Sabtu, 31 Oktober 2009

Orang Muda Geng Murshidul Am

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi aku pergila kesebuah restoran di Shah Alam pekena teh tarik dan telor separuh masak. Sambil aku duduk tunggu teh terik sampai aku bertanya kepada sekumpulan orang muda dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an yang berada di hadapan aku:

"Brader saya nak tanya ni macam mana sekarang Pakatan Rakyat perintah Selangor ok ka?Jawab pemuda yang pertama tu- " Bagi saya ok la." Aku tanya lagi -"Apa yang ok?" jawab pemuda tu- "Ya la dulu Dewan Orang Ramai tu Umno saja yang boleh guna tapi sejak Pakatan Rakyat pegang ni semua orang boleh guna tak kira parti, termasuk Umno pun boleh guna. Tapi kenapa adun PKR lari pula?" Aku tak jawab (maknanya orang muda ambil tahu kedaan politik dalam Selangor)

Aku tanya Pemuda yang kedua dengan soalan yang sama. Pemuda yang kedua ni jawab ikhlas dia kata-"memang tak ada masalah Pakatan Rakyat perintah, tapi kenapa Highway LAKSA (Lebuhraya Kemuning Shah Alam ) tak siap-siap lagi?" aku kata -"itu projek Kerajaan Pusat." Dia diam.

Pemuda yang ketiga jawab -"memang ok." pendek saja jawapannya.

Tadi solat isya' aku ke masjid berjamaah. Mereka tanya aku "hang ni Murshidul Am ka sebelah mana?" aku jawab "aku dipihak yang nak pertahankan Pas." "Hang pa macammana?" "kami Murshidul la. Kami tak ada kepentingan apa sokong Pas ni cuma kami kesal orang yang ada jawatan dalam parti timbulkan masalah."

Balik ke rumah aku bersembang dengan orang muda . Dia memang sokong Pas. Orang muda tu menceritakan di tempat kerjanya (kerja kilang) di Shah Alam ni la. Katanya "kami pagi-pagi datang kilang ceritakan apa yang berlaku dalam Pas sekarang ini, kami semua sokong Murshidul Am dan kami tidak suka (nama-nama yang disebut Tok Guru dalam Blog dia) mereka gila jawatan dan pangkat!" aku senyap tak kata apa.

Kata orang muda tu lagi -"ada sorang tu sokong Pas juga dia Ketua Cawangan(dia pertahankan Hasan ali dan Dua orang lagi tu) , kami berlakon jadi orang Umno kutuk dia, dia MC dua hari sebab tak boleh nak jawab apa, dia tak percaya . Kami semua orang muda buka blog tengok apa yang berlaku dalam Pas."

Aku cerita apa yang aku dengar -Wallh hu a'lam

Pemuda GERAKAN Tak Bacul Macam Pemuda Umno

Walaupun ada usul daripada Perwakilan Pemuda Gerakan untuk keluar daripada Umno-BN ditolak oleh mensyuarat Pemuda Gerakan dalam persidangan Pemuda Parti Gerakan yang ke 22 ada usu-usul lain yang menampakkan mereka lebih cerdik dan tak bacul macam Pemuda Umno dalam parti komponen BN.

Pemuda Gerakan telah membuat usul supaya akta zalim ISA dihapuskan, meminda akta penerbitan dan mesin cetak serta meminta Kerajaan mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan untuk kurangkan beban rakyat.Sila baca di sini

Pemuda Umno kalau bab-bab bertumbuk dan berparang dalam pilihanraya memang mereka berani tapi kalau bab-bab nak jaga kebajikan rakyat, nak cari jalan nak kurangkan penderitaan rakyat mereka mundur kebelakang. Pemuda Umno juga agak berani kehadapan dalam menimbulkan ketegangan kaum seperti heret kepala lembu dan pijak kepala lembu depan SUK Selangor.

Umno Kuasai MAIS Dan JAIS ?

Parti pembangkang di Selangor UMNO yang telah kalah di Selangor cuba tunjuk pandai dan mengarahkan MAIS supaya tidak membenarkan mana -mana orang yang berkebolehan dalam bidang agama daripada menyampaikan khutbah di masjid-masjid tanpa tauliah di Selangor, Umno yang tidak sedar diri setelah kalah cuba berlagak pandai dalam urusan kerajaan negeri, mungkin mereka ingat MAIS dan JAIS itu kepunyaan Umno, boleh arah-arah sesuka hati.

Penyelaras Parlimen Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi M.Zin berkata setiap penceramah perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MAIS.-bernama

"Sesiapa yang ingin menyampaikan khutbah perlu ada tauliah dan kelayakan, bukan suka-suka, kerana kemuliaan masjid itu perlu dipelihara supaya ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak terutamanya untuk kepentingan politik," Kata Ahmad Nawawi Ketua Umno Shah Alam-bernama


"Kita maklum di Selangor ini ada banyak ajaran sesat, kita tidak mahu nanti ada yang mengambil kesempatan sekiranya diberikan kebebasan menyampaikan khutbah tanpa pemantauan dari MAIS," katanya.-bernama Ahli Politik Perlu Dapatkan Tauliah MAIS Untuk Baca Khutbah (KLIK)

Umno patut betulkan akidahnya yang berpandukan nasionalisme Melayu dan Sekularisme sebelum mahu betulkan lain-lain pertubuhan. Inilah kerja Umno yang amat bimbang dalam isu baca khutbah di Selangor sejak Umno perintah Selangor dulu dan bila dah kalah pun masih mahu cakap isu yang sama. Pada Ramadhan yang lalu Masjid-masjid seluruh Selangor dipenuhi dengan Majlis Tazkirah dan sambutan para jamaah Masjid begitu mengkagumkan berbeza semasa zaman Umno perintah Selangor dulu Majlis Tazkirah bulan Ramadhan telah diharamkan. Umno mau kuasai Masjid tapi amat benci dengan Majlis Tazkirah dan Ilmu. Umno tidak mahu rakyat jadi bijak dan berilmu kerana orang yang bijak dan berilmu tidak akan menyokong Umno.

Sepatutnya kerajaan negeri Selangor dan Exco Agama memantau dan ambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai agama yang bersekongkol dengan Umno untuk halang program Ilmu di Masjid. Mana -mana pegawai agama juga dibasihatkan berhenti daripada berkhidmat dengan MAIS dan JAIS kalau ada kepala otak macam Umno yang suka halang program agama di Selangor. Nama saja Islam tapi perangai mereka begitu busuk macam Abdullah bin Ubai bapa munafik dalam dunia.

Rencana Jahat Memecahbelahkan Pakatan Rakyat

OLEH Hasmi bin Hashim

Memang, kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’. Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.

Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno? Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?

Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak! Pengakuan ini saya perolehi langsung daripada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika pertemuan kami dalan program di Universiti Terbuka Perak (Ureka), 17 Oktober lalu.

Kedurjanaan Umno, terhadap orang Melayu lebih bertompok dan ketara. PAS, termasuk ketika allahyarham Datuk Ustaz Fadhil Noor, menyaksikan bagaimana permainan silap mata dan kerakusan Umno menangkap aktivisnya. Bahkan membunuh!

Kes Memali, misalnya, sampai kini tak selesai. Penindasan terhadap PAS, oleh Umno, menjadikan PAS seakan-akan tidak mungkin dapat duduk kembali dengan Umno. Saya percaya, kepada yang sering bercermin kepada sejarah, tak mungkin dapat menerima apa yang dinamakan Umno sebagai rakan kongsi kuasa hanya atas dalih survival Melayu mahupun ugama.

Dan saya hendak bertanya, siapa yang memulakan label “Erdogan” yang merujuk kumpulan kononnya “pro-Anwar”, kalau bukan elit dan media Umno? Bukankah mereka jugalah yang tiba-tiba menjuarai agar golongan ulama’ dalam PAS menentang “kumpulan Erdogan” itu, sedangkan sejak bila Umno pro-ulama’?

Ternyata, kekalang-kalibut ini, dengan insaf saya mentafsirkan, sengaja direncana oleh segelintir manusia yang dahulunya pernah bersama Keadilan, dan ada hubungan dengan dua-tiga kerat sahabat dalam PAS.

Tak dapat Keadilan, PAS cuba mereka piat. Bedebah!

Usaha untuk melemahkan Pas dan Keadilan khususnya juga bukan baru. Ada nama yang dua-tiga bulan menyertai Keadilan, misalnya, kemudiannya meninggalkan parti dengan sidang media yang bukan main tampak hebat sehingga dipersoalkan kejujuran mereka menyertai Keadilan. Apakah direncana, diupah? Kemudian, lenyap.

Juga sejak beberapa tahun lalu, tak kurang pemimpin kanan Keadilan diumpan dengan itu dan ini, ada yang diugut, agar, meninggalkan parti dan perjuangan. Yang gagal bertahan, yang lemah, justeru berpaling.

