Rabu, 29 April 2009

Pas Jangan Terpedaya...


Semakin dekat Perhimpunan Muktamar Agung Pas , bermacam2 cerita sensasi dimainkan media massa samaada suratkabar,tv dan blog2 tertentu yang mempopularkan isu2 tertentu untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. kebanyakkan berita2nya lebih kearah melaga2kan sesama pemimpin Pas, menimbulkan isu"Kerajaan Perpaduan", "kumpulan Erdogan", melagakan antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat menjelang prk Dun Penanti. Walaupun isu kerajaan perpaduan telah tamat seperti yang diumumkan oleh Presiden Pas, TG Hadi Awang masih ada pihak2 tertentu "menyanyikan" lagu kerajaan perpaduan yang dah berkubur itu dengan tujuan mengharu-birukan ahli2 Pas dan penyokong setia Pas supaya menjadi celaru dan pening dengan pimpinan Pas. Terkini anak Tok Guru Nik Aziz yang memperli secara sinis dan pedas pembantu2 Tok Guru yang menggagalkan kerajaan perpaduan dengan menganggap pembantu2 Tok Guru itu sebagai "ulama mi celup". Nik Abduh tidak pula menyebut siapa itu "ulama mi celup".Pandangan Nik Abduh itu dikritik oleh MP Khalid Samad kerana tidak menyebut nama dan dihentam secara umum, orang yang dituduh tidak dapat membela diri.Begitu juga dengan label "team Tok Guru" dan "Team Presiden" yang tak wujud kata TG Nik Aziz, tapi itu kata Tok Guru, bagaimana pula dengan kelompok2 tertentu dalam Pas yang membahagi2 kan kem2 tertentu sampai Tok Guru terpaksa keluar kenyataan sedemikian. Di Dun Penanti pula Pemuda Pas Pulau Pinang dikatakan mau meletak calonnya untuk bertanding di Dun Penanti, sedangkan dalam pru-12 yang lalu calonnya adalah Pkr, Ahmad Fairus yang meletak jawatan sebagai adun Penanti. Anwar Ibrahim telah pun umumkan nama calonnya yang akan bertanding di dun Penanti. Akhbar2 pro umno-bn membesar2kan segala isu tersebut dengan tujuan bahawa pimpinan tertinggi Pas sekarang berada dalam kancah pertelingkahan, seolah2 pemimpin2 Pas sedang berebut2 kuasa sesama sendiri,tidak boleh bertolak ansur dengan Pkr mengenai siapa yang layak bertanding di Penanti. Umno yang sedang mengalami masalah di Trengganu dan Perlis cuba menangguk di air keruh dengan mensensasikan berita mengenai Pas supaya rakyat terlupa mengenai masalah besar umno di Trengganu dan Perlis. Peluang ini digunakan umno dan media arus perdana yang dikuasainya untuk menghentam pakatan rakyat. Ahli2 Pas dan penyokong Pas mesti sedar semua ini, kerana setiap kali berlangsungnya Muktamar Agung Pas digambarkan bahawa Pas adalah parti bercelaru dalam memilih pemimpin, cakap tak serupa bikin, sama saja macam umno oleh media pro umno. Sikap terbuka Pas dimana pemimpinnya boleh ditegur secara terbuka, boleh bertanding semua jawatan dalam parti termasuk jawatan Presiden sekalipun sememangnya tidak wujud dalam umno. Perbezaan pendapat, kritik mengkritik itu adalah perkara biasa tapi janganlah sampai menggoyangkan rakyat biasa yang jadi ahli dan penyokong Pas diperingkat bawahan. Pimpinan Pas kena ingat kekuatan Pas adalah kerana penyokong dan ahli Pas di peringkat bawahan yang menjadi tunjang Pas.Kalau tunjang dah reput pemimpin diatas akan jatuh bergolek2 kebawah macam buah kelapa ditendang beruk. Pemimpin Pas yang sering bercakap mengenai Khalifah Umar Abdul Aziz dan Saidina Umar al -Khattab dalam pemerintahan yang sering bersama rakyat diwaktu susah dan senang wajib mengambil iktibar dan pengajaran daripada kedua2 khalifah tersebut. Pas jangan jadi macam umno yang kenyangkan tembolok sendiri, keluarga sendiri demi sedikit kuasa yang diberikan Allah. Nampaknya inilah kali pertama Muktamar Agung Pas yang mendapat liputan luarbiasa tak seperti dulu, menunjukkan bahawa Pas semakin diterima rakyat, semakin popular di Malaysia dan luar negara.

Jumaat, 24 April 2009

Nazri Dan Menteri Kabinet Halalkan Kahwin Campur

Mahkamah Syariah begitu rendah nilainya pada pandangan umno dengan pengumuman Datuk Nazri Aziz, menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang berkata , segala isu yang berkaitan penjagaan anak2 dan penceraian perlu diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya di mahkamah syariah. Nazri juga menyatakan penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam-petikan daripada Sinar Harian. Kitab mana Nazri buka kalau dah seorang Islam dan seorang lagi bukan Islam boleh duduk serumah sebagai suami isteri. Ini secara tidak langsung Nazri dan menteri kabinet yang menyuruh penguatkusaan perkara tersebut berkuat kuasa serta merta menghalalkan kawin campur antara pasangan Islam dan bukan Islam. Inilah yang dikatakan Islam liberal anutan puak2 ni untuk melingkupkan ajaran Islam yang sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Anak2 juga kekal menganut agama asal ibubapa masing2 semasa berkahwin,walaupun ibubapa mereka memeluk agama lain. Tujuannya tidak lain untuk menyekat orang bukan Islam yang berminat dengan Islam menganut agama Islam. Persatuan
Peguam Syarie Malaysia merasa terkejut dengan keputusan Nazri dan menteri kabinet itu. Aku harap NGO2 Islam dan Pas membantah keputusan menteri kabinet dan menyekat undang2 tersebut dilaksanakan.Apa lagi yang ada pada mahkamah Syariah kalau kes cerai berai dan penjagaan anak yang melibatkan orang Islam dibicarakan di mahkamah sivil?Takkan nak bicara kes khalwat saja di mahkamah Syariah? Nazri memang terkenal dengan sikapnya yang terlalu liberal dalam hal yang melibatkan Islam. Lama kelamaan kahwin campur akan menjadi perkara biasa kalau dah berlainan agama, boleh hidup sebagai suami isteri, perkahwinan tidak bubar macam Nazri cakap tu. Dalam satu keluarga ada macam2 agama, Nauzubillah! Hanya ulama yang berhak bercakap mengenai hukum hakam Islam bukannya orang yang jahil tentang Islam bercakap tentang hukum hakam Islam.Agama Islam akan jadi hancur jika pemimpin yang jahil membuat undang2, pinda sesuka hati ,tidak merujuk kepada Quran dan Hadis dalam membuat keputusan melibatkan keluarga Islam. Janganlah hanya untuk memuaskan hati sebelah pihak sehingga sanggup menggadai agama Islam dengan begitu murah harganya!

