Khamis, 13 Januari 2011

'Pelakon hebat' MCA bercakap mengenai Negara Islam


Kalau dulu Umno menakut-nakutkan orang Cina dengan isu negara Islam supaya orang Cina benci Pas kini kerja tu diambik alih oleh MCA pulak mainkan isu negara Islam untuk ugut pengundi Cina di Tenang . Presiden MCA yang terkenal dengan aksi hebat di layar perak dengan aksi seknya juga seorang yang suka menghina Islam. Mungkin kerana dah tak ada isu nak dimainkan supaya orang Cina yang sedang berkabung dengan kematian Teoh Beng Hock mengambil 'pot' apa yang dikata Chua Soi Lek mengenai negara Islam.Chua Soi Lek pernah berkata hina Islam sempena Hari Raya Haji yang lalu dengan berkata;

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.Baca di sini.

Pelakon yang terpalit dengan adegan seks itu juga pernah berkata"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya-Malaysiakini 6 0gos 2010. Tapi nak heran apa pemimpin Umno pun lagi deras hina Islam dan hukum Islam!

Utusan Meloya melaporkan Pengundi Cina perlu berfikir

Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, agenda penubuhan negara Islam mungkin menjadi kenyataan sekiranya Pas berjaya memerintah negara ini.

"Semestinya Pas tidak akan berundur daripada (matlamat) penubuhan negara Islam dan jelas ini merupakan amaran secara terus kepada DAP dan keseluruhan masyarakat bukan Islam.

"Malah, jika kita lihat semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Pastinya Pas akan memenuhi apa yang dilaungkan selama ini dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam sekiranya mereka mempunyai kuasa memerintah," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Soi Lek mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat dekat Labis, Isnin lalu.

Menurut Soi Lek, MCA tidak akan menggunakan isu itu bagi menakut-nakutkan masyarakat Cina tetapi ia memerlukan pertimbangan yang mendalam.

"Pas sering mengatakan MCA sengaja menjadikan perkara ini (negara Islam) sebagai isu untuk menakutkan masyarakat Cina.

"MCA tidak bermaksud sedemikian tetapi mahu dan berharap kaum Cina dapat membuat pertimbangan mengenai implikasinya," jelas beliau.-Utusan

Mungkin Chua belajar Islam dengan pemimpin Umno yang juga kaki hina Islam sebab tu mereka serupa kalau bercakap mengenai negara Islam.Lepas ni Chua cuba -cuba belajar Islam dengan Jamaludin Jarjis dan Rais Yatim pulak...atau dengan Zul Noordin YB Kulim Bandar Baharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan