Isnin, 30 November 2009

Royalti: Kalau Tak Bagi Sah Ada Mala Fide-TGNA

Berikutan isu MB Kelantan nak doa bagi pemimpin Umno , Umno dan yang seangkatan dengannya ditimpa bala kalau tak bagi juga royalti yang termaktub jelas dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah sikit sebanyak gusarkan pemimpin Umno. Maklumlah doa orang kena zalim ni tiada penapisnya.

Tok guru tetap pertahankan apa yang disebutnya tentang doa beliau itu. Bincang , pujuk , tunjuk bukti memang Pusat kena bayar royalti bukan wang ehsan namun Umno-Bn tetap berdegil. Jalan terakhir ialah berdoa kepada Allah tu saja yang mampu dilakukan.


“Akhbar kata ulama bidas, saya nak tanya balik ulama benda apa? Ulama ni siapa dia? Di zaman Nabi Muhammad SAW, ulamalah yang menentang Nabi Muhammad. Iaitu ahli kitab. Ahli kitab ni iaitu Nasara dan Yahudi dipanggil ulama. Kedua-dua ini disebut ahli kitab. Jadi kedua-duanya sama. Jadi yang lawan nabi ialah ulama.

“Maka sebab itulah Imam Ghazali tulis dalam buku Ihya Ulumuddin mengenai ulama jahat, kerana ulama ialah waris nabi. Bila kita jadi waris satu orang dan orang itu mati, kita terima pusaka. Pusaka itu apa yang ditinggalkan oleh si mati. Kalau si mati tinggalkan tanah kita terima tanah juga betul. Tetapi kalau kita terima lori sah dah lori haram.

“Begitu juga ulama. Ulama ini pusaka nabi Muhammad SAW. Bila Nabi Muhammad SAW wafat ulama ini terima ilmu Nabi Muhammad SAW. Bukan ilmu daripada Inggeris, bukan ilmu daripada sekular. Ilmu Nabi Muhammad SAW barulah ulama orang panggil,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, beliau hanya berdoa supaya membuka minda Perdana Menteri untuk memberikan royalti kepada Kelantan.

“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan... kalau tidak beri sah ada mala fide.. niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat... salah apa saya,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mempertahankan doanya dan menyifatkan tindakannya itu tidak bersalah kerana beliau memiliki hujah sendiri.

“Saya tetap mempertahankan tindakan itu dan Nabi Muhammad SAW di antara orang yang doa balas bela terhadap orang zalim. Pertama zalim ini kerana kita menganiayai diri sendiri. Iaitu kita syirik dengan Allah SWT.

“Saya tak salah sebab saya buat itu saya ada hujah. Bukan buat dengan emosi. Tidak...,” katanya. -Sinar harian online baca lagi .

Baca juga di sini- Royalti:Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan-harakahdaily

Belum Masa TGNA Berundur

Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.

“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.Klik di sini

malaysian insider

Umno Busuk Hingga Ke Ususnya- Blog Tun Mahathir

Siapakah bekas pemimpin kanan Umno yang akan masuk Pas seperti yang tun tulis dalam blognya? Siapakah orang itu?Berikut apa yang tun tulis dalam blog beliau;





1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Tun Mahathir

Si Jahil Celakakan Tok Guru

Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang biadap terhadap Tok Guru Nik Aziz melepaskan geram amarahnya yang amat sangat sehingga sanggup menganggap TGNA yang sudah mentadbir Kelantan selama 19 tahun sebagai membawa celaka kepada Pas.

Mungkin si jahil ini yang dah lenyap dan tak laku buat gempaq dengan kutuk TGNA untuk raih sedikit populariti kerana beliau sendiri yang jadi penjilat Umno dah tak ada apa-apa lagi sumbangan untuk Umno. Peluang terbaik ialah dengan kutuk TGNA untuk jadi pelakon upahan Umno.

Media arus perdana buka ruang yang seluas-luasnya untuk kutuk TGNA supaya segala isu lain tenggelam supaya rakyat jadi terpesona dengan kutukan kepada Menteri Besar Kelantan itu.

"Sekarang saya lihat kecelakaan itu sedang menimpa Pas dan Pas hanya akan selamat jika orang yang membawa celaka kepada Pas ini disingkirkan," kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin. -sinar harian online di sini

Zainudin Maidin hanya jadi Ahli Parlimen satu penggal sedangkan TGNA dah jadi MB Kelantan 19 tahun. Kerana celakalah Zainudin Maidin ditendang daripada jadi Menteri dan ahli parlimen.

PM Najib Cakap Berbelit-belit Isu Wang Royalti

Adakah PM Najib tak tau beza Wang Ehsan dengan Wang Royalti? Wang royalti dikira berdasarkan 5 peratus dalam perjanjian antara Kerajaan negeri yang keluar minyak dengan Petronas. Wang Ehsan dikira berdasarkan kepada ikut suka berapa nak bagi.Bagi pun boleh tak bagi pun boleh.Mana sama.


"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad.-Bernama di sini.

Adakah dalam perjanjian antara Petronas dan negeri yang ada hasil minyak ditulis nama Umno sebagai wakil JPP untuk ambil wang ehsan sebagai ganti wang royalti untuk negeri Kelantan? Nama wang pun dah tak sama macam mana boleh kata sama? Adakah Wang Loteri sama dengan Wang Ehsan?

Ahad, 29 November 2009

Isu Royalti: Pelajar Sekolah Pun Boleh Faham Kata Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang Ku Li terus bersuara mengenai isu royalti minyak untuk Kelantan yang mesti dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dan penafian hak rakyat Kelantan di bawah Perlembagaan dalam blognya.


Tengku Razaleigh Hamzah dijangka akan menyatakan pendirian sama ada menerima tawaran mengetuai kokus Parlimen mengenai pertikaian wang royalti minyak yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam waktu terdekat.

"Saya akan membincangkan respons saya kepada kokus yang disyorkan berhubung isu ini dalam tulisan saya akan datang," kata Pengasas Petronas ini dalam tulisan blognya yang dinantikan banyak pihak, awal pagi ini.

Bagaimanapun dalam tulisan kali ini Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan menekankan bahawa "hak di bawah Perlembagaan rakyat Kelantan telah dinafikan."

Penafian hak itu membawa implikasi melangkaui negeri Kelantan, kata beliau.

"Kerajaan (persekutuan) sudah menyatakan respons kepada tuntutan Kelantan untuk mendapatkan sebahagian keuntungan yang diperolehi daripada sumber-sumber petroleum yang dikeluarkan di luar pesisir oleh Petronas.

"Respons itu bertentangan dengan surat dan perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum.

"Perjanjian ini dibuat dalam bahasa yang mudah, yang cukup untuk pelajar sekolah memahami, dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris," kata beliau.-Malaysian Insider klik di sini

Seterusnya Malaysian Insider yang memetik ucapan Ku Li seperti berikut;

Malah kata beliau, tindakan kerajaan enggan mengiktiraf tanggungjawab kontraktual berhubung peranan Petronas menimbulkan persoalan berhubung status bayaran kepada negeri-negeri lain.

Seterusnya beliau juga mempersoalkan sekiranya Petronas tidak lagi mengiktiraf ikatan perundangan untuk membayar kepada negeri-negeri yang dimaksudkan di bawah akta berkenaan, sama ada perjanjian sedemikian masih sah ataupun sebaliknya.

"Saya membantu menggubal dan merundingkan Akta Pembangunan Petroleum. Sebagai Pengasas Petronas, saya menandatangani perjanjian yang berasingan dan serupa berkaitan pembayaran dengan setiap Menteri Besar.

Baca juga dalam blog Ku Li- Honouring our agreements-razaleigh.com

"Saya perlu menekankan bahawa Petronas seharusnya terikat dengannya dan kerajaan persekutuan tidak wajar campur tangan dalam tindakan mereka untuk memenuhi (peruntukan itu)," kata Tengku Razaleigh.