Khamis, 23 April 2009

"Tiga Abdul" : Siapa Terpilih?

Muktamar Agung Pas Pusat yang akan diadakan pada jun nanti di Stadium Malawati, Shah Alam
dijangka agak panas kerana akan ada pertandingan jawatan tertinggi parti. Tumpuan semestinya pada pertandingan jawatan Timbalan Presiden. Aku tak nak sebut perkataan "perebutan" kerana perebutan itu lebih sesuai pada parti umno. Calon2 hebat dan popular sudah didedahkan akhbar harian dan akhbar pro Pas iaitu Siasah keluaran terbaru bil 0146 dan Sinar Harian hari ini iaitu Nasarudin Mat Isa, Husam Musa dan Mat Sabu. Masing2 mempunyai pengaruh yang besar dikalangan ahli dan penyokong Pas. Di Kelantan dan Kedah dilaporkan ada kawasan yang mencalonkan Husam Musa. Di Selangor dan selatan tanah air ada yang mencalonkan Nasarudin Mat Isa. Mat Sabu pun ada kawasan yang berminat untuk mencalonkan beliau. Walaupun pencalonan jawatan tertinggi parti tidak ada unsur2 politik wang atau rasuah macam umno, jawatan Timbalan Presiden sedang ditunggu2 oleh semua pihak dalam Pas dan luar Pas untuk melihat siapa yang akan memegang jawatan tersebut.Lobi melobi mungkin ada untuk memenangkan calon pilihan masing2, tapi dasar Islam yang dibawa Pas mesti menjadi keutamaan dalam memilih pemimpin tanpa merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas.Pas jangan jadi macam umno dalam memilih pemimpin yang dikotori dengan unsur2 rasuah wang kepada perwakilan, budaya fitnah memfitnah sesama pemimpin menjelang pemilihan jawatan tertinggi parti, jika ini berlaku parti Pas akan diperlekehkan, dipandang hina dan bercakap tak serupa bikin oleh rakyat yang sedang menyokong Pas sekarang ini. Minta simpang malaikat 44, dijauhkan Allah semua ini! Pas memang terbuka dalam memilih pemimpin, semua perwakilan berhak mengundi siapa saja yang dianggap layak memegang jawatan Timbalan Presiden. Selama ini siapa saja yang memegang jawatan Timbalan Presiden secara automatik akan dipilih memegang jawatan Presiden parti. Kali ini perkara tersebut mungkin tidak berlaku seandainya Nasarudin Mat Isa kalah jawatan tersebut kepada lain2 calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.Kesinambungan oleh pemilihan yang lalu mungkin tidak akan wujud lagi.Inilah demokrasi ada yang menang ada yang kalah semua pihak wajib terima hakikat, bila bertanding mesti ada kalah menang.Mungkin ada pihak2 tertentu yang menghidupkan cerita muqabalah , kerajaan perpaduan dan "kumpulan erdogan"untuk merosakkan perpaduan yang wujud dalam Pas. Mereka2 ini memang mau bagi Pas hancur, punah dan pecah belah supaya orang Melayu dan bukan Melayu menjauhi dasar Islam yang menjadi kekutan Pas selama ini menjadi lemah di mata rakyat. Penulis2 upahan diakhbar harian dan pro Pas cuba menaikkan pemimpin2 tertentu untuk meraih sokongan perwakilan Pas memilih pemimpin yang mereka mau supaya menang. Mereka secara halus melaga2kan pemimpin Pas didada2 akhbar mereka. Inilah pertama kali pemilihan jawatan parti dipertandingkan selepas Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri, sekarang dah jadi 4 negeri. Mungkin dah ada pemimpin Pas yang dah jadi senang dan mewah tapi jangan lupa ahli Pas , penyokong Pas dan akar umbi parti sedang menilai kepimpinan Pas ini yang hidup di zaman yang separuh menang ini! Pemimpin yang cuba menggadai maruah Pas mungkin akan dinilai kepimpinannya samaada boleh terus memimpin atau dipimpin kebawah secara baik dan berhemah untuk terus berjuang bersama rakyat yang menyokong Pas. Selagi dasar Pas yang menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai ikutan tidak berubah ,insyaAllah Pas akan terus hidup dan subur di bumi Malaysia ini.

Ahad, 19 April 2009

Dun Penanti: Umno Mengalah

Pm Najib berkata umno-bn mungkin tak bertanding di dun Penanti
yang telah dikosongkan kerusi oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang, Muhammad Fairus. Fairus yang dituduh terlibat kes rasuah oleh SPRM mengambil keputusan letak jawatan walaupun sehingga sekarang beliau belum didakwa dan belum didapati bersalah. Bagi PM Najib pilihanraya kecil dun Penanti hanya akan membazir wang rakyat dan mainan politik pembangkang semata-mata. Betulkah begitu?Bagaimana pula dengan PRK di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, adakah tidak membazir wang namanya?Kenapa tiba2 PM Najib bercakap mengenai pembaziran wang? Sebenarnya PM Najib takut umno-bn kalah lagi di dun Penanti sebab tu Najib bercakap demikian. Mantan PM , Mahathir merasa kecewa dengan keputusan umno-bn yang tidak mau bertanding , bagi Mahathir lawan dulu baru tau sapa menang sapa kalah , jangan mengalah sebelum berlawan. Kata2 Mahathir ini mungkin Najib berfikir semula untuk bertanding di dun Penanti. Mahathir dikenali sebagai seorang yang tidak mudah mengaku kalah dalam apa jua benda yang beliau lakukan. Ada beberapa sebab kenapa umno-bn tak bertanding di dun Penanti:
1-Umno-bn dijangka akan kalah.
2-Maruah PM Najib akan terus tercemar jika kalah.
3-Dun Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh(kubu kuat Anwar)
4-Keyakinan rakyat kepada umno-bn belum pulih walaupun PM Najib jadi PM
5-Isu Altantuya belum selesai dan akan terus jadi bahan kempen di dun Penanti
6-Krisis umno di Trengganu dan Perlis yang berebut jawatan MB boleh gugat kempen umno-bn
Dalam main tinju atau boxing keputusan dalam perlawanan , pemenang diistiharkan menang secara TKO atau KO. Umno belum masuk gelanggang dah mengaku kalah nak panggil apa ...kalah menang adat berlawan, tapi umno tak sanggup lagi kalah, Pas dah kalah lama dah tapi tak pernah surrender. lawan tetap lawan, menang jadi abu kalah jadi arang.