Kita tahu, dalam sedar tak sedar, Keadilan, malah lebih tepat Anwar wajar dihapuskan. Kekalahan teruk Barisan Nasional, 8 Mac lalu, diakui mereka banyak disumbang dengan apa yang disebut sebagai “faktor Anwar” selain kesediaan PAS dan DAP berada dalam saf yang melangkah sederap.

pakatan-rakyatAtas kenyataan ini, rencana jahat dan fitnah baru, diatur. Apabila ada seorang anak muda yang ‘bersumpah’ dirinya diliwat, mereka kira Anwar sudah masuk perangkap. Melalui berita TV ketika menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh, ada yang dengan sinis berkata “tengoklah nanti!”

“Tengoklah nanti” itu merujuk rancangan mereka yang menggunakan kaedah seumpama cara jahat Dr Mahathir ketika memfitnah Anwar pertama kali dahulu; lebih 10 tahun dahulu. Beza golongan kecil ini, yang tentunya mendapat restu pimpinan tertinggi Umno adalah, mereka nampaknya lebih rakus berbanding Dr Mahathir sendiri…

Kemusnahan sangat mereka harapkan menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat, Disember ini. Mereka, dengan janji dan ikrar yang bermacam-macam waktu menyertai semula Umno, tentunya mahukan sokongan dana untuk menjayakan misi. Saya kira, politik Najib pula adalah politik yang tergamak menyiapkan upah, asalkan misi siap. “Misi pertama” iaitu merampas kerajaan Perak, dianggap ’sempurna’.

Kedua, iaitu yang lebih mustahak, kemaraan Pakatan Rakyat yang dipenghului oleh Anwar mesti disekat. Disekat segera!

Ahli-ahli parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan rakyat semakin jelas melihat isu ini. Teguh di belakang kebenaran, dan siap untuk menegur mana-mana pemimpin yang terpesung daripada “sumpah perjuangan” bukan hal yang perlu dimalukan. Yang sudah terpesung pula, hanya menanti masa, dimakan tulah.

Kesepaduan Pakatan Rakyat, saat ini menjadi mustahak sekali. Sangat mustahak kalamana kita hanya beberapa langkah sahaja lagi melewati gerbang Putrajaya. Umno belum pernah dalam sejarahnya berasa begini gementar, dan memang mungkin akan mereka gunakan apa sahaja, baik mengadu-domba dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat agar mereka kekal berkuasa.

Tak tergambar kita, bagaimana nantinya bila kuasa dapat kembali kepada Umno-BN andai kita termakan umpan dan cuai, betapa kuku tajam Umno-BN akan mencengkam rakyat. Mereka kini sedang menahan nafsu, kerana mereka tak sangat berupaya ketika hilang kuasa di banyak kawasan dan negeri.

Justeru itu, kepentingan Melayu, mahupun Islam adalah kepura-puraan politik, sementara Umno berada dihujung tanduk. Kita tak punya pilihan, kecuali menepis Umno-BN ke luar pagar Putrajaya. Keutuhan kita kepada bangsa dan negara jelas. Lebih jelas daripada slogan politik “1Malaysia” Perdana Menteri.

paksyeikhDan, yang paling utama daripada kekalutan hasil buah tangan elit Umno ini, adalah kembali memperkukuh idealisme, memperkasa gagasan dan memperkuat saf… terutama kalangan anak muda, yang, pada satu ketika dahulu, juga sepenuhnya mahu dilumpuhkan demi melonjakan menantu bekas PM ke-5.

Kita benteng hadapan, bukan barisan di belakang.

Bebas Pro Umno Dan 'Mesra' Umno

Mungkin rakyat yang undi Si Badrulhisham, Adun Pelabuhan Klang merasa kecewa dengan sikap pengkhianatannya kepada pengundi dan mungkin juga mereka merasa lega kerana Badrulhisham yang bermasalah itu sejak menang Mac 2008 atas tiket Parti Keadilan telah tonjolkan imej yang sebenar.

Badrulhisham sebelum istihar keluar daripada Parti Keadilan dikatakan murung dan ada masalah mental dan suka mendiamkan diri. Apabila istihar jadi bebas dan Pro Umno dan 'mesra' Umno nampak bersemangat dan salahkan ketuanya Anwar Ibrahim punca beliau keluar PKR. Selama sidang DUN Selangor beliau tidak pernah muncul untuk suarakan apa saja yang ada kaitan dengan masalah rakyat Dun Pelabuhan Klang.

Umno pula sudah tentu sambut mesra dan gunakan kesempatan ini untuk ambil Badrul untuk bersama Umno. Tak masuk Umno pun tak apa janji pro Umno. Timbalan Presiden Umno , Muhyidin Yasin dah mula hulur tangan untuk sambut Badrul ke dalam Umno. Baca di sini BN Sedia BantuWakil Rakyat Bebas-bernama

Siapa lagi yang akan jadi bebas pro Umno dan 'mesra' Umno? Hanya masa yang menentukan.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kempen Halus Yang Menjahanamkan

Dua tiga hari ni ada saja sms yang berbaur macam-macam berkisar tentang masalah Pas, parti yang aku sokong sejak turun temurun keturunan aku, tidak ada parti lain selain Parti Islam SeMalaysia ni lah yang aku sokong dan undi sejak dari dulu lagi. Aku sokong Pas bukan kerana pemimpin tapi kerana dasar yang Pas bawa iaitu Islam yang termaktub dalam perlembagaan Pas tu saja tidak ada sebab lain.

Sebab tu aku marah sangat kalau dengar ada pemimpin Pas cuba khianat dalam perjuangan Pas.Samaada betul atau tidak mereka jadi pengkhianat dan nak jadi pengkhianat itu biarlah Jawatankuasa Disiplin Parti yang tentukan.

Bila timbul isu pro Umno dalam Pas (aku tak cakap UG ni aku kata pro Umno) ada orang Pas kata pembohong, penipu, suka pecah belah parti, suka cari isu dalam Pas untuk rosakkan jamaah , macam-macam la depa kata. Tapi bila Tok Guru sendiri sebut dalam blog dia siap sebut nama lagi baru semua orang Pas , Kelab Penyokong Pas India dan Cina terkejut, kenapa disebut nama?

Sekarang ada dikalangan orang Pas yang jadi pencacai Umno jalan kempen secara halus perburuk Tok GuruNik Aziz kononnnya Tok Guru cakap bukan dalam Mensyuarat, bila buat mensyuarat jarang hadir. Apa tujuan cakap macam tu kepada Tok Guru yang dah tadbir Kelantan cara Islam selama 19 tahun? Mungkin ini adalah golongan yang nak alih isu yang kena atas batang hidung mereka dan mereka tidak sedar sedang menjahanamkan parti sendiri hasil buah mulut mereka sendiri.

Isu peribadi yang tak ada kena mengena dengan parti juga dijadikan modal untuk menjatuhkan maruah sesetengah pemimpin yang mereka tidak suka. Budaya Umno yang meresap dalam Pas. Kopiah putih atas kepala tapi jadi agen Umno memburuk-burukkan pemimpin tertentu kerana kecewa 'pemimpin yang bermasalah' yang dicakap Tok Guru kena siasat. Mereka begitu wala' dan taksub kepada Hasan Ali sehingga sanggup mempertahankan Hasan Ali dengan menceritakan masalah peribadi atau pemimpin lain untuk tutup dan tangkis hujah orang lain.Apa kena mengena masalah peribadi dengan isu pentadbiran di Selangor?

.

Punca Tok Guru Desak EGM

Aku tak mau cakap lagi berkenaan Kerajaan Perpaduan kerana dah tutup buku lagi sekali oleh Tuan Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang selepas Mensyuarat Khas s yang lalu. Tak mau lagi nak sebut benda tu buat 'sementara waktu'.

Sekarang timbul desas desus dan daripada sumber-sumber yang dipercayai apa punca sebenarnya Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau menyebut nama -nama yang dikatakan membawa masalah kepada parti Pas. Menurut sumber-sumber daripada Selangor , sebelum Tok Guru menulis dalam blog beliau telah berlaku pertemuan antara segelintir Pemuda Pas Selangor dengan PJ Pas Selangor , Hasan Ali yang membincangkan beberapa perkara yang berkaitan Pas Selangor dan Pakatan Rakyat di Selangor. Dalam pertemuan tersebut dikatakan ada pihak yang telah merakam pertemuan antara Hasan Ali dan beberapa Pemuda Pas Selangor dan rakaman itu telah pun diketahui oleh Tok Guru Nik Aziz. Butir-butir perbualan dalam rakaman itudikatakan tidak menyenangkan Tok Guru. Inilah puncanya Tok Guru melepaskan rasa tidak puas hati beliau dalam Blognya.

Perjumpaan Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa dengan blogger-blogger 'campuran' tu tidak ada kaitan dengan apa yang Tok Guru tulis dalam blognya kerana perjumpaan itu hanya beberapa hari saja sebelum Mensyuarat Khas.