Umno Takut Dengan Doa Orang Yang Kena Zalim

Isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sampai sekarang tak diendahkan Umno-Bn yang merampas hasil minyak Kelantan tanpa bayar satu sen pun kepada Kerajaan Negeri.Adakah ini bukan satu bentuk kezaliman kepada rakyat Kelantan dan kerajaan yang memerintah Kelantan? Wang Ehsan akan bertukar royalti sekiranya Umno yang perintah Kelantan seperti yang berlaku di Trengganu.

Ini apa yang dilaporkan Berita Harian online, betul atau tidak baca saja, kalau tak betul dan provokasi itu dah memang kerja mereka:



Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku," katanya. -Berita Harian online

Maka ulama-ulama yang pro Umno pun tentang keras apa yang MB Kelantan itu kata. Mereka bersuara apabila doa untuk Umno lingkup. Mereka bersuara apabila doa ditujukan kepada pemimpin Umno yang mereka sayang jika dimakbulkan mungkin periuk nasi mereka sendiri masuk pasir. Mereka tidak bersuara bila Umno nak bagi wang royalti ditukar wang ehsan yang jelas termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan negeri Kelantan kena bayar 5 peratus hasil minyak dibayar dalam bentuk royalti kepada kerajaan negeri Kelantan bukan wang ehsan.

Ulama -ulama pro Umno ini tak pertikai dengan sikap Kerajaan Umno-Bn yang jadi munafik kerana mungkir janji dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan negeri Kelantan, yang mereka pertikai doa Tok Guru saja.

"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa. "Sesama Islam tidak boleh berdoa seperti itu. Kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain, terutama saudara seagama. Orang berdoa supaya Allah memusnahkan kehidupan orang lain perlu bertaubat dan perlu memohon maaf dengan orang yang dimaksudkan. Kita tidak boleh putuskan silaturahim," kata Mufti Perak Harussani Zakaria baca di sini

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.

Mereka hanya bimbangkan keselamatan dan kesejahteraan Umno tapi bila rakyat kena zalim denganUmno, kena tipu dengan Umno, kena bunuh dengan Umno mereka diam mulut tterkunci rapat untuk berbicara hal-hal yang tidak menyebelahi Umno

Sabtu, 28 November 2009

Kolonel Mat Mana Pulak?

Kalau setakat Pengerusi Umno Kelantan Mustafa Mohamed dan Naib Presiden Umno Hishamudin Hussein suruh MB Kelantan letak jawatan itu perkara biasa tapi kalau ada di kalangan pemimpin Pas memberi kiasan dan bahasa yang melengkoi-lengkoi suruh Tok Guru Nik Aziz letak jawatan itu mungkin luarbiasa.

Isu di Kelantan yang timbul yang huru-harakan saja kepimpinan Pas terutamanya di Kelantan tak ada yang menguntungkan Pas malah masa terbuang begitu saja untuk melawan musuh tradisi Pas iaitu Umno. Umno pun tumpang sekaki dan tumpang 'toi' untuk keruhkan lagi suasana .Masa untuk melawan Umno digunakan untuk berperang sesama sendiri.

Kadang-kadang rasa fed-up dengar macam-macam cerita kelaku buruk Pas yang didedahkan sendiri pimpinan Pas kepada media, Masing-masing nampak wartawan macam dah tak sabar nak bercakap cari populariti untuk bercakap benda buruk yang tak sepatutnya diberitahu kepada media.

TGNA kata ada Kol Mat pula yang jadi perancang nak jatuhkan beliau. Adoiii pulakdah .


“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.

“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena 'bubuh' dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih." -Sinar Harian

Jumaat, 27 November 2009

Selagi Altantuya Disebut Selagi Itulah PM Najib Tak Tenteram

Memang berpuaka kematian Altantuya. Tv Malaysia banyak tayang cerita seram dan berhantu yang diminati ramai orang Melayu, kalau tidak takkan saban minggu kita disajikan dengan cerita -cerita seram yang mengarut.

Cerita seram Altantuya tak mengarut bahkan benar belaka. Sekejap hilang lepas tu muncul lagi sampai bila cerita Altantuya mau habis. Altantuya umpama drama bersiri yang tak habis-habis bahkan menarik minat untuk cari penamat cerita Altantuya.

Bila timbul isu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang dedahkan dalam dua akuan bersumpahnya tentang Altantuya tidur dan mimpi PM Najib kembali tidak tenang. PM Najib nampak ceria di luar tapi di dalam hati siapa yang tahu. Malaysiakini dedahkan lagi apa yang P. Bala sebut dalam akuan bersumpahnya seperti di bawah;

Akuan bersumpah (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengandungi dua bahagian - satu bahagian mengenai apa yang diberitahu kepadanya dan satu lagi mengenai apa yang dilihatnya sendiri.

Menurut peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, bahagian pertama membabitkan kenyataan-kenyataan di mana penyiasat persendirian itu dalam kedudukan untuk mengesahkan kebenarannya.

Ini termasuk bila Balasubramaniam berkata dia diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu ada menjalin hubungan.

Americk berkata, bahagian kedua SD Balasubramaniam mengandungi apa yang dialami sendiri.

Contohnya ialah meseg SMS yang dilihat oleh Balasubramaniam pada telefon bimbit Abdul Razak Baginda pada hari penganalisa politik itu ditangkap.

SMS itu dikatakan memberitahu Razak baginda bahawa timbalan perdana menteri ketika itu menemuiIGP (ketua polis negara) pada jam 11 pagi hari berkenaan dan diminta bertenang.

Razak Baginda, yang dikenali rapat dengan Najib, kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh bekas kekasihnya, Altantuya.

Americk juga berkata perbicaraan Altantuya telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan di mana bukti tertentu tidak dikemukakan di mahkamah.

Katanya, dua anggota unit tindakan khas didapati bersalah membunuh seorang rakyat Mongolia tanpa sebab yang jelas dan perkara itulah yang mengganggu fikiran Balasubramaniam ketika dia membuat SD pertamanya.-malaysiakini

Perutusan Hari Raya Idul Adha Presiden Pas

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :

“Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)

Ikhlas,

Presiden PAS

Adun Bukit Kayu Hitam Tayang Duit Hina Mangsa Banjir

Sewaktu banjir melanda Changlun sebanyak tiga kali pada tahun ini telah berlaku kejadian yang nampak sangat kelaku buruk Adun Bukit Kayu Hitam ,Hj Zaini Jaafar (Umno-Bn). Kejadian yang menghina mangsa banjir itu berlaku di Surau Kampung Belukar, Changlun pada banjir kali kedua yang melanda kampung tersebut pada 13 november Khamis malam Jumaat sewaktu adun berkenaan singgah di penempatan mangsa banjir di Surau Kampung Belukar.

Seorang mangsa banjir yang bernama Sharif Ishak menceritakan sewaktu Hj Zaini hendak pulang telah mengeluarkan seikat wang kertas daripada kocek bajunya dalam jumlah yang agak banyak dan menayangkan kepada mangsa-mangsa banjir sambil berkata ;

"Sharif,Kalau nak jadi wakil rakyat , kena ada duit macam ni, kalau tidak tak payah jadi wakil rakyat." Selepas itu Hj Zaini simpan kembali wangnya ke dalam poket dan keluar daripada Surau berkenaan tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Mangsa-mangsa banjir pula tidak mengharapkan sebarang bantuan daripada beliau kerana bantuan makanan telah diberikan lebih awal daripada Ngo seperti PEMBELA dan juga bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM). Mereka mengucapkan banyak-banyak terimakasih kepada PEMBELA dan JKM.