Jumaat, 17 April 2009

"Team Tok Guru" Dan "Team Presiden" Tak Wujud


Sinar Harian melaporkan "dalam Pas tidak ada "team A" dan "team B" atau "team tok guru".Sebaliknya kedua2nya adalah sama."team tok guru" adalah "team Presiden" dan "team presiden" adalah "team tok guru",kata tok guru Nik Aziz. Aku sokong kata2 tok guru tu. Pas jangan jadi macam umno parti yang tengah uzur dan daif itu dalam memperjuangkan Parti Islam yang tertua di Malaysia ini.Pilih lah pemimpin yang boleh bawa Pas kemercu kejayaan bukan pilih pemimpin yang boleh menghancurkan Pas yang sedang meniti zaman kejayaan seperti
sekarang. Suara2 yang melaga2kan pemimpin Pas sekarang ini mesti dihancurkan dan diatasi dengan penuh kecerdikan jika mau melihat Pas menjadi teladan yang baik kepada rakyat yang cintakan Islam dan keadilan, dalam memilih pemimpin. Jika Pas terperangkap dengan jarum2 halus yang cuba melagakan pimpinan Pas, Pas akan jadi sama macam umno. Adalah menyedihkan di zaman Pas diterima rakyat pelbagai kaum hasil usaha pimpinan Pas daripada dahulu hingga sekarang adanya suara2 sumbang membahagikan Pas kepada dua kumpulan yang mau berkawan dengan umno dan satu lagi kumpulan yang menolak kerjasama dengan umno.Mungkin ada pimpinan yang cuba mengintai2 tingkap umno yang dah nak tercabut itu, mereka mencari paku untuk membetulkannya, tapi dapat dipatahkan oleh pimpinan yang merasakan tingkap umno itu tak perlu diperbetulkan kerana dah reput dimakan anai2.Kata tok guru lagi dalam Sinar Harian "saya nak bagi amanat beginilah, saya nak ulang balik amanat sebelum pergi umrah, pemimpin yang akan kita pilih untuk memimpin masyarakat dan kawasan mestilah orang yang selalu berjemaah, selalu datang berusrah, dan bukan perokok dan tidak menghisap rokok. "Saya tidak mahu peristiwa tahun 70-an berulang lagi. Masyarakat menolak Pas sebab dianggap parti ini sama dengan umno. Sebab itulah kita nak pilih pemimpin yang betul2 layak", kata tok guru. Tok guru tak suruh pilih pemimpin yang banyak wang, kaya raya, hidup bermewah, lobi sana lobi sini, ada body guard 5-6 orang, sedangkan tok guru sendiri hidup penuh kesederhanaan dirumah beliau sendiri. Tok guru takut budaya bermewah ini akan menjerumuskan pemimpin Pas kepada kelupaan untuk mendekati rakyat. Itu yang tok guru bimbangkan. Demokrasi pilih pemimpin masih subur dalam Pas walaupun ada sedikit jangkitan penyakit berpuak2 tapi masih terkawal dan mesti dihindarkan supaya tidak menjadi barah yang merbahaya. Tidak mungkin pemimpin melobi untuk menjadi calon jawatan tertinggi parti dengan menggunakan "politik wang" untuk menang, jika ini berlaku Pas akan hancur dan musnah malah lebih teruk daripada nasib yang menimpa umno.Kepercayaan rakyat sekarang ini kepada Pas mesti dipertahankan malah perlu diperkuatkan,dimajmukkan kepada seluruh kaum tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa, jika Pas mau memerintah Malaysia. Rakyat yang bagi sokongan kepada Pas sekarang ini sedang memerhatikan pimpinan Pas, halatuju Pas samaada mau meniti jambatan umno atau terus bersama pakatan rakyat. Rakyat yang mengundi Pas berhak menyuarakan pendapat dan kritikan kepada Pas sekiranya Pas melelong dan cuba berbaik2 dengan umno yang menendang Pas daripada perikatan dulu.

Selasa, 14 April 2009

Umno Perlis Dan Umno Trengganu Derhaka Juga...


"Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?"Begitulah bunyinya sms yang dihantar kepada adun2 umno-bn yang cuba nak buat undi tak percaya kepada MB Ahmad Said dalam sidang dun Trengganu yang sedang bersidang itu. Pendek cerita puak2 pro Idris Jusoh ni nak guling Ahmad Said daripada terus jadi MB Trengganu.Laporan dari TV Bernama mengatakan 10 orang Yb umno-bn berlindung di sebuah hotel kerana takut kepada ugutan sms tersebut.Puak2 Deris Jusoh ni lah yang derhaka sultan Mizan kerana pertikai sultan lantik Mat Said jadi MB Trengganu selepas pru-12 yang lalu.10 orang yb ni minta jaminan keselamatan daripada pihak polis untuk hadir sidang dun Trengganu.Rupa2nya umno TRG ni dok berkocak dan tak puas hati kat Mat Said ni lepas pru-12 hinggalah sekarang tak selesai2 lagi.Yang hantar sms tu sudah tentulah "Geng Mat Said"takkan Deris Jusoh pulak kot. Mat Said memang terkenal dengan "gedebenya", kalau tidak takkan surau pun dia roboh sedikit masa lalu. Takkan "orang muqabalah" dah lupa kot.Puak Deris Jusoh pula yang naik kain rentang tulis "NATANG" kat sultan Trengganu sebab marah Sultan lantik Mat Said jadi MB.Sekarang umno-bn pro Deris Jusoh sekali lagi buat perancangan undi tak percaya nak guling MB yang sultan perkenan.Umno kalau derhaka Sultan tak salah, Mufti pun tak akan keluar fatwa yang haru sana-haru sini macam kat Perak.Nampak gayanya puak2 Deris Jusoh ni nak "mohon derhaka" lagi sekali kat sultan Trengganu, kita tengoklah apa reaksi umno bila umno dengan umno jadi derhaka. Rupa2nya kalau penyamun dengan pencuri ni saling takut antara satu sama lain. Umno kalau berebut kuasa dah tak kira apa dah, nyawa dah tak jadi harga, macam nyawa ayam daging saja. Begitu juga di Perlis Indra kayangan, Shahidan Kassim masih dok berangan nak jadi MB Perlis lagi, dah banyak penggal dia pegang jawatan MB tapi tak puas2 lagi.Beliau masih mampu lagi pegang semula jawatan MB.Ini terbukti dengan keengganan beliau letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis. Ketua Penerangan Umno perlis, Hasyim Suboh mengatakan Shahidan Kassim lah yang layak jadi MB Perlis sebab beliau yang jadi Pengerusi Perhubungan Umno Perlis (jawatan tradisi untuk layak jadi MB) -lapor malaysiakini. Umno Perlis dikira turut derhaka Raja Perlis kerana pertikai MB yang Raja perkenan. Bagi umno derhaka hanya ada pada negeri yang dipegang oleh pakatan rakyat.Umno " baling batu sembunyi tangan" kalau melibatkan derhakanya umno di negeri yang umno pegang.Kalu Mb Nizar dituduh penderhaka, umno di TRG dan Perlis juga adalah penderhaka Sultan dan Raja2 Melayu.Adakah Sultan mau kepada orang yang cap baginda sebagai "natang" jadi MB semula di TRG?Adakah Raja Perlis masih mau kepada Shahidan Kassim jadi MB yang turut pertikai perkenan tuanku itu? Sama2 lah kita tengok adegan seterusnya...

Ahad, 12 April 2009

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Le Pulak..

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat mengumumkan pakatan rakyat akan bentuk kabinet bayangan atau pun jemaah menteri alternatif kepada kerajaan umno -bn yang perintah Malaysia.Pentingkah kabinet bayangan pakatan rakyat ini atau hanya sekadar sekali lagi untuk menggerunkan umno -bn saja macam peristiwa 16 sept yang tak jadi itu?Muhyidin Yassin yang jadi TPM yang baru berkata pakatan rakyat boleh buat apa saja kabinet yang mereka mau , bayangan atau khayalan atau macam 16 september.Rakyat dah naik letih dah dengan macam2 peristiwa yang menimpa pakatan rakyat seperti 16 september,wakil rakyat pakatan lompat parti,terlibat dengan sedekah seks dan yang paling
tragis ialah kehilangan sebuah negeri pakatan rakyat iaitu Perak yang dirampas umno-bn secara haram dengan membeli adun2 pakatan rakyat yang
kebulur wang demi untuk hidup senang lenang dalam dunia yang sementara ini.Sebelum nak buat kabinet bayangan perkara2 yang melanda moral adun dan pemimpin pakatan rakyat hendaklah diambil keutamaan supaya tidak berlarutan sehingga pilihanraya umum yang akan datang, jika tidak nasib buruk akan melanda pakatan rakyat.Walaupun pakatan rakyat menang selesa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau jangan ingat pakatan dah jadi kuat, rakyat tolak umno-bn kerana dah naik muak dengan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan mereka 50 tahun yang lalu.Racun2 berbisa yang wujud dalam pakatan rakyat mesti dihapuskan, jangan dibiarkan ianya menjadi barah yang boleh merosakkan parti2 pakatan rakyat.Pakatan rakyat akan ditempelak umno-bn sekiranya sekali lagi pakatan rakyat tersilap buat perancangan macam 16 september yang dijadikan
"lawak king" oleh umno bn selepas pakatan rakyat tak jadi perintah Malaysia pada 16 september.Bersabarlah pakatan rakyat untuk bentuk kerajaan selepas pru-13 akan datang secara benar dan sah sekiranya rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan, bencikan penyelewengan memilih pakatan rakyat untuk perintah Malaysia.Setiap kali pemimpin pakatan rakyat uar-uarkan perkara yang mengusik dan mengancam umno-bn, umno-bn tak akan berdiam diri mereka akan mencari formula dan atur strategi untuk gagalkan apa saja yang pakatan rakyat uar2kan. Contoh paling benar ialah Krisis Perak yang berlarutan dan tiada kesudahan akibat tindakan umno-bn yang pelingkup dan jatuhkan kerajaan pakatan di Perak.

