Isnin, 28 Februari 2011

Hanya fatwa Muhyiddin dan pemimpin Umno tak rosak akidah




Lagi Menteri Barang Naik Cakap Terlampau Cerdik


Ismail cabar Pas jual gula harga rendah di negeri pembangkang-Berita Harian Online

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS untuk menjual gula pada harga lebih rendah di semua negeri yang ditadbir pembangkang.

Beliau mendedahkan perkara itu selepas pihaknya mengesan ada penyokong pembangkang yang menjual gula pada harga RM1.80 sekilogram.
Ismail Sabri berkata demikian pada program Pemodenan Kedai Runcit Koperasi Rumpun Makmur di sini, hari ini.

Nak komen apa lagi kalau menteri cakap terlampau cerdik macam ni memang patut pun jadi menteri.PR memang tak mampu turunkan harga gula..jadi BN yang berkuasa di pusat teruskan lagi naik harga gula! biar semua rakyat mampoih...apa nak heran rakyat tetap sokong Umno..

Siapa yang berkuasa tentukan harga gula yang jadi barang kawalan?Kalau yang ni pun tak boleh jawab teruskan sokong BN untuk 100 tahun lagi.Menteri macam ni tak ada di negara dunia ke tiga semua berada di negara maju seperti Jepun, Korea, German,USA, Perancis dan sewaktu dengannya!


Bik Mama kempen di Kerdau naik helikopter

Tak pernah -pernah Bik mama Rosmah Mansor berkempen dalam pilihanraya kecil tapi di prk Kerdau Bik Mama kempen siang malam demi untuk menangkan Najib laki beliau bukannya calon BN di prk Kerdau! Siap naik helikopter lagi pergi berkempen di Kerdau. Guna bajet sapa pakai helikopter berkempen?Helikopter sapa punya persendirian atau atas bajet kerajaan?Salah guna kuasa , wang rakyat tak jadi isu dalam setiap pilihanraya bagi Umno-Bn sebab dari dulu, kini dan selamanya inilah perangai Umno.

Rosmah naik helikopter-Malaysiakini

Kali ini, walaupun kempen baru masuk hari kedua, Najib dilihat memecut awal dan mahu memenangi hati 8,999 penduduk di kawasan itu apabila bertungkus-lumus menghadiri pelbagai program dan lawatan di DUN itu - yang dibaca sebagai kempen pilihan raya – sejak daripada awal pagi.

Malah isterinya Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringinya ke kawasan 3+1 yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.

Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi tadi.

Hari ini sahaja, sejak 9.30 pagi tadi hingga enam jam sesudahnya, Najib menghabiskan masa di enam kawasan, termasuklah Jengka 23, Jengka 22, Kampung Baru Sarwar, Jengka 25 dan daerah mengundi Kerdau.-Malaysiakini.

Kerdau BN kalah macam Najib yang kalah.Bik Mama yang kalah.Najib kena umum projek berpuluh juta di Kerdau untuk para pengundi undi BN, tambah majoriti.Rasuah pembangunan berjela-jela di Kerdau dan Merlimau. Ada YB tumbang ada projek masuk dalam poket kroni BN..jalan tar baru semua kroni BN dapat .Lagi banyak mati lagi untung kroni BN.

Islam Sederhana: Ajaran Baru Umno-TGNA

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini. Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

FirmanNya :

وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً

Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36.

Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 / 27 Februari 2011

Ahad, 27 Februari 2011

Ini Ajaran Umno-Apco,Pencinta Kamal Ataturk, Benci Ulama


Gambar sebelah kain rentang Umn0-Bn semasa penamaan calon prk Merlimau 26 hb Februari , sabtu yang hina Tok Guru Nik Aziz.Gambar ini dicopy daripada facebook Topeng Perak Unmasked's.

Inilah budaya Umno-Bn yang jadikan Apco Yahudi sebagai penasihat mereka.Pemimpin Umno melaungkan semua pihak buat kempen cara bersih tapi pada hari penamaan calon lagi dah tunjuk sikap buruk, biadap dan kurang ajar mereka terhadap sesama Islam.SPR pulak jadi kuda tunggangan Umno haram tak berani kata apa.

Tidak hairanlah kenapa Presiden Umno dan PM Malaysia Najib kalung bunga di makam Kamal Attaturk dalam lawatan ke Turki (gambar sebelah) dan anggap ulama tersohor dunia Yusof Al Qardhawi dan Ikhwanul Muslimin Mesir sebagai agen pengganas.Mungkin inilah caranya Apco ajar Umno-Bn benci golongan ulama muliakan pengkhianat Islam untuk disanjung dan dipuja.

Umno memang benci dengan golongan agama hanya pandai bermuka-muka
sambut Maulidurrasul SAW tapi dalam masa yang sama mereka benci golongan ulama yang jadi pewaris nabi.

Berkaitan;
Islam Sederhana, ajaran baru Umno ditempelak Nik Aziz-Malaysiakini

Sabtu, 26 Februari 2011

Ini kerja Samseng Kampung Dusun, buat fitnah

Adnan fitnah Pas isu sijil calon BN-Harakahdaily

PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.

"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.

Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.

Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.

Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.

Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.

“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.-harakahdaily

Mungkin calon Umno-Bn di Kerdau bukan pilihan MB Samseng Kampung Dusun tapi pilihan Najib lalu buat fitnah supaya orangramai kata memang betul calon BN tu tak ada sijil Al-Azhar.Bila orang dah mula cakap Samseng Kampung Dusun pun kata ini kerja Pas fitnah calon BN.Ini kerja baling batu sembunyi tangan sapa mau ngaku...macam-macam boleh jadi ..

Masa ni lah berita beribu ahli Pas dan PKR keluar parti diumumkan dalam media.Tak ada pilihanraya tak ada pulak orang keluar parti.Kalau kira laporan media sejak sekian lama orang Pas keluar parti , Pas dah lama hilang kuasa di Kelantan!