Mangsa-mangsa banjir hanya kesal dan menganggap Adun Bukit Kayu Hitam itu telah menghina dan merendah-rendahkan mereka dengan menunjukkan wang, bersikap takbur dan bongkak dengan kekayaan yang beliau miliki.

Menteri Besar Masih Ok- Ahmad Yaakob

Ahmad Yaakob: Nik Aziz tak perlu umum pengganti sekarang

Oleh Adib Zalkapli

PETALING JAYA, Nov 26 — Timbalan Mentri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamakan penggantinya.

Oleh kerana Nik Aziz masih sihat, Ahmad yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan berkata, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sebagai Mentri Besar.

“Tiada keadaan terdesak. Mentri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Pandangan itu diberikan beberapa jam selepas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut bersetuju supaya Ahmad dilantik Mentri Besar menggantikan Nik Aziz kelak.

Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa semalam.

Husam berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Mentri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.

Mohd Amar dan Husam juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Isnin lalu Mohd Amar mengesyorkan agar Nik Aziz menyatakan pelan peralihan pucuk kepimpinan kerajaan negeri dengan menamakan bakal penggantinya.

Mohd Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Mentri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

Selepas 19 tahun mengetuai kepimpinan pentadbiran negeri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS kelmarin membayangkan sudah aha barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.

Bagaimanapun Nik Aziz enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Ketika mengulas lanjut, Ahmad berkata soal pemilihan pengganti Nik Aziz seharusnya melalui saluran parti.

“Bagi saya perkara ini mesti melalui saluran. Dalam parti ada forumnya, perkara ini tak mendesak, Tok Guru boleh teruskan,” tambah Ahmad.

Dalam pada itu, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkaitan pelan peralihan seharusnya diputuskan oleh kepimpinan parti.

“Kita ada jawatankuasa pusat, ada dewan harian untuk bincangkan.

“Seelok-eloknya buat keputusan dalam mesyuarat dengan sama-sama semua kepimpinan,” katanya lagi.

Malaysian Insider

Khamis, 26 November 2009

Bila Air Dah Nak Kering Sirip Ikan Dah Mula Nampak

Cerita lagi pasai isu yang berlaku dalam Pas. Tadi dok bersembang-sembang dengan orang Pas dia dok sebut pasai isu peralihan kuasa MB Kelantan yang heboh diperkatakan media. Timbalan PJ Tiga Pas KelantanNik Amar setuju Ahmad Yaakob jadi MB ganti Tok guru, Husam kata jangan calon beliau jadi MB dan Ahmad Yaakob memang layak jadi MB.

Kata sahabat tu -"sekarang ni apa yang berlaku dalam isu nak suruh Tok guru berenti jadi MB atau suruh letak jawatan la senang cakap cuma nampak kasar sangat kalau kata macam tu dah ibarat air yang dah nak kering sirip ikan dah mula nampak."

Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya. Nampak tenang diluar hati dalam bergelora masing -masing nak jadi MB Kelantan. Nak cuba duduk kerusi yang Tok Guru duduk selama 19 tahun.Kenapa Tok guru sebut Husam Musa seorang yang cerdik secara umum?

Kata-kata pujian Tok guru itu menyebabkan ramai pemimpin Pas Kelantan yang tak sebulu dengan Husam memendam rasa, kecewa yang amat, hati terluka. Macam juga tiga orang yang dijemput datang kerumah kita. Seorang diberi buah tangan bila nak balik yang dua lagi kita tak bagi apa. Mereka tetap senyum tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu.

Jangan Lantik Ketua Kampung Yang Tak Tau Buat Kerja

Di Kedah bila Pakatan Rakyat ambil alih kuasa daripada Umno-Bn telah ada satu jawatan baru yang dipanggil Majlis Ketua Kampung(MKK). Umno pula ada JKKKP atau Jawatankuasa Kampung Persekutuan dulu JKK saja. Bila dah kalah tambah Persekutuan.

Di Kedah , beberapa buah kampung telah dilantik seorang Ketua Kampung yang kerjanya sebagai mata dan telinga kerajaan untuk kenal pasti apa-apa masalah anak buah yang dilanda masalah seperti banjir, kesusahan yang dialami oleh penduduk kampung dan masalah-masalah lain yang mereka harapkan sangat Ketua Kampung dapat selesaikan masalah mereka atau Ketua Kampung bawa masalah mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Orang yang macam mana layak jadi Ketua Kampung? Ini 'komplen' orang kampung sebab tu aku tulis. Kata orang kampung ada Ketua Kampung yang ok dan ada yang tak ok. Yang tak ok ni aku nak cerita.

Ketua kampung jangan dilantik orang yang semata-mata nampak tua dan berumur dan dipandang layak sebab lebih tua daripada orang lain dalam satu-satu kampung tapi tak tau nak buat kerja apa.

Ketua Kampung yang tak ada 'handphone' dan tak tau guna handphone jangan lantik jadi Ketua Kampung. Ketua Kampung yang tak reti nak berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, tak tau pejabat tanah tang mana jangan dilantik jadi ketua.

Ketua Kampung yang hanya tau makan elaun bulanan Ketua Kampung tapi bila berlaku satu-satu masalah anak buah tak tau nak buat apa nak selesaikan masalah mereka berenti saja jadi Ketua Kampung.

Ketua Kampung bila dibagitau air bah dah naik bini dia jawab kata -"rumah kami pun tenggelam" tak payah jadi Ketua Kampung. Ketua Kampung datang tempat penempatan mangsa banjir atau air bah dok peluk 'punai' cakap -"aku pun sejuk ni hang pa tak sejuk ka?" Hat jenis ni sila letak jawatan bagi kat orang yang lebih muda jadi Ketua Kampung.

Ketua kampung zaman sekarang bukan macam Ketua Kampung zaman dulu-dulu yang dihormati kerana ada harta banyak , bendang atau sawah padi berpuluh relung , ada ilmu kebal cakapnya didengari semua orang kampung. Zaman dah berubah kena cari Ketua Kampung yang ambil berat hal ehwal penduduk kampung. Jangan hanya tau ambil elaun bulanan Ketua Kampung bab lain tak reti apa satu nak buat.

Tua tau buat kerja orang kampung tak bising tapi kalau tua tapi dok peluk tubuh tak ambik berat penduduk kampung memang tak layak jadi Ketua Kampung.

Perlukah Murshidul Am Letak Jawatan Sekarang?

Ada puak-puak dalam Pas di Kelantan ambil kesempatan dalam isu yang melanda Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyegerakan peralihan kuasa di Kelantan bagi mengundurkan Tok Guru daripada kerusi MB yang sudah disandang Tok Guru selama 19 tahun. Apa pun perlukah Tok Guru undur diri dalam keadaan sekarang? Mungkin ada pihak yang tidak senang atas pujian yang Tok guru beri kepada Exco Kanan Negeri Kelantan, Husam Musa.

Isu tuntutan Royalti minyak nampaknya tenggelam kerana isu peralihan kuasa pula yang dimainkan mereka. Tidak bolehkah tunggu sehingga tuntutan royalti minyak jadi kenyataan baru fikirkan peralihan kuasa jawatan MB. Letih sangatkah Tok Guru hingga timbul peralihan kuasa jawatan MB?

Berikut apa yang disiarkan malaysia kini mengenai pendapat pro dan kontra tentang isu jawatan MB oleh pimpinan Pas:


Beberapa pemimpin PAS hari ini memberi reaksi yang berbeza terhadap kenyataan anak lelaki menteri Besar Kelatan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berharap tiada pihak yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

Tulisan Nik Abduh Nik Aziz yang dipetik dari blognya semalam juga berkata ayahandanya telah "memberi yang terbaik".

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyerahkan kepada Nik Aziz untuk memutuskan perkara itu.