Jumaat, 10 April 2009

Benih Baik Buang Tang Mana Pun Jadi Pulau


Sebelum prk Bukit Gantang, MB Nizar dianggap oleh pemerhati politik sebagai mendaki bukit yang licin apabila dipilih menjadi calon Pas dan pakatan rakyat di parlimen Bukit Gantang .MB Nizar bukanlah orang tempatan di Bukit Gantang berbanding calon umno-bn , Mail Pian yang berasal dari Bukit Gantang.Tapi sekarang Nizar bergelar ahli parlimen dan wakil rakyat dalam dun Perak yang bercelaru itu.Krisis Perak yang menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Perak sehingga berlaku rasa tidak puas hati rakyat yang menyokong pakatan rakyat telah ditunjukkan oleh pengundi parlimen Bukit Gantang bahawa jalan penyelesaian krisis Perak ialah dengan membubarkan dun Perak supaya satu pilihanraya baru dapat diadakan.Para pengundi di seluruh negeri Perak yang berhak tentukan siapa yang akan perintah kerajaan Perak yang baru, bukannya mahkamah dan taktik kotor umno-bn yang perjatuhkan kerajaan pakatan rakyat secara haram.Benih kebencian rakyat Perak tak pernah padam terhadap umno-bn selagi dun Perak tak dibubarkan.Tukarlah PM baru pun,jemputlah Mahathir turun padang keseluruh negeri Perak buat "road show", panggillah semua jemaah menteri yang baru untuk tabur janji yang manis2 kepada rakyat Perak, semua itu tak akan datangkan kesan kepada semua rakyat Perak yang cintakan keadilan, bencikan kerajaan perompak yang wujud di Perak.Sepatutnya kerajaan haram di Perak ambil iktibar atas kekalahan umno-bn di Bukit Gantang dengan kembalikan kuasa penentu kepada rakyat Perak untuk memilih samaada Pakatan rakyat atau umno-bn perintah Perak.Kalau MB Nizar sanggup perjudikan nasibnya dengan jadi calon di Bukit Gantang, kenapa Zambry tidak berani untuk jumpa Sultan Perak bagi tau supaya kuasa penentu kerajaan Perak dikembalikan kepada rakyat sebagai penentu.Umno-bn yang menghina MB Nizar dengan menuduhnya sebagai penderhaka, menjadi boneka Cina dan bermacam2 lagi tuduhan liar tidak mampu untuk kalahkan MB Nizar di Bukit Gantang. Tak malukah kamu Zambry kepada rakyat Perak dengan keputusan prk Bukit Gantang yang menolak umno-bn itu?Kenapa Zambry yang tersengeh2 macam kera dapat bunga tu jadi diam dengan keputusan prk Bukit Gantang?Kamu berpakat dengan pemimpin umno jatuhkan kerajaan pakatan rakyat sehingga 3 adun pakatan terpaksa menjadi pelacur kepada umno-bn dan huru harakan seluruh Perak, dan kamu tuduh MB Nizar penderhaka, aibkan maruah beliau, jatuhkan kedudukan beliau dengan cara yang penuh kehinaan, sekarang kenapa kamu diam saja?Tuhan itu maha kaya, Maha Pemurah dan Maha Penyayang keatas orang yang sabar, berakhlak seperti MB Nizar dan Tuhan sudah tunjukkan betapa kehinaan yang MB Nizar dapat sudah tertebus di Bukit Gantang, menang dengan penuh sokongan padu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Mb Nizar boleh lawan di mana saja, tuahnya ada dimana2 hatta kalau dicampak ke Pulau Pangkor pun benihnya akan tumbuh.

Khamis, 9 April 2009

Mahathir "Ketua Perdana Menteri"...

Kabinet baru sudah pun diumumkan PM Najib hari ini.Muka2 lama seperti Hamid Albar,Azalina ,Mat Taib, Ahli Parlimen Sepang yang jaga JKR , dan banyak lagi yang aku tak ingat kena tendang keluar dari kabinet Najib.Sebelumnya
Mahathir ada peringatkan Najib jangan angkat perasuah jadi menteri kabinet yang akan dilantik Najib.Anak Mahathir , Mukriz dapat jawatan Timbalan Menteri walaupun kalah jawatan Ketua Pemuda Umno. Khairy pula yang menang jawatan Ketua Pemuda Umno haram apa pun jawatan tak dapat dalam senarai kabinet baru Najib.Timbalan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno dapat juga jawatan Timbalan Menteri, tapi si Khairy bernasib malang dan memalukan kerana apa jawatan pun tak dapat. Khairy pernah dituduh oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat politik wang menjelang pemilihan umno yang lepas, tapi beliau hanya diberi amaran saja dan tetap menang jawatan ketua Pemuda.Mahathir merasa geram akan kekalahan anaknya, Mukriz dan mengkritik kemenangan Khairy.Sebenarnya senarai nama menteri kabinet yang baru sudah tentu mendapat restu Mahathir, kalau tidak Mahathir tidak akan tergesa2 masuk umno .Sudah tentu Mahathir mau menyekat Khairy daripada terus mendapat tempat dalam umno.Sekarang budak tingkat 4 tu dah tak dak apa kuasa lagi, Mahathir tentu gembira dengan senarai baru yang diumumkam PM Najib.Mahathir yang turun berkempen selepas sehari pulang kepangkuan umno di Bukit Gantang dipanggil "surat kabar lamaaa, tukar baruuuu"oleh penyokong pakatan rakyat kini kembali berkuasa di belakang PM Najib.Gaya Mahathir penuh bersemangat, tidak ada rasa letih, masih lantang berucap bak seorang PM lagaknya.Khairy yang tak tunjuk rasa kecewa kerana tak terpilih jadi menteri berkata beliau akan terus bekerja untuk tarik minat golongan muda sokong umno.Nak keja apa lagi Khairy, kalau Timbalan Ketua Pemuda umno dapat jawatan Timbalan Menteri, sedangkan Khairy ,Ketua Pemuda tak dapat apa.Mahathir dan Najib betul2 memperlekehkan Khairy menantu kesayangan Pak Lah.Dulu Mahathir tuduh Pak Lah pentingkan pendapat menantu dalam buat apa2 keputusan kerajaan, tapi bila Pak Lah dah letak jawatan PM, Mahathir cepat2 masuk umno dan anaknya pun masuk kabinet baru PM Najib. Khairy sekarang keseorangan dalam pemuda umno, lebih baik Khairy letak jawatan Ketua Pemuda Umno dan keluar umno macam Shahrir Samad yang letak jawatan menteri demi maruah beliau yang kalah jawatan AMT umno.Khairy akan dimalukan Mahathir dengan lebih besar selepas ini malah nasib beliau akan jadi macam Anwar kalau dok tunggu lagi dalam umno! Mahathir seorang pendendam tak dapat pulas telinga Pak Lah , Mahathir pulas telinga Khairy.Mahathir pun bolehlah dipanggil Ketua Perdana Menteri jawatan yang Mahathir sendiri bagi untuk diri beliau sendiri. Ha ha ha

"Kambing Hitam" Gantung Sampai Mati, Kambing Gurun Macam mana?