Wallh hu a'lam

Tok Guru Berjaya Sampaikan Mesej-Prof Dr Aziz Bari

Prof Aziz Dr Aziz Bari berkata TGNA telah berjaya sampaiakan mesej beliau kepada ahli Pas dan penyokong Pas walaupun gagal untuk diadakan EGM dan digantikan dengan Seminar Politik 7 November ini-malaysiakini Nik Aziz Berjaya Hantar Mesej Pemimpin Bermasalah (klik)

"Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.

"Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang," kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Siasatan 'Abang- Adik'

Mensyuarat Khas Pas (Rabu) telah buat keputusan untuk menyiasat Pas Selangor yang dikatakan punca berlakunya ketidak sepakatan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan juga hubungan yang dingin sesama pimpinan Pas. Ketua siasatan akan diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas.

Jika siasatan dilakukan di Selangor sudah tentulah libatkan Hasan Ali PJ Pas Selangor, bagaimana dengan Nasarudin Mat Isa adakah beliau tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin Parti? Nasharudin Timbalan Presiden Pas adalah orang yang bersama Hasan Ali buat sidang media dengan blogger-blogger 'campuran' dan dedahkan isu yang ada kaitan dengan dalaman Pas kepada orang luar parti secara tertutup. Lidah rasmi Pas Harakah tidak pula dijemput ,timbul persoalan apa agenda yang hendak dilakukan oleh mereka berdua. Pita rakaman dalam perjumpaan tersebut kononnya telah diserahkan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk dijadikan bukti siasatan.

Bagaimana dengan bentuk siasatan yang hendak dilakukan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man? Marilah kita berdoa semoga Tuan Ibrahim diberi kekuatan untuk menyiasat secara telus dan tegas , tiada yang benar melainkan benar belaka. Buangkan sifat hubungan akrab 'forum perdana' dan siasatan secara 'abang adik' untuk elakkan persepsi yang lebih buruk dalam Pas.

Tambahan sila baca di sini Timbalan PJ Pas Selangor Mahu Siasatan Dipercepatkan Klik

Khamis, 29 Oktober 2009

Benda Dalam Seluar Dalam Pas Pun Bagi Tau Kat Blogger ! Baca

Ini apa yang aku petik daripada blog mahaguru58 yang jumpa Hasan Ali dan Nasa dalam perjumpaan blogger-blogger 'campuran' di rumah Hasan Ali:


"Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!-" petika daripada mahaguru58

B
aguihla benda dalam seluaq dalam Pas pun cerita kat blogger2.

Keyataan Media Pas Selangor

Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.

PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Malaysiakini

Kalau Ada Pilihanraya Siapa Yang Akan Menang?

Malang apa atau sial apa yang jadi kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutama Pas dan Keadilan berkocak dan berkrisis tak habis-habis lagi ni. Terkini Adun Pelabuhan Klang (PKR) Badrulhisaham telah istihar jadi bebas pulak dah! Dah la tak buat kerja lepas menang pilihanraya lalu, hilang ghaib ghuyub tah kemana tup-tup istihar jadai wakil Bebas pula selepas didesak Menteri Besar Selangor letak jawatan kerana tak buat kerja sebagai Wakil Rakyat.

"Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," kata MB Selangor ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.-Bernama Baca di sini-Adun Keempat Keluar PKR-malaysaikini

PKR juga hadapi masalah di Sabah apabila dua pemimpinnya letak jawatan pimpinan PKR Sabah. Umno ketawa besar sekarang dan tunggu peluang keemasan untuk ambil peluang daripada kemelut politik yang melanda parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Walaupun krisis dalam MCA belum selesai melihat kepada senario jangka pendek ini beri tamparan hebat kepada Pas dan PKR

Di Perak Pakatan Rakyat sedang bergelut dengan Umno-Bn dalam sidang dun Perak yang mana kedua -dua pihak mengaku jadi kerajaan. BN bentang bajet 2010 dan Pakatan Rakyat lantik Senator dan turut buat keputusan sebagai kerajaan dalam sidang dun. Dua India berebut songkok ,kerusi Speaker dan jubah speaker ! Kalau ada pilihanraya siapa boleh menangkan hati rakyat?

Kalau Ada Bukti Cincang Lama Dah!

Mensyuarat Khas Pas dah tamat tapi penyelesaian isu dalam Pas iaitu isu pro Umno atau Kerajaan Perpaduan adakah akan berbangkit lagi, itu yang jadi persoalan. Sekarang golongan Pas yang pertahankan 'Tiga Serangkai' dalam Pas yang menafikan mereka pro Umno atau sokong 'Tiga Serangkai' tu mungkin rasa lega kerana tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Butiran Mensyuarat secara tertutup itu tidak didedahkan kepada media yang ada cuma sidang akhbar menafikan ada pemimpin Pas terlibat dengan pro Umno atau Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan dah tutup buku! Ayat yang sama diulang-ulang banyak kali bila timbul isu Kerajaan Perpaduan. Alhamdulillah dah tutup buku!

Sebagai mengambil berat isu dalam Pas , keputusan telah dibuat untuk buat Seminar Politik pula pada 7 November ini di Markaz Tarbiyyah Pas di Taman Melewar , Gombak. Seminar dan Muktamar Khas dua perkara berbeza.

Tadi aku bersembang dengan orang Pas Kedah yang bernama "Razak Clear' . Aku kata sekarang kalau cakap orang Pas pro Umno atau pro UG, orang Pas yang pertahankan Nasa, Hasan Ali dan rakannya akan kata-

"Ada bukti mereka pro Umno?" Kata Razak tu "cakap kat depa ingat beli gula kat kedai, ingat beli belacan kat kedai atau beli gerek (basikal) ka nak bukti-bukti kalau pakat dengan Umno?"

Kata Razak tu lagi, " Zaman Rasulullah dulu para sahabat berjuang pertahankan Islam daripada kaya jadi miskin, zaman sekarang berjuang Islam daripada miskin pakat jadi kaya belaka , hidup pun mewah betoi ka lagu tu?"

Aku kata"itu rezeki dia Tuhan bagi." Kata Razak-"Betoi rezeki dia tapi kalau dapat daripada yang haram macam mana? Cakap sikit nak bukti, kalau ada bukti pakat dengan Umno tu kena cincang lama dah!"

Itu nada orang bawahan Pas yang istiqamah dengan Pas yang takkan berganjak nak pertahankan Pas daripada berpakat politik dengan Umno. Aku juga hormati orang Umno yang masuk Pas, tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan Assobiyyah Melayu untuk sama-sama perjuangkan Islam yang jadi dasar Pas, satu-satunya parti kat Malaysia ni yang jadikan Quran , Hadis , Ijma' Ulama dan Qias sebagai panduan lain parti tak ada benda ni semua.

Sekiranya pimpinan Pas dituduh nak berpakat politik dengan Umno sudah tentu mengecewakan orang Umno yang masuk Pas dan sudah tentu ia akan beranggapan perjuangan Umno itu yang aku berjuang dulu itu adalah betul!

Adegan Seterusnya Ialah Dengar Seminar Politik

Pas pusat telah buat keputusan untuk adakan Seminar dalam Mensyuarat Khas malam tadi tanpa ada sebarang tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang dikatakan bawa masalah kepada parti tersebut. Seperti dijangka ianya akan tiada sebarang tindakan dan akan berlanjutan lagi dalam lain sesi begitulah seterusnya. Baca la dalam harakahdaily di sini.

Seminar itu akan dihadiri oleh semua perwakilan Pas daripada seluruh negara yang akan diadakan pada 7 November ini bertempat di Dewan Dato' Fadzil Nor, Taman Melewar , Gombak. Tuan Ibrahim Tuan Man telah diamanahkan mengetuai siasatan di Selangor yang dikatakan bawa masalah kepada Pas dan Pakatan Rakyat .Mensyuarat semalam juga sekali lagi menegaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan telah tutup buku dan Pas akan terus bersama Pakatan Rakyat.

"Selepas berbincang panjang, kami bersetuju memutuskan, pertama, berusaha untuk terus mengukuhkan Pakatan Rakyat dan PAS akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat," -Tok Guru Haji Hadi-bernama

"Sementara itu, isu kerajan perpaduan ditutup, kerana kami tetap dengan Pakatan Rakyat. Kita juga setuju EGM tak ada, dan diganti dengan seminar politik yang akan dihadiri oleh perwakilan dari seluruh negara untuk membincangkan isu-isu memperkasakan PAS," -TGHA-bernama

Laporan bernama juga berkata Tok Guru Nik Aziz telah keluar daripada Mensyuarat Khas itu sebelum tamat mensyuarat tanpa bercakap dengan media. Baca di sini klik

Nampaknya semua perwakilan Pas kena masuk seminar politik macam masuk kursus pulak aku rasa.