"Kita harus menerima hakikat bahawa suatu masa nanti, beliau akan meletak jawatan. Persoalannya sekarang bila. Jadi terserahlah kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Beliau lebih mengetahui bila hendak letak jawatan," katanya.

Mohamed Hanipa berkata, kepimpinan PAS tidak pernah meminta Nik Aziz meletakkan jawatan menteri besar atau mursyidul am.

Sebaliknya, kata belaiu, mereka masih memerlukan khidmatnya untuk terus memimpin kerajaan negeri itu dan PAS selagi termampu olehnya.

"Beliau ikon kepada PAS, kita perlukan kepimpinan beliau," katanya

Manakala seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Mujahid Yusof pula berkata isu perletakkan jawatan tidak timbulnya.

"Sekiranya Nik Aziz mahu meletakkan jawatan, perlulah ada perundingan atau persepakatan di kalangan pemimpin PAS. Bukan itu sahaja, peletakkan jawatan juga harus mengambil kira siapa yang layak untuk menggantikan beliau," katanya.

Mengulas lanjut Mujahid yang ahli parlimen Parit Buntar gemar merujuk kepada perlembagaan dan amalan yang diamalkan PAS selama ini.

Katanya, seseorang itu boleh meletakkan jawatan dalam PAS atas tiga sebab, antaranya atas kehendak pemimpin jika mempunyai masalah, masalah kesihatan ataupun dinasihatkan oleh parti melepaskan jawatan.

Ditanya sama ada pelan peralihan kuasa kepada bakal pengganti Nik Aziz yang juga ADUN Chempaka diperlukan, Mujahid berkata:

"Secara naturalnya, apabila orang bercakap tentang peletakan jawatan, orang akan bercakap siapa penggantinya. (Maka) ia harus diperhalusi siapa yang akan menggantikan beliau".

Sehubungan itu beliau menggariskan beberapa ciri utama yang perlu dimiliki bakal pengganti Nik Aziz, termasuk kekananan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Selalunya orang tengok siapa MB dan siapa timbalannya. Di sini Datuk Ahmad Yaakob lah.

"Selain itu calon tersebut mampu bertoleransi dalam kumpulan tertentu. Tidak dinafikan ada kumpulan yang hendak calon ini naik, dan kumpulan lain nak calon itu naik.

"Sekurang-kurangnya, calon itu boleh bertoleransi dalam kumpulan ini," katanya.

Menurut Mujahid lagi, berdasarkan kepada kebiasaan masyarakat Kelantan, seseorang yang ingin menjadi pemimpin haruslah mempunyai latar belakang agama atau sekurang-kurangnya dipanggil sebagai 'ustaz'.

Manakala bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang pula berpandangan NIk Aziz "tidak sesuai untuk berundur sekarang".

"Kalau Tok Guru (Nik Aziz) merasakan sudah sampai masa untuk meletak jawatan, tidak ada siapa yang berhak menghalangnya," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin Nik Aziz tidak akan berundur dalam masa empat lima bulan ini sehinggalah suasana politik di Kelantan dan parti stabil.

"Kelihatan suasana politik di Kelantan menimbulkan persepsi seolah-olah berlakunya ketidakharmonian dalam kerajaan Kelantan dan PAS ," katanya.

Ditanya sama ada Ahmad Yaakob layak menggantikan jawatan menteri besar, beliau berkata:

"Hirarki yang ada sekarang adalah yang terbaik buat masa ini," katanya merujuk hirarki kepimpinan PAS Kelantan sekarang - Ahmad Yaakob (pesuruhjaya 1), Datuk Husam Musa (pesuruhjaya 11) dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah (pesuruhjaya 111)..

"Ahmad Yaakob sangat dikenali dan dihormati oleh pemimpin PAS di Kelantan. Beliau jaga adalah timbalan ketua dewan Ulama PAS Pusat," kata Ahmad lagi.

malaysiakini

Ahmad Yaakob Layak- Nik Amar

Walaupun MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz belum menyatakan bersedia untuk berundur daripada jawatan yang dipegangnya lambat laun jawatan MB Kelantan itu tetap juga akan bertukar tangan. Tok Guru buat masa sekarang masih mampu memegang jawatan itu tapi bila timbul isu dalam Kerajaan Negeri Kelantan saja baru ada suara-suara yang seolah-olah menyuruh Tok Guru berundur.

Terkini seperti yang dilapor Bernama, Nik Amar Nik Abdullah pula bersetuju supaya pengganti Tok Guru jika berundur ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan , Ahmad Yaakob .

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini, Khamis.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika Menteri Besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.-Bernama klik di sini

Pas tanpa dua Tok Guru yang ada dalam Pas ibarat isi dengan kuku, jika Pas tanpa dua Tok Guru dalam keadaan sekarang akan jadi pincang. Tidak dinafikan Tok Guru Nik Aziz adalah 'ikon' dalam Pas. Begitu juga dengan Presiden Pas sekarang Tuan Guru Haji Hadi, walaupun ada kelemahan kerana dihurung anai-anai siapa yang mampu ambil alih tempat beliau. Suluh punya suluh tak nampak lagi.

Saya Akan Memanggilnya Wahai Si Bodoh-Nik Abduh

Nik Abduh anak TGNA dalam blognya meluahkan segala-galanya apa yang berlaku dalam isu PMBK dan pandangan beliau jika TGNA nak undur diri:



Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.


Diperenggan yang lain Nik Abduh menulis

Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.

Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.

Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.

Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!” Baca penuh di sini


Selamat Menyambut Aidil Adha


Firman Allah Taala;


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -Surah Al-Hajj Ayat 34













Timbalan Menteri Besar Lebih Layak- Husam

Isu siapa bakal pengganti Menteri Besar Kelantan muncul selepas tamatnya isu Haji Taja dan PMBK yang hangat diperkatakan media.Nik Amar Nik Abdullah, Pesuruhjaya Tiga Kelantan menyatakan Tok Guru kena umumkan siapa bakal pengganti beliau untuk elak perebutan dan konflik .


"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," kata Husam Musa yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebelum ini Tok Guru telah memuji Husam sebagai salah seorang yang cerdik dan telah berjaya bangunkan Kelantan .Pujian ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang dan selesa kepada mereka yang memusuhi Husam.Pujian akan dibalas dengan taktik dan serangan untuk jatuhkan pihak yang tidak disukai.

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam.-bernama klik di sini

Berkaitan baca di sini- Husam saman NST dan Berita Harian Singapura

Arafah-Hitung kami sebagai tamuMU- From Husam

Berikut apa yang ditulis Husam Musa sempena Hari Raya Idul Adha dalam blognya;



Pangkat, kedudukan, kekayaan, keturunan, telah ‘ditinggalkan’. Sebuah kehidupan baru akan bermula. Sebuah keputusan sedang ditunggu. Keampunan? Penerimaan?

Insan beruntung dibasahi tangisan penyesalan. Satu demi satu rantai noda dan dosa terbayang – diikuti keinsafan. Sedar akan kesalahan. Dosa sesama insan, umpat keji, caci maki, hasad dengki, adu domba, makar yang hina, fitnah dan dusta, perampokan maruah, harta atau apa saja, berat di atas pundak. Di depan api, mundur ke belakang semula tidak bisa lagi. Baca di sini

Rabu, 25 November 2009

Terserah Pada Ku Li- Muhyidin

Kokus: Muhyiddin serah pada Ku Li tentukan pendirian

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Nov 25 — "Kita serah kepada kebijaksanaan Tengku Razaleigh (Hamzah)." Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas pelantikan beliau untuk mengetuai kokus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.

Semalam Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan telah bersetuju untuk menerima pelantikan tersebut.