Berkaitan;
Calon BN terus bergelut dengan isu sijil akademik-Malaysiakini
Wanita Umno Jasin boikot calon BN, tutup bilik gerakan-KeadilanDaily

'YB Mati Merlimau Maju'


Dah confirm satu lawan satu dalam dua prk di Merlimau dan Kerdau.Hanya parti Pas dan Umno-BN saja yang berlawan.

Umno-BN bawa janji pembangunan berjuta-juta untuk tarik pengundi menangkan calon BN di Merlimau dan Kerdau.Sama macam Gaddafi diktator tua Libya yang janji pembaharuan ekonomi setelah ramai rakyat Libya dibunuh dengan menjanjikan kenaikan gaji kakitangan kerajaan 150%, bantuan duit untuk setiap isi keluarga yang layak.

Ali Rustam Ketua Menteri Melaka yang mengistiharkan Melaka Maju 2010 tapi antara negeri yang banyak hutang. Hutang banyak tak penting yang penting Melaka dah maju..

Dun Merlimau akan lebih maju sebab ada YB dah mati.Merlimau dapat jalan baru, longkang baru, bot baru, projek pembangunan segera datang mencurah-curah rakyat seronok dapat habuan segera.Tak mintak pun dapat.

Rasuah , salah guna kuasa, seleweng wang rakyat tak penting yang penting rakyat dapat habuan bila ada YB mati.

PM Najib pun kata minyak RON 95 tak akan naik harga.Selepas PRK Merlimau -Kerdau dan pilihanraya negeri Sarawak adakah minyak petrol tak naik harga?Janji mau manis , mulut mau cakap baik-baik pada rakyat sebab sekarang musim pilhanraya, yang penting rakyat percaya !

Gambar sebelah semasa penamaan calon di prk Merlimau hari ini.

Baca juga ;
Satu lawan satu BN-Pas di Merlimau, Kerdau-Malaysiakini
BN lawan Pas di dun Merlimau dan Kerdau-TMI

'Gaddafi akan bunuh diri atau dibunuh'

Seorang menteri kanan Libya yang berpaling tadah dan menyertai penentang meramalkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, tidak mungkin menyerah kalah menyebabkan beliau sama ada 'akan dibunuh atau membunuh diri'.

Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel-Fattah Younis al-Obeidi, sudah meletakkan jawatan dan menyertai ‘revolusi popular’ yang bermula di negara itu minggu lalu.
Beliau meramalkan kemenangan rakyat tetapi menegaskan, Gaddafi merancang serangan besar-besaran ke atas orang awam. Menteri itu berpaling tadah selepas mengetahui hampir 300 orang awam yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi sejak beberapa hari lalu.

Dalam satu temuramah, Obeidi berkata: “Gaddafi memberitahu saya bahawa beliau merancang menggunakan pesawat ke atas penduduk di Benghazi dan saya berkata kepadanya tindakan itu akan menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.”

Obeidi menyatakan sokongannya kepada rakyat yang menyertai revolusi itu dan menegaskan mereka akan memperoleh kemenangan dalam ‘beberapa hari atau jam’.

Beliau juga menyeru pasukan keselamatan Libya agar menyertai penentangan itu.

Obeidi adalah seorang lagi pemimpin kerajaan Libya yang meninggalkan rejim Gaddafi selepas peletakan jawatan sekumpulan duta dan diplomat sebagai bantahan kepada keganasan berterusan yang dilakukan kerajaan Tripoli ke atas penduduk bermula 17 Februari lalu.
Pertumpahan darah berterusan selepas sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam kejadian terbaru militia Gaddafi menembak penunjuk perasaan yang keluar daripada beberapa masjid di ibu negara.

Penunjuk perasaan melaungkan nama Gaddafi berpusu-pusu keluar dari masjid dekat Dataran Hijau selepas solat Jumaat dan berdepan askar dan anggota militia.
Tembakan juga dilepaskan dari atas bumbung bangunan dekat dataran itu. -Berita harian online/agensi.

File 10486

Jumaat, 25 Februari 2011

Demo anti Gaddafi: Polis 'berdemontrasi' bukan penunjuk perasaan

Ketika seluruh dunia berdemontrasi kecam pemimpin diktator Libya Muammar Gaddafi bunuh rakyatnya yang tak berdosa yang sudah cecah 2000 orang , di Malaysia demontrasi yang sama hari ini depan kedutaan Libya dapat layanan berbeza daripada pihak polis Malaysia.

Pihak polis yang berkawal depan Masjid Tabung Haji sejak sebelum solat Jumaat lagi menampakkan bahawa demontrasi hari ini gagal! Rakyat Malaysia yang turun tunjuk perasaan tak sampai 100 orang dihalang pihak polis yang jumlahnya hampir 2000 orang. Tah apa yang depa nak jaga tak tau la..

Pihak polis dengan SB, FRU dan lori water cannon siap menunggu untuk halang orang ramai daripada Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Libya.Polis tunggu depan masjid Tabung Haji, depan rumah Duta Libya dan depan Kedutaan Libya.Jumlah mereka begitu ramai.Anggota polis yang langsung tak prihatin dengan kekejaman Gaddafi menjerit tangkap! tangkap! ini arahan!

Pihak polis juga mengarahkan orangramai supaya tidak meneruskan niat mereka ke kedutaan Libya dengan berkata,"orang kata balik! balik laaa! dengan nada yang begitu biadap. Seorang rakyat Libya yang terpinga-pinga dengan tindakan polis hampiri pihak polis untuk minta penjelasan tapi pihak polis menjerit kasar Go! Go! Go! langsung tak reti nak cakap
elok-elok! (ini apa yang berlaku daripada Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Libya). Tu aku kata demontrasi hari ni bukan oleh golongan anti Gaddafi tapi demontrasi oleh pihak polis..

PM Najib tak payah la dok bercakap kesal dengan tindakan Gaddafi bunuh rakyatnya kerana menentang beliau, Najib suluh muka depan cermin dengan tindakan pihak polis halang demontrasi aman simpati dengan rakyat Libya hari ini.

Kerajaan Umno-Bn bimbang dengan kebangkitan rakyat dunia Arab dan Afrika merebak ke Malaysia.Tok sah bimbang la woi! rakyat Malaysia 'suka' sangat dengan BN...