Rabu, 28 Oktober 2009

Sembang-sembang dengan orang Pas Shah Alam

Dok tunggu keputusan Mensyuarat Khas Pas Pusat pun belum dapat petanda lagi, lebih baik aku cerita apa yang aku sembang dengan seorang ahli Pas peringkat kawasan di Shah Alam siang tadi.Dia ada jawatan peringkat kawasan di Shah Alam. Beliau tak bagi aku sebut nama. Tengok cara dia bercakap dia memang setia dan wala' pada Hasan Ali Pesuruhjaya Pas Selangor. Sembangnya begini:

H: Hang percaya ke ada orang Pas pro Umno?
Aku: Percaya.
H: Ada bukti?
Aku: Buktinya isu Muqabalah dan UG.
H: Itu dah tutup buku dah kenapa nak diungkit?
Aku: Nasarudin Mat Isa dan Hasan Ali panggil blogger Umno dan lain-lain blogger cerita isu lepas pru-12 dan masalah parti tu bukankah kira buka semula?
H:Kau tahu ka apa yang dibincang dalam perjumpaan tu ?
Aku: Aku tahu melalui blogger Penarik Beca dan Albanjari online.
H: Tu la blogger2 ni semua penipu dan pembohong lain yang dicakap lain yang ditulis.Kau tanya orang yang pi dengar nama dia Zack, kau tanya dia apa Hasan Ali dan Nasa cakap malam tu. Tak ada pun cakap nak jual Pas kepada Umno.
Aku:Memang tak jual Pas kepada Umno tapi nak bersama Umno tu ada.
H:Hang cakap kena ada bukti, jangan main cakap saja.
Aku: Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang.
H: Kalau Hasan Ali tu pro-Umno nak bersama Umno bagi bukti , aku akan cakap dengan Khalid Samad biar bawa keperingkat atasan parti atau Majlis Syura pecat Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa.

Aku telefon si Zack tu dan tanya secara ringkas apa yang dibincangkan dalam majlis bersama blogger2, dan blogger Umno tu. Kata Zack , memang blogger Umno tu ada , anak Sanusi Junid tu memang datang tapi tak dijemput cuma ikut kawan dia datang.Maklumat lanjut belum dapat. Zainuddin yang badan besar tu dulu kerja kat Masjid Negeri ,Shah Alam kalau tak silap dulu buka Tadika Islam kat Masjid Negeri sekarang dah pindah kat Surau Seksten 2 Shah Alam.

Aku minta Zack tu email kat aku apa yang dibincang dalam perjumpaan tersebut, katanya kalau dia free dia akan email.

Siapa yang akan dikenakan tindakan disiplin malam ini

Mensyuarat Khas Pas malam ini mungkin berlarutan hingga tengah malam. Ada antara AJK Pas Pusatyang di jangka yang tidak dapat hadir antaranya Dr Hatta, Mat Sabu dan Dr Syed Azman kerana masih berada di luar negeri. MB Nizar pula belum pasti hadir kerana sibuk dengan sidang dun Perak.

Ada angin bertiup kencang akan ada usul yang akan mendesak tindakan disiplin ke atas pemimpin tertentu Pas Pusat atau pun pemimpin Pas negeri dalam Mensyuarat Khas itu. Siapa mereka?
Mensyuarat Khas pula diadakan ditengah-tengah kelamkabut sidang DUN Perak dan juga sidang Dun Kelantan yang sedang bersidang. Bijak-bijak. Cikgu Pa memang hebat dalam berpolitik.

Harimau Simpan Kuku Singa Mengaum

Malam ni akan berlangsung Mensyuarat Khas Pas Pusat untuk pulihkan 'penyakit berjangkit' dalam Pas yang kini sukar untuk diubati iaitu isu sesetengah pemimpin Pas yang dikatakan bermasalah pada parti. Adakah boleh selesai masalah selepas Mensyuarat Khas Pas itu? Itu yang bermain-main dalam kepala otak orang yang mau berfikir nasib Pas pada masa hadapan.

Pas bukan milik individu, bukan kepunyaan syarikat sendirian berhad, bukan parti pusaka mak-bapak sapa-sapa pun tapi milik semua ahli Pas dan penyokong setia Pas sejak Pas ditubuhkan.

Isu yang sering berbangkit selepas Pas menang selesa di beberapa negeri selepas pru-12 ialah muqabalah dan Kerajaan Perpaduan atau UG dengan Umno. Ada yang cakap 'khalwat dalam gelap', ada yang sebut pakatan sulit untuk Pas bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor dan peringkat Pusat. Inilah bermulanya titik tolak berlakunya perselisihan pendapat dan pertentangan antara sesama pemimpin Pas yang tiada kesudahan hingga hari ini. Bak kata Tok Guru bila orang bising tenggelam, bila orang diam timbul lagi dan lagi dan lagiii.

Dimainkan pula isu kononnya Melayu-Islam dalam Pas kena berbaik-baik dengan Umno sebab Umno pun Melayu -Islam. Semasa Pas solo dulu tak berpaut pada rakan-rakannya tak timbul pula isu Melayu-Islam dalam Pas yang disebut Islam saja bangsa-bangsa ni tak main! Sejak bila pula segelintir kuman dalam Pas jadi assobiyyah Melayu? Sebab pangkat , darjat dan kemewahan yang dikejarkah jadi Isu Melayu-Islam di timbulkan kepada ahli-ahli Pas yang buta dan sanggup jadi balaci Umno untuk sekongkol dengan Umno?

Dulu Tuan Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi di era 80-an dan 90-an begitu bengis dan menyinga terhadap Umno, sekarang didapati dah jadi agak lembut dan bersederhana terhadap Umno. Mungkin kerana inilah 'kuman-kuman' disekelilingnya naik tocang gilakan Umno yang jadi musuh Pas dulu kini dan selamanya.

Salahkah TGNA menyinga terhadap Umno dari dulu kini dan selamanya?Kenangan pahit TGNA semasa kerajaan campuran tahun 1974 dulu jadi ingatan yang tak pernah padam daripada fikiran TGNA untuk bermusuh dalam politik dengan Umno Cuba kita ingat sejarah Memali, sejarah Lubuk Merbau yang berdarah, siapakah yang bunuh orang Pas kalau bukan Umno? Semua ini diambilkira oleh TGNA. Bila mana TGNA dianggap pembawa perpecahan umat Melayu-Islam oleh adik-beradik Abu Jahal dan Abu Lahab, Syed Ali Al Habsyi Ketua Umno Cheras berapa ramai pemimpin Pas yang tampil kehadapan untuk bela TGNA? Tak ada!

Jangan cakap tak ada bukti pemimpin Pas cuba-cuba nak peluk Umno dan berbaik-baik dengan Umno untuk kerjasama politik, sudah terang lagi bersuluh lagaknya.Bahkan pengakuan Nasarudin Mat Isa dan Hasan Ali berjumpa Khir Toyo di Hotel Sheraton selepas pru-12 seperti yang didedahkannya kepada blogger2 yang hadir kerumah Hasan Ali termasuk blogger Umno menyatakan akan kebenarannya apa yang disembunyikan selama ini.

Kenapa panggil blogger2 buat sidang media untuk dedahkan masalah dalaman Pas sedangkan Nasarudin Mat Isa berkata bincang dalam Majlis Syura apa yang Tok Guru Nik Aziz cakap pasal EGM dalam blognya? Kepada blogger2 yang kutuk TGNA dengan bahasa yang maki hamun dan kotor kerana tidak setuju dengan apa yang TGNA cakap dalam blog beliau, anda sebenarnya telah berjaya diUmno kan daripada dalam Pas. Kerja Umno sekarang dah jadi mudah kerana kerja maki hamun pemimpin Pas dah diserahkan kepada anda semua yang berada dalam Pas.
Kenapa Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa tak panggil wartawan Harakah atau harakahdaily yang jadi lidah rasmi Pas untuk cerita segala-galanya? Pakatan apa yang depa buat dengan blogger Umno dan lain-lain blogger?

Wallah hu a'lam

Adun Perak Kena Pukul- Sivakumar

Sidang Dun Perak kecoh lagi bila adun-adun pakatan rakyat dikasari lapor malaysiakini

DUN Perak: Adun Pakatan 'dikasari' Sidang Ditangguh (klik)
Sivakumaar Speaker Pakatan Rakyat mendakwa jubah beliau dirampas dan ada adun-adun Pakatan Rakyat telah dipukul diluar dewan Dun Perak.

Ketika saat-saat genting dan krisis yang berlarutan di Perak dan juga isu Pemuda Pas di Kedah ditahan polis kerana buat bantahan kepada akhbar Kosmo! berkenaan artikel yang menuduh kes Memali ada kaitan dengan ajaran sesat ada sekelompok pimpinan Pas yang bersekongkol dengan blogger Umno dan lain-lain blogger nak pertahankan pula apa yang sebenarnya berlaku selepas pru-12 yang lalu.

Memang ada jumpa la Khir Toyo tu-Nasa

Gambar di atas adalah daripada albanjari online 2009 di rumah Hasan Ali (Klik untuk besarkan)

Pendedahan oleh salah seorang blogger yang hadir ke rumah Hasan Ali , seperti yang diceritakan dalam blog beliau itu menunjukkan memang wujud ada berlaku pertemuan dengan Khir Toyo mantan MB Selangor selepas pru-12 yang lalu. Baca lanjut di sini AlBanjari Online.