Belum ada kenyataan rasmi daripada Tengku Razaleigh setakat ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau percaya yang Tengku Razaleigh, Ketua Umno Bahagian Gua Musang, akan membuat keputusan terbaik berhubung soal tersebut.

"Saya merasakan beliau sudah lama berada dalam parti, jadi beliau tahu apa keputusan yang hendak dibuat," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun media arus perdana melaporkan pemimpin veteran Umno itu belum memutuskan sama ada akan menerima atau menolak jemputan itu.

Muhyiddin juga menggesa agar Tengku Razaleigh, yang merupakan pengasas Petronas dan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya ada membaca berita tentang itu tetapi saya belum menerima sebarang laporan terperinci mengenai kedudukannya.

"Adalah baik Tengku Razaleigh membuat analisis dengan berhati-hati sebab walaupun ia melibatkan negeri Kelantan, tapi ia (kokus) ditaja oleh pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berada di belakangnya.-Malaysian Insider baca di sini

Sebenarnya Muhyidin Yasin bimbang dengan langkah Ku Li yang sambut pelawaan Pakatan Rakyat itu kerana boleh jejas imej Umno-Bn yang hanya mahu bagi wang sedekah pada Negeri Kelantan. Langkah Ku Li itu dilihat tidak mencerminkan hasrat Umno-Bn, tapi Ku Li dalam hal royalti tidak bertolak ansur kerana lebih pentingkan hak rakyat Kelantan dan tolak ketepi perbezaan fahaman politik demi masa depan rakyat Kelantan.

Hasan Ali Sedia Temui Jawatankuasa Disipiln Parti


Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata beliau sedia menemui Jawatankuasa Disiplin parti itu sekiranya surat membela diri yang diserahkan dua hari lalu gagal memuaskan hati mereka.

Menurutnya,surat membela diri yang diserahkan kepada Jawatankuasa Displin parti mengandungi jawapan yang lengkap mengenai beliau,ahli pas dan masyarakat Selangor.

"Saya sudah menerima surat itu dan pun menjawab, dua hari yang lepas saya telah menyampaikan kepada Jawatankuasa Displin jawapan -jawapan saya kepada pertuduhan yang telah dikenakan kepada saya.Pada umumnya saya telah memberikan jawapan seadil-adilnya buat saya, buat ahli Pas dan buat anggota masyarakat negeri Selangor ini, saya mengharapkan saya diberikan keadilan dalam pengertian kalau jawatankuasa displin sudah membaca jawapan saya itu kalau ada ruang-ruang yang di dapati tidak jelas saya bersedia bila-bila masa sahaja untuk menghadap jawatankuasa displin dan menerangkan butiran-butiran yang perlu kepada penerangan lanjut",katanya

Datuk Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat membela diri berhubung tuduhan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Jawatankuasa disiplin parti itu sebelum ini mengenal pasti beberapa individu termasuk Dr Hassan untuk membela diri berhubung tuduhan yang dibangkitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Datuk Hassan menafikan berlaku perletakkan jawatan melibatkan beberapa pemimpin parti di negeri ini.

"Tak da, tak ada,saya tidak menerima sebarang surat perletakan jawatan"katanya.

Tv Selangor.com

Teruk Saya Ni Sebenarnya-TGNA

Entah betul atau tidak apa yang Tok Guru Nik Aziz sebut seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia ini aku petik juga untuk dibaca. Tok Guru katanya mengulas apa yang berlaku berikutan beliau menyuruh menantunya letak jawatan sebagai CEO PMBK


"Kita sebagai manusia ada masa terganggu. Nabi Muhammad SAW lebih dari sebulan tak berjumpa dengan orang ramai bila timbul fitnah terhadap isterinya, Siti Aisyah. Peristiwa Al-Ifki itu begitu sekali mendukacitakan, mengecewakan sampai sebulan Nabi tak berhubung dengan orang ramai.

''Teruk saya ini sebenarnya, tapi begitulah. Kita bergantung dengan Allah, minta doa, sebelum subuh kita bangun, kalau boleh menangis sebagai saksi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Kelantan di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Nik Abdul Aziz, beliau berasa lega sekarang kerana isu itu dianggapnya sudah selesai berikutan arahannya kepada Abdul Ariffahmi supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK semalam.

Beliau menafikan keputusan yang dibuatnya itu kerana tekanan kepimpinan Pas Pusat.

"Ini yang dipanggil berpakat, tegur menegur, itu asas Islam. Saya tekan Pusat, Pusat tekan saya. Masa saya cadangkan EGM (mesyuarat agung luar biasa) baru-baru ini, ada orang setuju, sebab itu saya tekan dia (Pusat).

"(Saya) lega yang ini selesai. Ini satu, yang depan lagi Wallahu A'lam. Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi," ujarnya.-utusan malaysia online

Sebenarnya menantu Tok Guru patut undur diri sudah lama sebelum Tok Guru sendiri yang suruh menantunya letak jawatan. Apa yang berlaku sudah berlaku dah tak boleh nak 'gostan' lagi. Terimakasih TokGuru atas keputusan yang Tok Guru buat demi masa depan Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan yang juga bergelar 'Serambi Mekah'.

Selasa, 24 November 2009

Tender Murah Tak Dapat, Tender Mahal Dapat

Berikut petikan Ucapan Mahfuz di Parlimen bertarikh 23-11-09. Pendedahan salah guna kuasa Umno-Bn yang melampau dan suka perabih wang rakyat untuk kroni mereka. Aku copy daripada blog penarik beca tanpa izin;

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, ialah 120000 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pelancaran SUBUR ini yang dibuat sempena dengan Program Ekspo Mini MAHA Road Show 2009, Sungai Besar Selangor pada 6 dan 8 September. Pertama, saya hendak mendapatkan penjelasan dalam kita hendak membuat program ekspo, kemudian melancar Program SUBUR ini, berapa kos perbelanjaan keseluruhan pelancaran tersebut dan juga Ekspo Mini MAHA Road Show yang diadakan selama tiga hari daripada 6 sehingga 8 di Sungai Besar baru-baru ini?

Kemudian satu perkara yang saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kerajaan, apabila kerajaan, kementerian melalui FAMA akan mengadakan program mini ekspo ini, kerajaan telah pun mengeluarkan tender. Ini ada borang dan syarat-syarat tender kepada saya. Tender khususnya bagi pemasangan khemah Arabian canopy sebanyak 77 khemah dan satu pentas. Satu pentas untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga VVIP yang lain dalam majlis perasmian ataupun majlis pelancaran.

Saya telah difahamkan bahawa sepatutnya tarikh tutup untuk menyerahkan tender untuk pemasangan khemah ini pada 2 November, tetapi isunya ialah apabila ada di kalangan mereka lebih kurang lima ataupun enam penender yang menyerahkan borang ini, apabila mereka pergi sebelum 2 hari bulan, tiba-tiba 31 hari bulan sudah pun ada khemah-khemah itu dipasang, sudah pun khemah itu dipasang, sedangkan tarikh tutupnya ialah pada 2 November. 31 hari bulan sudah pun ada khemah dipasang. Ini gambar yang ada pada saya, gambar yang bertarikh 31 hari bulan. Kerja-kerja untuk menyiapkan, menaikkan khemah-khemah Arabian canopy ini sebanyak 77 khemah.

Saya agak keliru, dia diberikan kepada Syarikat KEB Projek Sdn. Bhd, K-E-B Projek Sdn. Bhd, KEB Projek Sdn. Bhd dengan harganya RM428,000 untuk tiga hari, 77 Arabian canopy dan satu pentas besar, RM428,000, sedangkan lima ataupun enam syarikat yang lain, saya difahamkan yang masuk tender, tetapi masuk tender sebelum tarikh tutup, tetapi selepas khemah itu telah dipasang oleh Syarikat KEB Sdn. Bhd ini. Semua syarikat ini masuk, harga mereka lebih rendah daripada KEB Sdn. Bhd, termasuk ada satu syarikat yang masuk harganya lebih rendah, RM100,000 lebih rendah.