Politik Malaysia tak pernah sunyi daripada isu panas dan hangat sepanjang masa.Selepas prk dua bukit satu batang berakhir dengan keputusan BN 1 Pakatan Rakyat 2, timbul pula keputusan kes pembunuhan paling ngeri dan paling hangat di Malaysia iaitu Altantuya.Tertuduh koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri telah dijatuh hukum gantung sampai mati oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin.Sebelumnya, semasa perbicaraan yang lepas, koperal Sirul Azhar berkata beliau telah dikambing hitamkan, menjadi mangsa pembunuhan kes Altantuya, pembunuh sebenar berkeliaran di luar mahkamah, lebih kurang begitulah maksud beliau.Kedua2 tertuduh merasa yakin akan terlepas tapi hakim dah jatuh hukum gantung sampai mati, apa boleh buat dah nasib.Mereka berdua masih boleh merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam itu, tu pun kalau nasib menyebelahi mereka.Razak Baginda yang terlepas daripada tuduhan bunuh Altantuya tentu rasa lega kerana lepas ni bolehlah beliau tidur lena kerana mungkin hantu Altantuya mungkin tak cari beliau lagi tu pun kalau Razak betul2 tak buat salah. Bapa Altantuya tentu tak puas hati kerana Razak tak di dakwa sama bunuh Altantuya.Media Perancis, akhbar Liberation mendakwa, Razak Baginda dan Najib dilihat bersama Altantuya di sebuah Kelab Malam di Paris pada tahun 2005.Tapi berita ini menjadi sunyi sepi di Malaysia macam tak ada apa2 pun tentang hubungan mereka bertiga ini.Semasa kempen PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai kes Altantuya dilarang sebut dalam ceramah2 oleh pemimpin pakatan rakyat.Kambing hitam dah kena hukum gantung, tapi mungkin kambing gurun dok sembunyi celah2 batu di gurun Sahara macam Osama ben Ladin sembunyi, sampai hari ini Amerika Syarikat cari tak jumpa.Mungkin kambing gurun ni juga sedang bersenang lenang makan lazat2,dapat layanan vip, bersama keluarga bercuti di luar negara . Siapa kambing gurun ni?Kambing gurun memang payah nak tangkap, tapi kambing hitam , kambing biri, janna pari, boer memang senang nak tangkap.

Selasa, 7 April 2009

Mahathir Menambah Sial Umno-BN Di Bukit Gantang Dan Bukit Selambau

Keputusan pilihanraya kecil di dua bukit dan satu batang sudah pun diketahui rakyat di seluruh Malaysia ,malah di seluruh dunia.Di Bukit Gantang MB Nizar dapat 21860 undi, calon umno-bn Mail Pian dapat 19071 undi.Majoriti MB Nizar dapat 2789 undi, tahniah!..Manakala di Bukit Selambau calon PKR S. Manikumar dapat 12632 undi, mengalahkan calon BN S. Ganesan yang dapat 10229 undi . Majoriti S. Manikumar dapat 2403 undi. Tahniah pakatan Rakyat!
Keputusan ini menunjukkan walaupun Mahathir turun berkempen langsung tidak berkesan malah majoriti MB Nizar dapat lebih besar daripada pru-12 yang lalu.Mahathir yang dah tua telah tersilap membuat perkiraan kali ini kononnya beliau masih laku dalam umno-bn sebab tu beliau cuba bagi nafas baru kepada umno dengan berkempen di dua bukit tersebut untuk menangkan calon BN.Mahathir umpama besi buruk yang dah berkarat tapi dikutip PM Najib untuk diperalatkan umno yang dah sesak nafas itu tanpa memikirkan kesan buruk yang akan menimpa umno dan maruah Mahathir sendiri dah jadi bertambah buruk.Pak Lah tentu merasa puas dengan keputusan di dua bukit tersebut kerana Mahathir selama ini menganggap umno lemah kerana Pak Lah.Sekarang maruah Najib yang baru jadi PM pun turut tercemar walaupun beliau dah bebaskan 13 orang tahanan ISA dan kembalikan permit penerbitan akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan namun rakyat tetap menolak umno-bn di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Sekarang Pak Lah tertawa senyum tengok gelagat Mahathir yang berkempen di dua bukit tersebut tapi umno-bn tetap kalah.Tv RTM yang buat "live" ucapan Mahathir sewaktu berkempen di Bukit Gantang, menyiarkan cerita basi untuk hasut rakyat benci pakatan rakyat turut tidak diambil peduli oleh pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Lagi banyak Mahathir mengutuk pakatan rakyat ,menghina, mencaci dan perli lagi cepatlah umno-bn akan berkubur.Kapal umno yang dah bocor itu tak mampu lagi nak ditampal ,hatta oleh Mahathir sekalipun ,lagi bocor ada la.Mahathir kena sedar sekarang bukan lagi masa untuk beliau kembali aktif dalam umno, tapi lebih baik beliau banyak ingatkan Allah, berada di masjid, banyakkan berzikir bukannya mencampakkan dirinya dalam kebinasaan umno yang dah nazak itu.Keputusan pilihanraya di Bukit Gantang memberi isyarat kepada pemerintah bahawa krisis Perak hendaklah dikembalikan kepada rakyat Perak dengan membubarkan DUN Perak secepat mungkin.Biarlah rakyat Perak yang membuat keputusan samaada memilih Pakatan rakyat atau umno-bn memerintah negeri Perak.Tahniah pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana anda memberi petunjuk jalan kepada Mahathir dan Najib kemana mereka mau pergi.