"Ustaz Nasa memaklumkan, selepas mesyuarat di KB, dan ketika dalam perjalanan beliau ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Khair Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Shereton Subang dan turut dihadiri bersama oleh Dr Hassan Ali. Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat di situ juga."-PETIKAN DARIPADA BLOGGER ALBANJARI ONLINE 2009

Diceritakan dalam blog diatas turut hadir dalam pertemuan antara blogger2 dengan Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa itu ialah blogger Umno. Aku tengok dalam gambar di atas Roslan sms pun ada. Nak cari berita tak salah bak kata orang 'Kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya'.

Pandangan dan pendapat orang tak sama. Penilaian juga berbeza.Terpulang kepada kita semua menilaikannya.

Kepada ahli Pas dan penyokong Pas yang tak percaya selama ini memang ada pertemuan Hasan Ali dan Nasa dengan Khir Toyo untuk bincang dengan Umno selepas pru-12 kena terima hakikat memang wujud ada perbincangan antara Umno-Pas di Selangor. Takat ni saja aku nak ulas.

Selasa, 27 Oktober 2009

Bersama Pakatan Rakyat Atau Perpaduan Dengan Umno-Husam

Tok Guru Nik Aziz dilaporkan akan hadir Mensyuarat Khas (Rabu) bersama-sama dengan lain-lain pimpinan Pas , Pesuruhjaya Negeri dan lain-lain perwakilan untuk bincangkan kemelut politik yang tercetus daripada blog Tok Guru sendiri. Tok Guru menjelaskan kehadirannya juga kerana banyak sangat gembar-gembur yang tidak elok akan ketidak hadirannya pada Mensyuarat tersebut.

Husam Musa yang dituduh dalang disebalik kata-kata Tok Guru yang gesa buat EGM menafikan pembabitannya.Apa yang didesak Tok guru itu adalah atas kehendak Tok guru sendiri.
Beliau juga berkata Mensyuarat Khas itu dijangka lebih menyatakan pendirianPas akan bersama Pakatan Rakyat atau akan bersama Umno -BN dalam Kerajaan Perpaduan. Husam menjelaskan apa yang diucapkan Tok Guru dalam blognya itu lebih kepada persediaan Pas untuk pru-13 akan datang dan tidak akan ada gesaan untuk pemilihan semula pimpinan pucuk tertinggi Pas Pusat. Husam Musa adalah Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kelantan dan AJK Pas Pusat yang dilantik.

Seorang penganalisis politik daripada UUM berkata , kehadiran Tok Guru Nik Aziz yang sebelum ini berkata tidak akan hadir dan hari ini menjelaskan akan hadir ke Mensyuarat Khas tersebut dianggap sebagai akan ada satu perbincangan yang serius untuk masa depan Pas sendiri. Penganalisis tersebut juga berkata nama-nama yang disebut dalam blog Tok Guru itu yang dianggap bermasalah kerana mau jalin kerjasama dengan Umno menunjukkan betapa Tok Guru memandang jauh kehadapan untuk kestabilan Pas untuk jangka panjang. Beliau juga tidak bersetuju dengan tanggapan banyak pihak yang menganggap Husam adalah dalang disebalik apa yang Tok Guru cakap dalam blognya. Isu kerajaan perpaduan jika terus disuarakan akan menggoncang kesepakatan dan kestabilan parti-parti dalam gabungan pakatan rakyat.

Abu Jahal Dan Abu Lahab Saudara Syed Ali Alhabshi

Ketua Umno Bahagian Cheras , Syed Ali Alhabshi akan menyibuk hentam Tok Guru Nik Aziz bila timbul isu dalam Pas. Syed Ali pernah gelar TGNA dah nyanyuk sikit masa lalu dan kini tuduh TGNA penghalang penyatuan Melayu-Islam gara-gara timbul isu 'pro-Umno' dalam Pas.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"-TGNA

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad,"katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.-harakahdaily


Umno lagi teruk daripada Abu Jahal dan Abu Lahab sebab Abu Jahal dan Abu Lahab dilahirkan dalam keadaan kekafiran tetapi Umno yang mengaku memperjuangkan Melayu -Islam sanggup bunuh ulama di Memali dan tuduh Almarhum Ibrahim Libya sebagai penderhaka untuk kabui mata rakyat dan halalkan pembunuhan tersebut.

Blogger Pas Pembohong?

Tuduhan anak Tok Guru Nik Aziz yang mengatakan orang Pas dan ahli Pas berani berbohong dalam blog merupakan satu tuduhan yang berat sebagai seorang yang berilmu dan anak seorang ulama . Mungkin kata -kata beliau itu disebabkan kebimbangan dengan apa yang disebut Tok guru dalam blognya iaitu beberapa kerat pemimpin Pas yang bermasalah. Hampir sama hujah beliau itu dengan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang yakin bukan Tok Guru yang tulis dalam blog beliau.

Kata Nik Abduh:


"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar,"
"Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia."-malaysiakini

Apakah blogger yang kutip daripada apa yang Tok Guru kata dalam blognya itu sebagai pembohong dan tukang fitnah? Apabila blogger2 memberi sokongan kepada Pas dalam pru-12 yang lalu dan sikit sebanyak memberi kesan yang buruk kepada Umno-Bn dipuji kerana bagi sumbangan untuk tumbangkan BN dalam pru-12 yang lalu.

"Nasib baik Pas tidak berkuasa kalau tidak tentu semua blogger yang bongkar kemunafikkan sesetengah pemimpin Pas yang bermasalah di ISA kan."kata seorang blogger kepadaku. Aku seperti juga orang lain yang bimbang akan apa yang Tok guru cakap itu dianggap salah lapor tapi Tok Guru sendiri kata tak akan tarik balik dan ngaku itu apa yang Tok Guru kata.

Kalau setakat nak cerita benda baik sedangkan ada masalah yang merbahaya kepada Pas hendak disembunyikan lebih baik duduk dalam masjid saja wirid 24 jam, jangan ambil tahu apa yang berlaku disekeliling. Pas nak lingkup ka, Pas nak mampuih ka, ada orang nak jual Pas ka jangan ambil tahu.

Tok Guru tak sayang pemimpin , Tok Guru sayang Pas sebab itu Tok Guru berani sebut nama. Bila Tok Guru sebut tentu ahli-ahli bawahan yang tidak buta dan tidak mudah kena tipu nak ambil tahu.

Isnin, 26 Oktober 2009

Adegan Yang Ingin Dilihat



MUSANG NAK MASUK REBAN




INI LAG GUA YANG GUA CARI CARI - GUA HARTA GHANIMAH


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


nota :
dapatkan seterusnya
dari gedong karton
akan menemui anda tidak
lama lagi.

dapatkan karton ini
sebelum anda di kartonkan!-from blog tukar tiub

Apa pandangan kita semua dengan kartun di atas patut atau tidak mereka digambarkan sedemikian rupa?

Bajet 2010: Rakyat Kena Tipu Bulat-Bulat!

Ini adalah sedutan ucapan Anwar Ibrahim di Parlimen yang mendedahkan pembohongan BN dalam Belanjawan 2010 lu orang pikirlah sendiri!

Di petik daripada Malaysiakini

Berikut adalah sedutan ucapan perbahasan Anwar:


Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal berdaya saing serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada kocek rakyat. Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas?

Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

Pengurusan ekonomi lemah - defisit 13 tahun berturut-turut

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belanjwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan "off-budget" dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka defisit akan terus meningkat.

Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana "kebajikan rakyat didahulukan" atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi.

Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.

Pelbagai langkah dan peruntukan diumumkan untuk memacu ekonomi standing dengan ekonomi nilai tinggi seperti negara Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh menyimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan sosial termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan - iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?


Kebergantungan kepada pendapatan industri petroleum

Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

Bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi - secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan kebocoran. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang defisit belanjawan.

Wujudkan sistem cukai progresif

Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa - malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

Pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam belanjawan 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini - maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

Persaingan ekonomi dan meningkatkan daya saing

Kemurungan yang melanda ekonomi sejagat tampaknya tidaklah sebegitu tenat lagi. Namun keadaan sesungguhnya tidak menentu. Tidak siapa mampu menjangka keadaan yang mendatang. Esok, secara-cara tiba, ekonomi, boleh sahaja merudum dan mendung yang disangka berarak pergi, mulai datang menyelubungi lalu menimbulkan kekusutan kepada rakyat.

Panjanglah rumput di permatang
Di sabit orang di Inderagiri
Ku sangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan di tengahari


Menurut laporan "World Competitiveness Report 2009/2010" yang dikeluarkan oleh "The World Economic Forum (WEF)" Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

Kelemahan yang menjejas daya saing negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Perubahan ataupun al Islah ini merupakan istilah yang membawa maksud memperbaiki dari kerosakan serta mencegah kebejatan dari berlaku. Tafsir al Kabir melanjutkan penjelasan dengan mempertanggungjawabkan pemerintah dan kerajaan itu melakukan usaha sedaya upaya mencegah kemudaratan. Kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Para mufasirin seperti Imam Fakhr al Din al Razi dan Ibnu Katsir bersetuju antara dari pengertian melaksanakan Islah ini adalah memenangkan Keadilan dan mengalahkan kezaliman.