Malah saya telah bertanya baru-baru ini kepada satu syarikat di kawasan yang membuat satu ekspo dengan kerjasama portfolio belia di kawasan saya, Ekspo Belia Niaga. Mereka ini ada siap dengan khemah. Saya tanya kepada mereka kewajaran RM428,000 dengan 77 Arabian canopy. Mereka juga memiliki khemah sendiri untuk diberikan sewa dan sebagainya dengan satu pentas, RM428,000. Mereka kata kepada saya bahawa kalau itulah yang dapat kepada mereka, mereka kaya, syarikat ini dia kata. Kalau sebulan ada dua, tiga function dengan harga macam ini, mereka kata kami boleh goyang kaki tidak perlu buat ekspo-ekspo yang lain.

Jadi, saya ingin hendak mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan. Kenapa ini boleh berlaku, pertama sekali tarikh tutup 2 hari bulan, 31 sudah pasang khemah, kenapa diberikan kepada syarikat yang lebih mahal, sedangkan ada syarikat yang menawarkan sehingga RM100,000 lebih murah daripada harga-harga yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Saya juga hendak minta supaya Audit Negara harus membuat audit selepas daripada ini, berapa sebenarnya kos pemasangan khemah untuk Arabian canopy ini. Ini supaya kita dapat melihat bahawa kos harga sebenar yang patut diperoleh oleh pihak kerajaan. Saya bimbang bahawa tahun depan juga kita akan melihat ketirisan dan kebocoran yang lebih besar berlaku ke atas perbelanjaan wang negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kota Siputeh: SPR Syok Sendiri

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan SPR untuk tangguhkan umum kerusi Dun Kota Siputeh kosong. Nampaknya Mahkamah Rayuan memihak kepada SPR kali ini tapi macammana pun kerusi Dun Kota Siputeh tetap kosong cuma boleh lambat-lambatkan saja nak umum Dun Kota Siputeh kosong.Tangguh nak umum saja tapi tak boleh lebih daripada 60 hari.



Peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.-Malaysiakini- di sini

Pas Selangor: Siapa Pula Nak Letak Jawatan?

Laporan bernama berkata PJ Pas Selangor , Hasan Ali menafikan desas desus ada pemimpin Pas Selangor hantar surat letak jawatan. Adakah ini persepsi atau kabar angin atau kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?

Berikut laporan Bernama

Pas Selangor tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana pemimpin sayap parti itu seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata Pas Selangor berada dalam keadaan kukuh dari peringkat bawahan sehingga peringkat kepimpinan tanpa sebarang masalah termasuk hal berkaitan pengurusan serta aktiviti yang dirancang.

"Kita tidak ada masalah, malah saya boleh katakan Pas sekarang berada dalam keadaan yang sangat kukuh berbanding sebelum ini. Semua aktiviti kita berjalan seperti biasa tanpa satupun yang tertangguh mahupun ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kemudahan Awam dan Lembu Korban oleh Worldwide Holdings Bhd di sini Selasa.-Bernama-Pas Selangor Tak Terima Sebarang Surat Letak Jawatan-Hasan

Isu Royalti: Ku Li Setuju Jadi Pengerusi Kaukus

Oleh Syed Jaymal Zahiid

Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan persetujuan untuk mengetuai kaukus yang ditubuhkan Pakatan Rakyat (PR) bagi meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak termasuk kepada Kelantan yang kini menjadi tumpuan debat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Razaleigh menerima jemputan mereka pagi ini.-malaysian insider baca d sini

Takiyuddin Penolong Setiausaha Agung Pas

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Intergriti Lebih Utama-Mujahid

Ahli parlimen PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana mendahului keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarga.

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

"Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan."

"Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti," katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,"

"Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti," katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

"Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat," ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Nasir dalam pada itu menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

"Tindakan Ariffahmi satu langkah yang jauh ke hadapan dan saya kira ia sepatutnya menjadi satu contoh kepada rakyat dan pemimpin malaysia dalam usaha memelihara integriti terutamanya kerajaan dalam berhadapan isu-isu yang dikatikan dengan nepotisme dan sebagainya," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS selepas pertemuan dengan pimpinan parti di kediaman Menteri Besar, JKR 10 mengumumkan persetujuannya menasihati Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pertemuan semalam turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

harakahdaily

Orang Kampung Hujan-Hujan Ni Buat Apa

Hujan yang turun tak henti-henti telah menyebabkan banjir di Kedah , Perak , Kelantan dan Trengganu. Kampung aku dah tiga kali banjir dah .Apa yang mampu orang kampung buat bila rumah di tenggelami banjir? Sawah padi dah tenggelam tiga kali. Nak toreh getah pun tak boleh pokok basah.

Pendapatan mereka terjejas teruk. Bagi yang bekerja kilang mungkin ada 'income' bulanan tapi bagaimana yang bergantung hidup kepada sawah padi dan pokok getah? Pemimpin politik yang menjerit tentang negara kebajikan mesti turun padang bantu kesusahan yang mereka alami. Jangan hanya pandai tunjuk muka bila tiba musim pilihanraya, tapi bila tiba musim banjir lari ke luar negeri atau bila tiba musim cuti sekolah bawa anak bini melancong ke luar negara sedangkan rakyat yang undi bagi mereka menang dibiarkan tanggung sengsara harungi banjir selang seminggu sekali.

Kalau nak bagi bantuan mangsa banjir jangan pilih bulu, jangan kira ideologi politik Pas atau Umno. Banjir datang tak kira Pas atau Umno semua kena, semua jadi susah dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Saya Sanjung Tinggi Intergriti Tok Guru-Sallahudin Ayob

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz semalam yakin tindakan Nik Aziz itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti.

"Tok Guru (Nik Aziz) tunjuk nilai moral yang tinggi, dan beliau ambil keputusan demi kepentingan perjuangan.Ini adalah satu bentuk integriti yang ditunjuk oleh beliau.Apa pun yang beliau putuskan, itu adalah keputusan parti yang beliau akur,"

"Saya percaya apa yang beliau buat adalah bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga tetapi apa yang beliau tunjuk merupakan sikap yang melampaui kepentingan diri, keluarga dan peribadi beliau.Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjuk beliau.


"Saya tak nampak apa isu besar, apa yang berlaku adalah isu pelantikan menantu.Beliau telah lepasi isu itu.Kalau selama hari ini isu menantu dimainkan anatara Pak Lah dan Khairy, dan Pak Lah tak mampu buat sesuatu untuk bersihkan nama beliau.Walaupun dari segi perundangannya betul, tapi ia akan timbulkan satu fitnah kepada beliau dan pentadbiran,"

"Apa yang ditunjukkan tok guru hari ini kerana lihat kepentingan perjuangan jemaah itu lebih penting dari keluarga dan peribadi.Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini.Tapi tok guru tunjuk satu integriti sebagai Menteri Besar.

harakahdaily

Husam Kritik NST

Husam Musa dalam blognya mengkritik NST kerana mengada-adakan berita yang tidak ada kebenarannya dalam isu yang berlaku dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang membawa kepada CEO PMBK diminta letak jawatan oleh MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz. brikut apa yang husam sebut dalam blognya;



Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.Baca Di sini

Isnin, 23 November 2009

Anual Bakri Haron: Garam dan Usia, Guru Kepada TGNA

Berikut adalah petikan tulisan Setiausaha Politik MB Kelantan, TGNA yang menyebut seperti berikut;

Pendek kata, walaupun Tok Guru Nik Aziz sedang dikepung oleh isu di sekitar tajaan untuk mengerjakan haji, dan hingusan isu yang keluar dari bersin menantunya di PMBK, beliau tetap sabar bersahaja.