Isnin, 6 April 2009

Si Penderhaka Bercakap Mengenai Derhaka

Maka berkokoklah sang Mahathir mengatakan MB Nizar sebagai penderhaka kerana kata "patik mohon derhaka" kepada Sultan Perak dalam kempennya untuk umno-bn di Bukit Gantang hari ini.Untung Mahathir baru saja masuk umno ucapannya disiar secara langsung oleh TV 1 yang memang dah jadi tv umno itu.Lagak Mahathir tak ubah macam seorang Perdana Menteri, penuh bergaya dan Najib hanya layak dipanggil TPM saja jika dilihat keistimewaan yang Mahathir dapat.Sebenarnya yang tuduh MB Nizar derhaka itulah penderhaka sebenar kepada Sultan dan Raja2 Melayu kalu pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau nak tahu.Mahathir lah yang gubal undang2 yang hilangkan kuasa Sultan dan Raja2 Melayu, Mahathir lah yang pinda undang2 hingga Sultan dan Raja2 Melayu boleh didakwa di mahkamah, Mahathirlah yang pusing satu Malaysia minta persetujuan rakyat untuk kurangkan kuasa Raja dan Sultan.Mahathir lah yang menyebabkan Raja2 Melayu dan Sultan jadi hina hingga rakyat kurang hormat pada Raja dan Sultan Melayu.Bila Mahathir berucap mengenai derhakanya MB Nizar kepada Sultan , aku rasa meloya dan nak termuntah mendengarnya kata2 si penderhaka Mahathir ini.Mahathir umpama si peminta sedekah jalanan bilamana sertai semula umno demi sesuap nasi anak2 dan kroni2nya yang kembali ceria apabila Najib jadi PM.Suara Mahathir nampak gagah walaupun nyawanya dah berada di halkumnya, masih kuat mengejar kuasa, masih boleh berlari mengejar projek2 mega yang bakal dikautnya sedikit waktu lagi.Peminta sedekah di Chow Kit, Puduraya, Masjid Negara lebih mulia daripada Mahathir yang bila bercakap mengenai derhaka MB Nizar umpama berkokok lantang ekor berlumuran taik! Mahathir juga menjadi penderhaka kepada bahasa sendiri , pikir2 lah pengundi semua... (gambar di atas di copy dari malaysiakini)

Ahad, 5 April 2009

Mahathir Kuda Najib Atau Najib Kuda Mahathir

Mahathir dan anaknya Mokhzani dah bagi borang masuk semula umno kepada PM Najib yang
juga Presiden umno.Mahathir beranggapan bila Pak lah dah berundur semua kelemahan umno, maruah umno dan ahli umno dah selesai dan dapat dipulihkan selepas ini.Mahathir pun dah menyeru kepada ahli umno yang keluar umno bersamanya termasuk Sanusi Junid, kembali kepada umno.Mahathir mempunyai agenda tersendiri bila beliau kembali kepada umno, bukan saja2 beliau sertai umno.Mahathir jugabersetuju untuk berkempen di pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang dan dun Bukit Selambau untuk menarik pengundi di dua kawasan tersebut undi BN.Najib yang naik jadi PM yang baru diselubungi dengan macam2 tuduhan termasuk dalam kes Altantuya dan penyelewengan pembelian jual beli Scorpen sedikit masa dulu tentu merasa agak lega dengan penyertaan semula Mahathir kepada umno.Najib menganggap Mahathir boleh menolongnya untuk menarik rakyat kembali sokong umno-bn,sementara Mahathir pula sudah tentu mau Najib memerintah kerajaan mengikut telunjuknya, jika tidak tentu Mahathir tidak bersedia untuk masuk umno semula.Masing2 antara Najib dan Mahathir dilihat ada kepentingan peribadi yang sudah tentu menguntungkan kepentingan peribadi antara dua belah pihak.Mahathir bukan bodoh untuk suka2 masuk umno, pergi kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kalau tak dapat apa yang dia mau.Sebagai nak tunjuk imej bersih dan baik, PM Najib dah lepaskan 13 orang tahanan ISA termasuk 2 pemimpin Hindraf pada hari ini.Orang Hindraf tentu rasa suka dengan tindakan Najib itu.Setakat lepas 13 orang tu adalah satu perkara biasa, bagaimana dengan lain2
tahanan yang masih merengkok dalam kem tahanan ISA, mengapa tak ditutup terus kem zalim tersebut?Nak tunjuk baik jangan lepas secara berpilih, ini tentu ada sebab tersendiri kenapa Najib bertindak lepas 13 orang tahanan ISA itu.Ini adalah sebahagian strategi Najib untuk raih undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air 7 April Selasa ini.Wahai pengundi semua jangan sesekali anda tertipu dengan mainan politik Najib dan Mahathir yang sekarang ini berganding bahu untuk menarik simpati anda semua, ingatlah kuasa undi anda adalah ditangan anda jangan beri undi anda kepada umno-bn yang telah banyak menyusahkan rakyat dari dahulu ,kini dan selamanya.Ingatlah akan segala kekejaman dua pemimpin ini,kita tidak akan lupa macam Mahathir lupa apa yang telah beliau lakukan kepada kita semua, kepada Pak Lah yang dihinanya sehingga terpaksa berundur awal dalam keadaan yang tidak bermaruah.Kepada saudara Ezam, apa pendapat anda dengan penyertaan semula Mahathir ke dalam Umno?Bukankah dulu, kamu Ezam begitu kuat mengecam Mahathir sekarang kamu terpaksa duduk bersama Mahathir dalam parti yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan itu.KATAKAN TAK NAK UMNO-BN wahai pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.Tunjukkan undi protes anda dengan pemilihan Najib sebagai PM.Kuasa di tangan anda!






Jumaat, 3 April 2009

Kilang Cetak Suara Keamanan Dan Hujjah Kena Serbu





















Tahniah Najib dah pun jadi PM yang baru.Moga Najib tidak bertindak mengikut nafsu tapi bertindak mengikut akal yang waras dan berperikemanusiaan dalam melakukan sesuatu yang melibatkan kepentingan rakyat.Najib dah pun umumkan membatalkan penggantungan dua akhbar berpengaruh Suara Keadilan dan Harakah berkuatkuasa serta malam ini.Mungkin ini satu perkembangan yang sihat pada permulaan karier Najib sebagai PM.Siang tadi sebuah kilang percetakan telah diserbu sebanyak dua kali kerana didapati mencetak akhbar Suara keamanan dan Hujjah keluaran pertama minggu ini.Ini mungkin sisa2 arahan Hamid Albar yang jaga KDN.Menteri yang berkepala botak itu mungkin menerima tamparan hebat atas tindakan Najib yang membatalkan penggantungan 3 bulan permit penerbitan dua akhbar tersebut.Semua gambar di atas aku rakam di tempat kejadian di sebuah tempat di Shah Alam.Pegawai KDN daripada Cawangan Negeri Selangor Shah Alam seramai 6 orang terdiri daripada 4 lelaki dan 2 wanita bertindak merampas plate pakai buang dua akhbar berkenaan sebagai bahan bukti.Serbuan pertama jam 12 tengahari dan serbuan kedua kira2 jam 3.15 petang berakhir jam 4 petang.Serbuan pertama tuan punya kilang tersebut tidak ada kerana solat jumaat.Alasan yang diberikan kerana mencetak suratkabar tersebut tanpa permit.Surat kabar tak berkala tidak memerlukan permit, alasan yang diberikan oleh tuan punya kilang.Aku minta agar Najib pecat saja menteri yang berkepala botak itu daripada terus jadi menteri KDN.Lagi pun Hamid Albar memang muka tak malu sebab dah kalah jawatan AMT umno tapi tak mau letak jawatan sebagai menteri.Zaman dalam kegawatan ekonomi ni KDN jangan sesuka hati nak ugut tokeh2 kilang nanti kalu tak dak keja kena cetak duit palsu pulak baru padan muka hang pa KDN.Zaman dah maju , orang tak baca surat kabar, orang buka blog,buka berita on line kat internet tak dak sapa nak boleh gantung , cuba hang pikir sikit Hamid jangan dok kira nak rampas surat kabar dan ugut tokeh kilang printing saja.Otak tu jangan letak kat kepala lutut kalu nak jadi menteri.Kepada pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang AII teruskan bagi undi anda kepada pakatan rakyat, jangan percaya gula2 madu Najib nanti kena "kencing Manis".