Ibnu Khaldun, ilmuwan abad ke 14, di dalam karya Mukaddimah nya mengungkapkan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang dikenal sebagai Wajhul Hikmah. Kerajaan yang mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat nya. Yang mentadbirnya adalah di kalangan mereka yang jujur dan amanah

Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Dasar baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi sejagat untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau "bottleneck" dalam pengurusan ekonomi.

Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

Pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80-an.

Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

Kualiti internet tercorot

Internet merupakan penggerak utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa kualiti internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan "upload" 1 Mbps.

Keselamatan dan jenayah

Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

Pendidikan

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!

Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau "brain drain" kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar

Daripada Malaysian Insider Panas! Mesti Baca

Hasan main ragbi ketika orang lain main bola?

OKT 26 — Bagaimanakah PAS akan menyelesaikan persoalan yang berbangkit dalam parti itu sekarang? Inilah soalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak ekoran kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagi saya kita kena kembali kepada pokok masalahnya. Apa masalahnya sehingga Nik Aziz membuat kenyataan dan cadangan sedemikian.

"Bagi saya kerana beliau tidak berpuashati dengan cara pemimpin PAS mengendalikan isu di Selangor. Kalau begitu selesaikan isu di Selangor," kata seorang penganalisa.

Hasan

Bagi beliau, sebagaimana ramai pihak di luar PAS, Nik Aziz sangat risau dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia telah menghasilkan satu persepsi umum yang kurang baik kepada PAS.

Ia bermula dengan siri-siri kenyataan dan pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam hal ehwal Selangor.

Yang terakhir adalah serangan Hassan, exco kerajaan negeri Selangor ke atas Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi serangan ke atas kerajaan negeri itu.

Mereka beranggapan, Umno telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menekan pimpinan kerajaan negeri Selangor.

Padahal, yang paling banyak membuat penyelewengan adalah kerajaan Selangor yang dipimpin oleh BN sebelum ini. Antaranya menghabiskan peruntukan kerajaan negeri untuk setahun dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu habis pada Mac 2008 sahaja.

Ini semua didedahkan dalam sidang Selcat yang dipimpin oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chan Kim.

Hasan melalui satu sidang medianya telah menyerang cara Selcat mengendalikan penyiasatan awamnya sehingga memalukan pegawai kerajaan yang memberikan keterangan dalam sidang Selcat.

Padahal, sebagai Exco, Hasan boleh bangkitkan rasa tidak puashati beliau itu dalam mesyuarat Exco yang diadakan saban minggu. Ini tidak, dalam mesyuarat Hasan hanya mendiamkan diri tetapi cukup hebat dalam membuat kenyataan-kenyataan media.

Apabila Hasan menyerang Selcat melalui media, sudah pasti rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor akan marah. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan Singapura tidak memberikan ulasan pedas tetapi berkata:

"Inilah masalah kami. Kami main bola tetapi tiba-tiba ada antara ahli pasukan kami main ragbi," katanya.

Khalid juga telah menghantar satu surat khas kepada Presiden PAS berkaitan dengan isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor telah memberikan signal yang negatif terhadap PAS dalam bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan. Dalam masa yang sama, apa yang berlaku di negeri ini juga menjadi contoh penting kepada seluruh negara.

Ia disahkan lagi melalui keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS kalah teruk di situ. Antara puncanya kerana dikatakan pengundi Cina dan India tidak memberikan sokongan penuh kepada calon PAS. Dengan mudah jari ditunjukkan kepada Hassan Ali sebagai puncanya.

Nik Aziz

Kalau begitu, apa pula yang Nik Aziz marahkan kepada pimpinan PAS. Nik Aziz marah kerana beliau melihat para pemimpin PAS yang ada semacam membela Hasan pula. Ini kerana, bagi beliau, semua pemimpin kanan PAS yang ada sekarang rakan sepasukan Hasan dalam isu kerajaan perpaduan.

Bahkan pihak yang dianggap sebagai musuh Hasan dalam politik Selangor, iaitu Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam diserang oleh pemimpin PAS dalam beberapa siri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kalau begitu bagaimana cara menyelesaikan perkara ini? Mesyuarat agung luar biasa yang bakal berakhir macam MCA atau bertindak tanpa perlukan mesyuarat sebegitu.

Menurut seorang ahli Parlimen PAS di Selangor, sesaorang harus di hukum dan bertanggungjawab ke atas segala masalah ini untuk mempastikan semua yang lain termasuk nama baik parti terselamat. Beliau mencadangkan, Hasan Ali yang mesti dihukum.

Beliau mencadangkan agar Hasan melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor kerana nampak sangat beliau tidak boleh lagi bekerja dalam pasukan Pakatan di Selangor.

"Dia sudah main ragbi ketika ahli pasukan lain main bola. Jadi dia yang kena kad merah," kata beliau- copy daripada malaysian insider

"Saya Tak Rasa Terluka"- Mustafa Ali

EGM atau Muktamar Khas Pas dah tak jadi buat 'sementara waktu' dan akan digantikan dengan Mensyuarat Khas pada Rabu ini. Presiden Pas telah titahkan supaya Setiausaha Agung Pas , Mustafa Ali untuk hantar surat kepada semua pimpinan tertinggi Pas Pusat dan Negeri untuk hadir ke dalam Mensyuarat Khas tersebut. Baca di sini-malaysiakini

Musatafa Ali bila ditanya adakah Tok Guru Nik Aziz akan hadir, jawab Mustafa:

"Beliau (Nik Aziz) hadir sebagai pesuruhjaya dan sebagai jemputan khas kerana kita nak dengar sendiri (mengapa) beliau buat kenyataan begitu.

"Kita berharap tok guru akan hadir," katanya dalam sidang media berhubung isu itu di Kuala Lumpur pagi ini. Mustafa Ali juga nafi masih ada hubungan dalam isu Kerajaan Perpaduan

"Kerjasama politik (dengan Umno), kita sudah tutup buku kerana keputusan muktamar. Tetapi perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan, dalam konteks federalisme sebagai contoh isu royalti, tidak jadi masalah,” katanya.

"Tidak ada kerjasama dengan Umno, kita sedang memperkukuhkan Pakatan Rakyat."-malaysiakini

Beliau juga dilaporkan tidak terluka dan ambik hati kerana nama beliau disebut dalam blog Tok Guru sebagai salah seorang yang mesti diambil tindakan.

"Tapi kalau tanya perasaan saya, saya orang paling tenang pada hari ini. Tok Guru sebut nama saya, saya tak rasa terluka," katanya.-malaysiakini

Pas yang telah dianggap berpecah dua dan telah terbelah dua oleh Umno diambil kesempatan politik oleh pemimpin Umno untuk perlecehkan Pas dan pihak Umno yang bersetuju dengan kerajaan perpaduan sikit masa lalu minta Tok Guru letak jawatan.

Sesetengah ahli Pas dan penyokong Pas ada yang tak percaya bahawa ada kewujudan kerjasama politik dengan Umno sehinggalah timbul apa yang dikatakan ada rundingan sulit untuk bentuk kerajaan campuran Pas-Umno selepas pru-12 yang lalu. Kata seorang sahabat kepada aku:

" Hanya si cerdik dan tidak buta saja boleh jadi raja kepada orang-orang yang buta disekelilinngnya. Si buta tidak nampak apa-apa hanya mendengar arahan."

"Saya Dah Tua"- MB Kedah

Hanya semata-mata nama Azizan Abdul Razak disebut dalam tulisan Prof Aziz Bari dan juga paste dan copy dalam blog Tok guru Ustaz Azizan yang juga MB Kedah telah menyatakan beliau tidak bersetuju untuk jadi Presiden Pas dan juga Timbalan Presiden jika diminta berbuat demikian kerana mahu tumpu kepada kerja parti diperingkat negeri sahaja bacaan lanjut di sini

“Tak payah nak fikir soal jawatan parti peringkat tertinggi. Tak payahlah nak bayangkan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Pas. Saya dah tak minat kerana dah tua, la ni dah masuk 65 tahun.

“Biar saya tumpu untuk memperkemas dan memperkasakan parti peringkat negeri Kedah. Itu pun dah mencukupi dengan usia saya sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas penutupan majlis Gotong-royong Perdana Daerah Kulim di Taman Mahsuri di sini, semalam.


“Saya menjadi Naib Presiden Pas pada 2004 tetapi melepaskan jawatan dengan tidak menawarkan diri dicalonkan semula setelah menjalani pembedahan jantung.

“Jika mempunyai cita-cita tinggi dalam parti, sudah pasti saya boleh meneruskan agenda itu pada waktu berkenaan,” katanya.

Mengenai kemelut Pas, beliau berkata, tiada apa-apa masalah yang berlaku dalam parti itu sekarang ini kerana ia lebih kepada perbezaan pendapat antara pemimpin tertentu.