Pihak Pas diketuai Syed Azman dan Mat Sabu muka lain tak nampak sibuk dengan prk Merlimau dan Kerdau.Gambar di atas semasa orangramai daripada Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Libya.

Akhbar Utusan bagi 'free' pun orang tak mau

Semasa timbul isu Tun Mahathir dengan Tok Guru Nik Aziz yang berlawan hujah, anak saya yang bersekolah di Perlis di sekolah agama berasrama penuh menelefon saya berkata , "Ayah sekolah kami dapat naskah percuma akhbar Utusan." Saya tanya dia, "semua pelajar dapat ka?"Dia jawab, "ya." Saya kata, "Baca boleh tang percaya jangan." Saya tak pernah baca suratkabar lama dah sejak ada media baru. Dulu ya la ada baca akhbar edisi cetak tu pun tengok berita dunia dengan sukan saja .Tapi media baru semua berita tak kira pro kerajaan atau pembangkang saya tengok.

Pejabat kerajaan di negeri Selangor (SUK) sekarang disediakan akhbar pro pr seperti Harakah dan juga akhbar tak berkala Keadilan.Dulu mampoih tak boleh masuk pejabat la ni ok ja no problem.Tu nikmat jadi pemerintah.

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma-Malaysiakini


utusan mahathir malay losing power 240910

Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau

PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kiri) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.-Harakahdaily

Berkaitan;

PRU 13: Pas optimis pengundi Melayu 'kekal' sokong Pakatan Rakyat-TMI

Khamis, 24 Februari 2011

Lepas Solat Jumaat Demontrasi Depan Kedutaan Libya

Esok di Kuala Lumpur ada acara demontrasi depan Kedutaan Libya.Semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan pembunuhan kejam oleh Presiden Libya Diktator Muammar Gaddafi terhadap rakyatnya sendiri dijemput hadir beramai-ramai .Ini demontrasi aman yang akan turut disertai rakyat Libya dan warga tempatan.Jangan lupa..

Tempat :Kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur. Demontrasi bermula selepas solat Jumaat jam 2.30 petang.Baca juga di sini.

Gaddafi telah hilang sokongan diplomatnya di luar negara, pegawai pegawai tentera telah berpaling tadah menyokong kebangkitan rakyat begitu juga dengan pemimpin puak dan suku kaum. Tak lama lagi Gaddafi akan senasib dengan Ben Ali dan Mubarak walaupun Gaddafi kata akan berjuang hingga ke peluru yang terakhir..Tengok video di sini.

Reuters wire agency is starting to move some images from Libya - here's a shot out of Tobruk, where we can see burnt security vehicles in the background.

File 10071


MB Pahang bercakap macam 'samseng kampung dusun'

MB Pahang Adnan Yaakob memang tak disukai ramai termasuk orang Umno sendiri. Gedebe tak ketawan hala.Baru kena cuit sikit dengan wartawan dah naik minyak .Lagu ni punya MB buat malu rakyat Pahang dan orang Umno sendiri. Bagi Umno kalau depa ingat kata kualiti dan akhlak penting nak jadi MB memang Adnan Yaakob paling tak layak jadi MB di Malaysia.

Tapi kalau Umno ingat kualiti , akhlak dan moral tak penting janji ada pengaruh, boleh maki hamun orang, berani lawan pembangkang walaupun dengan isyarat lucah, berani cabar orang walaupun nampak buat kerja bodoh sebagai MB, Adnan Yaakob paling sesuai jadi MB Pahang!

Pas pun kalau nak buat kerja bodoh terikut-ikut gaya 'samseng kampung dusun' ni buatlah baru orang kata 'Pas pun sama macam Umno'..tak sama tapi serupa tang perangai!

Ni kisah lama dicabar Nan Yaakob bila kena cuit dengan wartawan;

Kerdau:MB sanggup bantu tampal 'isyarat tangan'
-Malaysiakini

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu "isyarat tangan" yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan "isu lama" itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan "isyarat tangan" itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.-Malaysiakini.

Layakka sebagai seorang MB bercakap macam tu bila kena usik dan cuit dengan wartawan?Tapi kata orang bapa borek anak rintik..gambar bawah daripada Malaysiakini.

Baca juga;
Kerdau-Jadikan undi anda protes kepada kegagalan kerajaan BN

Pilihanraya Kampus: 'jangan sampai dilabel macam Burma', kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Memang patut pun Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin letak jawatan dan digantikan dengan Timbalannya Datuk Saifudin Abdullah (Gambar) yang lebih 'cool' dan lebih memahami masalah pelajar-pelajar di menara gading.Kalau tengok komen-komen Khaled Noordin seperti yang disiarkan Harakahdaily dalam twitternya isu pelajar UPM buat bantahan pembatalan kemenangan calon pro M di UPM memang elok sangatla Khaled Noordin berundur.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Safuddin Abdullah ketika mengulas insiden yang berlaku di UPM seperti yang dilaporkan Malaysiakini berkata, "Saya ingin ulangi kenyataan saya sebelum ini, bahawa saya “tidak mengarahkan” Naib Canselor, sebaliknya “memberi pandangan” kepada pihak universiti tentang cara terbaik mengatasi isu tersebut. "Pada saya, alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar kerana:

"Alasannya ialah kumpulan tersebut berkempen secara kumpulan. Saya anggap alasan ini tidak munasabah kerana umum tahu bahawa pihak yang membuat bantahan itu sendiri adalah sebuah kumpulan juga. Ini diakui sendiri oleh seorang daripadanya dalam perbincangannya dengan saya hari ini. "Pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri. "Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang kita akan dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya pada 1990, atau AS, EU dan Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006.

"Saya memuji kesediaan dan keterbukaan naib canselor UPM bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malah keterbukaan beliau telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik," tegasnya. Bagaimanapun, katanya, beliau kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu, tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan.

"Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.

"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," tegasnya.-Malaysiakini.

Berkaitan;
TNC UPM:Tiada sebab saya perlu minta maaf-TMI

Saman trafik 18 juta :jangan ugut rakyat!


