempelak” Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri.

“Ya . . . ya . . . beliau mahu tunjukkan beliau masih layak dan tengok keputusan beliau masih layak dan beliau masih boleh jadi ketua menteri,” kata Prof Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman.

“Pada pandangan saya, beliau cuba menempelak dan menunjukkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau masih mendapat sokongan dua pertiga, sokongan masih tinggi dan layak untuk menjadi ketua menteri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

BN memperoleh 55 kerusi iaitu lebih dua pertiga walaupun mengalami kemerosotan sebanyak tujuh berbanding keputusan 2006.

Malah, parti pimpinan Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang di kesemua 35 yang ditandingi iaitu kemenangan 100 peratus berbanding parti-parti lain.

Kata beliau, kemungkinan krisis antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak akan berterusan sekiranya Taib memutuskan untuk tidakberundur — walaupun sebelum ini diperkatana peralihan kuasa akan berlaku.

Malah Taib telah berjanji akan berundur “sekitar pertengahan penggal ini” dan akan menggunakan kesempatan sebelum bersara itu untuk membentuk kepimpinan barisan kepimpinan baru yang mantap.

“Ia (krisis) boleh terjadi, namun ia bergantung kepada rundingan yang akan dibuat selepas ini. Mungkin hubungan akan terjejas jika Taib masih berkeras untuk tidak berundur.

“Mungkin kalau dia (Taib) secara tiba-tiba cakap tidak mahu berundur atau buat-buat lupa akan janjinya, namun tindakan dia mengangkat sumpah itu menunjukkan dia tidak mengambil berat terhadap keprihatinan Perdana Menteri,” kata Ahmad Nidzammuddin.

Jelas beliau, Najib selaku Pengerusi BN juga tidak boleh terlalu berkeras mendesak Taib agar berundur kerana ia boleh menyumbang kepada perpecahan parti itu.

“Perdana Menteri tidak boleh paksa sangat. Jadi kena bermain cara selamat supaya tidak wujudkan keadaan yang bahaya kepada BN sebab Taib bukan dari Umno . . . dia dari PBB sebab itu dia berani (melawan).

“PBB adalah komponen BN yangkuat, kalau Najib masih desak dan paksa nanti dibuatnya PBB keluar habislah BN sebab itu Najib tak boleh berkeras sangat dengan Taib.

“Sebab itu, Najib terpaksa akur dengan keputusan itu. Kalau Taib kata tidak mahu, maka Najib kena ikut dan terpaksa tunggu keputusan Taib nanti,” katanya.

Ahmad Nidzammuddin juga tidak menolak tindakan Taib mengangkat sumpah dengan segera selepas BN menang dua pertiga kerana “bimbang” tidak akan dilantik memegang jawatan itu lagi.

Kabinet kerajaan negeri dibentuk semalam dan majlis angkat sumpah diadakan dengan lapan anggota sedia ada dikekalkan.

“Itu tak dapat pastikan (angkat sumpah segera), mungkin ada perundingan untuk desak melantik ketua menteri baru, dia (Taib) mungkin sudah dapat rasa tekanan itu dan malam itu juga dia terus minta untuk angkat sumpah segera.

“Ini bermakna dia membayangkan kalau dia lambat mungkin akan ada perundingan pihak tertentu untuk orang lain dilantik menjadi ketua menteri yang baru . . . sebab itu dia cepat-cepat angkat sumpah, dia bimbang akan ada orang lain akan ambil alih jawatan itu.

“Mungkin dia juga bimbang pihak atasan akan pujuk atau desak dia agar undur diri sebab itu dia desak untuk angkat sumpah pada malam itu juga,” katanya.

Kata pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), keputusan Taib itu menyebabkan banyak pihak termasuk BN “terkejut” kerana tidak menyangka angkat sumpah dibuat pada malam keputusan pilihan raya — ketika wakil rakyat dan jentera pilihan raya menyambut kemenangan di kawasan masing-masing.

“Ramai orang yang tertanya-tanya kenapa mesti buat pada malam itu? Orang tengah sibuk di kawasan masing-masing tapi dia boleh cepat angkat sumpah pula,” katanya lagi.

“Mengikut undang-undang dia boleh angkat sumpah tapi dari sokongan parti beliau harus faham . . . masa beliau sudah terlalu lama, beliau patut beri peluang kepada muka baru, zaman beliau sudah berlalu,” katanya.

Tambah beliau, langkah Taib itu akan memberikan impak kepada BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya ada dengar tentang betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu dia berundur kerana beliau (Najib) memikirkan tentang kepentingan Sarawak yang mana rakyat suka dapat ketua menteri yang baru, macam satu masalah kalau tak nak berundur.

“Jadi Perdana Menteri dalam keadaan serba salah, keadaan beliau (Taib) itu sepatutnya sudah berundur, BN dapat menang dua pertiga pun kerana bantuan kerajaan pusat,” katanya.

Tegas Ahmad Nidzammuddin, langkah Taib itu juga akan menyebabkan beliau menjadi liabiliti kepada BN.

Justeru, beliau berkata Taib perlu memberikan tarikh bila akan berundur daripada jawatan itu.

“Bila tak bagi masa orang ragu-ragu, berapa kali cakap akan berundur tapi tidak, Perdana Menteri nak berundur demi menyelamatkan BN supaya beliau tak jadi liabilti dan untuk juga hadapi pilihan raya umum.