Terkini pula, ada tanda-tanda kerusi pesuruhjaya negeri beliau mahu digugat oleh seorang pemilik blog (mungkin atas suruhan) tetapi beliau masih tetap selamba kerana duri di hutan tidak siapa pun pernah menajamnya.

Melalui proses usia dan pengalaman yang panjang Tok Guru Nik Aziz yang kini berusia 78 tahun, sudah masak dengan sepak terajang. Sungguhpun beliau boleh dilihat perlahan kerana sedang berada dalam zaman septuagenarian yakni antara usia 70-79 tahun tetapi beliau masih dilihat utuh.

Mari kita tumpang keutuhan beliau bersaksikan kata-kata ini:

"Saya telah tua sekarang ini, dan hanya boleh membaca kepala angin samada ribut atau hujan akan turun berdasarkan pengalaman saya. Saya boleh baca contohnya jika air berombak, saya akan menyatakan mungkin ada tunggul di bawahnya. Tapi jika saya hendak mengangkat sauh sendiri sekarang ini saya sudah tidak berdaya melakukannya. Begitu juga hendak mengangkat dayung atau turun mencampakkan sauh pun saya tidak mampu. Orang lainlah yang perlu melakukannya. Jadi, saya hanya boleh baca kepala angin. Ini kerana terdapat angin yang bawa ribut atau hujan berdasarkan pengalaman saya yang ada."

Sebetulnya, proses usia adalah proses perjalanan kematangan. Jauhi dari tabiat tidak sabar. Usah dipaksa kematangan itu datang dengan menjolok durian yang lambat gugur. Laluilah denai pengalaman melalui urutan proses kematangan yang normal sebelum duduk di kerusi kemudi.

Biar ia berlaku secara natural. Jika tidak, usah disalahkan orang apabila orang menamakan kita sebagai budak awang yang belum mumayyiz. Jangan karier kita berakhir, mati muda dalam malu, terhingguk-hingguk di kerusi malas. Baca di sini

Penulis adalah setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

harakahdaily

Kota Siputeh:Umno Nak Ke Mahkamah Rayuan Pulak Dah

Setelah Suruhanjaya Pilihanraya gagal untuk dapat perintah penangguhan istihar kerusi Dun Kota Siputeh kosong daripada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, 'rakan' SPR , Umno telah bertindak untuk merayu kes tersebut ke Mahkamah Rayuan pula esok(Selasa) kerana pada hari Rabu ini, SPR kena umumkan kekosongan kerusi Kota Siputeh kosong dan seterusnya pilihanraya kecil akan bermula.

Hujah Peguam Kanan Persekutuan yang wakili SPR yang mengatakan kesan implikasi kewangan jika prk diadakan ditolak Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin.

"Mengikut undang-undang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno melalui peguamnya Datuk Hafarizam Harun akan mengemukakan rayuan berkenaan.

"Saya baru menghubungi beliau tadi dan sama ada Mahkamah Rayuan boleh membuat keputusan itu esok atau tidak, itu adalah sesuatu yang menarik kerana apa-apa pun SPR perlu membuat keputusan (tarikh pilihan raya, tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian) Rabu ini," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.-Bernama

Tempat yang Umno dah menang dan mengaku kuat pun tak berani nak lawan semula.Kenapa Umno tiba-tiba jadi penakut dan kononnya membazir duit jika prk diadakan? Muslihat apa yang sebenarnya Umno mahu lakukan?

Nabi Kata Fitnah Ini Benda Tidur...-TGNA

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)


Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi

Macam mana pendirian saudara Arif?
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.

Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.

Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.

Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.

Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.

Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.

Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.

Harakahdaily

Saya Akur Dengan Keputusan Tok Guru -Ariffahmi

Memang dah sah menantu Tok guru Nik Aziz dah letak jawatan. Semoga segala kekalutan dan rasa tidak tenteram penyokong dan ahli Pas akan terubat dengan keputusan Ariffahmi letak jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK).

Umno tentu tak dapat lagi mainkan isu kroni dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dengan perletakkan jawatan menantu Tok Guru itu.Kata Ariffahmi;

“Peletakan jawatan saya bukan bermakna saya bersalah... segala fitnah yang dilontarkan kepada saya itu tetap saya nafikan. Hanya masa yang akan menentukan.

“Saya berundur kerana akur dengan keputusan Tuan Guru, atas rasa sayang dan hormat saya kepada dia dan untuk menjaga imejnya dan juga imej kerajaan negeri. Saya akan menghantar surat perletakan jawatan saya secepat mungkin,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sementara Bernama pula melaporkan TGNA berkata;

"Semuanya nasihat saya untuk menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS. Nasihat kepada saya supaya menantu saya mengundur diri.

"Dulu masa saya lantik beliau, ada Penasihat Undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik. Nanti untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini hari ini.

Ariffahmi dalam laporan bernama atas kata-kata Tok Guru itu berkata;


"Saya ingin menyatakan saya dapat terima keputusan ini dengan hati yang lapang dan keputusan ini dibuat untuk menjaga nama baik kepimpinan Islam, kepimpanan PAS Kelantan dan parti.

"Terima Kasih kerana saya diberi kepercayaan kepada Tok Guru selama lapan tahun di PMBK dan jawatan terakhir saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif," katanya.-Bernama klik di sini



Ariffahmi Letak Jawatan

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut

malaysiakini

Kota Siputeh : SPR GAGAL

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

malaysiakini

Nak Sokong Pas Atau Sokong Puak Dalam Pas?

Mutakhir ini ada macam-macam puak dalam Pas. Percaya atau tidak puak ni wujud dalam Pas? Dalam Muktamar Pas yang lalu pertandingan tiga penjuru yang berlaku bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas antara Husam Musa, Mat Sabu dan Nasharuddin Mat Isa menggambarkan akan kewujudan sikap berpuak-puak dalam Pas. Memang menang kalah adat bertanding dan itu lambang demokrasi tapi sikap berpuak-puak ini berterusan hingga sekarang.

Semasa isu UG memuncak Pas telah terbahagi kepada dua kelompok besar yang menyebelahi Presiden Pas dan yang menyebelahi Murshidul Am Pas. Walaupun ada penafian tapi ini kenyataan. Jika ada dua orang yang bersembang lalu orang Pas yang lain datang dia akan bertanya- "anta sokong Murshidul Am ka atau Presiden? ". Itu ayat yang terkeluar daripada mulut orang Pas hingga sekarang. Itu dua puak yang terbesar dalam Pas.

Di Selangor ada juga puak yang sokong Hasan Ali ,PJ Pas Selangor dan juga ada puak yang sokong Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Masing-masing tak sehaluan dalam beberapa perkara hinggalah Khalid Samad dipecat sebagai Timbalan PJ Pas Selangor sedikit masa lalu.

Husam Musa pun ada pengaruhnya sendiri yang berterabur di seluruh negeri.Di Kelantan pula ada yang menyokong Husam dan ada yang menyokong puak lain untuk lawan Husam. Mat Sabu pun sama ada juga yang sokong Mat Sabu sehingga digelar 'parti Mat Sabu'.Nasa dengan 'team' UG nya. Banyak puak dalam Pas ni. Kalau tak betul apa yang aku kata itu terpulang pada pandangan masing-masing.

Dulu kita kata kat Umno parti berpuak-puak, ada 'team A dan team B', Team Mahathir dan Ku Li, Team Mahathir dan team Anwar, Team Pak Lah dan team Najib, nepotisme, kronoisme. sekarang apa yang dikata kepada Umno itu sedang menjangkiti Pas sikit demi sedikit.