Solah Mat Hassan (kiri) bersama Abdul Aziz Yusof (tengah) dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Mohamad Sauffi Mohamad pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan kadar kompaun baru kesalahan lalu lintas di Putrajaya, semalam.

Bayar Sekarang!-Utusan Malaysia Online

Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.

"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.-

"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.-Gambar dan berita Utusan Malaysia Online

Rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga barang petrol, gula , gas, minyak masak jangan nak ugut-ugut rakyat suruh bayar segera.Rakyat yang tidak punya wang hanya cukup untuk sara keluarga, anak sekolah, bayar kereta, bayar rumah macam mana nak bayar segera saman trafik secepat mungkin. Mungkin rakyat yang takut dengan ugutan akan terus terpa pergi bayar dekat kaunter saman trafik tapi kalau dah tak ada duit ugut macam mana pun tentu tak jalan.

Apa kata kerajaan BN turunkan semua harga barang dan bagi ruang rakyat bernafas untuk bayar saman ni baru ada tolak ansur! Tang saman pun rakyat didahulukan kena bayar cepat-cepat, tang naik harga barang pun rakyat didahulukan ..ini bebankan rakyat namanya bukan tolong rakyat.

Awat BN tak dak duit sangatka sampai nak 'kejan-kejan' ( paksa) rakyat segerakan bayar saman trafik lepas tu buat cadangan baru pulak supaya saman DBKL pun kalau tak bayar nak di senarai hitamkan rakyat..Tah-tah ada udang disebalik batu dok kumpul duit saman cepat-cepat daripada rakyat.Maklumlah pru 13 dah dekat.

Tekan rakyat, paksa rakyat selagi boleh tekan tapi bila rakyat dah bangun, dah bangkit Bn pun akan terima nasib macam Tunisia, Mesir,Yaman, Bahrain, Algeria, Maghribi dan Libya.Sekarang kita dok kutuk kata MuammarGaddafi pemimpin Libya yang berkuasa selama 42 tahun sebagai zalim, Bn juga kena suluh muka depan cermin tengok atas bawah depan belakang zalim ka tak zalim perintah Malaysia 50 tahun lebih!

Menteri , TNC HEP UPM patut letak jawatan

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Noordin dan TNC HEP UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan patut letak jawatan dengan insiden yang berlaku dalam pilihanraya kampus UPM yang memalukan.

Kemenangan calon-calon pro M telah dibatalkan namun setelah didesak pihak pelajar ,pembatalan kemenangan calon pro M telah ditarik balik.(gambar atas daripada Kosmo! dan bawah daripada Malaysiakini)

SEKUMPULAN pelajar merempuh sekatan di pintu masuk bangunan pentadbiran UPM kerana tidak berpuas hati dengan pembatalan kemenangan 11 calon Pro-Mahasiswa di Serdang semalam.Baca di sini.-Kosmo!

Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.

Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.

Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".-Baca lagi di Malaysiakini Pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar.

Menteri, Jeneral Libya Letak Jawatan



Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.

Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.

Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya. -AP/Agensi/Berita Harian Online

Berkaitan;
Gaddafi loses more Libyan cities-aljazeera
Libyan protests: Gaddafi battles to control west-BBC

Rabu, 23 Februari 2011

Jangan minta nyawa sudahla..

Mintalah sungai pun nescaya dapat-Harakahdaily

PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.-Harakahdaily

Mintak jangan tak mintak cuma jangan mintak nyawa sudahla yang ni Umno takut..takut mati .

Dalam universiti pun ada diktator

Siswa Berang:Kemenangan Pro M Dibatalkan-Malaysiakini

Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Menurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

NONEPelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.

Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.-Malaysiakini.

Seluruh dunia sedang menyaksikan kebangkitan di seluruh dunia Arab dan Afrika menghambat pemimpin diktator tua supaya turun takhta sementara kita pilihanraya universiti pun berlaku penyelewengan dan ketidakadilan. Kalau pilihanraya universiti pun jadi huru-hara bagaimana dalam pru 13 akan datang lagi huru hara nampaknya.

Buat apa nak dibatalkan kemenangan calon yang menang bukan boleh mengubah pucuk pimpinan negara hanya sekadar pilihanraya dalam kampus saja.Apa yang hendak ditakutkan?

Berkaitan;
UPM batal status calon Pro Mahasiswa termasuk 10 pemenang-TMI
Angin perubahan pada pilihanraya kampus-Malaysiakini
Kecoh, pelajar cuba larikan fail bukti-Malaysiakini
Lokman:Mengapa saya cuba larikan fail-Malaysiakini

Boleh percaya ka cakap Menteri ni..?

Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob mengenai isu kenaikan harga petrol Ron 95 yang dijangka naik lagi;
"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).Baca semua di sini.

Muka ni bila cakap bab harga barang naik, minyak petrol naik dah ada sejarah dah.Bila dia kata tak naik hang pa tunggulah lepas prk Merlimau dan Prk Kerdau naik ka tak naik harga petrol Ron 95.Berapa banyak naik kita pakat tunggu nanti.

Modal utama nak naik harga minyak ialah kerajaan tak larat nak tanggung subsidi, minyak kita masih murah jika dibandingkan dengan Singapura negeri tak dak minyak .Ini semua cakap auta mau tipu Melayu dan rakyat Malaysia.

Kalut sangat dengan nak tanggung subsidi tolong rakyat tapi bila saham Bumiputera bernilai RM52 bilion lesap tak rasa kalut pulak, buat muka selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku.

'Selangor Terkini': Umno baling batu sembunyi tangan, dayus

Umno nafi terbit 'Selangor Terkini'-Bernama

Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus hari ini menafikan dakwaan kerajaan PKR-DAP-PAS negeri Selangor bahawa Umno negeri itu menerbitkan akhbar “Selangor Terkini”.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu bagaimanapun berkata beliau ada mengedar akhbar itu di salah satu program anjurannya setelah menemui akhbar itu di hadapan pejabatnya di Kuang, dan mendapati ia senada dengan perjuangan Umno.