“Bukan ada masalah apa pun sehingga memerlukan kepada EGM. Ini berbeza dengan MCA yang ada masalah kepimpinan atau UMNO yang berusaha memperkukuhkan kedudukan parti selepas pilihan raya umum,” katanya.-sinar harian

Eloklah Ustaz Azizan tumpu pada negeri Kedah banyak lagi benda tak selesai kat negeri Kedah tu terutama isu sampah di Alor Setar dan juga tambah baik Syiar Islam di Kedah.

Happy Birthday!

Sabar Dan Bertenang - TGHA

Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang menggesa semua ahli Pas dan kepimpinan di seluruh peringkat bertenang dan bersabar dengan kemelut politik yang sedang melanda Pas sekarang ini.Laporan bernama baca di sini.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada hari Ahad.-bernama

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Tiga pemimpin Pas yang dianggap bermasalah oleh Tok Guru Nik Aziz setakat ni belum bersuara iaitu Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor, Mustafa Ali , Setiusaha Agung Pas Pusat dan Nasharudin Mat Isa , Timbalan Presiden Pas

Ahad, 25 Oktober 2009

Umno Tengok Pas Umpama Pukat Yang Terkoyak

Sewaktu bersembang dalam telefon dengan seorang ahli Pas daripada Kedah yang bertanyakan perkembangan terkini isu dalaman Pas, beliau begitu bimbang dengan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini.Kebimbangan yang dizahirkannya itu mungkin kerana beliau telah lama jadi ahli Pas sejak tahun 1980-an lagi.

Beliau seorang peniaga gerai makan bukan kerja makan gaji kerajaan.Kata beliau "Semasa Umno hadapi krisis kepimpinan dan ditolak rakyat dalam pru-12 yang lalu, kita kata kepada Umno dah berada di hujung nyawa, Umno akan ditalkinkan , Umno dalam keadaan nazak, tapi bila saja timbul isu dalam Pas sekarang ini Umno tengok kita (Pas) umpama pukat yang terkoyak, bukan Umno datang nak tolong jahit pukat yang terkoyak itu , malah Umno koyak-koyakkan lagi pukat tu supaya bertambah besar koyaknya."

Memang Umno ambil kesempatan untuk cucuk jarum-jarumnya kepada rakyat untuk raih keuntungan daripada apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Umno umpama dapat dua keuntungan dalam sekelip mata.Pertama menang dalam prk Bagan Pinang dengan kalahkan Pas dengan majoriti yang lebih besar daripada pru-12 yang lalu. Kedua bila timbul isu Muktamar Khas untuk buang dua tiga kerat pemimpin Pas yang dikatakan bermasalah dalam Pas oleh Mursidul Am Pas, Tok guru Nik Aziz.

Mungkin saranan Ustaz Mujahid, AJK Pas Pusat dalam harakah daily ada benarnya berkenaan isu yang ditimbulkan oleh Tok guru. Baca di sini klik

"Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik," katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

"Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu," katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

"Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab," katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu-harakahdaily

Najib Puji Pro -Umno

Media pro Umno akan main peranan tambahan untuk tambah 'kilo' setiap kali timbul isu dalaman dalam saf kepimpian Pas berkaitan wujudnya percanggahan dan pertentangan dalam isu Kerajaan Perpaduan . Terkini dalam isu Muktamar Khas yang diminta Tok Guru Nik Aziz, Utusan Malaysia melaporkan 'Pas Berpecah Dua kata PM Najib. Klik Di Sini

"Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat UMNO sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di sini. - Bernama

Kata Najib lagi satu pihak dalam Pas mahu bekerjasama dengan Umno sementara lagi satu pihak tentang kerjasama dengan Umno. Semasa timbul isu Kerajaan Perpaduan PM Najib sokong kerjasama Pas -Umno.

Naib Presiden Umno , Zahid Hamidi pula berkata doa Tok Guru Nik Aziz untuk Umno hancur sekarang telah berpatah terkena kepada parti Pas. baca di sini


"Nik Abdul Aziz selalu berdoa supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpecah, ini bererti doa tidak baik itu telah berbalik kepada mereka sendiri, Allah telah membalas apa yang beliau sebut dan minta serta ia terkena batang hidung sendiri, mudah-mudahan ia dimakbulkan Allah," katanya.-Utusan Malaysia Online

Di Shah Alam dengar kabar Lokman Adam, bekas orang kuat PKR dan Umno akan dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Shah Alam ramai orang Umno tak setuju.

"Tindakan Tok Guru Tepat Pada Masanya"- Dr Ahmad Martada

Seorang penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Martada memberi reaksi dan pandangan yang agak positif tentang tindakan Tok Guru Nik Aziz supaya diadakan pembaharuan dalam saf kepimpinan Pas. Penganalisis tersebut menyatakan ini adalah fenomena biasa dalam mana-mana pertubuhan politik dan bukan merupakan satu perkara yang menghairankan demi kebaikkan Pas untuk hadapi pru-13 akan datang.

Dr Ahmad Martada yang memberitahu siaran tv Astro awani itu juga menyatakan mungkin tindakan Tok Guru itu ada kaitan dengan apa yang berlaku perubahan dalam Umno yang buat Perhimpunan Khas dan satu perkara yang Pas kena ingat PM Najib telah berjaya yakinkan semula rakyat untuk kembali sokong BN. Jika Pas tidak buat perubahan hingga timbul krisis dalaman parti yang tidak dapat dibendung menyebabkan keyakinan orang ramai kepada Pas akan hilang dan jejaskan peluang Pas dalam pru-13 akan datang.

Penganalisis tersebut juga bersetuju dengan tindakan Pas seperti kenyataan Salehuddin Ayob yang mengatakan EGM dah tak jadi dan akan digantikan dengan Mensyuarat Khas peringkat tertinggi parti untuk bincangkan apa yang Tok Guru katakan, baca di sini

Apakah Mensyuarat Khas itu akan bincang apa yang Tok Guru maukan iaitu pecat-pecat mana pemimpin yang dikatakan pro- Umno atau bincang bagaimana pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro-Umno nak letak jawatan?

Ini Jawapan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat


Berkenaan kenyataan Mursyidul Am PAS dalam laman blognya
MARANG - 24 Okt- Ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Usstaz Harun Taib telah mengadakan satu sidang media.

Sidang tersebut telah diadakan selepas majlis perasmian penutup sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pasti Negeri Terengganu di Rusila, disini, petang semalam, 24 oktober, 2009.Berikut disiarkan kenyataan penuh, soal-jawab beliau dengan para wartawan yang hadir:

Wartawan: Dato’, minta komen kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya?
Dato’ Harun Taib: Setakat ini saya masih tidak percaya yang Tok Guru Nik Aziz buat kenyataan seperti itu.

Wartawan: Tapi, dia (Nik Aziz) mengaku?
Dato’ Harun Taib: Saya belum tengok lagi kenyataan (terbaru) dia (Nik Aziz) cuma surat khabar tulis katanya datang dari blog dia (Tok Guru) dan blog dia itu siapa tulis saya pun tidak tahu.

Wartawan: Dato’ ada baca blog itu?
Dato’ Harun Taib: Saya baca (blog) tetapi saya tidak dapat mengesahkan sama ada Tok Guru kata atau siapa kata, saya tidak tahu dan saya tidak percaya Tok Guru kata. Sebab, Tok Guru tidak akan buat kenyataan yang seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh.

Wartawan: Kenapa, Dato’ rasa bukan Tok Guru yang tulis?
Dato’ Harun Taib: Saya rasa bukan Tok Guru. Sebab, Tok Guru saya kenal dia. Dia tidak buat kenyataan ‘sombrono’ dan dia mesti ada fakta, ada hujah, ada dalil. Takkan Tok Guru hendak buat kenyataan berdasarkan MCA buat macam itu, kita (PAS) juga hendak buat macam itu. Umno buat macam itu, kita (PAS) pun hendak buat macam itu. Mesti ada fakta, kita (PAS) parti Islam.

Wartawan: Jadi, siapa yang tulis jika bukan Tok Guru?
Dato’ Harun Taib: (ketawa)… Sesiapa pun boleh tulis dalam blog Tok Guru. Ini zaman canggihkan.

Wartawan: Jika benar Tok Guru yang tulis. Apa komen, Dato?
Dato’ Harun Taib: Nanti ternyata Tok Guru yang tulis baru saya boleh komen. Saya ada saluran saya untuk mengesahkan sama ada Tok Guru sendiri yang tulis atau tidak.

Wartawan: Apakah benar, ketiga-tiga (Hadi, Mustafa dan Hasan) itu pro-Umno?
Dato’ Harun Taib: Isu ini (kerajaan perpaduan) sudah habis dan sudah tutup buku. Tidak timbul lagi siapa pro-kerajaan perpaduan.