“BN masih berasa bimbang akan pilihan raya umum ke-13 di Sarawak nanti, jadi beliau perlu berikan tarikh bila akan berundur supaya ia akan menyakinkan orang ramai,” katanya.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 yang berakhir Sabtu lalu.

Malah Pakatan Rakyat menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Selain itu, Najib juga telah mengumumkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri itu, namun Taib menegaskan hanya akan berundur beberapa tahun lagi.

Pendapat Ahmad Nidzammuddin itu disokong Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin sambil menambah, adalah wajar Taib memberikan satu tarikh yang tepat untuk beliau berundur.

“Orang akan lihat janji kata akan bersara, beliau (Taib) tak ada pilihan selain kotakan janji kalau tidak akan beri kesan kepada BN nanti . . . isu Taib sangat beri kesan kalau tak letak jawatan seperti yang dijanjikan.

“Saya ingat ia penting kotakan janji, kata akan letak jawatan jadi beliau kena kotakan janji, sama ada letak jawatan atau tidak... jika tidak ia akan beri kesan dan jadi liabiliti kepada BN nanti,” katanya.

Jelas Ghazali, beliau juga percaya tindakan Taib itu dibuat kerana kemungkinan akan ada calon lain yang lebih berkelayakan untuk memegang jawatan ketua menteri bagi menggantikannya.

“Ia agak luar biasa sebab seolah-olah tak sempat nak tunggu esok, kemungkinan ada calon lain dan ada desakan orang lain akan jadi ketua menteri.

“Apa yang dilakukan agak luar biasa kerana nak kata BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tidak, sudah pasti BN pegang teraju pemerintahan . . . jadi tidak perlu nak gesa-gesa, mungkin ada calon lain sebelum itu berlaku segera dilantik sebagai ketua menteri,” katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata peralihan kuasa itu akan dibuat selepas Taib membentuk Kabinet dalam kerajaan negeri Sarawak.

“Dia akan buat peralihan kuasa maksudnya selepas bentuk Kabinet baru akan buat peralihan kuasa.

“Peralihan kuasa itu akan berlaku cuma akan bentuk Kabinet dulu, siapa pengganti akan buat selepas ini, tindakan itu (angkat sumpah) adalah satu tindakan yang betul,” katanya.

Ini kerana jelas Samsul Adabi, Taib adalah individu yang layak untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri ekoran kejayaan PBB memenangai kesemua 35 kerusi yang ditanding parti.

Malah, sebagai Presiden PBB, kata beliau Taib adalah individu yang tepat dipilih sebagai ketua menteri sebelum sebarang peralihan kuasa dibuat.

“Pertama dari segi kesegeraan angkat sumpah itu diutamakan untuk bentuk kerajaan dan dia masih mengetuai kerajaan negeri kerana parti dia menang semua kerusi berbanding parti lain dalam BN.

“Jadi peralihan kuasa itu akan berlaku selepas Kabinet baru dibentuk bukan selepas dia menang,” katanya.

Isnin, 18 April 2011

Rakyat Sarawak mahu Ketua Menteri baru bukan kabinet baru


Taib Mahmud sudahpun ditabalkan semula sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi penggal baru.Angkat sumpah Taib sebagai Ketua Menteri pula bukan pagi hari atau sesudah subuh tapi malam tu juga selepas kemenangan BN di Sarawak diumumkan.Taib dah tak sabar nak tunggu siang menjelma takut-takut PM Najib bawa orang lain pula pi mengadap Yang Dipertuan Negeri Sarawak angkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Angan-angan rakyat Sarawak berketuakan Ketua Menteri Sarawak selain Taib Mahmud tak kesampaian macam rakyat Mesir yang berjaya tumbangkan Hosni Mubarak di jalanraya setelah genap 30 tahun perintah Mesir sama macam Taib.Taib ada tuah mungkin kerana ada bini muda ha ha.

Setelah Taib Mahmud kembali berkuasa di Sarawak Taib pun kata ,"Saya akan bentuk kepimpinan baru."Taib nak lantik saf kepimpinan baru tapi kuasa mutlak tetap ada pada Taib dalam menentukan segala-galanya.Lantik saf kepimpinan baru di Sarawak samalah macam tukar tayar baru tapi enjin tetap lama.BN Sarawak seolah-olah tidak ada pemimpin muda dan berkaliber untuk gantikan Taib Mahmud atau BN pusat memang pengecut dan takutkan Taib Mahmud.

Rakyat Sarawak bukan mahukan kabinet baru saja tapi bila BN dah kembali berkuasa di Sarawak mereka mahukan Ketua Menteri baru selain Taib Mahmud.Bagi Taib desakan demi desakan supaya beliau berundur termasuk daripada Najib dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia tak dipedulikannya kerana Taib tahu mereka pemimpin Umno tak berani untuk jentik Taib hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja.

Taib masih anggap Sarawak adalah simpanan tetap BN bagi kerusi parlimen untuk sekat kemaraan PR ke Putrajaya.Rakyat yang menyokong Bn di Sarawak pun harapkan Taib berundur tapi apakan daya Taib amat berkuasa di Sarawak kalu tidak takkan tengah malam boleh angkat sumpah jadi Ketua Menteri