“Jadi, apa salahnya kalau saya edarkan pada program anjuran saya daripada melihat ia terbuang begitu saja?,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Abdul Shukor mengulas dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa pemimpin Umno terlibat dalam penerbitan dan pengedaran akhbar “Selangor Terkini”.

“Selangor Terkini” dilihat sebagai saingan kepada “SelangorKini” terbitan kerajaan negeri.

Faekah pada persidangan media di sini hari ini berkata kerajaan negeri telah pun membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 17 Januari lepas terhadap “Selangor Terkini” kerana menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran. — Bernama

Jawapan Ketua Penerangan Umno Selangor itu nampak sangat baling batu sembunyi tangan, pengecut ,dayus tak mau ngaku. Akhbar tersebut boleh pulak diedarkan walaupun tanpa nama penerbit dan pencetak kerana menyokong Umno. Penguatkuasa KDN diam tak kata apa .Tidak ada serbuan dan siasatan daripada Kementerian Dalam Negeri, kalau libatkan akhbar-akhbar alternatif , majalah kartun politik laju nak serbu walaupun ada permit. Yang pasti Umno memang penakut tak berani berdepan secara 'gentleman' dalam berpolitik. Kalau berani sila tulis nama penerbit sapa pun tak riuh dah..

Selasa, 22 Februari 2011

Umno Tak Pernah Jawab Saham Bumiputera RM52 Bilion Lesap

Sejak saham Bumiputera RM52 Bilion lesap dan dibangkitkan banyak pihak termasuk bukan Melayu, pemimpin Umno yang jadi berlagak dan tunjuk hero perjuangkan nasib umat Melayu langsung tak pernah jawab isu tersebut.NGO songkok tinggi dan pro Umno juga buat tak tahu sebab kerja depa hanya pertahankan Umno daripada tumbang dalam pru 13 akan datang.Kalau Umno aniaya atau dajjalkan bangsa Melayu dengan kikis duit saham Bumiptera mampoih pi la janji Umno terus berkusa dulu kini dan selamanya.

Kalau ada kes libatkan PR walaupun sebesaq hama mereka akan meluru sakan tonjolkan diri menjerit-jerit macam tak makan 3 hari kononnya PR derhaka Raja, seleweng duit tapi tapi bila diminta bukti mula meloroih ke belakang sebab rasa 'kemaluan'.Kalau betoi sungguh PR seleweng duit rakyat baguih la kita pakat hentam ni tak taw hujung pangkal main terpa sebab nak nama ja tak lebih daripada tu.Orang Melayu yang berfikiran waras tidak akan termakan mainan kotor puak-puak ni.

Mana NGO Gaps, Perkasa dan yang seangkatan dengannya dalam isu saham RM52 Bilion hilang kalau betoi nak perjuangkan nasib bangsa Melayu?Mari kita bersatu desak Umno di mana hilangnya saham RM52 Bilion kepunyaan Bumiputera.

Kenapa sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan hingga DEB dihapuskan dan diganti dengan macam-macam dasar untuk majukan bumiputera kita orang Melayu terus dianggap miskin walaupun kita mendakwa negara ini kepunyaan kita?Sebenarnya kita orang Melayu kena tipu dengan Umno, kena kencing dengan Umno ...Umno mahu kita orang Melayu bertongkatkan Umno sampai bila-bila supaya Umno terus berkuasa di negara ini kayakan kroni Umno, kayakan kroni MCA dan MIC.

Tunggulah 100 tahun lagi pun kita akan terus dianggap miskin kalu terus bertongkatkan Umno, berpayungkan Umno, yang miskin kita yang kaya Umno!Zaman Tun Mahathir 22 tahun perintah didakwa perabih RM100 Bilion, lepas tu Tun Mahathir pulak kata zaman Tun Abdullah perabih duit RM270 Bilion kalau takat RM52 Bilion lesap apa kita nak heran...semua pakat telan yang teruk kita orang Melayu pakat terhegeh-hegeh nak perjuangkan Melayu sementara yang di atas pakat sapu kenyangkan kroni.Ada anak-anak pemimpin Umno hidup melarat minta sedekah sana -sini?Mereka semua kaya cik oii jadi jutawan lagi.Kalau kaya duit titik peluh sendiri tak pa la tapi kalau kaya dengan songlap duit rakyat , seleweng duit rakyat ok ka?

Tu baru kira duit saham Bumiputera belum kira isu tanah Rezab Melayu yang tinggal sekangkang kera,persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 yang menghiris hati orang Melayu dengan tidak perbanyakkan kawasan parlimen untuk kerusi Melayu..semua ni Umno tak berani jawab dan berani debat.

Kalau yang RM52 bilion lesap pun Umno buat tak reti tambah yang RM1.5 Bilion diagihkan kepada sapa yang dapat takkan Umno nak cakap.

Berkaitan;
PKR:Siapa kaut 1.5 Bilion saham Bumiputera-Malaysiakini
RM52 Bilion saham Bumiputera lesap , menteri digesa umum agihan-Keadilan Daily

Saman Isu Amah: Blogger Din Binjai Mohon Masa Untuk Pembelaan

Saman Fitnah Rais :Blogger Mohon Masa Fail Pembelaan-utusan

Blogger Amizudin Ahmat yang juga defendan dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini memberikannya masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.

Ekoran permohonan defendan itu yang dikemukakan pada prosiding 17 Februari lalu maka permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof telah ditangguhkan.

Mahkamah pada tarikh tersebut menetapkan sebutan kes saman Rais selaku plaintif pada 21 Mac ini.

Pada 2 Februari lalu, plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan (membuang) artikel yang memfitnah beliau dari laman blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais selaku plaintif untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi kedua pihak didengar hari ini. - Utusan

Kata Din Binjai (Sharpshooterblogger) dalam blog beliau ,"Kalau takut dipukul badai...usah berumah di tepi pantai".Lawan Din lawan..u jadi kambing hitam isu rogol amah..Ini kes rogol amah Wikileaks,Harakahdaily dan blogger Rocky Bru yang no wahid dedah tapi depa tak kena..