Khamis, 2 April 2009

Umno Oh Umno...Janji Menang



Hari ini dalam sejarah di Bukit Gantang ni ,bukan di Bukit Bintang tolong tengok dan perhati menteri Jabatan Perdana Menteri dok seronok makan di Kuala Sepetang dalam Parlimen Bukit Bintang sambil tengok nyanyian dan tarian agak ghairah dan seksi oleh tiga orang pompuan atau amoy dengan seronok sekali.Zahid Hamidi ni kat jabatan menteri di jabatan perdana menteri jaga hal ehwal Islam dan duit tabung Haji.Macam ni kah menteri yang jaga hal ehwal agama yang dok pertahan kalimah Allah tak bagi orang bukan Islam guna dalam agama mereka.Gambar diatas aku copy dari malaysiakini.(gambar amoy menari).Nak tengok video buka malaysiakini.Awat Zahid hamidi tak ajak Dato Mashitah dan mufti Perak joint sama kalu kata "ini semua budaya orang Cina".Betoi ka lagu tu, cuba lim Guan Eng jawab betoi ka?Umno kalu nak menang pilihanraya dia tak kira apa dah, semua jadi halai belaka, janji menang.Hari tu bawa orang pi haji dok mekah bukan main lagi berjubah tapi di Bukit Gantang lain pula Zahid Hamidi berlakon.Kalu yang jaga duit Tabung Haji dan hal ehwal Islam pun macam perangai calon Umno- Bn yang orang pakat sms kata suka pi Dannok apa lagi yang boleh diharapkan oleh orang Melayu pada Umno yang sedang mengidap sakit tua tu, wahai pengundi di Bukit Gantang.Sedar2 lah waktu nak pilih calon anda wahai pengundi Bukit Gantang.Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata.Calon umno Bukit Gantang pi Dannok beli derian tak dak biji kot,pelam muda pun banyak, tapi "tiger show" pun ada,amoy Siam pun banyak mana satu Mail Pian mau?

Rabu, 1 April 2009

Altantuya Dan Mahathir

Sekarang kalu nak ceramah musim pilihanraya kena minta permit polis.Dulu musim tak pilihanraya saja kena minta permit, sekarang syarat dah berubah atas permintaan umno, polis ubah syarat.Polis mengiakan saja apa yang umno mau.Salah satu syarat kempen pilihanraya kecil kali ini tak boleh sebut pasal Altantuya.Semasa pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Trengganu polis tidak mengenakan syarat tersebut.Sebab tu aku kata syarat dan segala macam syarat atas kehendak umno-bn, pihak polis cuma jadi kuda tunggangan umno saja.Umno- bn jadi takut dengan kes Altantuya disebut2 dalam ceramah Pakatan rakyat boleh jejas undi kepada umno-bn.Altantuya dah mati, abu mayatnya pun dah dibawa ke Monggolia oleh bapanya untuk dibuang ke laut kat Monggolia bukan buang kat Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Aii.Kenapa umno- bn jadi takut sangat,sensitif sangat, ketaq perut dengan nama Altantuya?Yang jadi gabra sangat ni pasai apa?Kata orang tua2 berani kerana benar takut kerana salah.Berani buat berani tanggung.Mungkin kerana isu Altantuya Najib tak jadi turun padang semasa penamaan calon pilihanraya kecil minggu lepas, takut kena booo dengan perkataan Altantuya, altantuya, altantuya.Umno- bn boleh sebut apa saja, perkauman ka,racis ka, hina pemimpin pakatan rakyat,hina sesama Islam,mempermain2kan hukum Islam tak akan diambil apa2 tindakan, tapi penceramah pakatan rakyat ada sekatan, ada undang2, ini boleh, itu tak boleh.Polis umpama pengadil bola sepak yang berat sebelah setiap kali berlangsungnya pilihanraya.
Mahathir pula dah bagi lampu hijau nak turun kempen untuk umno-bn di Bukit Gantang.Awat mahathir tak pilih Batang AII dan Bukit Selambau.Tempat2 ni Mahathir tak nak kempen ka?Mahathir merasakan pengaruhnya masih kuat di kawasan majoriti Melayu , masih ingat orang Melayu dah lupa apa yang beliau buat semasa jadi PM dulu.Tokoh PPSMI inilah yang menjahanamkan bahasa Melayu kalau orang Melayu nak tau.Kalu tak percaya tanyaPak Samad Said.Jika benar Mahathir akan turun untuk kempen bagi pihak umno-bn di Bukit Gantang, bermakna Mahathir sedang menjilat muntah2 yang ditinggalkannya buat seketika waktu dulu.Mahathir akan bermain dengan taiknya sendiri jika terus berkempen untuk umno-bn di Bukit Gantang.Wahai pengundi Bukit Gantang undilah Pas di Bukit Gantang sebagai tanda protes anda kepada Mahathir yang menjahanamkan bahasa ibunda kita.Kerana Mahathirlah semua sasterawan pedih mata,semua pencinta bahasa diganyang FRU, semua anak Melayu lemah Sains dan Matematik!