Ahad, 22 November 2009

Apa Pun Yang Penting Royalti Minyak Untuk Kelantan

Rakyat Kelantan kena sedar jangan lupa isu royalti yang cuba dipadamkan Umno dengan menimbulkan isu lain yang menggambarkan Kerajaan Kelantan dalam keadaan tak stabil gara-gara isu sampingan yang cuba ditonjolkan Umno.

Pusing cerita macam manapun Umno-Bn yang perintah Kerajaan Pusat kena bagi royalti untuk negeri Kelantan.

Berikut antara seperti termaktub dalam Penyata Rasmi Dewan Negara, 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya


(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk- penduduk tempatan berhubung dengan ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):

Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak. Baca di sini

Mingguan Malaysia Bohong Lagi


Berikut apa yang Husam Musa tulis dalam blog beliau;

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? Husam Musa - Oh ...Mingguan Malaysia klik

Berikut apa pula yang ditulis Mingguan Malaysia;

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.-MingguanMalaysia-Husam Letak Jawatan? klik.



Husam Budak Cerdik-TGNA

Salmah Mat Hussin

KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

harakahdaily

Sistem Dua Parti: Pakatan Perlu Tempuhi Jalan Sukar..

Usaha untuk mewujudkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif masih menerima kekangan daripada sistem warisan BN, manakala masyarakat Malaysia sendiri masih belum menyedari keperluan untuk mengamalkan sistem dua parti seperti yang diuar-uarkan.

Maka Pakatan masih perlu menempuh jalan sukar sebelum dapat melaksanakan sistem tersebut di negara ini, sekiranya pendapat beberapa ahli-ahli panel sebuah simposium mengenainya hari ini dijadikan ukuran.

Antara penghalang utama adalah ketiadaan budaya politik yang membolehkan sistem berkenaan dijalankan, kata profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Aziz Bari..

Bercakap dalam sesi pertama program anjuran Institut Kajian Dasar pagi ini, beliau berkata masyarakat Malaysia sendiri masih belum dapat menerima budaya debat yang menyuburkan demokrasi.

"Contohnya kalau seorang exco menyerang kerajaannya sendiri, masyarakat masih melihat perkara ini sebagai tindakan yang tidak betul, jadi bagaimana kita boleh melihat sistem dua parti dijalankan?

"Kita tidak boleh meniru hasil yang sama di negara lain seperti United Kingdom kerana kita tidak mempunyai budaya politik yang sama, ataupun konvensyen yang sama apabila sesuatu undang-undang dilaksanakan," katanya.

Menyetujui pandangan itu ialah seorang lagi panelis, Dr Thomas Stuart Knirsch yang menegaskan bahawa penanda aras yang jelas untuk melihat sistem dua parti dijalankan adalah kesediaan rakyat sendiri untuk menerima persekitaran politik tersebut.

Perubahan sosial, ekonomi


Kajian perlu dilakukan untuk menilai kesanggupan rakyat dalam menerima pakai sistem tersebut dengan mengambil kira realiti semasa, jelasnya lagi dalam sesi khusus berkaitan konsep dan amalan sistem itu.

"Perubahan-perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku di negara ini mewujudkan kategori baru di kalangan pengundi dan juga golongan yang perlu diwakili mereka," katanya lagi.

Pandangan ini disambut oleh naib presiden PKR, R Sivarasa, yang berkata usaha untuk mewujudkan sistem dua parti telah wujud sejak 1960-an tetapi usaha ini telah ditekan oleh BN.

"Ini dilakukan melalui undang-undang ISA, tekanan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun untuk membolehkan sistem satu parti dominan saja yang wujud," katanya lagi.

Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu melakukan usaha berterusan bagi memastikan sistem dua parti dilaksanakan.

"Kita perlu pastikan kebebasan institusi-institusi seperti polis dan juga pemisahan kuasa cabang-cabang demokrasi.

"Satu lagi aspek yang perlu ditangani adalah ketidakseimbangan di antara kerajaan persekutuan dan negeri.

'Negeri Pakatan dihukum'


"Negeri-negeri memberi sumbangan yang banyak kepada kerajaan persekutuan tetapi tidak berkuasa untuk menentukan perkara-perkara berkaitan pendidikan atau kehidupan awam," katanya lagi.

Teng Chang Khim, speaker DUN Selangor dalam sesi seterusnya pula berkata kerajaan negeri itu, yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya 2008, kini dihukum oleh kerajaan BN persekutuan.

"Sebelum 8 Mac, semua peruntukan pembangunan disalur melalui pejabat tanah dan kerajaan negeri dapat tahu berapakah jumlah yang disalurkan.

"Tetapi selepas 8 Mac, kerajaan persekutuan membentuk Pejabat Pembangunan Negeri. Ini satu tawaran yang tidak adil kepada kerajaan negeri, jadi kita perlukan tawaran baru," katanya lagi.

Jelasnya, ini juga merupakan sebab utama kerajaan negeri itu mengusulkan penubuhan satu suruhanjaya geran bebas untuk menyalur peruntukan daripada pusat.

"Tetapi melihat kepada permusuhan antara kerajaan negeri dan pusat sekarang, nampaknya jauh lagi perjalanan (usaha) ini.

Exco kanan kerajaan PAS Kelantan, Datuk Husam Musa pula berkata, usaha tersebut memerlukan "pertukaran menyeluruh" dengan set nilai yang berbeza daripada BN.

Gabungan lemah

"Kita perlukan satu sistem untuk tukar keadaan ini dengan memperkuat pakatan kita," katanya lagi.

Jelasnya, Umno dan BN telah mendapat kesedaran daripada pengundi pada pilihan raya 2008 dengan "menukar" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, perubahan itu bagaimanapun tidak dilakukan secara menyeluruh oleh BN kerana masih mengawal institusi-institusi yang masih dapat mengekalkan kuasa mereka.

Katanya lagi, ini diperhatikannya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih "takut" untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Seputeh.

Beliau mendakwa, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM juga telah 'memerangkap' dua ADUN di Perak, tetapi menurutnya, dua orang ini kemudian nampaknya seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tambahnya Pakatan Rakyat masih dilihat sebagai gabungan yang lemah, kesan daripada stigma yang ditanam oleh BN.

Jelasnya, Pakatan Rakyat juga perlu menghadapi stigma berkaitan Dasar Ekonomi Baru serta isu-isu melibatkan orang Melayu dan agama Islam.

Perlu beri penerangan

"Satu lagi stigma adalah PAS akan menubuhkan kerajaan Islam sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat," katanya lagi.

Turut berbincang dalam sesi khas mengenai hubungan kerajaan pusat dan persekutuan ini adalah ADUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata usaha perlu disegerakan untuk memperbaiki perkhidmatan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga rakyat meluat lagi," katanya, sambil menjelaskan mengenai usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memberi penerangan berkaitan "hukuman" yang dikenakan oleh kerajaan pusat.

"Rakyat di kawasan saya contohnya masih berfikir mereka tidak perlu lagi membayar tol selepas Pakatan ambil alih kerajaan," katanya.

Sebelum itu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan dasarnya di simposium tersebut turut menyuarakan perkara yang sama, dan menegaskan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Pakatan untuk menjadi sistem dua parti itu satu realiti.

Manakala setiausaha agung Pakatan, Salahuddin Hashim juga tidak begitu optimistik mengenai sistem dua parti menjadi realiti, antaranya kerana hak-hak negeri tidak dihormati oleh Putrajaya.

Sebagai contoh, katanya ialah negeri-negeri terikat kepada Majlis Tanah Negara, yang menghalang kebebasan kerajaan negeri.

Perak, katanya, adalah antara negeri yang berdepan dengan perkara itu.

Salahuddin berkata, walaupun tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri, tetapi kerana adanya majlis tersebut, maka kerajaan negeri tersebut tidak dapat melaksanakan apa yang dikehendakinya.

malaysiakini