Baca juga;

Blogger mohon lanjutan masa untuk pernyataan pembelaan saman Rais-TMI

'Libya akan jadi sungai penuh darah'- Anak Gaddafi

Anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tampil di televisyen bagi menegaskan bapanya akan terus berkuasa dengan sokongan tentera dan terus
‘berjuang sehingga lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir’ selepas protes anti pemerintah merebak ke ibu negara itu apabila pembantah memasuki pangkalan tentera dan merampas senjata api. “Libya berada di persimpangan jalan. Jika kita tidak setuju dengan pembaharuan yang ditawarkan hari ini, Libya akan melihat sungai penuh darah,” kata Saif al-Islam, semalam, mengenai protes yang sudah berterusan enam hari.

Saif juga memberi amaran bahawa tunjuk perasan boleh mencetuskan perang saudara hingga kekayaan minyak Libya musnah.

Ucapan itu diikuti tindakan keras pasukan keselamatan yang menembak ribuan penunjuk perasaan dan mereka yang menyertai perarakan pengebumian di timur bandar Benghazi. Kejadian itu menyebabkan 60 terbunuh pada Ahad saja, menurut doktor di sebuah hospital.

Sejak kebangkitan itu bermula, 233 penduduk Libya terbunuh, menurut pegawai perubatan, kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang.
Di Kota Benghazi, penunjuk perasaan menguasai keadaan dan mengambil alih
pejabat keselamatan utama selepas pertempuran membunuh 60 lag penduduk.

Tindakan Libya terhadap penunjuk perasaan itu dikatakan yang paling keras
antara negara Arab, berbanding bantahan yang menggulingkan pemimpin Tunisia dan Mesir.

Tetapi, Saif berkata, bapanya akan terus menang. “Kami bukan Tunisia dan Mesir. Gaddafi adalah pemimpin kami yang mengetuai peperangan di Tripoli dan kami bersamanya.

“Pasukan keselamatan bersama beliau. Ratusan ribu akan berada di sini bersama beliau. Kami akan bertarung sehingga lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir. Ini adalah komplot menghancurkan Libya,” katanya dalam ucapan 40 minit.-Berita Harian Online. Baca juga di sini, di sini dan di sini.

Berapa ramai lagi akan terkorban dan berapa banyak lagi akan terbunuh.Sebanyak mana Gaddafi boleh bunuh rakyatnya sendiri yang bangun memberontak, 1000,2000, 3000 orang?Anak Gaddafi sayangkan minyak Libya dan sanggup bunuh rakyat Libya sebanyak mungkin janji bapanya terus berkuasa.

Teringat akan kata-kata ugutan Presiden Umno dan PM Malaysia Najib dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang makin terperosok ke tepi dinding yang kata sanggup pertahan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun termasuk sanggup hilang nyawa..

Protests against Gaddafi's rule have prompted harsh reprisals in several cities, including the capital Tripoli [Reuters]

Isnin, 21 Februari 2011

Cepat pi tuntut wang anda RM4 Bilion sebelum kena bedal!

RM4 bilion tidak tuntut pemilik dan pewaris - Awang Adek (20/2/2011)

Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 83 penduduk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kelolaan Risda di Kampung Lati, di sini hari ini, beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat,” katanya. — Utusan/Bernama

Awang Adek kata nak pinjam wang RM4Bilion untuk tujuan pembangunan..boleh percaya ka?Dulu bekas Menteri didakwa songlap duit untuk orang miskin ,Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) RM 40 juta senyap tak ada berita hilang begitu saja.

Pilihanraya umum 13 dah dekat duit ni boleh guna untuk beli undi, buat projek mee segera, upah blogger sebarkan agenda BN yang dijenamakan atas nama dana pembangunan untuk halalkan guna duit berbilion ringgit kepunyaan rakyat.Ini wang RM4 Bilion sapa-sapa yang terlupa ambik baik lekas-lekas pi tuntut kalau tidak habis kena bedal! Nak tengok kisah- kisah lama pemimpin Umno-Bn songlap duit rakyat dan jadi kaki rasuah ada di sini.Hang pa baca tak seram bulu roma tak taw nak kata apa dah..

Ali Rustam hadiahkan 'Eye On Malaysia' lebih besar kepada rakyat Melaka


Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam menghadiahkan 'Eye On Malaysia' yang baru kepada rakyat Melaka setelah 'Eye On Malaysia' yang lama kena tarik balik sebab tak bayar hutang. 'Eye On Malaysia' yang baru lebih besar dan tinggi daripada 'Eye On Malaysia' yang lama.

Kata Ali Rustam, "Untuk projek ini, kita akan swastakan kepada sebuah syarikat, Wonderland Melaka dan mereka dah order lebih tinggi iaitu 88 meter sekaligus mengatasi yang sebelumnya 82 meter. "Lokasi yang yang dipilih adalah di Pulau Melaka kerana lokasi lama tidak boleh berikutan termasuk dalam kawasan zon penampan Bandaraya Warisan Dunia," katanya sewaktu menyertai majlis beramah mesra dengan media di sebuah restoran ikan bakar di Umbai, Melaka.-Malaysiakini.

Lagi besar lagi tinggi lagi mahal syarikat kroni boleh untung banyak.Lepas tu bila dah lingkup tak boleh guna beli lagi yang baru .Ini macam baru syarikat kroni boleh jana duit banyak-banyak.Kalau ada komplen kata membazir Ali Rustam ada jawapan untuk halalkan apa yang beliau buat.

Ini baru kata negeri Melaka negeri maju..lebih mengejutkan dalam negeri maju seperti Melaka masih ada rakyatnya tidak dapat bekalan air bersih dan tidak ada bekalan elektrik.Rakyat Melaka masih lagi taat setia kepada Umno-BN macam Hang Tuah taat setia kepada Raja Melaka walaupun Hang Tuah kena hukum bunuh oleh Raja Melaka.Tapi bila rakyat Melaka dah jadi Hang Jebat 'mengamuk' tumbangkan Ali Rustam dan BN haaa...waktu tu baru tau langit tu tinggi ka rendah..Baca juga di sini.