Wartawan: Dato’, ada petanda pergolakkan dalam parti PAS?
Dato’ Harun Taib: Tidak ada..tidak..tidak ada pergolakkan dalam PAS, tidak ada alamat dan tidak ada tanda. Cumanya, sengaja digoyang, ‘pokok digoyang’. Jika berkocak pun disebabkan ada orang yang sengaja menggoyangnya. Pokok itu sendiri tegak, teguh dan bukan sahaja mendapat sokongan dari orang-orang Melayu (Islam) sekarang ini tetapi juga mendapat sokongan dari orang bukan Islam dan bukan Melayu. Itu tanda keteguhan. Jadi, PAS sedang menunggu untuk mengalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ini.

Wartawan: Dato’, bagaimanakah nanti jika benar kenyataan itu bukan dari Tok Guru tetapi dari pihak tertentu?
Dato’ Harun Taib: Kita serah kepada pimpinanlah dan biar ternyata dahulu. Jadi, saya masih mengatakan bukan blog itu ditulis oleh Tok Guru Nik Aziz sendiri. Siapa yang tulis saya tidak tahu.

Wartawan: Dato’, jika betul?
Dato’ Harun Taib: Jika sah betul Tok Guru Nik Aziz yang tulis, saya akan komen kemudian dan datang jumpa saya. Saya akan buat komen semula.

Dipetik daripada Buletin online tanpa edit

Apa lagi Yang Pas Ada

Kepimpinan Pas semakin bercelaru dengan hanya sebutir bom yang dilepaskan Tok Guru Nik Aziz dalam blognya iaitu 'buat Muktamar Khas' ! Pas nak jadi apa pun dah tak pa, pecah ka , lingkup ka , pecah dua atau tiga dah tak mengapa itu pada pandangan Tok Guru.



Keras amat apa yang Tok Guru cakap. Tok Guru juga nafi ada dalang di sebalik apa yang Tok Guru cakap. Kenapa suka sangat cari jalan nak bagi alasan kata itu bukan Tok Guru cakap ada makhluk lain yang cakap? Ada yang jadi pemain blog kutuk dan cerca apa yang Tok Guru cakap.Budaya Umno dah meresap ke saluran darah ahli dan penyokong Pas untuk jadi terlalu biadap kepada pimpinan yang mau selamatkan Pas daripada tersungkur di pintu Umno yang nganga luas untuk telan 'pelakon-pelakon' yang mau jual Pas kepada Umno.



Bagi aku Dua Tok Guru dalam Pas tak sepatutnya dicerca dan dihina dengan bahasa yang hanya sesuai untuk maki anjing kurap yang kencing tepi jalan. Tolong beradab sikitla kalau tak suka kepada apa yang diucapkan.Perbezaan pendapat itu perkara biasa tapi bahasa yang digunakan kebanyakkan pemain blog terlalu jijik dan kotor untuk dibaca.



Jalan keluar pasti ada, pahit macam mana pun orang Pas kena terima kerana sudah terucap dan Tok guru pun tak mau tarik balik apa yang dah diucapkan.

Adakah semua penulis blog yang menulis tentang isu-isu semasa dalam blog mereka betul-betul orang Pas dan Pakatan Rakyat? Tidak adakah yang secara halus menyamar jadi orang Pas dan Pakatan Rakyat untuk kelirukan orang Pas dan Pakatan Rakyat?

Memang kebebasan bersuara itu benar , demokrasi itu benar , nak tulis apa pun boleh tulis janji ada peminat yang baca. Apa lagi yang Pas ada jika dua Tok Guru mereka diperhinakan dengan bahasa yang jijik dan kotor seperti dah nyanyuk dan dah gelenyar .

"Saya Tak Kecewa Kalau Orang Tak Terima"- Tok Guru

Adakah perlu dilakukan 'pembersihan' dalam Pas kepada pemimpin-pemimpin yang dikatakan cenderung nak bawa Pas kepada Umno? Ini yang bermain-main dalam kepala kepada yang mau berfikir.

Pas parti Islam tertua di Malaysia itu sudah masak dengan sepak terajang politik, jatuh bangun dalam politik yang dialami Pas menjadikan Pas sudah berpengalaman dalam mengatasi sebarang situasi yang melanda batang tubuh Parti Islam SeMalaysia itu.

Perlukah EGM atau Muktamar Khas? Adakah semua pimpinan Pas peringkat AJK Pas Pusat dan tertinggi parti bersetuju dengan saranan Tok Guru? Kata Tok Guru-" Saya tak kecewa kalau orang tak terima."- Utusan Online baca di sini

"Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama."-Tok Guru

MB Kedah pula Ustaz Azizan berpendapat "Pas tak perlu ada EGM" klik untuk baca selanjutnya di sini.

Kalau tak perlu EGM adakah dengan meletak jawatan secara terhormat oleh Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali dan Hasan Ali seperti yang disebut Tok Guru itu mahu diterima oleh mereka ?

"Saya Tak Akan Menarik Balik"-Tok Guru

Murshidul Am Pas tetap dengan pendiriannya untuk meminta diadakan Muktamar Khas untuk bincang masalah dua tiga kerat pemimpin Pas yang jadi masalah kepada Parti Pas.


"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu.-bernama klik disini

Tok Guru Nik Aziz juga tolak pendapat kononnya beliau terpengaruh dengan individu tertentu untuk buat Muktamar Khas.

Apa boleh buat kalau dah macam tu kata Tok Guru. Tok Guru Presiden pula masih berdiam diri dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz, mungkin untuk elakkan salah faham jika bersuara.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Jika Benar Samseng Kawal Dun Perak...

Sekiranya benar apa yang dikatakan Menteri Besar Perak , Muhammad Nizar Jamaludin bagi Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bahawa Umno upah samseng untuk ganti pengawal keselamatan Dun Perak dalam sidang bajet DUN Perak akan datang ianya merupakan sambungan apa yang berlaku dalam prk Bagan Pinang.

Dalam Prk Bagan Pinang , markaz Pemuda Pas Pusat telah diserang oleh segerombolan samseng Umno dengan parang dan turut mencederakan Pemuda Pas.

MB Nizar yang buat rayuan peribadi kepada Sultan Perak untuk batalkan sidang Dun Perak juga mendakwa 5 adun bukan Islam akan dipukul oleh samseng Umno dalam dun tersebut. Bacaan lanjut di sini

Apa yang bakal berlaku dalam sidang dun Perak akan datang ini sepatutnya diambil iktibar oleh pimpinan Pas yang sedang dilanda taufan krisis kepimpinan untuk menjauhi daripada Umno parti yang telah hilang akal perikemanusiaan dalam mengejar kekuasaan dan kemenangan.

Dah Mula Besuara

Semakin panas isu Muktamar Khas yang dicadangkan Tok Guru Nik Aziz. Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa kononnya apa yang dicakap Tok Guru itu akan dibawa dalam mensyuarat Majlis Syura dalam masa terdekat.

Nasa juga akan jumpa Tok Guru untuk dapat penjelasan sama ada betul atau tidak apa yang Tok Guru tulis itu pendapat Tok Guru atau tulisan orang lain. Sinar harian klik

Pas Selangor pula tolak Muktamar Khas dengan alasan semua ahli Pas berdiri teguh belakang Presiden dan lain-lain kepimpinan. Baca Di Sini. Ketua Penerangan Pas Selangor anggap Tok Guru macam ada 'sesuatu' buat cadangan tersebut.

Pemimpin Pas sekarang mungkin sedang bertungkus lumus untuk menangani apa yang disyorkan Tok Guru itu supaya Pas tidak berantakkan sesama sendiri. Kekuatan Pas akan jadi kelemahan dan akan diambil kesempatan oleh musuh tradisi Pas Umno untuk kucarkacirkan lagi keadaan. Ini semua disebabkan mainan politik dalaman yang dah tak dapat disembunyikan lagi.

Marah sungguh Tok Guru kali ini. Berjayalah Umno kucar-kacirkan Pas dan seronoklah mana-mana pemimpin Pas yang beria-ia mahukan kerjasama politik dengan Umno.

Roslan Shahir Kata EGM Tak Perlu

Apabila Tok Guru Nik Aziz syorkan supaya buat EGM atau Muktamar Khas untuk pecat atau buang dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah sudah tentulah Satu Malaysia ahli Pas dan penyokong Pas terkejut.

Bagi Tok Guru dah tak guna nak 'brek-brek' lagi , biar 'brek ' tak makan turun bukit pun Tok Guru dah sanggup demi untuk selamatkan Pas. Kalau tidak Takkan Tok Guru kata " Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat."-bernama

Semasa timbul isu Kerajaan Perpaduan, media pro Umno sokong puak-puak dalam Pas yang nak Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Utusan Malaysia Online melaporkan Ketua Penerangan Pas Negeri Selangor ,Roslan Shahir berkata EGM tak perlu kerana Pas Selangor ok saja tak ada masalah , begitu juga di peringkat pusat jadi apa perlu nak buat EGM.

Masalah tak ada kepada pemimpin yang nak kepada Umno tapi yang jadi masalah ialah pemimpin Pas yang menentang keras kerjasama politik dengan Umno, yang berhempas pulas nak pertahankan Pas supaya tidak sujud di kaki Umno.