Ben Ali sorok harta dalam istana



Presiden Tunisia yang digulingkan Zine al-Abidine Ben Ali (Gambar kanan) menyimpan berlian, emas dan wang tunai di tempat rahsia dalam istananya di ibu negara miskin itu, menurut rakaman video yang disiarkan stesen televisyen kelmarin.

Kebangkitan rakyat Januari lalu menjatuhkan Ben Ali selepas 23 tahun memerintah secara kuku besi, yang turut memberi ilham kepada dunia Arab lain untuk mengadakan revolusi yang sama termasuk di Mesir.
Ben Ali menyorokkan harta karunnya di belakang tirai dan beberapa bahagian rahsia di perpustakaan istana, menurut rakaman video First National TV.

Rakaman itu turut menyiarkan jutaan mata wang dolar Amerika dan euro, rantai berlian dan emas yang dijumpai di istana yang terletak di wilayah Sidi Bou Said Tunis – Berita harian/Reuters.

Kalau Umno-BN tumbang tak ada kuasa lagi di Putrajaya kita boleh tengok berapa banyak harta yang dikumpulkan pemimpin Umno-Bn setelah 50 tahun lebih berkuasa. Berapa banyak harta 'first lady bik mama' ada.Gelombang kebangkitan rakyat yang kini merebak ke Maghribi sikit sebanyak gusarkan pemimpin BN.Ketawa dan ketawa dalam hati siapa yang tahu..

Bolehkah Muammar Gaddafi bertahan?


Krisis Libya:Muammar tak akan tunduk kata anaknya-TMI

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak akan tunduk sebaliknya bersedia menghadapi tunjuk perasaan, paling buruk di negara itu dan telah meragut lebih 200 nyawa setakat ini, habis-habisan, kata salah seorang anak lelakinya dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen semalam.

Saif al-Islam Gaddafi juga berkata tentera negara itu akan menguatkuasakan kawalan keselamatan ke tahap maksimum menggunakan apa jua cara.

Malah katanya, anggota tentera negara itu berdiri teguh bersama bapanya, yang dianggap sebagai “pemimpin pertarungan di Tripoli.”

Dalam pada itu, ketua dasar luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton menggesa pihak berkuasa Libya segera mengakhiri tunjuk perasaan antikerajaan dan memulakan dialog reformasi menyeluruh.

“Kesatuan Eropah mengambil berat perkembangan semasa dan kematian, yang tinggi jumlahnya, yang dilaporkan setakat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Libya negara terbaru Arab dan jiran Mesir berhadapan dengan kebangkitan rakyat. — Reuters

Di Mesir rakyatnya berjuta-juta bangun berdemontrasi di jalanraya tanpa sebarang senjata tapi pihak berkuasa polis dan tentera terpaksa akur dan mengalah dengan kehendak Allah SWT.Pihak polis terperanjat dan tercengang tak dapat lagi nak menahan kebangkitan rakyat walaupun mereka lengkap bersenjata..mereka kalah dengan kebangkitan rakyat.

Di Libya hampir 200 orang sudah terkorban kerana ditembak pihak berkuasa Libya dan pengawal keselamatan Gaddafi tapi rakyat tetap tidak berganjak daripada mendesak Gaddafi letak jawatan. Gaddafi ulang apa yang diucapkan sehari sebelum Hosni Mubarak berundur dengan mengatakan beliau akan berundur September depan selepas pru Mesir tapi akhirnya keesokkan harinya Mubarak letak jawatan lari ke kediaman beliau di Laut Merah.Gaddafi berkuasa di Libya sejak tahun 1969 lagi.

Sementara itu golongan ulama Islam di Libya berkata “Ini adalah rayuan segera daripada pemimpin agama, ulama, ahli pendidikan dan pemimpin puak dari Tripoli, Bani Walid, Jadu, Msalata, Misrata, Zawiah dan bandar serta perkampungan di kawasan barat.

“Kami meminta kepada setiap Muslim di dalam rejim atau yang membantunya dalam apa juga cara, untuk mengakui bahawa membunuh orang yang tidak bersalah adalah dilarang oleh Allah dan Rasul. Jangan bunuh saudara anda. Henti pembunuhan sekarang juga!,” kata kenyataan itu.Baca di sini dan di sini.

Baca juga;
BN tindas , rakyat Malaysia boleh bangkit-Harakadaily
Pilihanraya tidak telus, sampai bila rakyat boleh sabar-Harakahdaily

Anak muda bangun tolak Umno-Bn

Anak muda Malaysia yang ada kesedaran politik , yang cintakan bumi Malaysia ini kena berganding bahu tumbangkan Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.

BN sudah lama, sudah tua perintah negara ini.Rasuah berjela-jela, kurung tahanan politik di Kamunting di bawah ISA tanpa dibicarakan di mahkamah, pengagihan projek kerajaan kepada syarikat kroni, menekan rakyat dalam isu saman trafik, barang naik mendadak ini semua hampir sama dengan apa yang terjadi dalam kebangkitan rakyat jatuhkan pemimpin diktator di Tunisia dan Mesir.

Kini gelombang anak muda telah bangkit di Algeria, Yaman, Bahrain dan Libya mahu jatuhkan kerajaan mereka yang mengongkong kebebasan media, kekejaman pihak polis,ketidakadilan dalam pemerintahan.Mereka sanggup mati demi mahu bebaskan negara mereka daripada pemerintah yang zalim.

Anak muda jangan biarkan diri anda terus hanyut bersama BN.Jangan hanya hangat-hangat taik ayam dalam melawan BN jika anda sayangkan negara ini demi masa depan anak cucu kita dan generasi akan datang.

Ahad, 20 Februari 2011

Siapa akan tinggalkan negara, Najib pasti demam-Anwar

Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.

Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.

"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.

“Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.

Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.

Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.

Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.

Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.

Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.

"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.-Harakahdaily

Sabtu, 19 Februari 2011

12 jaminan Pas untuk Malaysia Baru

PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang. -Harakahdaily

Berkaitan;
Pas bentuk piagam untuk upayakan Melayu-Malaysiakini
Orang Melayu kena tegak Islam bukan Ketuanan Melayu, kata Hadi-TMI
Perjuangan Pas tidak pernah kalah-Harakahdaily

Artis Bob Lokman masuk Pas

Gambar Himpunan 30 Ribu Pemuda Pas di Kedah (gambar harakahdaily) macam Dataran Tahrir di Mesir..:-) Tahniah anak muda mari kita sama-sama tolak BN dalam PRU 13 akan datang!
Artis Malaysia Bob Lokman telah menyertai Parti Islam SeMalaysia semasa Himpunan 30 Ribu Pemuda di Kedah hari ini.Kenapa Bob Lokman tak sertai Umno? Hanya beliau yang boleh jawab..kita orang Melayu kena bersatu jatuhkan Umno-Bn dalam pru akan datang yang dah berkuasa di negara yang kita cintai ini selama 52 tahun lebih..

Berkaitan;
Mahfuz:Pas popular di kalangan 'rockers'-
Malaysiakini
Jangan harap mahu rampas negeri Pakatan-Harakahdaily
Ribuan banjiri himpunan Pemuda Pas di Kedah-Malaysiakini

'Umno jaga Melayu pun tidak , jaga Islam jauh sekali'


'Ketuanan Melayu berkeris timbul kebencian'-Malaysiakini

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan peluang di sebuah konvensyen anjuran PAS hari ini untuk menjelaskan pendekatan Islam parti itu dalam pentadbiran Kelantan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyerang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan slogan Ketuanan Melayu yang dianjurkan Umno. Nik Abdul Aziz berkata, tindakan PAS menjalankan dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan adalah mencontohi langkah yang diambil Nabi Muhammad dalam meluaskan pengaruh Islam.

"Nabi Muhammad tidak akan berjaya mengembangkan Islam jika menggunakan pendekatan ketuanan Arab. "Jika baginda tidak ke depan dengan perjuangan kaum, begitu jugalah PAS yang mencontohi perjuangan baginda. "Tapi soalnya adakah PAS mengenepikan bangsa Melayu? Seolah-olah Melayu akan mati, cacat dan mundur tanpa Umno," katanya lagi dalam majlis dihadiri lebih 700 anggota PAS itu.

Jelasnya, masyarakat Melayu diutamakan dalam agenda dakwah PAS memandangkan golongan itu merupakan kumpulan terawal menerima Islam di Malaysia.

"Sekalipun kita mentadbir dengan tidak menyebut Melayu, kita menggunakan dasar Membangun Bersama Islam yang telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat," katanya lagi. Tambahnya, penerimaan itu berbeza dengan penerimaan ke atas slogan Ketuanan Melayu oleh Umno.

"Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.

"Umno jaga Melayu pun tidak, jaga Islam jauh sekali," katanya lagi. Nik Abdul Aziz memberi contoh, jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang susut hampir separuh dalam tempoh 40 tahun pentadbiran Umno. "Faktanya, tanah rizab Melayu telah susut daripada tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta hektar tahun 1997," kata Nik Aziz.

Alternatif kepada Melayu

Nik Abdul Aziz juga mendakwa, DEB sendiri telah digagalkan oleh pemimpin Umno. "Ia telah digunakan kaum atasan pemerintah untuk memuaskan hawa nafsu mereka bagi membolot kuasa dan kekayaan," katanya. "Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangaa -- Jaminan PAS" itu merupakan hasil daripada pemukiman yang dijalankan pemimpin PAS pada Julai tahun lalu.-Malaysiakini

Baca juga;

Rakyat Mesir berpesta, tahniah anak muda!

Gambar Ribuan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir ketika solat Jumaat sambil meraikan kemenangan menjatuhkan Mubarak.

Puluhan ribu rakyat Mesir sekali lagi membanjiri Dataran Tahrir di tengah-tengah ibu negara semalam bagi menunaikan solat Jumaat dan meraikan kemenangan menjatuhkan pemimpin kuku besi Hosni Mubarak seminggu lalu.

Kumpulan yang mencetuskan pemberontakan 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu menggelar perhimpunan semalam ‘Jumaat Kemenangan dan Kesinambungan Perjuangan.’
Ulama terkenal Mesir Sheik Youssef el-Qaradawi mengimamkan solat itu dan mengisytiharkan ‘yang batil tidak boleh mengalahkan yang hak.’

“Saya mengucapkan tahniah kepada remaja negara ini. “Mereka yakin akan menang akhirnya.

“Namun revolusi ini belum berakhir sehingga kita saksikan Mesir yang baru,” katanya.

Orang ramai mula membanjiri dataran bersejarah yang menjadi medan penunjuk perasaan sebelum ini, beberapa jam sebelum solat bermula walaupun jalan masuk utama disekat jip tentera.
Suasana di dataran agak meriah dengan pancaragam tentera berkawad memasuki dataran yang dipenuhi orang awam. Beberapa penjaja menjual trumpet vuvuzela yang terkenal dengan bunyi bingit ketika Piala Dunia diadakan di Afrika Selatan tahun lalu.

“Kami datang ke sini kerana berasa tidak sabar melihat Mesir baru,” kata Ashraf Abdel-Azim, 48, yang datang bersama isterinya, Nadwa dan anak lelakinya, Ahmed berusia 9 tahun.

“Kami mahu kebebasan dan perubahan dan bangga dapat melihatnya sendiri,” katanya.

Nizar Mohammad, isterinya Rasha dan tiga anak mereka mengecat muka masing-masing dengan warna bendera Mesir, merah, putih dan hitam.

“Kami mahu anak-anak kami melihat di mana peristiwa bersejarah ini berlaku,” kata Rasha.

Di sebuah sudut dataran besar itu satu tugu peringatan 365 orang awam yang terkorban sepanjang tunjuk perasaan dibina, dengan orang ramai meletakkan bunga dan merakam gambar foto mereka yang terkorban.-Berita Harian Online.